TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) Nama : ARRASHEILA SANTIH ANAK ALI BABA Angka Giliran : 2021212350004 Nombor Kad Pengenalan : 020102130542 Kumpulan/Unit : TESL A PISMP AMBILAN JUN 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU3081 KOKURIKULUM PERSATUAN Nama Pensyarah : ENCIK ROHIMI BIN JAMEL Tarikh Hantar : 14/7/2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : NAMA JABATAN / UNIT: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.
LAPORAN KAJIAN KES: 1.0 PENGENALAN Tujuan kajian kes ini dijalankan adalah untuk menganalisis sejarah penubuhan, kaedah dan proses penubuhan, aktiviti yang diamalkan oleh persatuan serta strategi untuk menjana kewangan bagi Kelab Rekacipta Sekolah Kebangsaan Balai Ringin. Kajian ini telah dilaksanakan dengan menemu ramah salah seorang guru penasihat kelab dari sekolah tersebut. Penubuhan persatuan dan kelab sebagai satu aktiviti kokurikulum di sekolah merupakkan satu perkara yang wajib dilaksanakan. Beberapa jenis persatuan atau kelab harus ditubuhkan di sekolah mengikut peraturan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui persatuan yang ditubuhkan, ketahanan dari aspek sosial, fizikal, rohani, jasmani dan emosi pelajar serta ciri-ciri kepimpinan dapat diterapkan (Soon Sang Mok, 2011). Persatuan juga ditubuhkan di sekolah untuk melatih pelajar membina kemahiran komunikasi serta membentuk peribadi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah dari aspek peribadi secara holistik. Apabila tertubuhnya sesebuah kelab dan persatuan, perancangan aktiviti akan dilakukan dan setiap aktiviti tersebut akan disediakan dalam perancangan aktiviti tahunan. Justeru, peruntukkan aktiviti untuk kelab dan persatuan akan memerlkan dana dengan nilai-nilai tertentu bergantung kepada aktiviti yang dirancang. 2.0 SEJARAH PENUBUHAN KELAB REKACIPTA Pelbagai kelab yang telalh ditubuhkan di sekolah ini yang terdiri daripada kelab akademik dan kelab bukan akademik. Untuk tugasan kajian kes ini, saya telah memilih Kelab Rekacipta yang merupakan kelab bukan akademik. Kelab Rekacipta SK Balai Ringin telah ditubuhkan pada 2015 di bawah Akta Pendidikan 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 1998. Sejarah perkembangan reka cipta berkait rapat dengan sejarah manusia. Proses penciptaan telah wujud sejak dahulu lagi, di mana, manusia telah mencipta barang keperluan harian menggunakan batu sejak daripada zaman batu iaitu zaman Prarevolusi industri. Keperluan manusia semakin berubah, maka rekacipta menjadi satu aspek yang penting untuk keperluan sejagat dalam kemajuan seiring dengan peredaran masa. Atas sebab itu, maka wujudnya idea bagi menubuhkan Kelab Rekacipta bagi melatih murid-murid di bangku sekolah lagi supaya sentiasa memikirkan pembaharuan dan membudayakan budaya inovasi dalam kehidupan dengan menggunakan barang-barang terpakai. Setelah lebih kurang 8 tahun ditubuhkan, Kelab Reka Cipta SK Balai Ringin bergiat aktif dengan jumlah keahlian seramai 43 orang terdiri daripada murid tahap 2 sekolah SK Balai Ringin. Dengan visi melahirkan pemuda kreatif, inovatif dan kritis ke arah keunggulan, kelab ini komited mencapai hasrat murni itu.
