The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skumaran244, 2021-08-18 11:01:51

E-FOLIO MORAL SPK2

E-FOLIO MORAL SPK2

NAMA NOMBOR MATRIK KELAS
SELVA KUMARAN A/L VADIVELOO 21DDT19F2032 3A
KIRTIGAN PRABAGARAN 21DDT19F2011 3A
PRABA A/L MURTHEY 21DDT19F2021 3A

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BI ISI KANDUNGAN 2
L
1 PENDAHULUAN 3-11
2 MORAL ASAS KEHIDUPAN
3 PERANAN REMAJA SEBAGAI AGEN PEMBANGUNAN NEGARA 12
13
.KEMPEN KESEDERAN
.SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
.BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH
.SIKAP KETERBUKAAN

4 KESIMPULAN
5 RUJUKAN

PENDAHULUAN

Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja yang merupakan bakal
tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti generasi
muda di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus
pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara sarjana, “jika ingin melihat masa hadapan
sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.” Mantan Presiden Indonesia,
Soekarno pernah mengungkap,“Jika diberikan aku seratus orang tua, nescaya aku mampu
menterbalikkan perahu yang tertangkup tetapi, jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya
aku dapat mengegarkan dunia”. Bait-bait susunan retorik yang penuh puitis ini telah menjadi
satu menifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi muda. Ternyatalah
di sini bahawa remaja mahupun golongan belia yang berkualiti dapat memperkasakan
kegemilangan nusa dan bangsa.

2

MORAL ASAS KEHIDUPAN

MORAL

-Membawa pengertian ajaran berkenaan dengan perbuatan buruk,baik, atau cara berkelakuan yang
berasaskan atau yang diukur dari segi akhlak.

CONTOH REMAJA BERMORAL

-Mengajak kawan untuk bersembayang di tempat beribadah.
-Menegur kawan yang membuang sampah di merata-rata tempat.
-Menegur kawan yang memakai pakaian menjolok mata.
-Menegur kawan yang buli budak yang lemah umtuk berhenti perlakuan ini.

1

PERANAN REMAJA SEBAGAI AGEN PEMBANGUNAN REMAJA

KEMPEN SAMBUTAN
KESADARAN HARI

KEMERDEKAAN

BELAJAR SIKAP
BERSUNGGUH- KETERBUKAAN

SUNGGUH

3

PERANAN PERTAMA REMAJA SEBAGAI AGEN PEMBANGUNAN NEGARA

KEMPEN KESADARAN

Selamat sejahtera semua,kami ingin menerangkan cara peranan pertama yang boleh dilakukan oleh remaja
untuk pembangunan negara sebagai agen pembangunan. Remaja boleh mengadakan kempen kesadaran di
seluruh negara. Kempen kesadaran ini akan memupuk warga negara yang berwawasan ke arah membina
sebuah negara maju yang seimbang dari segi pembangunan dan bersikap moral. Satu tangan tidak dapat
mengeluarkan bunyi apabila menepuk, iaitu remaja perlu bersikap proaktif menjalankan pelbagai program
dalam kempen ini untuk menarik minat semua warga negara.

Antaranya ialah

•Mempamerkan gambar-gambar dari muzium negara untuk pemandangan warga negara bagi membolehkan mereka
mengenali negara kita dengan lebih baik.
•Menyediakan filem pendek tentang tokoh-tokoh berwibawa supaya dapat menjadi sebagai teladan kepada negara.
•Menjempat tetamu khas untuk memberikan ucapan motivasi kepada hadirin tentang jati diri dan mengamalkan
moral seseorang kepada impak pembangunan negara.
•Memberi risalah kepada hadirin yang merangkumi gambar, kesan, langkah, dan sebagainya tentang pembangunan
negara.

