The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HASIL KARYA PESERTA PENULISAN KREATIF CERPEN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliahumaira185, 2022-06-10 11:25:24

HASIL KARYA PESERTA PENULISAN KREATIF CERPEN

HASIL KARYA PESERTA PENULISAN KREATIF CERPEN

Simpati.Itu yang dirasakan oleh Shahrin terhadap Kasih.Pelbagai persoalan
bermain di fikirannya.Kenapa Adlan sanggup meninggalkan Kasih dalam keadaan
sebegitu?Bagaimana pula dengan masa depan Kasih?Dan yang paling utama,apa nasib
bayi yang dikandung oleh Kasih itu?

Mindanya mula memutarkan saat di mana Adlan menjadi satu-satunya sahabat
yang sentiasa berada di sisinya.Saat kakinya tidak mampu mengorak langkah dan
tersungkur ke tanah,Adlan menghulur tangannya tanpa ragu-ragu atas asbab kawan.Di
saat dirinya susah,Adlan adalah satu-satunya kawan yang muncul tanpa perlu diseru
namanya.Perkara ini bermain di fikirannya sepanjang malam.Hal ini bahkan
membuatkan dirinya tidak tentu arah.Dirinya berbelah bahagi kepada perasaannya
terhadap Kasih dan perspektifnya terhadap Adlan.

Shahrin menghembus berat nafasnya.Matanya melirik kembali ke langit yang
gelap itu.

“Mungkin dengan cara ini aku dapat tolong kau dan Kasih,Adlan.”ujar Shahrin
perlahan sebelum kakinya mengorak langkah keluar dari rumahnya.

*****

Langkah Shahrin terhenti saat tiba di destinasinya.Mulutnya tercungap-cungap
menangkap nafas menandakan dia berlari untuk ke situ.Dengan hati yang
berdebar,kakinya menapak ke perkarangan laman yang luas.Saat dirinya tiba di hadapan
pintu rumah itu,Shahrin memejamkan matanya dengan rapat sambil berdoa kepada
Tuhan agar keputusan yang dilakukan ini untuk membantu rakannya yang selama ini
tidak pernah berkira dalam persahabatan adalah perkara yang betul.Perlahan pintu rumah
itu diketuk.

Tidak lama kemudian,pintu itu terbuka luas menampakkan individu yang sudah
lama dirinya memendam perasaan.

“Shahrin?Apa kau buat di sini?”ujar Kasih perlahan.

Shahrin mengangkat wajahnya dan menatap setiap inci wajah Kasih.Mulutnya
terbuka untuk mengatakan sesuatu namun tiada satu pun perkataan yang mampu
diutarakan.Kasih mengerutkan dahinya keliru akan reaksi Shahrin.

“Shahrin...Kenapa?”ujar Kasih sekali lagi secara lembut.

“Kasih…”sebut Shahrin halus namun dapat didengari dengan jelas oleh Kasih.

“Aku akan bertanggungjawab.....atas perbuatan Adlan”

-Tahun 2022-

Tanpa disedari air mata mula mengalir perlahan tatkala mindanya memutarkan
memori tersebut.Perlahan jari jemari Shahrin diangkat menghapuskan sisa air mata di
wajahnya yang berkedut itu.Sejak peristiwa itu,Kasih dibuang keluarganya kerana
perbuatannya itu umpama menconteng arang ke muka keluarganya yang setaraf keluarga
Adlan.Ibu bapa Shahrin terpaksa menerima perkara tersebut walaupun pahit untuk
ditelan.Saat Shahrin mengutarakan niatnya untuk mengahwini Kasih,ibu bapanya sangat
kecewa bahkan mengambil masa beberapa tahun untuk menerima ketentuan takdir
walaupun perkara itu bukan berpunca daripada dirinya.Tiada siapa tahu perkara yang
sebenar.Hanya Shahrin,Adlan,Kasih dan Yang Maha Esa.

Namun,apa yang menyedihkan bagi kedua-duanya adalah mereka terpaksa
menghentikan pelajaran mereka.Bagi Kasih,sukar untuk menutup perbuatannya kerana
perutnya yang semakin membesar.Bagi Adlan,sukar untuk dirinya menggalas
tanggungjawab sebagai suami dan pelajar pada satu masa yang sama.Adlan terpaksa
menguburkan impiannya untuk menjadi seorang pendidik gara-gara dirinya yang sibuk
bekerja untuk menanggung kasih dan anaknya.Walaupun berbaki beberapa bulan
sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,namun kedua-duanya terpaksa meletak
titik noktah di situ kerana berita tentang mereka berdua sudah tersebar luas dan demi
menjaga kesejahteraan semua orang.

