The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1105-15-zuriati, 2022-06-12 10:54:08

PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

TUGASAN KERJA KURSUS
PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

NAMA : NURUL ZURIATI BINTI MAKHTAR
: 2021292310075
ANGKA GILIRAN : 01137455579
NO. TELEFON : BAHASA MELAYU 3
OPSYEN : TAHUN 2021
AMBILAN : PALS1012
KOD KURSUS : ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
NAMA KURSUS : PN. NORZEHA BINTI OTHMAN
NAMA PENSYARAH : 26 MEI 2022
TARIKH SERAHAN

Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Catatan (jika ada):

Tandatangan pelajar : ZURIATI Tarikh: 26 MEI 2022

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN 3

TUGASAN 3 4

PRODUK TEKNOLOGI HIJAU BERDASARKAN ISU-ISU SEMASA

GLOBAL MENGENAI ALAM SEKITAR

PENDAHULUAN 4

ISU SEMASA GLOBAL – PENCEMARAN UDARA 5
PRODUK TEKNOLOGI HIJAU – PENCEMARAN UDARA
ISU SEMASA GLOBAL – PEMANASAN GLOBAL 6
PRODUK TEKNOLOGI HIJAU – PEMANASAN GLOBAL 7
ISU SEMASA GLOBAL – PENCEMARAN TANAH 7
PRODUK TEKNOLOGI HIJAU – PENCEMARAN TANAH 8
9

PENUTUP 9

BIBLIOGRAFI 10

2

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat yang tidak putus-putus
serta nikmat tenaga dan masa yang dikurniakan kepada saya dalam menyelesaikan
pentaksiran berterusan ini.

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah, Pn.
Norzeha binti Othman kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan nasihat
yang bermakna semasa proses menyiapkan pentaksiran berterusan ini. Moga setiap tunjuk
ajar dan nasihat yang diberikan membawa seribu satu keberkatan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang telah banyak
memberikan sokongan moral kepada saya sepanjang saya menyiapkan pentaksiran
berterusan. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, saya tidak akan mampu menghasilkan
pentaksiran berterusan dengan baik.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
yang turut bekerja keras dalam menyiapkan pentaksiran berterusan ini dan saling memberi
dan bertukar idea-idea yang bernas. Semoga penat lelah kami membawa kepada sebuah
kejayaan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan pentaksiran berterusan ini.

3

TUGASAN 3
PRODUK TEKNOLOGI HIJAU BERDASARKAN ISU-ISU SEMASA GLOBAL MENGENAI

ALAM SEKITAR

PENDAHULUAN

Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan juga sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta dapat mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia seperti pencemaran udara, air dan sebagainya. Menurut Kamarudin
et al., (2011), teknologi hijau ialah satu inisiatif menggabungkan pelbagai kaedah dan bahan-
bahan tertentu, daripada teknik penjanaan elektrik kepada produk mesra alam iaitu yang
bebas daripada sumber-sumber pencemaran seperti pembebasan karbon dioksida dan
pembakaran terbuka. Produk teknologi hijau mestilah berupaya untuk menjimatkan tenaga,
mengurangkan degrasi persekitaran dan membebaskan gas rumah hijau dalam kuantiti yang
rendah atau sifar. Heng & Zou (2010) menyatakan bahawa teknologi hijau tidak perlu hanya
dilihat dari konteks melindungi dan memulihkan ekologi, tetapi dalam konteks mengekalkan
dan memperbaiki taraf hidup serta kecekapan kelangsungan hidup manusia yang juga
merupakan aspek dalam lingkungan bidang ekologi. Kita sedia maklum bahawa pencemaran
alam sekitar semakin banyak diperkatakan sama ada melalui media sosial atau media cetak.
Perkara ini berlaku disebabkan kerakusan manusia yang menerokai alam secara meluas.
Perkara ini juga secara tidak langsung akan menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar
dan memberi kesan buruk sama ada terhadap manusia dan haiwan. Seperti yang kita tahu,
manusia menggalas tanggungjawab yang besar untuk melaksanakan pekerjaan dalam
kehidupan seharian. Namun, persekitaran yang tidak kondusif akan menjejaskan prestasi
serta tumpuan mereka dalam bidang masing-masing. Isu-isu semasa global seperti
pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya semakin banyak berlaku di negara kita.
Farahwahida et al., (2013) ada menyatakan secara umumnya teknologi hijau memainkan
peranan dalam kelestarian alam dan kehidupan manusia seperti memberi kesihatan yang baik
kepada manusia dan juga memelihara alam dari pencemaran serta kerosakan. Jadi, sudah
tentu kewujudan produk teknologi hijau akan membantu kehidupan manusia menjadi lebih
produktif di samping menikmati alam sekitar yang bersih.

