MUHAMMAD NAIM BIN ABDUL WAHAB D20202097351 HUKUM A-HA & HUKUM KA-GA DALAM SISTEM TULISAN JAWI
PENDAHULUAN Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa adanya ilmu pengetahuan seseorang itu tidak akan dapat memajukan dirinya selaras dengan peredaran zaman. Ilmu membantu setiap individu untuk mencapai kejayaan dari pelbagai aspek seperti kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah dimuka bumi ALLAH ini, terlalu banyak dan luas ilmu yang perlu dituntut. Ilmu yang Allah kurniakan terlalu luas meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Namun begitu, sebagai seorang penganut agama islam, kita mestilah mengetahui dan mendalami mengenai ajaran agama tersebut. Di Tanah Melayu dan juga Malaysia, tulisan Jawi sudah menjadi satu tulisan yang semakin berkembang dan juga lebih pesat daripada tulisan Rumi. Dalam generasi teknologi maklumat yang semakin pesat ini kepentingan tulisan jawi dilatari dengan kewajipan mempelajari sebagai ilmu agama yang dituntut oleh setiap penganutnya. Dengan ini tulisan ini juga telah menarik banyak pengikut dan penggemar oleh kalangan yang bukan Islam Tulisan jawi juga menjadi lambang kesenian dan identiti umat Islam sendiri. Agama Islam itu sendiri sama dengan tulisan Jawi kerana kitab Al-Quran, kitab-kitab agama dan hadis-hadis yang menjadi panduan hidup umat Islam bertulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi sebenarnya merupakan sistem ejaan atau tulisan yang tersendiri yang ditulis dengan cepat dan tepat.
Hukum A-HA Hukum a-ha adalah seperti berikut: 1. Setiap perkataan yang mengandungi dua suku kata atau lebih, dan diakhiri dengan bunyi a-ha [ اها [ maka bunyi [ a ] sebelum suku kata [ ha ] tidak diberikan huruf alifnya. Sebagai contoh : Rumi Jawi ڤها Paha مها Maha جها Jaha اوسها Usaha
2. Setiap perkataan yang mengandungi tiga suku kata atau lebih dan mengandungi bunyi a-ha [ اها [ di tengah perkataan, maka bunyi [ a ] sebelum suku kata [ ha ] juga tidak diberikan huruf alifnya. Sebagai contoh : Rumi Jawi بهاس Bahasa چهاي Cahaya بهاڬيا Bahagia بهاي Bahaya سهاي Sahaya ڬهارا Gahara جهارو Jaharu
Hukum KA-GA 1. Setiap perkataan yang mempunyai huruf kaf [ ک [ atau ga [ ݢ [ yang berbunyi terbuka [a] di akhir biasanya termasuk di dalam hukum ini. Perkataan tersebut dieja dengan tanpa huruf vokal alif pada huruf kaf atau ga dalam kata tersebut. Sebagai contoh : Rumi Jawi باک baka اڠک angka سڠک sangka چمڤاک cempaka كتيک ketika مريک mereka
2. Namun sekiranya perkataan tersebut mempunyai pola [a] terbuka pada kedua-dua suku katanya atau kedua-dua suku kata terakhirnya, dikatakan juga bahawa pengguguran vokal alifnya adalah kerana perkataan tersebut tidak terlibat dengan hukum Derlung. Maksudnya kata tersebut terlibat dengan kedua-dua hukum itu. Sebagai contoh : Rumi Jawi باک baka جناک jenaka 3. Ada juga beberapa perkataan yang terkecuali daripada hukum ini. Kata dua suku kata yang suku kata pertamanya berbunyi [e] pepet dan juga kata serapan daripada bahasa asing dieja dengan huruf vokal alif diakhirnya. Sebagai contoh : Rumi Jawi سکا seka ايتيكا etika تروڤيكا tropika
KESIMPULAN Kesimpulannya, tulisan jawi sememangnya mempunyai nilai dan kelebihan yang tersendiri. Khazanah negara ini perlu dipraktikkan dan dijaga agar ianya tidak ditelan zaman. Hal ini demikian kerana, Jawi pernah menjadi wadah perpaduan bangsa Malaysia sehingga negara mencapai kemerdekaan. Justeru kembalikanlah kecemerlangannya, suburilah semula perdunya yang pernah berdaun lebat dengan bunga-bunga yang menggerbak mengharum agar menjadi warisan generasi anak bangsa sehingga akhir zaman. Terdapat banyak hukum dan sistem ejaan di dalam tulisan jawi, pelajarilah kesemuanya agar tulisan keramat ini terus releven dan tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
LATIHAN Tandakan ( / ) pada jawapan yang betul dan ( X ) pada jawapan yang salah. 1.USAHA اوساها ) ( اوسها ) ( 2. TIGA تيݢ ) ( تيݢا ) ( 3.MELAGAKAN مالݢکن ) ( مالݢاکن ) ( 4.BAHAGIA باهاݢي ) ( بهاݢيا ) ( 5.RONGGA روڠݢ ا ) ( روڠݢ ) (
6.BAHASA بهاس ) ( باهاسا ) ( 7.KELUARGA کلوارݢ ) ( کلوارݢا ) ( 8.MAHA ماها ) ( مها ) (