The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nick faiz, 2026-04-12 22:29:51

Bulletin KoopGuru Bil. 1/2026

BULETIN BIL 1 2026

BULETIN KOOP GURUKOPERASI GURU MELAYU KELANTAN BERHADwww.koopguru.com.myBILANGAN 1/2026Bilangan 1/2026


BULETIN KOOP GURUKOPERASI GURU MELAYU KELANTAN BERHADwww.koopguru.com.myBILANGAN 1/2026Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, koperasi kita terus melakar kemajuan yang membanggakan sepanjang tahun 2025.Memasuki tahun 2026, hala tuju kita jelas – memperkukuh kedudukan sebagai koperasi yang progresif, berdaya saing dan memberi manfaat maksimum kepada seluruh anggota. Usaha berterusan warga koperasi telah membuahkan hasil apabila Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad berjaya memperbaiki kedudukan dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia, naik ke tangga ke-42 pada tahun 2025 berbanding ke-43 pada tahun 2024. Peningkatan ini mencerminkan komitmen, integriti dan semangat kerja berpasukan yang tinggi.Dalam usaha memperluas perkhidmatan kepada anggota dan masyarakat, kita telah membuka cawangan Ar-Rahn keempat di Bukit Bunga, Tanah Merah. Pembukaan ini diharap dapat meningkatkan capaian perkhidmatan serta memperkukuh lagi sumber pendapatan koperasi.Selain itu, sektor pembangunan hartanah turut menunjukkan perkembangan positif. Koperasi sedang membangunkan projek perumahan di Bachok serta merancang pembangunan Lot 24 di Jalan Kebun Sultan yang melibatkan cadangan rumah kedai dan dewan pelbagai guna. Inisiatif ini bukan sahaja berpotensi menjana pendapatan jangka panjang, malah memperkukuhkan aset strategik koperasi.Akhir kata, saya meletakkan harapan agar tahun 2026 menjadi medan untuk kita melangkah lebih jauh. Dengan kesatuan hati, tadbir urus yang baik dan sokongan padu seluruh anggota, insya-Allah koperasi kita akan terus maju, kukuh dan diberkati.Sekian, terima kasih.Haji Mohd Rofi bin Mohd Zain A.S.KPengerusi LembagaKoperasi Guru Melayu Kelantan Berhad


PENGERUSI LEMBAGAHAJI MOHD ROFI BIN MOHD ZAIN A.S.KSETIAUSAHA LEMBAGAHAJI MAT KAIT BIN ABDULLAHBENDAHARI KOPERASIHAJI ZUKARNAIN BIN MOHAMEDTIMBALAN PENGERUSIHAJI AHMAD YANI BIN MOHAMMAADTIMBALAN SETIAUSAHAEN. MDZLAN BIN MAMATTIMBALAN BENDAHARIHAJI KAMARUDDIN BIN MOHAMADANGGOTA LEMBAGA KOPERASIHAJI KAMARULZAMAN BIN SAMATANGGOTA LEMBAGA KOPERASIEN. WAN ROSMADI BIN WAN SALLEHANGGOTA LEMBAGA KOPERASIEN. MOHAMED ZAINY BIN MOHAMED ZAINANGGOTA LEMBAGA KOPERASIEN. SALBANI BIN ISHAKANGGOTA LEMBAGA KOPERASIHAJI SHAFIE BIN ABU BAKARANGGOTA LEMBAGA KOPERASIHAJI ZAKARIA BIN MOHD YUSOFFANGGOTA LEMBAGA KOPERASIEN. MOHAMAD TARMIZI BIN DOLLAHANGGOTA LEMBAGA KOPERASIHAJI OTHMAN BIN MAT ZINANGGOTA LEMBAGA KOPERASIEN. ASMADI BIN OMAR


PENYAMPAIAN TABUNG KEBAJIKAN PENYAMPAIAN TABUNG KEBAJIKAN ANGGOTA(Khairat Kematian Anggota)Tarikh: 11 Januari 2026penyampaian cek Khairat Kematian kepada waris arwah W. Md. Sabri bin Hj. W. Md. Nor, anggota koperasi sejak 1 Jun 1993 (33 tahun keanggotaan).Tarikh: 16 Februari 2026penyampaian cek Khairat Kematian Pasangan kepada Puan Che Jamilah binti Hasan, anggota KGMK yang setia selama 36 tahun sejak tahun 1990.Cek sumbangan berjumlah RM5,000 disampaikan atas pemergian pasangan beliau, Arwah En. Omar bin Muhamad, yang juga merupakan bekas anggota koperasi