4

ISU SEMASA GLOBAL – PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara merupakan salah satu isu semasa global yang sering berlaku di
negara. Menurut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 di bawah
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), pencemaran udara sebagai bendasing udara
termasuk asap, jelaga, habuk, abu (termasuk abu terbang), arang, hancuran kumin pejal dari
apa-apa bahan termasuk kumin-kumin, gas-gas, wap-wap, kabus, bau dan bahan radioaktif
yang terpancar dari penggunaan elektrik, punca pemanas atau dari sintesis, resolusi atau apa-
apa pemulihan atau apa-apa bahan yang ditetapkan oleh menteri sebagai bahan-bahan yang
boleh menjejaskan kesihatan manusia atau kehidupan alam sekeliling. Pencemaran udara
terjadi akibat daripada pelbagai faktor. Kegiatan perindustrian yang semakin giat dilaksanakan
merupakan salah satu pencetus daripada berlakunya pencemaran udara. Sebagai contoh,
kilang kimia dan kilang simen. Perkara ini dikatakan sedemikian kerana asap-asap yang
dilepaskan dari cerobong kilang tanpa ditapis boleh menyebabkan pencemaran udara dan
memberi kemudaratan kepada manusia. Lazimnya, asap kilang mengandungi bahan kimia
yang terdiri daripada nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida. Bukan itu
sahaja, kilang juga biasanya menghasilkan habuk yang boleh menjejaskan kebersihan
kawasan persekitaran. Habuk yang terhasil dalam kuantiti yang banyak akan memberi
kemudaratan kepada masyarakat setempat seperti masalah batuk, sesak nafas, sakit mata
dan sebagainya. Jika manusia mempunyai kesedaran tentang kepentingan alam sekitar,
sudah tentu pencemaran udara ini tidak mudah terjadi di muka bumi ini. Left (2000) dalam
buku Etika Alam Sekitar ada menyatakan bahawa manusia sebagai salah satu ekologi perlu
memainkan peranan iaitu bersifat peka terhadap alam sekeliling tanpa membezakannnya
antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, manusia dicipta untuk memberi manfaat kepada
alam sekitar supaya seluruh hidupan di muka bumi dapat menjalankan fungsi masing-masing
dengan lancar tanpa sebarang masalah. Hasan et al., (2012) menyatakan bahawa amat
penting bagi seseorang manusia menerap sifat ini kerana tanggungjawab untuk memastikan
alam sekitar terus terpelihara.

Selain itu, pencemaran udara juga boleh berlaku akibat pelepasan asap daripada ekzos
kenderaan bermotor seperti bas, lori, kereta dan motosikal. Tidak dinafikan bahawa asap
daripada kenderaan bermotor menjadi punca pencemaran udara kerana trillion kenderaan
Bahan fosil yang digunakan sebagai bahan api membebaskan asap yang menjadi punca
kepada pencemaran udara yang bergerak setiap hari di seluruh pelosok dunia. Gas yang
dibebaskan oleh asap kenderaan ini juga merupakan gas berbahaya yang boleh
memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, gas karbon monoksida, gas hidrokarbon dan
sebagainya. Kandungan gas karbon monoksida yang terlalu tinggi dalam udara dapat
menganggu sistem respiratori manusia dan juga menyebabkan kematian. Goland et al., (2002)
ada menyatakan bahawa keselesaan hidup tidak hanya merangkumi kepada kediaman sahaja

5

tetapi kesihatan juga mampu untuk memastikan kehidupan mereka dalam keadaan selesa.
Jelas bahawa manusia perlu hidup dengan sihat supaya proses kehidupan mereka tidak
terganggu. Bukan itu sahaja, lapisan ozon di bumi juga menjadi semakin menipis dari semasa
ke semasa. Proses fotosintesis bagi tumbuhan juga boleh terganggu kerana kadar karbon
dioksida meningkat. Kadar karbon dioksida yang meningkat tidak seiring dengan kuantiti
tumbuhan boleh memberi pengaruh yang buruk terhadap tumbuhan. Oleh itu, pencemaran
udara merupakan salah satu isu semasa global yang seharusnya dicegah menggunakan
produk teknologi hijau.

