The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norafzansha, 2022-12-29 00:48:45

semarak 2022

magazine

Keywords: magazine

Teks ucapan pertandingan Syarahan Agama Pendidikan Khas secara online yang telah memenagi
tempat ke 4 peringkat Kebangsaan yang di wakili oleh Muhammad Firdaus bin Abdullah.

Yang dihormati tuan/puan pengerusi majlis, yang saya hormati barisan panel hakim, penjaga masa
seterusnya hadirin sekalian. Assalamu’alaikum Warahmatullah Wabarokaatuh dan selamat pagi
diucapkan.

Pada pagi ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Bersabar Dalam
menghadapi Musibah”. Menurut kamus dewan: Sabar ditakrifkan sebagai ketahanan menempuh
sesuatu yang sukar. Musibah pula ditakrifkan sebagai bencana, celaka dan malapetaka. Ringkasnya
kemampuan bersabar ketika diuji dengan musibah adalah kekuatan umat Islam.

Hadirin sekalian, PERTAMA, Sedarlah saudara-saudaraku, bahawa setiap ujian yang diberikan akan
meningkatkan darjat kita di sisi Allah. Bila mana musibah yang diterima itu berat, sesungguhnya
besarlah ganjaran yang kita terimA. Tetapi dengan syarat kita harus bersabar dan reda menerima.
Ini jelas dalam surah Al-Baqarah ayat 155:

‫َوبَ ِّش ِّر ٱل َّص ٰـ ّبِ ِّرين‬
Wabassyiris sobiriinn

Maksudnya, “Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. Renung kembali kisah
Nabi Ayub yang diuji dengan kehilangan harta dan sakit yang bertahun lamanya. Baginda tetap
bersabar dan redha menerima. Malangnya hari ini, ramai manusia tidak sabar dalam menghadapi
musibah dengan senangnya ‘share’ dan ‘like’ keaiban dalam media sosial. Kita kenalah yakin, sabar
adalah kunci kepada tingginya kedudukan seseorang di sisi Allah.

Hadirin Sekalian, KEDUA, Allah berjanji untuk memberi ujian sesuai dengan kemampuan setiap
hamba-Nya, kita dipilih untuk menghadapi sesuatu musibah yang berat kerana Allah Maha
mengetahui bahawa kita mampu untuk menghadapinya. Ingatlah janji Allah.

‫ََل يُ َك ِّل ُف ّٰلهلاُ نَ ْف ًسا ِّاََّل ُو ْسعَ َها‬
laayukalli fullahu nafsan illa wus a’haa

Surah Al-Baqarah ayat 286. Maksudnya : “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya”. Contohilah kesabaran keluarga Nabi Ibrahim yang diperintahkan untuk berpisah dengan
isteri dan anak yang masih kecil di tanah yang tandus dan kering serta kisah kesabaran Jutawan hartanah
Azlan Ali dalam buku Rahsia Pengutip Sampah jadi Jutawan wajar kita contohi. Terbuktilah, kesabaran
menatijahkan kejayaan.

Wahai saudaraku. KETIGA, Jangan biarkan musibah membuat semangatmu pergi menghilang. Ingatlah,
segala musibah yang berlaku pasti akan berlalu pergi. Teruskalah maju ke hadapan.

‫اَََ ٓل ِّا َّن نَ ْص َر ّٰلهلاِّ قَ ِّر ْيب‬
Alaa…inna nasrallahi qorib…

firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 214 bermaksud. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu
amat dekat.” Ayat ini menaikkan kembali semangat perjuangan para sahabat yang ketakutan setelah
dikepung musuh dalam peperang Ahzab .Oleh itu , kita teruskanlah usaha untuk memperkukuhkan iman
umat Islam walaupun diluar sana musuh-musuh Islam tidak henti-henti berusaha menyesatkan akidah umat
islam. Jelaslah, bahawa kekuatan jiwa dapat membantu kita menghadapi musibah yang datang.

Hadirin Sekalian,. Akhir kata marilah sama-sama kita renungkanlah: Meskipun kita tak mengerti apa yang
diaturkan Tuhan, Tidak tahu apa hikmah disebalik sesuatu kejadian,Teruskanlah saja berjuang dan bertahan.
Tidak semua harus ada jawapannya sekarang. Yang pasti mesti ada perancangan Allah yang terbaik untuk
kita. Oleh itu usaha, sabar dan redalah kepada Allah.

