1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bil 02/23 MINIT MESYUARAT SEPTEMBER 2023 (BIL 2/2023) JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG KAMPUNG TAKULUNG , MUKIM LASAU KAWASAN N.11 KADAMAIAN BELUD SABAH TARIKH : 16 SEPTEMBER 2023 HARI : SABTU MASA : 02.00 PETANG TEMPAT : BALAI RAYA KOMUNIT KG.TAKULUNG
2 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bil 02/23 SENARAI KEHADIRAN HADIR 1. Elycia Binti Sikul - Pengerusi 2. Mohd.Soley Bin Maubil - Setiausaha 3. Noor Vida Kolnah Sari Binti Pelang - Biro Pengurusan Kewangan 4. Halik Bin Kuntabai - Biro Kebajikan dan Kesukarelawan 5. Fanisa Binti Sangkeh - Biro Pendidikan dan Inovasi 6. Azilah Binti Saripin - Biro Infrostruktur dan Komunikasi 7. Belintang Togo - Biro Pembangunan Prasarana 8. Saibie Bin Gintulai - Biro Keselamatan dan Kesihatan 9. Mariana Joseph - Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga TURUT HADIR 1. Kuliom Binti Ginsing - Ketua Kampung Kg.Takulung 2. Jaiddin Bin Juatah - Wakil Komuniti TIDAK HADIR DENGAN MAAF 1. Sirim Rampungan - Biro Kesejahteraan dan Keceriaan 2. Benjamin Bin Ginduoh - Biro Ekonomi dan Keusahawanan 3. Zulkifli Bin Tajon - Biro Belia,Sukan dan NGO 4. Khadizah Binti Dakim - Biro Pemantapan Spritual Agenda Mesyuarat :- i. Ucapan Pengerusi ii. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 1/2023 iii. Perkara berbangkit iv. Hal-hal lain v. Penangguhan Mesyuarat vi. Penutup
3 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bil 02/23 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KAMPUNG TAKULUNG 1.0 KATA ALUAN PENGERUSI Pengerusi mengucapkan selamat petang dan selamat datang kepada semua yang hadir ke mesyuarat. Beliau juga berterima kasih atas komitmen semua untuk menghadiri mesyuarat. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2023 2.1 Setiausaha membaca dan menjelaskan kandungan minit mesyuarat yang lalu. Minit mesyuarat yang lalu dicadang sah oleh Pn.Fanisa Binti Sangkeh dan disokong sah oleh Pn.Noor Vida Kolnah Sari Binti Pelang. Minit mesyuarat Bil 1/2023 yang bertarikh 26 Ogos 2023 disahkan tanpa sebarang pindaan. 2.2 Setiausaha seterusnya membangkitkan mengenai perkara-perkara berikut :- 2.2.1 Status kewangan sama ada dalam bentuk tabung ataupun dalam buku akaun bank semasa pentadbiran JPKK 2021/2022 adalah tidak diketahui memandangkan tiada rekod kewangan difailkan dalam fail yang diserahkan oleh mantan pengerusi JPKK. 2.2.2 Beliau yang juga setiausaha JPKK yang lalu tidak pasti jika buku akaun bank ada dibuat atau ataupun tidak kerana tiada makluman mengenainya. 2.2.3 JKKK yang baru ini tidak dapat membuat apa-apa tindakan susulan berkenaan dengan permohonan yang pernah dibuat semasa pentadbiran JPKK disebabkan tiada salinan permohonan difailkan daripada JPKK yang lepas. Tindakan : Makluman
4 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bil 02/23 3.0 PERKARA BERBANGKIT DARI MINIT YANG LALU 3.1 Permohonan Kanopi , Meja & Kerusi 3.1.1 Pengerusi menjelaskan bahawa permohonan sudah diterima oleh UPPM dan ketika ini dalam proses semakan. Rujukan akan sentiasa di buat dari semasa ke semasa melalui kehadiran fizikal ke pejabat ataupun melalui Email dan WhatsApp. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dalam setiap mesyuarat. Tindakan : Pengerusi 3.2 Keadaan tebing sungai yang curam dan terhakis di tepi jalan raya utama ( Depan rumah Ketua Kampung ). Tinggi : 20 Kaki , Kecuraman : 85 % 1.1.1 Kanak-kanak sering mengunakan laluan tebing yang bahaya untuk turun ke sungai meskipun dilarang keras oleh ibubapa. Setakat ini sudah 5 orang kanak-kanak jatuh cedera parah. 