3.0 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN Aktiviti yang dijalankan adalah mengikut takwim yang telah disediakan oleh guru penasihat kelab. Antara contoh aktiviti yang dijalankan oleh kelab ialah seperti berikut: BIL AKTIVITI TARIKH 1 Reka cipta penanda buku 15.03.2023 2 Membina replika bangunan dan menara menggunakan bahan kitar semula 07.06.2023 3 Menghasilkan replika Jalur Gemilang menggunakan bahan kitar semula 09.08.2023 4.0 DANA DAN PENGURUSAN KEWANGAN Sumber dana kelab dan persatuan di uruskan dari dana Bantuan Kokurikulum (KK) yang telah diperuntukkan dari kerajaan. Dari dana ini, kelab atau persatuan dapat memmohon dana Bantuan Kokurikulum untuk memohon peralatan dan danda bagi menjalankan aktiviti serta program. Setiap urusan yang berkaitan dilakukan melalui permohonan kertas kerja dan merujuk Pembantu Tadbir yang menguruskan kewangan sekolah. Hal berkenaan dilakukan bagi memastikan kelancaran urusan kewangan agar mencukupi bagi menjayakan aktivti dan program yang dilakukan. KEWANGAN KENDIRI KELAB REKA CIPTA Selain daripada dana Bantuan Kokurikulum, yuran kelab juga merupakan salah satu dari hasil sumber dana. Yuran Kelab bagi Kelab Reka Cipta SKBR adalah sebanyak RM5.00 seorang. Selain itu, guru juga berinisiatif dalam mendapatkan dana yang lebih untuk aktivtiti persatuan dengan cara berniaga. Kelab ini melakukan perniagaan menjual bahan inovasi ang telah dihasilkan oleh murid sendiri. Guru bersama ahli kelab ini telah berniaga pada sambutan Hari Guru, Hari Inovasi, hari Pameran Seni dan banyak lagi di peringkat sekolah. Semua bahan jualan adalah hasil kerja ahl kelab itu sendiri. Antara produk jualan ialah kad ucapan, hadiah-hadiah sempena sambutan hari-hari yang tertentu serta pin dan penanda buku yang diperbuat daripada barang terpakai yang dikitar semula. Selain itu, kelab ini juga pernah menjual barang terpakai seperti pakaian, skarf, beg dan alat-alat terpakai yang masih mempunyai nilai jualan. Semua alatan berniaga seperti meja, kerusi dan seumpamanya
adalah urusan yang dirancang oleh guru terlebih dahulu sebelum kemudiannya dilaksanakan dengan bantuan murid. Guru memberi tanggungjawab kepada murid untuk berniaga disamping guru menjadi pembimbing dan fasilitator. 5.0 ANALISIS SWOT 5.1 KEKUATAN Kekuatan dalam meneruskan kemampanan yang ada pada kelab ini ialah aktiviti yang dijalankan, di mana, kebanyakkan aktiviti yang dijalankan tidak melibatkan kos yang tinggi. Sebagai contoh, pelajar mencipta penanda buku hasil daripada bahan terpakai yang dikitar semula. Barang sebegitu mudah didapati di mana-mana sahaja dan tidak perlu dibeli. Guru juga meminta murid menyediakan keperluan lain seperti gam, pensil warna, gunting dan sebagainya sebelum memulakan aktiviti. Pengurusan kewangan diperuntukkan untuk aktiviti adalah amat kecil dan tidak menyebabkan beban kos kepada kelab. Selain itu, kelab ini juga menjalankan aktiviti perniagaan yang dapat menjana keuntungan besar. Barang yang telah dihasilkan murid diniagakan seperti penanda buku dan barang terpakai. Setelah direka cipta dan dihias dengan cantik hingga memberikan nilai estetika kepada barang tersebut. Barangan yang tiada nilai pada asalnya, akhirnya memberi keuntungan. Di samping menjana keuntungan, murid turut memperolehi pengalaman untuk berniaga. Akhir sekali, menerusi pengurusan oleh pihak pentadbir yang cekap, setiap proses yang melibatkan pengurusan kewangan adalah sanggat cepat dan lancar. Hal ini terlihat sangat kecil namun sangat penting kerana tanpa pengurusan yang cekap, banyak kelab tidak akan berjaya bergerak dengan aktivitinya. 