The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1105-15-zuriati, 2021-12-22 12:35:54

EPORTFOLIO

EPORTFOLIO

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT 

TUGASAN 2 KERJA KURSUS 
BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 

NAMA : INTAN SYAMIMIE BINTI ABDUL RAHMAN

ANGKA GILIRAN : 2021292310062

NO. TELEFON : 011-12635596

OPSYEN : BAHASA MELAYU 3

AMBILAN : JUN 2021

KOD KURSUS : BMMB 1074

NAMA KURSUS : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH : EN. MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH

JABATAN/UNIT : BAHASA MELAYU

TARIKH SERAHAN : 8 NOVEMBER 2021

Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Catatan (jika ada) :

Tandatangan Pelajar : Tarikh : 13 NOVEMBER 2021

ISI KANDUNGAN 3

1.0 PENGENALAN 4-5
5-6
2.0 CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA 6-7

2.1 BAHASA ROJAK 8-9
2.2 PENGARUH DIALEK 10
2.3 KEMUNCULAN BAHASA INGGERIS 10
11-12
3.0 CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU DI ANTARABANGSA

3.1 KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
3.2 EKONOMI

4.0 PENUTUP

5.0 BIBLIOGRAFI

2
 

ISU DAN CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA
DAN ANTARABANGSA

1.0 PENGENALAN
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik dan suku kaum

seperti kaum Melayu, Cina, India serta bumiputera Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian kaum ini
telah disatukan di bawah penggunaan bahasa Melayu yang merupakan akar umbi bangsa yang
bersatu. Ini menunjukkan bahawa bahasa bukan setakat menjadi alat komunikasi tetapi lebih
menunjukkan bangsa dan bahasa merupakan jiwa bangsa. Laporan Razak 1956 yang telah
menyarankan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan dan
diperkukuhkan lagi dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960 membuktikan bahawa bahasa
Melayu mampu menjadi bahasa ilmu sekiranya digunakan sepenuhnya di institut-institut
pengajian tinggi awam di Malaysia. Namun, kini bahasa Melayu sedang menghadapi cabaran
yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Sebenarnya, bahasa Melayu sentiasa menghadapi
cabaran dan kekangan dalam menjalankan tanggungjawabnya semenjak pemasyhurannya
sebagai bahasa kebangsaan lagi. Meskipun demikian, bahasa Melayu perlu diperkukuhkan lagi
bagi membuktikannya mampu menjadi bahasa utama dalam semua bidang termasuk sains dan
teknologi. Dalam kertas kerja ini, penulis akan membincangkan mengenai isu-isu dan cabaran
bahasa Melayu di Malaysia dan antarabangsa.

BAHASA ROJAK  ISU DAN CABARAN  PENGARUH DIALEK 
BAHASA MELAYU DI 

MALAYSIA 

KEMUNCULAN BAHASA 
INGGERIS 

Rajah 1 : Isu dan Cabaran Bahasa Melayu di Malaysia

3
 

2.0 CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

2.1 Bahasa Rojak

Penggunaan bahasa bercampur atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak adalah suatu
jenis penulisan atau percakapan di Malaysia yang didefinisikan sebagai campuran pelbagai
bahasa. Fenomena bahasa rojak ini semakin berleluasa di negara kita dan telah memberi
kesan kepada penggunaan bahasa ibunda. Menurut Syuhaidi et al., 2018 seperti yang
dinyatakan dalam Tan Sri Lee Lam Thye (Utusan Malaysia, 2014), nasib dan masa depan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kian terhakis oleh sikap rakyat Malaysia. Dalam
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia juga sudah termaktub bahawa kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara Malaysia dan perlu ditulis sebagaimana yang diperintahkan
dengan undang-undang oleh parlimen. Bahasa Melayu merupakan alat yang memupuk dan
menyatukan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia tanpa mengira warna kulit dan latar
belakang mereka. Bahasa mampu mengangkat martabat sesuatu bangsa di mata dunia seperti
yang diperkatakan dalam peribahasa Melayu iaitu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dan ‘Bahasa
Menunjukkan Bangsa’.

