The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atiyahanisah0511, 2022-12-06 09:22:49

Tafsir e-book (1)

Tafsir e-book (1)

QSI 20302(AL-TAFSIR)
Tema: Akidah,adab dan kekuasaan Allah

kisah nabi adam

dan iblis yang
sombong

Disediakan Oleh :
ASMA' BINTI ISMAIL (074730)
NUR HAFIZAH BINTI MOHAMED (072633)
NUR ALIYA NAZIFA BINTI ABDUL SALAM (072467)
SITI NURATIYAH HANISAH BINTI RAIM (074673)
SITI NOORAZIZAH BINTI AMRIN (072566)


Iblis adalah makhluk ghaib yang diciptakan dari
api dan tidak dapat dilihat oleh pancaindera
manusia. Iblis diberikan akal oleh Allah untuk
memilih perkara yang baik dan buruk seperti
manusia. Pada mulanya iblis adalah ketua
malaikat bagi semua malaikat yang menetap di
syurga Allah.

Iblis menjadi ketua malaikat selama 30 ribu
tahun. Oleh kerana ingkar satu arahan
Penciptanya, iblis telah dimurkai dan
dilaknat oleh Allah hingga hari kiamat. Hal
ini menyebabkan iblis termasuk dalam
golongan yang derhaka serta diusir dari
syurga .

Adam pula merupakan utusan Allah dan

manusia pertama yang diciptakan untuk

menjadi khalifah kepada umat manusia.

Allah menciptakan adam dengan begitu

teliti. Adam pula diciptakan daripada

pelbagai jenis tanah yang terdapat di

muka bumi. Ada yang berwarna coklat,

merah, putih dan hitam kerana itulah

setiap manusia mempunyai sifat dan

penampilan yang berbeza, asal-usul yang

berlainan. Kita tidak mampu untuk

membayangkan sifat Allah SWT.

1


Allah berfirman kepada para Malaikat
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang

khalifah di muka bumi". Saat Allah
memperkenalkan nabi Adam kepada malaikat
dan iblis, Allah meniupkan roh kepada nabi Adam


lalu terbukalah matanya. Saat rohnya di mulut,
Adam bersin sambil mengucapkan
"Alhamdulillah" Itulah ucapan pertama yang
keluar dari mulut Adam.

Allah pun menyambut ucapannya lalu
menjawab "Yarhamukallah", Rahmat
Allah ke atasmu. Penyaksian ini berlaku
pada hari yang sungguh mulia iaitu

pagi Jumaat. Kemudian Allah SWT


menmgheammepriinrtiakhukmapnuAladnapmarsaupma
aylaaikat

dan mengucapkan "Assalamualaikum"
bermaksud salam sejahtera ke atas
kamu.

Sebaik sahaja Adam mengucapkan
salam,para malaikat menjawab
"Moga kamu dilindungi,dirahmati
serta diampuni Allah '.Inilah
ucapan salam pertama yang
diucapkan Adam dan ucapan ini

berterusan hingga kini kerana kita
dituntut untuk mengucapkan salam

kepada saudara islam yang lain.

2


Lalu Allah perintahkan mereka
sujud kepada Nabi Adam. Lantas

mereka bersujud kecuali iblis.
Iblis membangkan dan enggan

menuruti perintah Allah.
Malahan dia berasa takabur dan

meninggi diri.

Lantas Allah bertanya,
"wahai iblis, mengapa kamu tidak mahu sujud kepada

Nabi Adam?"
Iblis dengan angkuh menjawab
"aku jauh lebih baik dan mulia daripadanya. Engkau
ciptakan dia dari tanah, sedangkan engkau ciptakan
aku dari api. Maka apilah yang lebih hebat dari tanah".
Lalu iblis bertanya "apakah aku perlu sujud kepada
ciptaan yang asalnya dari tanah?"

Kebencian iblis kian membuak 3
dan menganggap perintah sujud

kepada Adam itu tidak adil.
Iblis berasa iri hati setelah
Allah mengangkat Adam sebagai

utusannya
yang mulia. Iblis langsung tidak

menyedari bahawa dia telah
melampaui batas

dan tidak memikirkan balasan yang
akan menimpanya.


Allah lebih mengetahui siapa yang paling
mulia di kalangan makhluk ciptaannya. Allah
amat murka dengan jawapan iblis yang
penuh keangkuhan itu. Maka Allah
Memerintahkan kepada iblis,"Wahai iblis,keluarlah engkau
dari syurga ini! Sesungguhnya tidak layak bagi engkau untuk

tinggal disini. Engkau akan terkutuk buat
selamanya hinggalah hari kiamat kelak".
kata Allah dengan penuh kemurkaan kepada
iblis yang sombong.

Setelah itu, iblis berkata. "Wahai Allah,

engkau sanggup mengusirku hanya kerana

Adam yang baru sahaja diciptakan. Aku rela

Ya Allah atas hukuman yang telah engkau

berikan kepadaku". Iblis berasa amat

kecewa kerana diusir dari syurga iaitu tempat

tinggalnya yang penuh nikmat oleh sang penciptanya

hanya kerana enggan bersujud kepada Nabi Adam AS.