Pada 11 Januari 2026 jam 10.00 pagi, telah berlangsung Pelantikan Khas Anggota Lembaga Koperasi (ALK) kepada Haji Othman bin Mat Zin. Pelantikan ini berkuat kuasa sehingga Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2026. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas pelantikan tersebut.Dalam majlis yang sama, turut diadakan Pelantikan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) kepada Encik Zakaria bin Deris bagi mengisi kekosongan jawatankuasa.Kedua-dua yang dilantik telah melafazkan ikrar serta menandatangani akur janji sebagai simbol komitmen dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.Majlis pelantikan telah dipengerusikan oleh Haji Mohd Rofi bin Mohd Zain, Pengerusi Lembaga, bersama Haji Mat Kait bin Abdullah, Setiausaha Lembaga dan Haji Zulkarnain bin Mohamed, Bendahari Koperasi.Tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas demi kemajuan dan kebajikan koperasi.PELANTIKAN KHAS & PELANTIKAN KEKOSONGAN JAWATANKUASAMESYUARAT dan PELANTIKAN SEMULA JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (JAD)KALI PERTAMA TAHUN 2026Tempat: Bilik Mesyuarat KGMK22 Januari 2026Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) Kali Pertama bagi Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat KGMK dan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Haji Mohd Rofi bin Mohd Zain, Pengerusi Lembaga Koperasi.Turut hadir ialah Haji Zulkarnain bin Mohamed, Bendahari Koperasi. Setelah itu, Pengerusi Lembaga menyerahkan mesyuarat kepada Jawatankuasa Audit Dalaman untuk diteruskan.Antara agenda utama mesyuarat adalah pelantikan Pengerusi JAD yang baru. Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik En. Azman Shah bin Mat sebagai Pengerusi JAD, manakala En. Rusdi bin Mamat dikekalkan sebagai Setiausaha Jawatankuasa.Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) memainkan peranan penting dalam memastikan ketelusan, integriti serta pematuhan terhadap tadbirurus yang baik dalam operasi koperasi.Barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)Sesi 2025/2026 adalah seperti berikut:En. Azman Shah bin Mat – PengerusiEn. Rusdi bin Mamat – SetiausahaHj. Shariff bin Hamzah – AhliEn. Zahari bin Ismail – AhliEn. Zakaria bin Deris – AhliBarisan JAD sesi 2025/2026


KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA BANK RAKYATTarikh: 28 Januari 2026Hari: RabuMasa: 11.30 pagiKoperasi Guru Melayu Kelantan Berhad (KGMK) amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada pihak Bank Rakyat dalam usaha memperkukuh pembangunan perniagaan koperasi. Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat serta saling mendukung dalam pelbagai inisiatif dan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh pihak koperasi.Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Dr. Mazdhee Mohamad Hussain, Executive Vice President, Cooperative & Micro Business Development, bersama Pn. Hilda binti Ahmad Huzaibi, Vice President, Cooperative Business Development, En. Sufian bin Nawi, Vice President, Business Banking Kelantan/Terengganu serta En. Mohd Shamsuri bin Mohd Safiansuri, Relationship Manager, Cooperative.Majlis ini telah dipengerusikan oleh Haji Mohd Rofi bin Mohd Zain, Pengerusi Lembaga Koperasi, dan serta Majlis Pegawai Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad.Beberapa perkara berkaitan pembangunan perniagaan koperasi, sokongan pembiayaan serta peluang kerjasama strategik telah dibincangkan dan mencapai kata sepakat. Diharapkan kerjasama ini dapat membantu memperkukuh serta membangunkan lagi Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad secara mampan pada masa akan datang


Tarikh : 5 Februari 2026Hari : KhamisMasa : 2.30 petangDengan tema “Sinergi Warga KGMK ke Arah Kecemerlangan”, majlis ini menghimpunkan semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) serta seluruh kakitangan KGMK dalam satu pertemuan penuh makna.Majlis dimulakan dengan ucapan yang penuh semangat oleh Haji Mohd Rofi bin Mohd Zain, Pengerusi Lembaga. Dalam ucapan beliau, beberapa nilai penting telah ditekankan untuk dihayati bersama oleh seluruh warga kerja:A. AmanahB. BijaksanaC. CergasD. DelegasiE. Elok peribadiF. Faham tanggungjawabG.GigihH. HasratI. ImanMajlis diteruskan dengan sesi terbuka bagi memberi ruang kepada semua pihak mengemukakan pertanyaan, pandangan serta luahan secara harmoni dan membina.Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar dan jayanya, mencerminkan semangat kebersamaan serta tekad warga KGMK untuk terus melangkah maju menuju kecemerlangan.Sekitar seminar 2026