PRODUK TEKNOLOGI HIJAU

Berikutan isu pencemaran udara yang memberi impak buruk terhadap seluruh hidupan,
sudah tentu semua pihak memegang tanggungjawab yang besar untuk mengatasi masalah
pencemaran udara. Kewujudan produk teknologi hijau semestinya dapat membantu
mengatasi pencemaran udara. Pembebasan asap kilang yang dilepaskan ke udara boleh
dicegah dengan meninggikan serombong asap 30 meter ke udara dan memasang penapis
asap pada cerobong kilang-kilang. Perkara ini dapat membantu menapis bahan-bahan
berbahaya daripada asap kilang dan dapat mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.
Kualiti udara juga akan meningkat jika inisiatif sebegini dilaksanakan kerana asap yang
dilepaskan merupakan asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara. Pihak
berkuasa memainkan peranan penting dengan mewajibkan pihak kilang melakukan inisiatif
tersebut bagi mengatasi masalah pencemaran udara. Selain itu, pencemaran udara yang
berpunca daripada asap kenderaan bermotor boleh diatasi dengan mengaplikasikan
penggunaan pengangkutan awam pintar yang berasaskan teknologi hibrid. Li (2016) ada
menyatakan bahawa kenderaan pengangkutan hijau adalah pelbagai kenderaan yang rendah
pencemaran seperti kenderaan yang menggunakan sumber hibrid, LNG, elektrik, hidrogen
dan tenaga solar. Kereta hibrid yang bersifat mesra alam jelas menunjukkan bahawa kereta
tersebut sesuai digunakan untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Bukan itu sahaja,
kereta hibrid juga sesuai digunakan kerana asap yang terhasil merupakan asap toksik tahap
rendah yang tidak membahayakan hidupan. Perkara ini merupakan langkah bijak yang
dilakukan oleh pengeluar automotif dalam membangunkan teknologi kereta elektrik yang lebih
sesuai dengan persekitaran. Menurut hasil kajian oleh Lin dan Ho (2008), teknologi, organisasi
dan alam sekitar merupakan faktor-faktor yang memberi kesan kepada penggunaan teknologi
hijau. Oleh itu, jelas bahawa memasang penapis asap pada cerobong asap kilang dan
penggunaan kereta hibrid merupakan produk teknologi hijau yang dapat mengatasi isu
semasa global.

6

ISU SEMASA GLOBAL – PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global merupakan isu yang sering diperkatakan dan menjadi tajuk
perbincangan masyarakat pada masa kini. Menurut World Meteorological Organization (2021),
2020 juga direkodkan sebagai salah satu tahun yang terpanas. Suhu yang semakin meningkat
di muka bumi ini merupakan tanda pemanasan global. Dalam erti kata lain, perkara ini
merupakan tanda-tanda alam yang menggambarkan bahawa bumi sedang mengalami fasa
kerosakan akibat daripada kegiatan manusia. Saintis-saintis berpendapat bahawa aktiviti
manusia menjadi punca utama kepada pemanasan global dan menyebabkan peningkatan
tahap karbon dioksida di atmosfera. Hal ini dikatakan sedemikian kerana sebelum munculnya
revolusi perindustrian, tahap karbon dioksida berkadaran tetap tetapi setelah wujudnya sektor
perindustrian di negara, kandungan gas ini menjadi semakin meningkat dari semasa ke
semasa. Namun, sektor perindustrian tidak dapat dimansuhkan begitu sahaja kerana
merupakan penyumbang kepada ekonomi negara. Contoh aktiviti manusia yang
menyebabkan pemanasan global ialah penggunaan bahan bakar fosil, penebangan hutan,
pembakaran hutan dan sebagainya. Radioaktif yang terhasil daripada penggunaan bahan
bakar fosil akan dibebaskan ke udara serta akan menipiskan udara dan secara langsung
menyebabkan pemanasan global. Penebangan pokok-pokok hutan secara berleluasa juga
dikatakan sebagai punca pemanasan global kerana dapat menyumbang kepada peningkatan
karbon dioksida dalam atmosfera. Impak pemanasan global ialah dapat menyebabkan
ekosistem terganggu. Sebagai contoh, ekosistem laut terjejas kerana populasi alga dan
plankton berkurang menyebabkan hidupan laut seperti ikan dan haiwan lain terancam. Bukan
itu sahaja, pemanasan global juga boleh menyebabkan kemarau yang teruk dan seterusnya
mendorong kepada bencana alam lain seperti jerebu serta menjejaskan kesihatan manusia.
Bukan hanya manusia, produktiviti tanaman juga turut terjejas kerana tanah-tanah menjadi
tandus dan tidak subur. Oleh itu, pemanasan global merupakan salah satu isu semasa global
yang seharusnya dicegah menggunakan produk teknologi hijau.

