The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

M11 PENULISAN SKRIP SECARA BERSTRUKTUR (TEMA DAN ISU)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinursyarifah01, 2022-05-10 11:58:14

BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

M11 PENULISAN SKRIP SECARA BERSTRUKTUR (TEMA DAN ISU)

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
PISMP BAHASA MELAYU 2 AMBILAN JUN 2020
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

PENULISAN SKRIP SECARA BERSTRUKTUR:
TEMA DAN ISU

PENSYARAH: Dr. ROBIAH BINTI MOHAMAD

AHLI KUMPULAN:
1. HAZWANI BINTI HAMZAH
2. HALIMAH BINTI ABU HANIFAH
3. NURUL IZZAH BINTI MUSTADZA
4. NUR AFRINA HUDA BINTI ADNAN
5. SITI NUR SYARIFAH SYAHIRAH BINTI MOHD ROSLIN

TEMA

● Tema penulisan sastera kreatif atau penulisan buku sastera
kanak-kanak adalah tentang cerita dan persekitaran kanak-kanak
(Othman Puteh dan Abdul Ahmad, 1984).

● Tema-tema penulisan sastera kanak-kanak yang menjadi kegemaran
ialah pengembaraan, nyanyian, penyiasatan dan cerita berbentuk
permainan.

● Tema-tema lain adalah seperti meneroka dunia misteri, hiburan,
pendidikan dan bertemakan ejen pembangunan untuk meningkatkan
tahap kematangan kanak-kanak.

● Tema penulisan sastera kanak-kanak yang pelbagai ini memberikan
laluan kepada kanak-kanak untuk memilih saluran bacaan mengikut
kegemaran masing-masing.

● Keadaan ini sekali gus meningkatkan tahap pemikiran kognitif
mereka.

● Menurut Lynch-Brown (1999), perkembangan kognitif dapat
diterapkan kepada kanak-kanak dengan memberikan pengetahuan
baharu dan mempertingkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap
pengetahuan sedia ada, di samping menggalakkan mereka untuk
mencari maklumat sendiri.

● Usaha mencari maklumat secara individu mampu menjana pemikiran
ke arah yang lebih baik. Hal sebegini mampu juga meningkatkan
kreativiti kanak-kanak.

ISU

● Isu merupakan perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya
yang ada hubungannya dengan tema. Isu wujud dalam
sesuatu karya bertujuan menghidupkan dan memperkukuhkan
tema yang diketengahkan oleh pengkarya.

D A
“7 HA N I T U”

TEMA

● Konflik rumah tangga yang berlaku dalam kehidupan sepasang suami dan isteri
yang berbeza latar belakang kehidupan serta percampuran keluarga.

- Drama ini mengisahkan tentang watak Khuzairi, seorang lelaki yang berasal
dari kampung yang terpaksa berkahwin dengan Mia Adriana, seorang wanita
daripada keluarga berada. Konflik rumah tangga mereka terjadi sebaik
sahaja mereka disatukan. Mia Adriana tidak dapat menerima Khuzairi
sebagai suaminya dan tidak suka kehidupan di kampung. Konflik mereka
bertambah rumit apabila ibu Khuzairi, Mak Leha tidak menyukai Mia kerana
memusuhi ibu Mia sehingga ingin menjodohkan Khuzairi dengan sepupunya,
Ila. Khuzairi tersepit antara terlalu menghormati ibunya dengan terlalu
menyayangi isterinya. Mia bertindak meninggalkan Khuzairi selepas bersalin,
namun kembali untuk menambat semula hati Khuzairi yang pada ketika itu
sedang membuat persiapan perkahwinannya dengan Ila, pilihan ibunya.

ISU

● Isu pergaulan bebas

- Ila telah mengandungkan anak hasil daripada hubungan luar
nikah antara dia dengan rakan tunangnya, Jali. Hubungan ini
terjadi apabila Jali melayan Ila lebih baik daripada Helmi. Ila
termakan dengan kata-kata manis Jali dan akhirnya terjerumus
ke lembah kehinaan.

ISU

● Isu memandang hina terhadap golongan susah

- Mia memandang hina terhadap Mak Andak yang menghidapi
penyakit mental dengan memanggilnya “perempuan gila” dan
memarahi Mak Andak setiap kali mendekatinya.

- Mia menghalau Mak Limah yang menjaja di kaki lima di
hadapan klinik Doktor Khuzairi.

- Mia juga meminta Mak Limah untuk membayar ubat yang
dibekalkan secara percuma oleh Khuzairi kepada Mak Limah.

- Mia memberikan layanan buruk kepada Buntat yang
merupakan anak istimewa.

D A
“SA K L E L

KE ”

TEMA

Tema drama kanak-kanak ini adalah kebijaksanaan yang
ditunjukkan oleh Sang Kancil untuk membantu Sang Kerbau yang
hampir menjadi makanan kepada Sang Buaya.

ISU

● Balasan yang diperoleh sekiranya melakukan kejahatan.

- Sang Kancil telah meminta Sang Kerbau dan Sang Buaya
melakonkan kejadian asalnya. Apabila sampai di bahagian Sang
Buaya ditimpa batang pokok, Sang Kancil telah mengarahkan
Sang Kerbau untuk tidak mengangkat batang kayu itu. Kejadian
ini membuatkan Sang Buaya mendapat balasan yang setimpal
apabila dia dihempap sekali lagi dengan batang pokok sewaktu
melakonkan semula kejadian itu. Perkara ini sebagai hukuman
kepada Sang Buaya yang tidak mengenang jasa Sang Kerbau
telah membantunya.


Click to View FlipBook Version