PEMBIAYAAN KOPERASI3.9%Caj perkhidmatan serendahSETAHUNPEMBIAYAAN SEHINGGA RM150,000.00KENAPA PERLU MEMBUAT PEMBIAYAAN DAN MENJADI ANGGOTA KOOPGURU.Koperasi menyediakan pembiayaan bagi memudahkan anggota untuk mendapatkan tunai. Namun ramai yang memilih untuk membuat pembiayaan dengan institusi kewangan lain berbanding berurusan dengan Koperasi. Mungkin kerana merasakan ia lebih mudah dan menguntungan. Sebenarnya prosedur untuk membuat pembiayaan dengan Koperasi lebih mudah dan faedah yang dikenakan adalah tetap dan lebih rendah.Keuntungan yang diperolehi akan dipulangkan semula kepada kepada anggota dalam bentuk dividend dan faedah kebajikan di samping secara langsung membantu rakan-rakan anggota, seperti :1. Tabung Kebajikan Am (TKA)Seperti ganjaran khairat kematian anggota sebanyak RM10,000 serta pasangan dan anak. Bayaran raawatan hospital (Masuk wad), hadiah persaraan RM1,500. Begitu juga dengan yang di timpa bencana seperti banjir atau kebakaran. Bantuan untuk rawatan kritikal dan yang terbaharu sumbangan bagi anggota yang menunaikan Haji.2. Kumpulan Wang Biasiswa / Dermasiswa (KWBD) Sumbangan bagi anggota dan anak anggota yang melanjutkan pengajian ke IPT . Hadiah sumbangan kecemerlangan juga diberikan kepada anak anggota yang cemerlang bermula dengan SPM dan ke atas.3. Skim Perlindungan Tabung Khairat Hutang (TKH)Membantu anggota melunaskan hutang yang tidak sempat dibayar oleh anggota yang meninggal dunia.4. Dividen Keuntungan koperasi akan dipulangan kepada anggota dalam bentuk dividen.Bagi pembiayaan di koperasi kadar faedah adalah rendah dan berkadar rata serta tiada kos-kos lain yang tersembunyi. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyokong semua perkhidmatan yang disediakan oleh Koperasi, bukan sahaja pembiayaan tetapi perkhidmatan lain seperti ar rahn dan Kualiti Kedai Tayar. Ia adalah bagi merialisasikan Motto Koperasi iaitu “Keuntungan Berganda dan Berkebajikan”.PEMBIAYAAAN KOOP GURU Kadar keuntungan TERENDAH Jumlah bersih TERTINGGI (Setelah tolak proses & TKH) Kadar Rata tanpa caj tersembunyi. (Tiada kesan OPR & BLR)• Salinan Mykad dan borang pembiayaan yang lengkap diisi (disahkan).• Penyata gaji asal dan salinan yang disahkan oleh majikan bagi 3 BULAN TERKINI.• Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan dan pinjaman bertindih boleh dibuat jika PINJAMAN PERTAMA 75% telah selesai .• Tertakluk kepada nisbah keberhutangan komitmen luar daripada slip gaji.Untuk pertanyaan & kira kelayakkan01120618537KOOPGURU Tunaikan Emas Dengan Ar Rahn Koop Guru  Kadar Upah Terendah (0.65 sen & 0.75sen) Had pembiayaan sehingga 75% Tempoh Pembiayaan yng panjang (6 bulan) Menerima semua jenia barang kemas, goldbar & dinar Perlindungan Insurans Takaful sepenuhnyaKota Bharu 09-743 3481Melor 09-748 1475Tumpat 09-718 2167TUNAIKAN EMAS DENGAN AR RAHN KOOP GURUAr-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan shariah. Koperasi sudah mempunyai 3 cawangan di Kelantan. Iaitu di Kota Bharu, Melor dan Tumpat (Chabang 4).Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan peribadi, untuk mendapatkan wang tunai tetapi dengan mencagarkan emas. Peminjam tidak dikenakan kadar keuntungan sebaliknya hanya dikenakan upah simpan dengan cas yang sangat minimum.Antara sebab perlu memilih Ar Rahn Koop Guru- Proses yang mudah dan cepat- Tempoh pembiayaan yang panjang- Pembayaran yang fleksibel (jangan lebih tempoh)- Kadar upah sangat rendah- Menerima semua jenis barang kemas termasuk gold bar dan dinar- Perlindungan Takaful Sama-sama ke ar rahn Koop Guru jika memerlukan wang tunai dengan kadar segera.Bukit Bunga09-748 1475