PRODUK TEKNOLOGI HIJAU

Isu pemanasan global seharusnya diatasi dengan langkah yang proaktif dengan
penggunaan produk teknologi hijau. Bagi mengatasi masalah pemanasan global di negara,
penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui mestilah sentiasa diaplikasikan dalam
setiap perkara. Tenaga boleh diperbaharui boleh didefinisikan sebagai tenaga yang dijana
daripada sumber semula jadi seperti cahaya suria, angin, hujan, ombak dan geoterma . Dalam
erti kata lain, tenaga yang tidak habis walaupun digunakan dalam jumlah yang banyak.
Sebagai contoh, tenaga solar, tenaga angin dan hidroelektrik. Tenaga yang boleh diperbaharui
ini sememangnya bersifat mesra alam kerana tidak menghasilkan sisa-sisa yang
mencemarkan alam sekitar. Bukan itu sahaja, tenaga tersebut juga boleh digunakan
sepanjang masa kerana merupakan sumber yang kekal. Seperti yang kita sedia maklum,

7

bahan bakar fosil yang sering digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian
merupakan penyebab kepada pemanasan global. Bahan bakar fosil merupakan sumber
tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan mencemarkan alam sekitar kerana aktiviti
perlombongan perlu dilaksanakan untuk memperoleh keseluruhan sumber tenaga tersebut.
Jadi, masyarakat yang peka terhadap isu global berkenaan alam sekitar ini seharusnya
menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui dari semasa ke semasa sehingga menjadi
kegunaan seharian. Haron et al., (2005) ada menyatakan perhatian terhadap isu alam sekitar
hanya hadir daripada rakyat yang mempunyai kesedaran tentang alam sekitar, maklumat yang
tepat dan mereka yang memberi sepenuh komitmen terhadap hak mereka untuk mendapat
alam sekitar yang berkualiti. Oleh itu, jelas bahawa menggunakan sumber tenaga yang boleh
diperbaharui merupakan produk teknologi hijau yang dapat mengatasi isu semasa global.
ISU SEMASA GLOBAL – PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah merupakan isu semasa global yang sering menjadi bualan kini.
Pencemaran tanah boleh diertikan sebagai suatu keadaan yang menyebabkan tanah tercemar
di permukaan atau bawah tanah. Biasanya, pencemaran ini berlaku kerana wujudnya bahan
kimia yang mencemari tanah. Antara faktor yang menyebabkan pencemaran tanah ialah
kegiatan pertanian. Tidak dinafikan kegiatan pertanian merupakan salah satu pembangunan
tanah yang paling meluas di Malaysia. Namun, kegiatan pertanian yang dijalankan secara
tidak berhemah akan menjejaskan keadaan tanah. Sebagai contoh, penggunaan racun
serangga yang berlebihan kerana boleh memberi kesan yang buruk sama ada terhadap
tanaman mahupun tanah. Penggunaan racun serangga sememangnya bertujuan untuk
membunuh serangga yang hinggap di tanaman tetapi penggunaan yang terlalu berlebihan
akan mengurangkan kesuburan serta kualiti tanah. Bukan itu sahaja, penggunaan baja kimia
juga boleh menyebabkan tanah menjadi berasid. Sebagai contoh, penggunaan baja nitrogen
yang berlebihan. Dalam konteks pertanian, tanah berasid merupakan tanah yang tidak subur
dan mendorong kepada keracunan ferum, mangan dan aluminium terhadap tanaman.
Biasanya, petani menggunakan baja kimia kerana menginginkan hasil tanaman yang cepat.
Namun, petani yang memiliki ilmu sepenuhnya berkenaan alam sekitar semestinya akan
memandang semua faktor dan tidak bertumpu kepada hasil tanaman semata-mata. Laroche
et al., (2001) berpendapat bahawa kesedaran alam sekitar dan tingkah laku telah dipengaruhi
oleh nilai-nilai, sikap dan pengetahuan tentang alam sekitar. Oleh itu, pencemaran tanah
merupakan salah satu isu semasa global yang seharusnya dicegah menggunakan produk
teknologi hijau.