“Ayah.”

Shahrin menoleh saat mendengar namanya dipanggil.Anak sulungnya,Hakim

mengukir senyuman melihat ayahnya.

“Ayah,dah lewat malam dah ni.Hakim nak minta diri balik dulu,Adam pun dah
merengek nak balik tu.”ujar Hakim sambil menunjuk ke arah Adam,cucu sulung Shahrin
yang didukung oleh menantunya.

Sudah menjadi tradisi keluarga itu untuk berkumpul bersama pada ulang tahun
ketiadaan isterinya yang meninggal dua tahun yang lepas akibat barah rahim.

“Balik sudah?Baiklah,kamu hati-hati pandu kereta tu.”ujar Shahrin.

“Ayah jangan sedih-sedih.Kasihan mak mesti sedih juga tengok ayah sedih.”sambung
Hakim.

Shahrin hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata anaknya itu.Walaupun
Hakim bukanlah darah dagingnya tapi Shahrin menyayangi setiap satu anaknya bagai
menatang minyak yang penuh.Shahrin bangga dengan kerja kerasnya selama ini,ketiga-
tiga anaknya berjaya mendapatkan pendidikan yang sempurna dan kerjaya yang bagus
walaupun dirinya dan isterinya tidak mampu ke tahap itu.

“Ayah,memandangkan hari jadi ayah pun tak lama lagi,ayah ada permintaan tak?”

Pertanyaan itu membuatkan Hakim menoleh ke belakang dan mendapati kedua
adiknya,Hazim dan Haris mula menjejakkan kaki mereka ke dapur.

“Betul tu ayah.Senang awal-awal.Ayah pun tak suka surprise sangat kan.”kata Hazim
menyambung pertanyaan yang diujar oleh Haris sebentar tadi.

Shahrin menggelengkan kepalanya.Permintaan?Apa sangatlah yang boleh
diminta pada usianya yang semakin tua ini.Baginya,cukuplah doa daripada anak-
anaknya supaya dia diberikan kekuatan untuk terus bertahan di bumi ini selagi mana dia
diizinkan oleh Maha Pencipta.Namun,saat dia ingin mengatakan tidak sebagai jawapan
kepada anak-anaknya itu terlintas satu perkara di mindanya.Perkara yang membuatkan
hatinya berdebar seolah-olah dirinya yang remaja dulu.Perkara yang dulunya menjadi
asbab dia ingin menjadi yang terbaik antara yang terbaik.Perkara yang membuatkan

dirinya yang tua ini tersenyum lebar.Ketiga-tiga wajah anak lelakinya itu ditatap lembut.

“Wah,senyum lebar nampak.Macam besar saja permintaan kali ini.”seloroh Hakim.

Kata-kata Hakim itu membuatkan kesemua tertawa termasuk
Shahrin.Membuatkan dirinya teringat akan sahabatnya,Adlan yang sering bergurau
sebegitu.

“Jadi ayah,apa yang ada di tikiran tu?”tanya Haris.

“Hazim,SPM tahun ini belum tutup pendaftaran lagi kan?”tanya Shahrin kepada anak
bongsunya yang merupakan seorang guru.

Hazim mengerutkan dahinya keliru akan soalan yang dilontarkan oleh
ayahnya.“Ya,ayah.Belum lagi.Bulan depan baru tutup.Kenapa,Ayah?”jawab Hazim.

“Ayah ingat ayah nak ambil SPM tahun ini”jawab Shahrin pendek.

Jawapan Shahrin itu menyebabkan suasana malam itu sepi secara tiba-
tiba.Kesemua terdiam dan fikiran masing-masing cuba memproses setiap butir kata yang
dilontarkan oleh ayah mereka sebentar tadi.Senyuman lebar di wajah tua Shahrin itu
pudar saat melihatkan reaksi anak-anaknya.Matanya melirik memerhati satu per satu
wajah anak-anaknya.

“SPM?Sijil Pelajaran Malaysia?”tanya Haris untuk memastikan apa yang didengari
olehnya itu benar.

Shahrin menganggukkan kepalanya.