4


Sebelum iblis turun ke dunia, iblis membuat
beberapa permintaan dan memohon agar

dikabulkan oleh Allah. "Wahai Allah,
kabulkanlah permintaan untuk terus hidup
hingga hari kiamat kelak, pinta iblis kepada penciptanya.
Allah telah menerima permintaan si iblis. 'Baiklah
permintaan engkau akan aku kabulkan". Setelah itu iblis
bersumpah di hadapan Allah
"Wahai Allah, kerana engkau
telah menghukumku sebagai
makhluk yang tersesat, maka aku
bersumpah akan menghalangi
Adam dan umatnya daripada
jalanmu yang lurus. Aku akan
mendatangi dan menggoda
mereka dari depan belakang serta
kiri dan kanan mereka.
Barangsiapa yang termakan
godaan iblis itulah yang akan
menemaninya di neraka kelak. Itulah tekadnya
menyesatkan Adam dan keturunannya. Allah
memberikan waktu kepada iblis untuk menggoda
Adam dan keturunannya hinggalah hari kiamat.

5


Allah meyakinkan
para malaikat akan
kebenaran hikmah-
Nya yang menyatakan

Adam sebagai
penguasa bumi ,

Allah mengajarkan Adam segala
yang perlu diketahui supaya dapat
menjalankan tugasnya sebagai
seorang khalifah di atas muka bumi.




Allah juga mengajarkan kepadanya bahasa,

perucapan serta keupayaan untuk

berkomunikasi. Adam diberikan keupayaan

untuk membuat pilihan serta mengenal pasti

setiap objek serta tujuannya. Hal ini supaya

Adam berupaya mentadbir bumi ini. Kemudian,

Allah memanggil para malaikat untuk

menghadap Allah lalu ditanya dengan satu

soalan .

6


Allah berfirman "Sebutlah nama-
nama benda itu jika kamu orang yang

benar!". Mereka menjawab, maha
suci engkau, tidak ada apa yang kami

ketahui selain daripada yang telah
engkau ajarkan kepada kami.

Sesungguhnya engkaulah yang maha
mengetahui lagi bijaksana.

Apabila Adam mampu menerangkan
nama-nama yang diminta Allah,

barulah para malaikat memahami
hikmah di sebalik pemilihan Adam
sebagai seorang khalifah. Ini adalah
bukti bahawa Adam adalah makhluk

yang sangat mulia setelah
diciptakan.

7


Akhirnya, iblis yang
dicampak ke Bumi telah
berubah raut wajahnya
menjadi sangat hodoh

dan terhina. Hal ini
kerana, iblis

merupakan makhuk
pertama yang

melanggar perintah
Allah S.W.T.

Dahulu ia merupakan seorang yang rupawan, mempunyai
empat sayap, mempunyai banyak ilmu dalam hal ibadah
dan pernah memiliki tempat di beberapa langit ciptaan
Allah S.W.T serta mendengarkan banyak berita dari langit

dan rahsia Allah.

Iblis dikenali sebagai makhluk yang kuat
beribadah serta menjadi kebanggaan
seluruh para malaikat yang berada di
bawah naungannya. Kejadian Nabi
Adam ini telah menyebabkan iblis
menjadi seorang yang amat hina,
sombong, takabbur dan angkuh

sehingga ke hari ini. Kini iblis menetap di
Bumi bersama keturunan Nabi Adam.

Pekerjaannya adalah untuk merosakkan
dan melalaikan umat Nabi Muhammad

S.A.W akan perintahnya.

8


peNgajaran

i.Kita mestilah mentaati segala perintah pencipta (Allah) dan

menjauhi segala larangannya dalam setiap perkara kerana

ketidaktaatan kita boleh menyebabkan kita hina dan terlaknat


dunia dan akhirat.
ii.Kita hendaklah mengelakkan diri dari terjerumus kepada sifat-

sifat yang keji seperti angkuh,riak dan takabur.Hal ini kerana, sifat

ini membuatkan seseorang itu lupa diri serta melampaui batas


kerana melazimi perkara kemungkaran.
iii. Kita perlulah berhati- hati dalam setiap percakapan kita kerana


ianya boleh membawa kepada kerugian dan kebinasaan.

Keterlanjuran itu tidak boleh diperbaiki lagi seperti kisah iblis yang


dicampakkan ke bumi kerana tutur katanya.

RUJUKAN

i.Moulvi A-Hafiz S.A.Seyed Ibrahim (2014) 366 cerita dari Al-Qur'an
dan hadis.Batang Kali,Hulu Selangor.

ii.https:// youtu.be/787MaR7nmek (25/11/22)
iii.https://www.merdeka.com (25/11/22)
iv.https/kampusmelayu.ac.id (3/12/22)
iiv.https:/www.cnnindonesia.com (3/12/22)


Click to View FlipBook Version