1.1.2 Kadar hakisan tebing sungai sangat tinggi ketika banjir akan meningkatkan potensi tanah runtuh bila-bila masa sekaligus mengakibatkan jalan raya utama putus. 1.1.2.1 Pengerusi sudah maklumkan kepada Pemaju Masyarakat dan cadangan beliau adalah meminta pihak UPPM untuk datang melihat keadaan sebenar kawasan tersebut. 1.1.2.2 En.Halik memaklumkan bahawa YB Datuk Ewon sudah pernah melawat kawasan tersebut sebelum ini dan yakin bahawa YB masih ingat lawatan itu bila melihat permohonan yang akan dibuat nanti. 1.1.2.3 En.Belintang berpendapat bahawa masalah ini adalah di bawah tanggungjawab JKR. Meminta sokongan dari YB Datuk Ewon dengan mengajukan sendiri permohanan JKKK kepada pihak JKR untuk mengesa JKR bertindak dengan segera. 1.1.2.4 En.Jaiddin memberi informasi bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga adalah jabatan yang bertanggungjawab atas permasalahan ini. Dan beliau mempunyai kenalan di jabatan ini jika ada keperluan untuk meminta pertolongan. Tindakan : Pengerusi
5 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bil 02/23 3.3 Balai Raya 3.3.1 Balai Raya Bina Baru 3.3.1.1 En.Halik memaklumkan bahawa beberapa bulan yang lalu tuan Demis Rumantis bersama dengan temannya mungkin kontraktor datang sendiri di Kg.Takulung (Soborong) memantau tapak untuk pembinaan balai raya yang baru. Tuan Demis bertanya dimana tapak yang sesuai untuk pembinaan balai raya. 3.3.1.2 En.Halik berkata tapak ditentukan oleh pemohon. Walaubagaimana pun ianya tertakluk kepada keputusan mesyuarat kampung yang akan dibuat sekiranya benar-benar ada kelulusan pembinaan balai raya memandangkan kemudahan ini untuk semua penduduk kampung. Tindakan : Makluman 3.3.2 Balai Raya yang lama 3.3.2.1 En.Belintang berpendapat bahawa cadangan pembinaan balai raya ditapak yang baru adalah baik kerana tapak balai raya yang lama boleh digantikan untuk tapak klinik kesihatan jika dipersetujui ramai dan mendapat pertimbangan daripada pihak yang memberi kelulusan pembinaan Klinik Kesihatan. 3.3.2.2 Beliau berkata sudah ada kelulusan pembinaan Klinik Kesihatan di Kampung Takulung namun pembinaan ditangguh kerana luas tapak yang diperlukan tidak tersedia. Tindakan : KKM & Penduduk Kampung 3.3.2.3 Pn.Kuliom berkata , beliau dimaklumkan oleh pihak KKM bahawa Klinik Kesihatan yang dibina haruslah berada dikawasan tapak Klinik sedia ada kerana kelulusan adalah untuk menaiktaraf Klinik Desa kepada Klinik Kesihatan. Jika dibina ditapak yang baru itu bermaksud pembinaan bangunan baru Klinik Kesihatan. Jika demikian , adalah lebih baik kelulusan dipindahkan di Kampung lain yang mempunya tapak lebih luas. Tindakan : Makluman 3.3.2.4 Pengerusi JKKK mencadangkan untuk menaiktaraf balai raya sedia ada kepada bangunan pentadbiran kampung untuk pejabat JKKK dan Ketua Kampung berserta ruangan bermesyuarat. Tindakan : Pengerusi & Semua
