100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111
112
Yang dihormati tuan/puan pengerusi majlis, yang saya hormati barisan panel hakim, penjaga masa seterusnya hadirin sekalian. Assalamu’alaikum Warahmatullah Wabarokaatuh dan selamat pagi diucapkan. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Bersabar Dalam menghadapi Musibah”. Menurut kamus dewan: Sabar ditakrifkan sebagai ketahanan menempuh sesuatu yang sukar. Musibah pula ditakrifkan sebagai bencana, celaka dan malapetaka. Ringkasnya kemampuan bersabar ketika diuji dengan musibah adalah kekuatan umat Islam. Hadirin sekalian, PERTAMA, Sedarlah saudara-saudaraku, bahawa setiap ujian yang diberikan akan meningkatkan darjat kita di sisi Allah. Bila mana musibah yang diterima itu berat, sesungguhnya besarlah ganjaran yang kita terimA. Tetapi dengan syarat kita harus bersabar dan reda menerima. Ini jelas dalam surah Al-Baqarah ayat 155: ِِّّرين َوبَ ِّ شِّر ٱل َّصٰـب Wabassyiris sobiriinn Maksudnya, “Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. Renung kembali kisah Nabi Ayub yang diuji dengan kehilangan harta dan sakit yang bertahun lamanya. Baginda tetap bersabar dan redha menerima. Malangnya hari ini, ramai manusia tidak sabar dalam menghadapi musibah dengan senangnya ‘share’ dan ‘like’ keaiban dalam media sosial. Kita kenalah yakin, sabar adalah kunci kepada tingginya kedudukan seseorang di sisi Allah. Hadirin Sekalian, KEDUA, Allah berjanji untuk memberi ujian sesuai dengan kemampuan setiap hamba-Nya, kita dipilih untuk menghadapi sesuatu musibah yang berat kerana Allah Maha mengetahui bahawa kita mampu untuk menghadapinya. Ingatlah janji Allah. ِّ ُف هّٰللاُ نَ ْف ًسا اََِّّل ُو ْسعَ َها ََل يُ َكل laayukalli fullahu nafsan illa wus a’haa Surah Al-Baqarah ayat 286. Maksudnya : “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. Contohilah kesabaran keluarga Nabi Ibrahim yang diperintahkan untuk berpisah dengan isteri dan anak yang masih kecil di tanah yang tandus dan kering serta kisah kesabaran Jutawan hartanah Azlan Ali dalam buku Rahsia Pengutip Sampah jadi Jutawan wajar kita contohi. Terbuktilah, kesabaran menatijahkan kejayaan. Wahai saudaraku. KETIGA, Jangan biarkan musibah membuat semangatmu pergi menghilang. Ingatlah, segala musibah yang berlaku pasti akan berlalu pergi. Teruskalah maju ke hadapan. ِّر ْيب ْصَر هّٰللاِّ قَ آَََل اِّ َّن نَ Alaa…inna nasrallahi qorib… firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 214 bermaksud. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” Ayat ini menaikkan kembali semangat perjuangan para sahabat yang ketakutan setelah dikepung musuh dalam peperang Ahzab .Oleh itu , kita teruskanlah usaha untuk memperkukuhkan iman umat Islam walaupun diluar sana musuh-musuh Islam tidak henti-henti berusaha menyesatkan akidah umat islam. Jelaslah, bahawa kekuatan jiwa dapat membantu kita menghadapi musibah yang datang. Hadirin Sekalian,. Akhir kata marilah sama-sama kita renungkanlah: Meskipun kita tak mengerti apa yang diaturkan Tuhan, Tidak tahu apa hikmah disebalik sesuatu kejadian,Teruskanlah saja berjuang dan bertahan. Tidak semua harus ada jawapannya sekarang. Yang pasti mesti ada perancangan Allah yang terbaik untuk kita. Oleh itu usaha, sabar dan redalah kepada Allah. Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Teks ucapan pertandingan Syarahan Agama Pendidikan Khas secara online yang telah memenagi tempat ke 4 peringkat Kebangsaan yang di wakili oleh Muhammad Firdaus bin Abdullah. 113