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Kelasku Sekolahku

Ekin ke kedai membeli mi, Membeli bunga di kedai Che Yah,
Mi dibeli untuk dimakan, Bunga mawar berwarna merah,
Pantun dibina ciptaan kami, Guru kelas kami Cikgu Norziah,
Wakil kelas 5 Perakaunan. Orangnya cantik lagi berhemah.

Azam ke pekan mencari bahan, Rumah pusaka beratap genting,
Sambil berjalan membawa arang , Utuh berdiri lambang semangat,
Keluarga kami 5 Perakaunan, Hatiku runsing otakku pening,
Ahlinya cuma tujuh belas orang. Kerana SPM semakin dekat.

Tun Perak bijak berakal, Sampan sekat di Pulau Nang,
Bendahara terbilang sepanjang zaman, Dibawa pulang oleh Nazmi,
Sudah usaha haruslah tawakal, Jasa guru akan dikenang,
Pasti kejayaan dalam genggaman. Sehingga hujung hayat kami.

Balik sekolah bersama Shatguru,
Sambil berjalan sambil bertanya,
Terima kasih atas ilmumu guru,
Akan diguna dengan sebaiknya.

Nukilan
5 Perakaunan


TENTANG SEKOLAH Pagi ini terasa hembusan angin
Dari celah-celah jendela kelasku
Nur Syakilla Aniq Binti Muhtar 5 Perakaunan Hangat cahaya mentari
Menyentuh dan menyemangatiku

Hari demi hari aku merasa sepi
Sekolah, kini aku tak bisa berkumpul lagi
Akan kurindu saat-saat belajar bersama rakan
Bertemu guru-guru tercinta

Guruku, sungguh besar jasamu
Kau yang tak pernah bosan
Dalam mengajar dan membimbingku
Engkau pahlawan tanpa tanda jasa

Aku melangkah tanpa arah tujuan
Hingga impian menjadi suram
Aku berimaginasi seperti elang
Aku membuang waktu tanpa tujuan
Namun aku tidak terus terlena
Aku bangkit melangkah mengejar impian
Hingga pengetahuan tampak luas dan terang

Indahnya sekolahku
Kelasnya bersih
Halamannya rapi
Pemandangannya indah
Rakan-rakan yang baik
Guru-guru yang mesra
Bersama kalian
Tidak terasa masa berlalu

Sekolahku
Kau tempat aku belajar
Kau tempat aku menimba ilmu
Kau tempat aku mendapat pengetahuan
Kau tempat aku mengenal dunia

Kini tibalah masanya untuk kita
Membuat hala tuju masing-masing
Buatmu guru yang tercinta
Jasa dan penat lelahmu tidak dapat aku membayarnya
Hanya doaku sentiasa mengiringimu
Semoga hari-hari mendatang
Membawa kebahagiaan buatmu


SELOKA 4 SAINS

Awal bicara pembuka kata, Puan Norhasnida ibunda kami,

Salam bahagia insan mulia, Ilmu Fizik dalam sanubari,

4 Sains mahligai kedua, Citrakan kasih sepenuh hati,

Penyuluh bakti suasana ceria. Santuni kami saban hari,

Siti Aisyah ketua kami, Tidak lengkap hari-hari kami,

Orangnya ramah berbudi pekerti, Tanpa gelak tawa sahabat sejati,

Punya penolong yang baik hati, Namanya Syahdeena umpama puteri,

Namanya Aishah mengelirukan kami, Menjadi bayangan ketua kami.

Indah terbentang taman bunga, Bijak bestari empat bidadari,
Tidak jemu dipandang mata, Sentiasa bersama di istana kami,
Dua kumbang beramah mesra, Shu-Aleya dan Suhaila pembawa seri,
Amirul dan Yusri pelengkap suasana. Solehah dan Syahidah memudahkan hari.

Balqis pula sentiasa dicari, Alya dan Dhamirah puteri Malabari,
Seorang yang cantik baik hati, Hazmiera pula Melayu sejati,
Sentiasa dirindui setiap hari, Walaupun berbeza bangsa kami,
Akhirnya muncul empunya diri. Sahabat sejati tidak terperi.

Kelas kami tak pernah sunyi, Sebelum berundur ampun dipinta,

Ada yang berbual ada yang menyanyi, Kepada rakan yang telah terkena,

Tapi pelajaran tak pernah ketepi, Bukan niat mengeji dan mengata,

Hajat di hati nak pergi ‘oversea’. Sekadar gurauan kita bersama.

Nukilan :
Puteri Putera 4 Sains 2022


Click to View FlipBook Version