“Betul ke ni,ayah?Tapi ayah dah 60 tahun?”sambung Hakim pula.
Shahrin terkejut mendengar kata-kata Hakim.Seolah-olah dia tidak mempunyai

kepercayaan dan meragukan ayahnya sendiri.

“Apa maksud kamu cakap sebegitu?Ayah sendiri pun sedar umur ayah berapa.Ayah
cuma nak cari sebahagian diri ayah yang hilang dulu dan demi mak kamu!”ujar Shahrin

dengan marah sebelum mengorak langkah keluar dari dapur itu meninggalkan semua
orang.

“Ayah,Hakim tak bermaksud-” Hakim cuba bersuara saat Shahrin melepasi dirinya
namun tidak diendahkan ayahnya.

Satu keluhan dilepaskan.Hakim memandang adik bongsunya,Hazim.“Abang
patut dengar dulu cakap ayah.Tengok ayah dah terasa hati”ujar Hazim.

“Hm,abang tercakap lepas pula,Hazim.Takpa lah,abang balik dulu.Bagi ayah sejuk
hati,okay?”balas Hakim sambil menepuk bahu adiknya.

Hazim tidak membalas bahkan dia hanya mendiamkan diri.Begitu juga dengan
Haris yang akhirnya meninggalkan kawasan itu.

*****

Hazim mengorak langkah dengan laju tatkala kakinya di jejakkan di dalam bilik
guru.Dia menghampiri meja guru senior kegemarannya yang sering membantunya
dalam segala hal.

“Bang Borhan!”ujar Hazim dengan ceria.

Borhan yang berusia separuh abad itu terkejut apabila disapa oleh Hazim.Hazim
tertawa melihat reaksi Borhan yang lucu di matanya.

“Kau ni Hazim..Bagilah Salam lain kali!Nak gugur lah jantung aku!”kata Borhan sambil
mengurut dadanya“Hehehe,ampun tuanku.”balas Hazim sambil tersengih.

“Apa hajat kau datang ke sini?Ada apa-apa nak tanya ke?”tanya Borhan yang dapat
menghidu kehadiran Hazim ke mejanya itu.

“Saya nak tanya sikitlah,bang.Sepanjang abang jadi setiausaha SPM sekolah ni,berapa

umur calon persendirian yang paling tua pernah abang urus?”tanya Hazim.

Pertanyaan Hazim itu membuatkan Borhan membetulkan kaca matanya
kemudian meletakkan jari telunjuknya di dagu sambil cuba membuka kotak ingatan
untuk menjawab persoalannya.

“Seingat aku lah,paling tua selalunya budak-budak tahfiz dalam umur 23 ke 25 begitu.Itu
pun ambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah sahaja untuk dapatkan sijil SPM.”balas
Borhan.

“Oh,tua lagi dari itu takda eh?”tanya Hazim lagi.

“Hmm,rasanya tak pernah lagi.Kenapa dengan pertanyaan kau ni?Out of topic
betul.”kata Borhan aneh.

“Takda apa lah,bang.Saya cuma tengah buat tinjauan.”balas Hazim.“Tapi,zaman
sekarang ni SPM terbuka.Tak kira umur berapa pun boleh sebagai calon
persendirian.Cuma mungkin ganjil lah kalau ada yang terlalu tua.Ilmu kan tiada
terhadnya.”ujar Borhan.

Kata-kata Borhan membuatkan Hazim tersenyum lega.Niat dia bertanyakan
soalan tersebut kepada Borhan kerana dia ingin cuba menunaikan hasrat
ayahnya.Walaupun permintaan Shahrin pada malam semalam sememangnya satu
perkara yang agak mengejutkan namun dia yakin ayahnya mempunyai sebab
tersendiri.Bahkan sebagai anak yang baik,dia tetap akan menyokong ayahnya selagi
perkara itu membawa kepada kebaikan terutama pada diri ayahnya sendiri.

“Betul tu,bang.Terima kasih.”ujar Hazim dengan senyuman yang tidak pernah lekang di
bibirnya.

Tatapan Shahrin dibuang ke luar tingkap saat mendengar deruan enjin kereta
menandakan pulangnya Hazim dari sekolah.Genggamannya di surat khabar itu
diperketatkan.Jujur hatinya masih terluka dengan reaksi anak-anaknya yang seolah- olah
mempersendakan permintaan yang ingin menduduki kembali SPM.Seandainya mereka
tahu asbab dia dan ibu mereka tidak meneruskan pelajaran,sudah pasti mereka akan lebih

menghargai permintaannya itu.Namun,itu bukanlah tempat mereka untuk mengetahui
kisah silam ibu bapa mereka yang cuba untuk dilupakan hari demi hari.Tidak lama
kemudian,dia mendapati tubuh Hazim mula memasuki rumah dan bergerak
menghampirinya.