PINDAAN KWBD - TUNTUTAN STPMCGPA 3.75 DAN KEATAS ATAU SEMUA AMatrikulasiAsasi/PersediaanIjazahPERINGATAN MESRAAnggota yang telah bersara masih boleh terus kekal sebagai anggota dan menikmati pelbagai kemudahan serta kebajikan yang disediakan oleh Koperasi. Persaraan bukanlah penghalang untuk terus bersama dalam keluarga besar Koperasi.Namun demikian, anggota bersara perlu memastikan yuran keanggotaan tidak tertunggak melebihi enam bulan, agar segala tuntutan sumbangan dan bantuan daripada Koperasi dapat diproses dengan lancar tanpa sebarang kesulitan.Menurut Undang-Undang Kecil (UUK) Seksyen 21(2)(e), dinyatakan bahawa “Lembaga hendaklah menyingkirkan seseorang anggota yang gagal menjelaskan yuran selama enam bulan berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga.” Sekiranya perkara ini berlaku, anggota tersebut akan kehilangan kelayakan serta kemudahan yang disediakan oleh Koperasi.Sehubungan itu, anggota yang telah bersara disaran agar menguruskan pembayaran yuran dengan lebih teratur dan berterusan bagi memastikan keanggotaan sentiasa aktif.Bagi memudahkan urusan, pembayaran yuran kini boleh dibuat secara atas talian, menjadikan proses pembayaran lebih mudah, cepat dan teratur. Dengan komitmen ini, anggota bersara dapat terus kekal bersama serta menikmati manfaat yang disediakan oleh Koperasi.KEANGGOTAAN KOPERASI TAHUN 2025Sepanjang tahun 2025, Koperasi mencatatkan kemasukan seramai 201 orang anggota baharu. Namun begitu, dalam tempoh yang sama seramai 342 orang anggota telah berhenti dan 38 orang anggota telah kembali ke rahmatullah, sekali gus menyebabkan berlakunya penurunan bersih dalam jumlah keanggotaan.Daripada jumlah anggota yang berhenti, seramai 262 orang (76%) adalah disebabkan persaraan. Keadaan ini memberi gambaran jelas bahawa usaha mengekalkan keanggotaan, khususnya dalam kalangan anggota yang telah bersara, perlu terus diperkukuh seiring dengan usaha menarik penyertaan anggota baharu.Hakikatnya, persaraan bukanlah noktah kepada keanggotaan. Anggota yang telah bersara masih boleh terus menikmati keistimewaan dan manfaat koperasi, selagi keanggotaan diteruskan. Antaranya termasuk kemudahan pembiayaan, serta manfaat Tabung Kebajikan Anggota (TKA) seperti sumbangan masuk wad, bantuan bencana alam dan khairat kematian.Daripada 201 anggota baharu yang mendaftar, seramai 105 orang adalah melalui usaha agen rasmi Koperasi, iaitu Syaren Group Empire, yang telah dilantik pada April 2025 dan kontraknya telah disambung sehingga 31 Disember 2026.Pelbagai usaha terus digerakkan bagi memperkukuh pertambahan anggota, termasuk kempen turun padang serta pemberian insentif RM50.00 kepada anggota yang berjaya memperkenalkan seorang anggota baharu kepada Koperasi.Selain itu, usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai manfaat keanggotaan, khususnya kepada anggota yang bakal bersara, turut dipergiatkan agar mereka terus kekal bersama sebagai sebahagian daripada keluarga besar koperasi.Sesungguhnya, keanggotaan merupakan nadi kekuatan sesebuah koperasi. Melalui sokongan, kesetiaan dan semangat kebersamaan para anggota, Koperasi akan terus melangkah maju, kukuh berdiri serta berupaya memberi manfaat yang berterusan kepada seluruh warganya.Jadual : Anggota baru mengikut Kawasan tahun 2025.