Penggunaan bahasa rojak secara berleluasa oleh stesen televisyen dan penerbitan
akan membebankan tugas pendidik untuk memperbetulkan tatabahasa serta pemahaman
bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Walaupun stesen televisyen dan penerbitan berhak
menggunakan bahasa rojak bagi menarik perhatian penonton, namun ia akan memberi kesan
kepada tahap pemahaman pelajar sekiranya keadaan tidak terkawal. Bukan itu sahaja,
sebahagian daripada anggota pentadbiran kerajaan juga cenderung menggunakan bahasa
rojak termasuk dalam ucapan di majlis rasmi dan sidang akhbar. Amalan penggunaan bahasa
rojak seperti campuran bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris ini sudah sebati dalam
kalangan masyarakat di Malaysia. Penggunaan bahasa rojak ini berlaku kerana hadirnya
segelintir masyarakat yang tidak petah berbicara dalam bahasa Melayu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahasa rojak semakin menjadi-jadi
di media sosial kerana masyarakat terutamnya remaja pada masa kini beranggapan bahawa
bahasa rojak merupakan satu perkara yang moden. Hal ini kerana mereka melihat begitu ramai
artis selebriti Malaysia yang gemar menggunakan bahasa rojak di laman akaun sosial media
mereka. Penggunaan ayat bahasa Melayu yang ingin disampaikan sering diselitkan dengan
bahasa luar iaitu bahasa Inggeris. Sebagai contoh, “Petang ni i ada training bola”. Penggunaan
bahasa Melayu yang betul bagi ayat tersebut ialah “Petang ni saya ada latihan bola”. Ini

4
 

menunjukkan bahawa masyarakat lebih gemar mencampuradukkan pelbagai bahasa dalam
satu ayat bagi memudahkan seseorang itu menyampaikan maksud yang ingin diungkapkan.
Berikut menunjukkan contoh penggunaan campuran bahasa yang berlaku.

Rajah 2 : Penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan seharian

2.2 Pengaruh Dialek
Dialek ialah variasi daripada sesuatu bahasa yang digunakan dalam pertuturan oleh

sekumpulan penutur di sesebuah tempat. Pelbagai dialek digunakan dalam bahasa Melayu
mengikut kawasan-kawasan tertentu seperti dialek Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan dan lain-
lain. Perbezaan bahasa pengguna berdasarkan daerah atau disebabkan faktor geografi ini
dipanggil dialek daerah atau loghat daerah. Dialek-dialek ini berbeza dari bahasa baku di mana
bahasa baku ialah satu bentuk yang telah dikodnifikasikan atau diseragamkan iaitu sebutan
sesuatu bunyi atau fonem itu adalah sebagaimana lambang fonetiknya. Menurut Suzi Abdullah
(n.d) dalam Sulaiman Masri dalam bukunya yang bertajuk Inilah Bahasa Baku (1992) telah
mendefinisikan bahasa baku sebagai bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan,
penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan dan akronim, tanda baca dan laras bahasa.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1982), penggunaan dialek ini dapat dibezakan dari
segi sebutan, kosa kata, kata ganti nama dan tatabahasa. Misalnya, kata ganti nama diri orang
pertama dalam dialek Kelantan adalah seperti ‘Aku’, ‘Ambo’ dan ‘Kawe’. Namun, dalam bahasa
baku pula kata ganti nama diri orang pertama ialah ‘Saya’. Selain itu, kata ganti nama tunjuk
iaitu itu dan ini, masyarakat Kelantan menyebutnya sebagai ‘tuh’ dan ‘nih’. Masyarakat Melayu
lebih terdedah untuk menggunakan bahasa dialek masing-masing sama ada dalam situasi

5
 

rasmi mahupun situasi tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian.
Perkara ini telah menimbulkan isu dan cabaran terhadap penggunaan bahasa Melayu.
Perkembangan bahasa Melayu baku ini telah terbantut dari segi perkembangannya kerana
masyarakat lebih gemar dan selesa dalam dialek negeri masing-masing sama ada dalam
komunikasi seharian mahupun dalam penulisan. Ini secara tidak langsung menyebabkan
wujudnya kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar dan seterusnya menyebabkan
penguasaan tatabahasa diketepikan. Perkara ini akan berlaku sekiranya pelajar tidak
memahami makna sesuatu dialek yang akan mengundang kepada kekeliruan bahasa.
Sekiranya bahasa dialek ini berterusan dan menjadi lebih berleluasa maka lenyaplah bahasa
Melayu baku yang telah diperjuangkan oleh tokoh-tokoh terdahulu.

Rajah 3 : Penggunaan bahasa dialek dalam pertuturan seharian

2.3 Kemunculan Bahasa Inggeris
Kedudukan bahasa Inggeris diturunkan selepas 10 tahun Malaysia mencapai

kemerdekaan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam
pendidikan menjadi semakin menyakinkan dan bahasa Inggeris tidak digunakan lagi dalam
acara-acara rasmi kerajaan. Namun demikian, bahasa Inggeris masih digunakan dalam bidang
perundangan, perniagaan, perbankan, perubatan, pergigian dan sektor swasta. Perkembangan
ini tidak bertahan lama kerana bahasa Inggeris kembali memberi cabaran terhadap bahasa
Melayu apabila kerajaan memperkenalkan polisi penswastaan dan pensyarikatan apabila
penkorporatan institusi pengajian tinggi awam dan pusat pendidikan swasta diwujudkan.