Kelasku Sekolahku Ekin ke kedai membeli mi, Mi dibeli untuk dimakan, Pantun dibina ciptaan kami, Wakil kelas 5 Perakaunan. Membeli bunga di kedai Che Yah, Bunga mawar berwarna merah, Guru kelas kami Cikgu Norziah, Orangnya cantik lagi berhemah. Azam ke pekan mencari bahan, Sambil berjalan membawa arang , Keluarga kami 5 Perakaunan, Ahlinya cuma tujuh belas orang. Rumah pusaka beratap genting, Utuh berdiri lambang semangat, Hatiku runsing otakku pening, Kerana SPM semakin dekat. Tun Perak bijak berakal, Bendahara terbilang sepanjang zaman, Sudah usaha haruslah tawakal, Pasti kejayaan dalam genggaman. Sampan sekat di Pulau Nang, Dibawa pulang oleh Nazmi, Jasa guru akan dikenang, Sehingga hujung hayat kami. Balik sekolah bersama Shatguru, Sambil berjalan sambil bertanya, Terima kasih atas ilmumu guru, Akan diguna dengan sebaiknya. Nukilan 5 Perakaunan 114
Pagi ini terasa hembusan angin Dari celah-celah jendela kelasku Hangat cahaya mentari Menyentuh dan menyemangatiku Hari demi hari aku merasa sepi Sekolah, kini aku tak bisa berkumpul lagi Akan kurindu saat-saat belajar bersama rakan Bertemu guru-guru tercinta Guruku, sungguh besar jasamu Kau yang tak pernah bosan Dalam mengajar dan membimbingku Engkau pahlawan tanpa tanda jasa Aku melangkah tanpa arah tujuan Hingga impian menjadi suram Aku berimaginasi seperti elang Aku membuang waktu tanpa tujuan Namun aku tidak terus terlena Aku bangkit melangkah mengejar impian Hingga pengetahuan tampak luas dan terang Indahnya sekolahku Kelasnya bersih Halamannya rapi Pemandangannya indah Rakan-rakan yang baik Guru-guru yang mesra Bersama kalian Tidak terasa masa berlalu Sekolahku Kau tempat aku belajar Kau tempat aku menimba ilmu Kau tempat aku mendapat pengetahuan Kau tempat aku mengenal dunia Kini tibalah masanya untuk kita Membuat hala tuju masing-masing Buatmu guru yang tercinta Jasa dan penat lelahmu tidak dapat aku membayarnya Hanya doaku sentiasa mengiringimu Semoga hari-hari mendatang Membawa kebahagiaan buatmu TENTANG SEKOLAH Nur Syakilla Aniq Binti Muhtar 5 Perakaunan 115
SELOKA 4 SAINS Awal bicara pembuka kata, Salam bahagia insan mulia, 4 Sains mahligai kedua, Penyuluh bakti suasana ceria. Puan Norhasnida ibunda kami, Ilmu Fizik dalam sanubari, Citrakan kasih sepenuh hati, Santuni kami saban hari, Siti Aisyah ketua kami, Orangnya ramah berbudi pekerti, Punya penolong yang baik hati, Namanya Aishah mengelirukan kami, Tidak lengkap hari-hari kami, Tanpa gelak tawa sahabat sejati, Namanya Syahdeena umpama puteri, Menjadi bayangan ketua kami. Indah terbentang taman bunga, Tidak jemu dipandang mata, Dua kumbang beramah mesra, Amirul dan Yusri pelengkap suasana. Bijak bestari empat bidadari, Sentiasa bersama di istana kami, Shu-Aleya dan Suhaila pembawa seri, Solehah dan Syahidah memudahkan hari. Balqis pula sentiasa dicari, Seorang yang cantik baik hati, Sentiasa dirindui setiap hari, Akhirnya muncul empunya diri. Alya dan Dhamirah puteri Malabari, Hazmiera pula Melayu sejati, Walaupun berbeza bangsa kami, Sahabat sejati tidak terperi. Kelas kami tak pernah sunyi, Ada yang berbual ada yang menyanyi, Tapi pelajaran tak pernah ketepi, Hajat di hati nak pergi ‘oversea’. Sebelum berundur ampun dipinta, Kepada rakan yang telah terkena, Bukan niat mengeji dan mengata, Sekadar gurauan kita bersama. Nukilan : Puteri Putera 4 Sains 2022 116
117
118
119
Terima kasih di atas kerjasama daripada warga SEMARAK, barisan pentadbir, guru-guru, anggota kakitangan pelaksana dan pelajar semua di dalam merealisasikan impian untuk melahirkan majalah digital pertama SEMARAK. Diharapkan agar majalah ini dapat mengabadikan kenangan dan peristiwa penting sepanjang tahun 2022. 120