Sumbangan TKA (Tabung Kebajikan Anggota mengikut kategori) bagi tahun 2025 TABUNG KEBAJIKAN ANGGOTA (TKA) & KWBD: PRIHATIN TERHADAP KEBAJIKAN ANGGOTAKoperasi Guru Melayu Kelantan Berhad sentiasa komited menjaga kebajikan dan kesejahteraan anggotanya melalui pengurusan Tabung Kebajikan Anggota (TKA) serta Kumpulan Wang Biasiswa dan Derma (KWBD). Kedua-dua tabung ini menjadi antara inisiatif penting koperasi dalam membantu anggota serta keluarga mereka ketika memerlukan.Sepanjang tahun 2025, sejumlah RM1,387,610.00 telah disalurkan melalui Tabung Kebajikan Anggota (TKA) yang memberi manfaat kepada 1,573 orang penerima. Bantuan ini merangkumi pelbagai bentuk kebajikan seperti sumbangan rawatan hospital (masuk wad), khairat kematian, sumbangan persaraan anggota serta bantuan bencana alam bagi meringankan beban anggota yang ditimpa musibah.Selain itu, melalui Kumpulan Wang Biasiswa dan Derma (KWBD) pula, koperasi telah menyalurkan sebanyak RM465,800.00 kepada 1,060 orang penerima. Sumbangan ini berbentuk insentif pendidikan kepada anak-anak anggota yang berjaya dalam pelajaran serta penghargaan kepada anggota yang mencapai kecemerlangan akademik.JENIS BIL SUMBANGANTKA 1,573 1,387,610KWBD 1,060 465,800Pengeluaran untuk TKA dan KWBD 2025No JENIS BIL PENERIMA SUMBANGAN1 Anggota Masuk wad 389 130,9002 Pasangan masuk wad 240 44,4763 Anak masuk wad 175 16,1344Positif Covid 19 (mulai 29/08/2021) - -5 Kematian Anggota 37 333,5006Pendahuluan Kematian Anggota 3 4,5007 Kematian Pasangan 48 220,8008 Kematian Anak 8 16,7505 9Rawatan kritikal 17 19,90010 Bersara 368 547,00011 Bencana Alam 230 46,00012 Haji Pertama 45 9,00013 Kos Pelawat 13 65014 Sumbangan Khas - -JUMLAH 1,573 1,389,610NO JENIS KECEMERLANGANANAK ANGGOTABIL SUMBANGANRM BIL SUMBANGANRM1Phd (anggota sahaja) - - 4 6,0002Sarjana MASTER (anggota sahaja) - - 1 1,0003Ijazah Kelas Pertama @ PNGK 3.75 (anggota)- - - -4Ijazah Kelas Pertama @ PNGK 3.75103 82,400 - -5 Tahfiz 55 27,500 - -6Diploma PNGK 3.75 25 12,500 - -7Matrikulasi PNGK 3.75 75 29,800 - -8 STAM (8 Mumtaz) - - - -9STPM 3 PNGK 3.75 26 11,200 - -10 SPM 8A 153 61,200 - -JUMLAH 437 224,600 5 7,000Sumbangan kecemerlangan anggota dan anak anggota mengikut kategori bagi tahun 2025


Ikuti kami di Carian:Koperasi Guru Melayu Kelantan BerhadDiterbitkan oleh Jawatankuasa Keanggotaan & Pendidikan Koperasi Guru Melayu Kelantan BerhadKOPERASI GURU MELAYU KELANTAN BERHAD2333 Bangunan Koop Guru, Padang BongorJalan Pengkalan Chepa15400 Kota Bharu, KelantanTel :09-7482481/7439958Whatsapp (Pentadbiran) : 01159557410Email : [email protected] MELORARKED MARA MELOR (BERHAMPIRAN PASAR MELOR)09-7831475Cawangan BUKIT BUNGA, TANAH MERAHPT 2383A Tingkat BawahKg. Bendang Kuala, 17500 Tanah Merah, Kelantan09-9470656Cawangan KOTA BHARUJALAN KEBUN SULTAN09-7406481Cawangan TUMPATChabang 4, Tumpat09-7182167BAKTI GURU SENDIRIAN BERHAD (BGSB)Anak Syarikat Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad09-748 9778


Click to View FlipBook Version