6
 

Menurut Asmah Haji Omar (2003), faktor yang menyebabkan penggunaan bahasa Inggeris
semakin berleluasa ialah orang Melayu sendiri merasa lebih selesa menggunakan bahasa
Ingeris kerana tidak perlu memikirkan sangat tentang penggunaan sistem sapaan yang
dikatakan ketat dalam bahasa Melayu. Selain itu, penggunaan bahasa Inggeris yang meluas
dalam sektor swasta, perindustrian, perdagangan dan dalam pendidikan tinggi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris lebih berkuasa dari bahasa
Melayu seperti yang dilihat dalam bahasa ilmu kemajuan sains dan teknologi banyak ditulis
dalam bahasa Inggeris. Bahasa-bahasa ilmu tersebut boleh diproses dan diterjemahkan ke
dalam bahasa apa-apa sahaja. Jadi, menurut Hashim Hj.Musa (2004) penyampaian dan
pembudayaan ilmu pengetahuan kepada rakyat seharusnya dilakukan dalam bahasa yang
paling mudah difahami oleh rakyat iaitu bahasa kebangsaan mereka sendiri. Namun, timbulnya
permasalahan di sini ialah kekurangan bahan rujukan dan bahan terjemahan dalam bahasa
Melayu ekoran daripada kurangnya bilangan para ilmuwan, ahli sains dan teknologi tempatan
yang mampu bergiat di barisan hadapan serta kurangnnya jumlah pakar, pensyarah dan
profesor bertaraf dunia yang mahir dalam bahasa Melayu untuk menyampaikan ilmu terkini
(Hashim Hj.Musa, 2004).

Komunikasi antara orang Melayu haruslah digalakkan menggunakan bahasa
kebangsaan kerana dengan latihan akan menjadikan golongan ini makin cekap dan yakin untuk
menggunakan bahasa Melayu. Ini dapat dilihat bahawa komunikasi antara kaum dengan
menggunakan bahasa Melayu semakin meningkat setelah bahasa Melayu dijadikan bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan negara. Masyarakat Malaysia perlu mencontohi masyarakat
Jepun dan Korea yang tidak akan berkomunikasi antara sesama sendiri mereka dengan
menggunakan bahasa luar kerana itu diangap sebagai derhaka kepada negara dan bangsa.
Tidak ada alasan bagi orang Melayu yang berkeberatan untuk menggunakan bahasa ibunda
sendiri kerana ‘bahasa menunjukkan bangsa’. Oleh itu, tidak kira betapa pandainya orang
Melayu itu berbahasa Inggeris, dia tetap mempunyai darah Melayu juga.

7
 

3.0 CABARAN-CABARAN BAHASA MELAYU DI ANTARABANGSA

3.1 Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Komunikasi dilakukan secara meluas sama ada secara rasmi ataupun sebaliknya dan
bahasa merupakan alat untuk berhubung antara satu sama lain. Masyarakat pada hari ini perlu
menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini berkait
secara langsung dengan kemampuan menjana idea, kreativiti dan inovasi dalam memantapkan
penggunaan bahasa Melayu. Seperti yang sedia maklum, bahasa teknologi yang paling
dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini jelas menunjukkan akan memberi kesan
kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Maka, masyarakat perlu lebih
progresif dan terbuka dengan menerima penyerapan masuk kata-kata asing bagi
memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Namun, bahas Inggeris tetap perlu
dipelajari kerana ilmunya. Seluruh dunia mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
selain bahasa ibunda.

Menurut Kamal Shukri (2007), beliau menyatakan bahawa Jepun tidak berganjak dalam
menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam
semua bidang mata pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah
dan bukan di peringkat rendah. Rakyat Jepun tetap mengutamakan bahasa ibunda mereka
malah dijunjung tinggi martabat dan maruahnya. Malaysia perlu mencontohi sikap Jepun ini
bagi memartabatkan bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam
teknologi maklumat dan komunikasi telah mencorakkan bentuk masyarakat, struktur
ekonominya dan persaingan sengit dalam pasaran antarabangsa. Kemunculan internet juga
telah meluaskan lagi penggunaan ICT di mana jaringan informasinya yang lebih canggih
sehingga boleh diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan
video. Jadi, bahasa Melayu perlu kukuh dan mantap supaya dapat digunakan dalam apa-apa
sahaja bidang yang muncul begitu cepat dalam kehidupan manusia.