“Ayah,ni Hazim ada beli makan tengah hari.”kata Hazim sambil menghulurkan
plastik makanan kepada ayahnya.

Shahrin mengalihkan pandangannya kembali ke surat khabar yang
dipegangnya.“Letak sajalah di meja”ujar Shahrin dingin.

Hazim mengetap bibirnya rapat.Ternyata ayahnya masih terasa akan perbuatan
dia dan abang-abangnya.Perlahan kakinya mengorak langkah ke dapur lalu meletakkan
plastik makanan itu.Ini adalah rutin harian Hazim untuk membelikan makanan tengah
hari untuk ayahnya setiap hari sejak ketiadaan ibunya.Sejak dulu lagi Kasih melarang
Shahrin untuk ke dapur kerana satu-satunya perkara yang tidak boleh dilakukan oleh
Shahrin adalah memasak.

Hazim kembali ke ruang tamu dan melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan
ayahnya.Matanya melirik memerhati setiap sudut wajah ayahnya.Perlahan bibirnya
terangkat mengukir senyuman.

“Ayah,ayah marah lagi ke?Hazim minta maaf”ujar Hazim dengan suara yang
lembut.

Kata-kata Hazim itu membuatkan Shahrin membalas tatapan Hazim.“Ayah tak
marah.Ayah cuma kecewa.Itulah satu permintaan yang ayah minta tapi reaksi kamu
semua seolah-olah ayah ni hilang akal pula.”balas Shahrin.

Surat khabar yang tadinya dibaca kini dilipat dan diletakkan di atas meja kopi
yang menjadi perantara antara dirinya dan Hazim.

“Tak lah.Bukan itu maksud reaksi kami lah,ayah.Kami cuma terkejut.Sebab
permintaan ayah ni out of our expectation betul.Sumpah ayah kami tak fikir pun sebegitu
rupa”kata Hazim cuba meyakinkan ayahnya.

Shahrin diam.Satu perkataan pun tidak dilontarkan kepada anaknya.Dalam
fikirannya,dia ingin cuba mendapatkan sijil SPM bagi pihak dirinya dan isterinya.Lagi-
lagi untuk dirinya yang remaja satu ketika dahulu.Shahrin yang dulu pernah bercita-cita
untuk menjadi seorang pendidik berhak untuk menduduki peperiksaan ini dan
mendapatkan sijil yang diimpikan walaupun usianya sudah lanjut.Bahkan,Shahrin turut
fikir bahawa perlakuannya ini membolehkan dirinya untuk menebus kesalahannya.

“Ayah rindu ibu kamu,Hazim.Waktu sekolah dulu,ibu kamu tu dialah wanita
paling cantik,paling sempurna yang pernah ayah lihat.Setiap kali ayah terpandang ibu
kamu,ayah rasa bersalah sebab ayah macam tak layak untuk hirup udara yang sama
dengan orang sesempurna itu.Tapi ayah diam.Ayah tak pernah cuba untuk rapat dengan
dia sebab ayah sedar diri.Jadi,satu-satunya sebab dulu ayah nak belajar seelok-eloknya
untuk ibu kamu.Ibu kamu dulu pandai.Kami berdua dulu tak sabar- sabar nak ambil
SPM.Waktu tu 1980 adalah tahun pertama SPM.Tapi disebabkan ketentuan Allah yang
lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya,ayah dan ibu tak dapat teruskan
pelajaran.”

Shahrin berhenti seketika.Senyuman kecil menghiasi wajahnya.Matanya mula
bergenang dengan air mata.Wajah Hazim turut bertukar menjadi sayu apabila kisah
muda ibu dan bapanya diceritakan.

“Jadi,ayah fikir kalau ayah ambil SPM walaupun tak cemerlang sekurang-
kurangnya diri ayah dan diri ibu kau yang remaja berterima kasih dan akhirnya kenangan
lama tu akan tinggalkan ayah.Seolah-olah ada sesuatu yang menjadi perantara antara diri
ayah yang lama dan sekarang.Dan ini adalah hak dia.Ayah yakin ibu kamu mesti
gembira dan sokong kalau inilah yang ayah mahu,Hazim.Ayah bukan saja-saja macam
ni.Semuanya bersebab.”sambung Shahrin dan air matanya pun mengalir ke pipinya.