8

PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
Isu pencemaran tanah di negara kita yang berpunca daripada penggunaan baja kimia

dapat diatasi dengan menggantikan baja kimia kepada baja organik. Baja organik dapat
diertikan sebagai baja yang mengandungi bahan semula jadi sama ada secara keseluruhan
atau sepenuhnya. Sebagai contoh, najis binatang, tumbuhan yang mereput, sisa makanan
dan sebagainya. Baja organik sememangnya sesuai digunakan kerana tidak mencemarkan
air bawah tanah dan tidak akan membakar atau memusnahkan tanaman. Seperti yang kita
tahu, baja kimia yang berlebihan akan menyebabkan kemusnahan terhadap sesuatu tanaman
dan juga tanah. Namun, perkara sedemikian tidak akan berlaku jika menggunakan baja
organik kerana nutrien dilepaskan ke dalam tanah dengan perlahan-lahan dan tidak berlebihan
sesuai dengan keperluan tanaman. Jelas menunjukkan bahawa baja organik merupakan baja
yang bersifat mesra alam dan sepatutnya digunakan oleh petani-petani di negara kita. Oleh
itu, jelas bahawa menggunakan baja organik merupakan produk teknologi hijau yang dapat
mengatasi isu semasa global.

PENUTUP
Kesimpulannya, isu-isu semasa global mengenai alam sekitar boleh diatasi dengan
kewujudan produk teknologi hijau. Kreativiti dan inovasi yang dikurniakan kepada manusia
banyak membantu mengurangkan isu alam sekitar yang semakin berleluasa dalam negara
kita. Insan yang memiliki kesedaran berkenaan alam sekitar mestilah menggunakan seluruh
tenaga, akal fikiran dan usaha dalam menjaga alam sekitar supaya tidak mengalami sebarang
masalah. Produk teknologi hijau mestilah sentiasa diaplikasikan dalam setiap perkara yang
sesuai agar isu-isu global mengenai alam sekitar dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.
Oleh itu, semua pihak mestilah berganding bahu dalam memelihara alam sekitar di samping
meningkatkan lagi penggunaan produk teknologi hijau kerana sesungguhnya alam sekitar
merupakan khazanah yang perlu dikekalkan.

9

BIBLIOGRAFI
Farahwahida, M.Y., Arieff Salleh, R., Salwa, M., Siti Hajar, M.S., & Teh Ubaidah, N. (2013).

Green Technology Management in the Muslim World. Jurnal Teknologi, 65(1), 107-115.
Goland. S., Bell, D., & Hamilton, C. (2002). Well-being and Quality of Life: Measuring The

Benefit of Culture and Sport. International Journal of Scientific World, 3, 1030-1040.
Han-ru Li. (2016). Study on Green Transportation System of International Metroplises.

Procedia Engineering 137, 762-771.
Haron, S.A., Paim, L., & Yahaya,N. (2005). Towards Sustainable Consumption:An

Examination of Environmental Knowledge Among Malaysians. International Journal of
Consumer Studies, 29(5), 426-436.
Hasan Basri Jumin, Sharifah Sofiah’ Atiqah & Tuan Pah Rokiah. (2012). Nilai dan Etika Alam
Sekitar Dalam Pembangunan. Universiti Utara Malaysia.
Heng, X., & Zou,C. (2010). How Can Green Technology Be Possible. Asial Social Science,
6(5),110.
Kamarudin, A.B., Mohd Fazli, M.S., Md Nor Hayati, T., Ismi Rajiani, & Norhana, M. (2011).
Green Technology Compliance in Malaysia For Sustainable Business Development.
Journal of Global Management, 2(1), 55-65.
Laroche,M., Bergeron,J. & Barbaro-Forleo,G. (2001). Targeting Consumers Who Are Willing
to Pay More For Environmentally Friendly Products. Journal of Consumer
Marketing,18,503-520.
Lin, C.-Y., & Ho, Y,-H. (2008). An Empirical Study on Logistics Service Providers’ Intention to
Adopt Green Innovations. Journal of Technology Management & Innovation, 3(1), 17-
26.
Mohd Zuhdi & Amer Saifude. (2002). Etika Alam Sekitar. PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd.

10


Click to View FlipBook Version