Penekanan terhadap teknologi maklumat ini telah memperlihatkan penggunaan bahasa
Inggeris menjadi semakin hebat dan penting malah tidak dapat dielakkan oleh masyarakat
dunia. Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kedudukan bahasa
Melayu di rantau Nusantara ini. Jika ingin dibandingkan antara bahasa Melayu dengan bahasa
Inggeris, sudah tentu bahasa Melayu ketinggalan jauh dari sudut sains dan teknologi.
Masyarakat berbahasa Melayu perlu mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai
oleh bahasa Ingeris supaya bahasa Melayu dapat diterima dan diiktiraf dalam era siber yang

8
 

kian berkembang ini. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam bahasa
Inggeris, kita dapat menterjemahkannya ke dalam bahasa ibunda kita dan secara tidak
langsung martabat bahasa Melayu akan terus meningkat dan berkembang.

Menurut Prof. Dr. Hashim Hj. Musa dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan, beliau
mengatakan bahawa penguasaan ilmu sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan
kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat jelata merupakan faktor utama dalam
pembangunan Sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara menyeluruh yang
menjadi faktor utama pula kepada kemajuan negara itu. Penyampaian dan pemahaman ilmu
pengetahuan sains dan teknologi serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah
dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat jelata itu sendiri. Kita menerima hakikat
bahawa bidang teknologi maklumat dan komunikasi merupakan ilmu yang datang dari luar.
Namun, ini tidak bermakna kita harus berkiblatkan Barat dalam menghasilkan istilah bidang ini.
Oleh itu, bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat supaya tidak
ketinggalan dan ditindas oleh bahasa-bahasa luar yang lain.

9
 

3.2 EKONOMI

Menurut Lim Kim Hui & Har Wai Mun (2004), didapati bahawa jatuh bangunnya sesuatu
jabatan misalnya program pengajian Melayu sering mempunyai hubungan dengan faktor politik
dan ekonomi pada sesuatu waktu. Peluang pekerjaan dan kuasa ekonomi sering mewarnai
pilihan kerjaya pelajar di mana mereka lebih cenderung untuk memilih bidang kursus yang
mempunyai banyak peluang pekerjaan berbanding kursus yang mereka minat. Hal ini
dibuktikan dalam Tinjauan Komuniti Amerika 2009 (American Community Survey 2009) dengan
data perangkaan terperinci mengikut 171 major yang seolah-olah menyarankan bahawa
kepentingan ekonomi, gaji dan peluang pekerjaan sesudah lulus seharusnya menjadi salah satu
faktor penentuan utama pemilihan program pengajian (Carnevale, Strohl & Melton 2009).

Menurut Rohami (2011) menyatakan bahawa dalam dunia pekerjaan di Malaysia,
bahasa Inggeris dan bahasa Cina Mandarin kadang-kadang dijadikan pensyarat yang lebih
penting dan bukannya bahasa Melayu. Dari segi perdagangan antarabangsa, kebanyakan
negara di dunia ini berdagang dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan
Kanada di mana masyarakatnya adalah penutur bahasa Inggeris. Jadi, mana-mana negara
yang ingin berdagang dengan negara-negara tersebut perlu menggunakan bahasa Inggeris.
Jelaslah bahawa kekuatan sesuatu bahasa itu bergantung kepada nilai ekonomi sesebuah
negara tersebut dan secara tidak langsung menentukan populariti sesuatu program pengajian
berdasarkan bahasa seperti pengajian Melayu, pengajian Cina dan pengajian Inggeris.

4.0 PENUTUP

Abad ke-21 sudah melangkah deras diiringi arus globalisasi yang semakin kencang.
Segala isu dan cabaran yang telah ditempuhi oleh bahasa Melayu untuk menjadi bahasa
kebangsaan ilmu bukanlah suatu proses yang mudah. Pelbagai rintangan yang perlu dihadapi
sebelum teriktirafnya bahasa Melayu sebagai bahasa utama yang dihormati kini. Bahasa
merupakan lambang serta identiti sesebuah masyarakat atau bangsa di samping berfungsi
sebagai medium komunikasi. Malaysia merupakan sebuah negara yang telah lama mencapai
kemerdekaan. Jadi, usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu adalah menjadi satu
kewajipan kepada rakyat Malaysia bagi membentuk sebuah negara bangsa. Demi
kelangsungan bahasa Melayu, semua pihak perlu hadir memberi kerjasama dalam
menghormati dan menjulang bahasa Melayu pada peringkat yang lebih tinggi.