Hazim dengan cepat bangun dan duduk di sisi ayahnya.Tanpa membuang
masa,diri tua Shahrin itu dipeluk erat anaknya.Shahrin merehatkan kepalanya di bahu
anaknya.Terasa beban dan fikiran yang berat akhirnya dilepaskan saat mereka berkongsi
pelukan.Air mata berterusan mengalir membasahi wajah tua Shahrin.Dirinya tidak
sempurna.Dia tahu itu.Namun,dia menghabiskan 43 tahun yang sepatutnya dipenuhi
dengan kerjaya impiannya untuk membuatkan kehidupan isteri dan anak-anaknya
sempurna.Selama 43 tahun,keluarganya menjadi keutamaan untuk dirinya.Dan buat kali

pertama,dia ingin meletakkan dirinya sebagai yang pertama.

Hazim menarik tubuhnya dari pelukan itu.Perlahan bibirnya mengukir senyuman.

“Ayah,Hazim ada tanya kawan di sekolah.Kalau ayah betul nak ambil
SPM,Hazim boleh tolong dan Hazim akan tolong sehabis baik.Hakim dan Haris pun
akan ada untuk ayah.Jadi,ayah jangan fikir macam tu lagi.Kami semua sayang ayah dan
kami sikit pun tak ragu ayah”kata Hazim.

Shahrin mengesat lembut air mata yang tersisa di wajahnya.Dengan penuh rasa
teruja dan gembira seperti dirinya yang remaja dulu,dia menganggukkan kepalanya.

Beberapa bulan kemudian

Setiap helaian buku itu diselak dan dibaca oleh Shahrin dengan teliti.Syukur
kepada tuhan proses pendaftaran Shahrin sebagai calon persendirian SPM di sekolah
Hazim sangat mudah.Bahkan,guru-guru yang berada saat Shahrin hadir bagi mengisi
beberapa borang penting juga memberi semangat dan terharu dengan dirinya.Shahrin
hanya mendaftar subjek Bahasa Melayu dan Sejarah sahaja bagi membolehkan dirinya
memperoleh sijil SPM.Dirinya yang sudah berusia membuatkan dia sukar untuk
memahami pembelajaran pada masa kini jadi dia membuat keputusan dengan bantuan
anak-anaknya untuk melakukan sekadar mana yang dirinya mampu.

Walaupun pelbagai cabaran yang perlu ditempuh sepanjang Shahrin bergelar
calon persendirian,namun tidak sekalipun dia patah semangat.Hakim membantu
ayahnya dengan cara mengupah guru tuisyen peribadi bagi memudahkan proses
pembelajaran ayahnya.Shahrin menghadapi setiap hari dengan perasaan yang sangat
teruja umpama dia hidup semula.Setelah sekian lama,Shahrin bangun daripada lenanya
dengan gembira kerana dia mempunyai impian untuk dicapai hatta umurnya yang kian
meningkat.

“Apa perasaan ayah?Esok SPM.Mesti ayah berdebar betul kan?”tanya Hazim
sambil meringankan tubuhnya di sebelah Shahrin yang sibuk meneliti kertas-kertas
latihannya.

“Berdebar tu mestilah,Hazim.Tapi ayah teruja.Tak sangka ayah akan duduki
SPM esok.”ujar Shahrin lembut sambil tersenyum.

Hazim turut tersenyum melihat ayahnya.Walaupun perkara ini tampak sederhana
namun ianya cukup untuk membuatkan Shahrin rasa lengkap.Hanya Tuhan sahaja yang
mampu mengungkapkan perasaan ini dan segala syukur untuk-Nya yang Maha
Pengasih.

-Keesokan harinya-

Baju kemeja yang tersarung kemas di tubuh Shahrin diperbetulkan
menggunakan tangannya.Wajahnya tidak lekang mengukir senyuman sejak kakinya
melangkah keluar dari rumah sehinggalah dirinya berdiri di perkarangan sekolah.Hazim
turut berkongsi rasa yang sama berdiri di sisi ayahnya sambil memegang beg
ayahnya.Mata Shahrin memerhati anak-anak SPM yang beratur memasuki dewan
peperiksaan dengan bibir yang tersenyum lebar.Perlahan matanya dilirikkan menatap
anaknya.Hazim mengusap tangan Shahrin lembut.