5.2 KELEMAHAN Aktiviti berimpak besar bukan hanya menyentuh ahli kelab sahaja, bahkan semua warga sekolah. Faktor kewangan yang telah dihadkan untuk aktiviti kelab sahaja menyebabkan tiada unsur komersial bergelar dalam lingkungan sekolah dan juga had penglibatan aktivti luar. Murid memerlukan penglibatan yang lebih aktif dalam membentuk pengalam dan kesediaan. Selain itu, penjanaan kewangan menerusi perniagaan barang terpajai sahaja tidak mencukupi. Berniaga bukan seharusnya berkisar berkenaan dengan kelab sahaja, malah boleh juga berniaga perkara lain seperti makanan yang amat menguntungkan. 5.3 PELUANG Peluang penjanaan kewangan juga boleh dikembangkan lagi dengan melakukan perniagaan selain daripada aktiviti kelab sahaja. Hal ini dapat mendatangkan keuntungan yan glebih besar kepada kelab. Selain itu, kewangan juga dapat dijimatkan apabila kelab ini dapat
berkolaborasi dengan kelab-kelab lain dalam menjayakan aktiviti. Disamping mencapai objektif kehendak kelab, kos pengurusan aktiviti juga rendah berbanding mengadakan aktiviti kelab semata-mata. 5.4 ANCAMAN Ancaman yang wujud dalam kelab ini ialah ketidaktentuan hasil perniagaan yang dilakukan, perniagaan memerlukan kesesuaian dari segi pelanggan yang dihadapi. Perkara ini perlulah diberi penekanan agar tidak memudaratkan lagi kelemahan yang sedia ada pada kelab. Kewangan kelab menersi yuran kelab juga perlu diberikan perhatian oleh guru. Hal ini demikian kerana, sekiranya guru tidak mengambil berat berkenaan dengan itu, besar kemungkinan akan ada di kalangan murid yang mengelak untuk membayar yuran. Hal sebegini akan menimbulkan isu ketidakadilan kepada murid yang lain. 5.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Hasil daripada analisis yang dilakukan, terdapat beberapa cadangan yang boleh diketengahkan untuk memastikan kewangan kelab Reka Cipta SKBR sentiasa mampan. Antaranya ialah melakukan aktiviti yang memerlukan kos yang rendah yang berimpak tinggi. Dalam erti kata lain, aktiviti yang hendak dijalankan sebaiknya tidak mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Sebagai contoh, menggunakan bahan terpakai atau bahan yang dikitar semula untuk menjalankan aktiviti. Selain itu juga, guru kelab tersebut boleh meletakkan syarat setiap hasil reka cipta hendaklah menggunakan sekurang-kurangnya dua dari bahan buangan. Hal ini demikian untuk melakukan penjimatan kos dan secara tidak langsung dapat melestarikan alam sekitar. Seterusnya, melakukan perancangan secara terperinci sebelum melakukan aktivti bagi meneliti setiap aspek yang memerlukan dana kewangan. Sebagai contoh, peralatan, sewaan tempat dan sebagainya. Perkara sedemikian hendaklah diambil berat bagi memastikan tiada kos yang melebihi had yang telah diperuntukkan. Akhir sekali, penambahan penglibatan kelab atau persatuan luar. Dengan penglibatan lebih ramai peserta dalam dan luar kelab, sedikit sebanyak dapat menjimatkan kos yang sedia ada. Melakukan kolaborasi bersama kelab atau persatuan lain bagi menjalankan aktiviti. Kolaborasi akan memberikan penjimatan kos bagi kelab disamping memperoleh pengalaman yang pelbagai dan bermakna. 6.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, Kelab Rekacipta SK Balai Ringin telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang menjadi pendorong kepada pelajar untuk sentiasa kreatif dan inovatif dalam penghasilan sesuatu projek. Komitmen yang tinggi dan kerjasama yang ditunjukkan oleh guru dan murid menjadi fator utama kepada keberhasilan setiap anjuran aktiviti.
LAMPIRAN Foto-foto aktiviti