4

KEMPEN KESADARAN
5

PERANAN KEDUA REMAJA SEBAGAI AGEN PEMBANGUNAN NEGARA

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan secara besar-besaran di seluruh negara setiap tahun. Remaja
ditanggungjawabkan untuk menjaga kemerdekaan. Remaja boleh mengadakan Sambutan Hari
Kemerdekaan di setiap taska dan tadika secara sukarela sebagai langkah penerapan sifat kemerdekaan
dalam diri kanak-kanak sejak kecil. Remaja juga boleh mengadakan program ini dalam sekolah rendah,
sekolah menengah dan IPT. Melaksanakan program secara sukarela boleh mengurangkan beban guru dan
pensyarah yang menbolehkan mereka mengadakan PnP dengan lancar. Pelbagai aktiviti-aktiviti boleh
diadakan semasa program ini.

Antaranya ialah

•Murid taska and tadika - Pertandingan mewarna poster, Pertandingan nyanyian lagu patrioitk
•Sekolah menengah and IPT - Pertandingan mendeklamasikan sajak, Pertandingan Kawat Kaki.
•Menyediakan video mengenai sejarah negara dan tokoh-tokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara.
•Menerangkan Logo dan Tema Hari Kemerdekaan setiap tahun serta visi negara.

6

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
7

PERANAN KETIGA REMAJA SEBAGAI AGEN PEMBANGUNAN NEGARA

BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH

Peranan seterusnya ialah remaja perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari
aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk
melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk
menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Remaja harus proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam
kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai
wahana, seperti membaca buku, melayari internet dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan
prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik. Remaja juga tidak harus terbuai dalam dunia yang
mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Oleh itu, tanpa
remaja yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut. Pelbagai cara remaja boleh belajar
bersungguh-sungguh.

Antaranya ialah

•Merancang dan belajar secara kumpulan.
•Menyediakan jadual waktu yang strategik dan mengikuti dengan tepat masa.
•Menghadiri diri ke kelas tambahan.
•Mengamalkan nilai tolong-menolong dan menolong kawan untuk memahami pelajaran.

8

BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH
9

PERANAN KEEMPAT REMAJA SEBAGAI AGEN PEMBAGUNAN NEGARA
SIKAP KETERBUKAAN

Peranan seterus yang kami ingin menyampaikan pada hari ini ialah remaja dapat memainkan peranan
mereka untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila golongan
ini mempunyai sifat sedemikian, mereka lazimnya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam
nada yang serupa, remaja seumpama ini dapat memberi kesan kepada negara kita. Mereka dapat menjamin
kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Mereka akan menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan
negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial. Mereka sentiasa mengamalkan sikap
toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di
bawah satu bumbung yakni, satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Dengan ini jelasnya kita boleh lihat
sifat keterbukaan remaja sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu
membangunkan negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan antara rakyatnya.
Pelbagai cara remaja boleh mengamalkan sikap keterbukaan.

Antaranya ialah

•Anggota keluarga - menerima teguran daripada ibu bapa dengan hati yang terbuka.
•Pihak sekolah - menerima hukuman yang dijatuhkan oleh pihak sekolah dengan rela jika melakukan
kesalahan.
•Masyarakat - memperlahankan bunyi radio apabila ditegur oleh jiran.

10

SIKAP KETERBUKAAN
11

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua remaja harus memahami tugas mereka amat penting dalam pembangunan negara
itu. Mereka perlulah sanggup berkorban jiwa dan masa untuk memastikan negara ini terus maju dan
moden dalam tempoh yang terdekat itu. Peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
membuktikan bahawa remaja memiliki tugas berat dalam merealisasikan wawasan negara ini. Semua
remaja mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana pembangunan negara
kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui
kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang
berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan
dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan
tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta
melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa
bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia.

12

RUJUKAN

❖ https://ohkarangan.blogspot.com/2017/11/contoh-karangan-spm-peranan-remaja.html
❖ https://www.google.com/search?q=SIKAP+KETERBUKAAN
❖ https://www.google.com/search?q=contoh%20remaja%20bermoral
❖ https://www.academia.edu/12081893/FOKUS_KARANGAN_1_peranan_remaja
❖ https://dokumen.tips/documents/peranan-remaja-dalam-membangunkan-negara.html

13


Click to View FlipBook Version