10
 

BIBLIOGRAFI
Abdul Hamid Mahmood. (1982). “Ciri-Ciri Dialek Kelantan Yang Mempengaruhi Penguasaan Bahasa

Malaysia Standard”. (bahagian 1 dan 2) Dewan Bahasa, Mei 1982:: 339-345 dan Jun,
1985:369-408

Abdullah, S. (n.d.). dialek. Www.academia.edu. Retrieved December 15, 2021, from
https://www.academia.edu/9749728/dialek

Asmah Haji Omar, 2003a. Language And Language Situation In South East Asia: With a Focus On
Malaysia, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Carnevale, Anthony P., Jeff Strohl, & Michelle Melton. (2009). What’s it worth?: The economic value of
college majors . Center on Educationand the Workforce, Georgetown University.

Cimbey, S. (n.d.). CABARAN DAN PROSES PEMANTAPAN BAHASA MELAYU (CHALLENGES AND
ESTABLISHMENT PROCESS OF MALAY LANGUAGE). Www.academia.edu. Retrieved
November 5, 2021, from
https://www.academia.edu/5323728/CABARAN_DAN_PROSES_PEMANTAPAN_BAHASA_ME
LAYU_CHALLENGES_AND_ESTABLISHMENT_PROCESS_OF_MALAY_LANGUAGE_

Hashim Hj. Musa. (2009). Sosiolinguistik Lanjutan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Hashim Hj. Musa. (2004). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hidayah Shafiee, Ahmad Fahmi Mahamood, Rahman, A., & Ali. (2019, July 11). PENGARUH BAHASA
ROJAK DI MEDIA BAHARU TERHADAP BAHASA KEBANGSAAN THE INFLUENCE OF
BAHASA ROJAK IN NEW... ResearchGate; Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd.
https://www.researchgate.net/publication/334457804_PENGARUH_BAHASA_ROJAK_DI_MED
IA_BAHARU_TERHADAP_BAHASA_KEBANGSAAN_THE_INFLUENCE_OF_BAHASA_ROJA
K_IN_NEW_MEDIA_TOWARDS_THE_NATIONAL_LANGUAGE

11
 

Hui, L. K., & Hui, L. K. (2012b). PENGAJIAN MELAYU DAN PENGAJIAN DUNIA MELAYU DALAM
ABAD KE-21: ANTARA CABARAN DENGAN MASA DEPAN. 동남아연구, 22(2), 379–409.
https://www.academia.edu/9502330/Pengajian_Melayu_dan_Pengajian_Dunia_Melayu_dalam_
Abad_ke_21_Antara_Cabaran_dengan_Masa_Depan

Ibrahim Majdi Mohamad Kamil, & Maliati Mohamad. (2020). CABARAN PEMERKASAAN BAHASA
MELAYU DALAM USAHA MENCAPAI NEGARA BANGSA DI MALAYSIA. Asian People
Journal, 2020, VOL 3(2), 181-191.

Jemaslin, E. (n.d.). CABARAN BAHASA MELAYU. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/12021766/CABARAN_BAHASA_MELAYU

Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu, Apa Sudah Jadi? Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing.

Lim Kim Hui, & Har Wai Mun. (2004). Globalisasi dan Suara yang Hilang. Dewan Bahasa. Februari: 12-
17.

Noor Aida Mahmor, Faizah Ahmad, & Nasariah Mansor. (2014, December). (PDF) KERANCUAN
BAHASA: CABARAN DALAM PENDIDIKAN NEGARA DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA.
ResearchGate.
https://www.researchgate.net/publication/304471121_KERANCUAN_BAHASA_CABARAN_DA
LAM_PENDIDIKAN_NEGARA_DAN_PEMBINAAN_NEGARA_BANGSA

Rohami Shafie. (2011). Di mana letaknya kedudukan bahasa Melayu? Utusan Malaysia Online, 20 Jun.
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana
&pg=re_02.htm. Tarikh capaian:10.09.2012

Syuhaidi, M., Bakar, A., & Mazzalan, A. (2018). ALIRAN PERTUTURAN BAHASA ROJAK DALAM
KALANGAN PENGGUNA FACEBOOK DI MALAYSIA. Issue, 7, 62–71. https://e-
ajuitmct.uitm.edu.my/v2/images/vol7issue1/CRPID158-
ALIRANPERTUTURANBAHASAROJAK.pdf

12
 


Click to View FlipBook Version