6 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bil 02/23 4.0 HAL-HAL LAIN 4.1 En.Belintang membawa semua AJK untuk memberi sokongan semangat kepada pengerusi JKKK yang baru dalam menerajui kepimpinan kampung walaupun buat masa ini pengerusi berada diluar kawasan untuk memenuhi tuntutan hidup. Beliau berharap agar Pengerusi JKKK berjaya mendapat sekurang-kurangnya satu projek sepanjang bertugas. Tindakan : Makluman 4.2 En.Belintang menyenaraikan cadangan projek untuk perhatian Ahli Mesyuarat dan Pengerusi. 4.2.1 Permohonan PPRT untuk yang tidak mempunyai rumah sendiri. 4.2.2 Konkrit rumah ke rumah. 4.2.3 Konkrit jalan pertanian. 4.2.4 Jambatan Culvert jalan utama dibaikpulih/binabaru. Tindakan : Pengerusi 4.3 En.Saibie memohon bimbingan dan tunjuk ajar dari semua Ahli JKKK terutamanya yang berkaitan dengan tugasan beliau sebagai Biro Keselamatan dan Kesihatan. Tindakan : Makluman 4.4 En.Halik memaklumkan bahawa buat masa ini belum ada kelulusan PPRT dikeluarkan di kawasan Kadamaian menurut sumber yang diyakini beliau. Selain itu beliau mengingatkan semua AJK berganding bahu menyokong pengerusi JKKK untuk mencapai matlamat. Beliau juga menegaskan bahawa biro-biro juga perlu mempunyai idea sendiri untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Tindakan : Makluman 4.5 En.Halik memaklumkan bahawa semasa belum ada perlantikan JKKK beliau sudah menghantar lapan (8) permohonan. Tiga (2) daripadanya adalah permohonan yang sangat memerlukan rujukan susulan. Beliau akan memberikan salinan-salinan permohonan itu kepada pihak JKKK nanti untuk melancarkan rujukan susulan. 4.5.1 Culvert / Pembentung jalan menuju Soborong hampir putus/runtuh. 4.5.2 Jalan Pertanian Kg.Takulung ( Konkrit laluan Tayar ). Tindakan : En.Halik 4.6 En.Halik memaklumkan bahawa rumput di sepanjang jalan menuju ke Soborong sangat panjang dan mengharapkan pihak JKKK dapat mengadakan gotong royong dalam tempoh tiga (3) minggu ini. Beliau meminta program ini dilaksanakan secepat mungkin kerana rumput yang panjang itu boleh mengundang masalah seperti kemalangan akibat pertembungan kenderaan.
7 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bil 02/23 Tindakan :Semua Ahli JKK 4.7 Ahli Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membuat surat mohon sumbangan kepada pihak atasan bagi menampung kos petrol mesin rumput dan air mineral. Tarikh Gotong Royong perdana dibincangkan kemudian melalui Group Whatsapp. Tindakan : Setiausaha dan Semua AJK 4.8 En.Jaiddin Juatah mengatakan bahawa kouta pembinaan PPRT dan baik pulih kawasan mukim Lasau ialah 6 buah sahaja menurut sumber yang dipercayainya. Tindakan : Makluman 4.9 Ulasan dan Makluman Pengerusi 4.9.1 Pengerusi menjelaskan bahawa beliau secara fizikal bukan berada di kampung. Beliau bekerja di Kota Kinabalu dan akan balik ke Kampung hujung minggu tertakluk kepada keadaan semasa. 4.9.2 Pengerusi menegaskan bahawa pekerjaannya tidak menyekat beliau menjalankan tugas sebagai Pengerusi JKKK. 4.9.3 Beliau mengatakan bahawa zaman sekarang sudah canggih. Komunikasi semua orang tidak terbatas dengan adanya Whatapps dan Email. Semua perkara atau hal dapat dibincangkan tanpa sekatan malah lebih pantas daripada datang kerumah. 4.9.4 Pendek kata istilah Pengerusi harus duduk kampung untuk dilihat bekerja atau tidak sudah lapuk. Siapa kata rujukan permohonan hanya boleh dibuat secara fizikal di zaman moden ini. Tindakan : Makluman 5.0 PENUTUP 5.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir atas kerjasama yang begitu baik sepanjang mesyuarat berlangsung. 5.2 Mesyuarat ditangguhkan tepat pada Jam 4.30 Petang
8 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bil 02/23 Sekian dan Terima Kasih. Minit dicatat oleh, Disemak oleh, (MOHD SOLEY BIN MAUBIL) (ELYCIA BINTI SIKUL) Setiausaha JKKK Pengerusi JKKK Kampung Takulung Kampung Takulung Dicadang sah oleh, Disokong sah oleh, …………………………….. …………………………… Pengesahan Benar, “ SABAH MAJU JAYA ”