“Ayah dah bersedia?”tanya Hazim.

Shahrin menganggukkan kepalanya.

“InshaAllah,demi awak Kasih dan diri ayah sendiri.Ayah bersedia.”ujar Shahrin yakin.

Shahrin menghulur tangannya kepada Hazim dan Hazim menyambutnya dengan
mencium tangan ayahnya.Dengan doa yang dipohon dalam hati,Shahrin mengatur
langkah memasuki dewan peperiksaan dan berharap dia dapat melepasi peperiksaan ini
dengan mudah sebagaimana dirinya yang dulu akan lakukan sekiranya dia berada di
posisi yang sama.

*****

Cerahnya langit mengingatkan ku kepada sinar kehadiranmu,

Derasnya hujan mengatakan kepadaku sabar,ini hadiah dari tuhanmu,

Kasarnya jalan berpesan jangan tersungkur,

Namun,wujudnya dirimu,menyedarkan aku,

Adanya mu disisi,luka dan berdarah di dunia hanya seketika waktu.

Shahrin tersenyum lebar saat melihat butir perkataan yang ditulisnya.Perlahan
dia menutup buku jurnalnya yang dipenuhi kata-kata rindu yang tidak terucap kepada
isterinya.Pandangannya dilirikkan ke luar tingkap.Memori-memori yang cuba untuk
dilupakan tidak lagi menggamit perasaannya.Tidak lagi membuatkan dirinya bersalah
dan tidak berguna.Bahkan,pada saat ini dia mula mengerti atas ketentuan yang telah
tertulis dengan indah untuknya oleh Maha Pencipta.Tanpa berlakunya peristiwa,di
manalah Shahrin boleh belajar erti susah.Di manalah Shahrin boleh belajar susahnya
untuk membina sesebuah keluarga.Dan paling istimewa,tanpa peristiwa,di manalah
Shahrin boleh hidup bersama isterinya sama ada susah mahupun senang.

Tangan Shahrin dipanjangkan menggapai fail berwarna biru gelap.Jari
jemarinya menyelak fail itu dan terpapar sekeping slip yang membuatkan tidurnya
semakin lena dan kehidupannya kini dipenuhi dengan senyuman.Dapat dilihat dengan
jelas gred A bagi kedua-dua subjek Bahasa Melayu dan Sejarah di atas slip peperiksaan
tersebut.Shahrin mendekatkan fail tersebut ke dadanya dan mendakap dengan erat.Sudah
hampir sebulan sejak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022 diumumkan.Masih
segar di ingatannya betapa gembiranya dirinya dan anak- anaknya saat melihat
keputusan peperiksaan tersebut.Sungguh!Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa
bahagianya dia pada waktu itu.

Perlahan air matanya jatuh setitis demi setitis.Shahrin mengubah tatapan
matanya ke cermin di atas mejanya.Senyuman terukir lebar saat dia meneliti wajahnya
di cermin.Refleksi yang ditunjukkan di cermin itu dapat dilihat dengan jelas oleh
matanya seolah-olah dirinya yang berusia 17 tahun sedang tersenyum memandangnya
dengan bangga.Air mata semakin deras membasahi wajahnya.Inilah saat terindah bagi
dirinya.Akhirnya,Shahrin berjaya memberikan perkara yang patut diperoleh dirinya 43
tahun yang lalu.Akhirnya,Shahrin mampu menarik nafas dengan lega tanpa rasa

berhutang dengan dirinya sendiri.Akhirnya,Shahrin mampu menghadiahkan kepada
isterinya perkara yang sama yang diimpikan oleh Kasih 43 tahun yang lalu.

Tangan Shahrin menyentuh cermin itu seakan-akan dia cuba menggapai dirinya
yang berusia 17 tahun itu.Matanya tetap memandang dirinya di cermin itu dengan
senyuman yang terukir.Satu keluhan lega dilepaskan.

“Akhirnya,aku berjaya.”ujarnya perlahan dengan bangga.

-TAMAT-

fatihah

(Nurul Fatihah Abu Hassan)

( Gambar yang menggambarkan kejayaan saya )

#MeDIACendekiawanMuda
#MeDIAkreatif
#MediaDaisKag


Click to View FlipBook Version