The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 766-3-erika, 2022-03-26 11:46:06

KESUSASTERAAN MELAYU TUGASAN 1

KESUSASTERAAN MELAYU

KESUSASTERAAN
MELAYU

PENGHASILAN PRODUK
BMMB 1104

TAKRIF KESUSASTERAAN
MELAYU

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz Kesusasteraan Bahasa
(2011), perkataan susastera ialah Melayu mempunyai maksud

perkataan bagi kesusasteraan sama dengan literature
dalam bahasa Sanskrit. Ia Bahasa Ingeris. Perkataan
literature berasal daripada
bermaksud huruf atau buku
yang indah.Secara umum, literate iaitu huruf atau
sastera bermaksud bahasa yang abjad. Secara asalnya,
digunakan dalam kitab. Menurut literature digunakan untuk
Kamus,kesusasteraan ialah hasil tatabahasa dan puisi
seni atau karya tulisan dalam
bentuk prosa atau puisi yang

berciri istimewa.

TAKRIF KESUSASTERAAN
MELAYU

Istilah kesusasteraan berasal Kesusasteraan Melayu dalam
daripada bahasa Sanskrit iaitu konteks pendidikan ialah karya

sastra. Kata dasar sas- ialah asal yang tertulis dalam
mengarahkan atau memberi Bahasa Melayu berunsurkan

petunjuk manakalan -tra keindahan dan kehalusan
merujuk kepada alat. Maka seperti dalam novel, cerpen,
sastra ialah alat untuk mengajar. drama, sajak, prosa dan puisi
awalan su- bermaksud baik atau tradisional. Hal ini bertujuan
indah. Imbuhan ke- dan -an ialah untuk mengimbangi intelek,
segala yang bertulis, estetika rohani,emosi dan jasmani serta
dan bernilai seni,serta memberi
panduan (Prof Dr Hashim memaparkan nilai
Awang,Artikek Akademik,hal 2) kemanusiaan.

TAKRIF KESUSASTERAAN
MELAYU

Kesusasteraan Melayu Sastera juga dianggap
merupakan hasil karya gambaran peribadi yang
masyarakat Melayu yang menggambarkan pengalaman,
mengandungi kata-kata pemikiran, perasaan, idea
indah,memberi mesej dan semangat atau keyakinan
menyampaikan perasaan atau dalam bentuk gambaran
keadaan diri sendiri ataupun konkrit yang meningkatkan

masyarakat keperibadian melalui
pengantara bahasa

01 02

Prosa Prosa
Tradisional Moden

JENIS
KESUSASTERAAN

Puisi Puisi
Tradisional Moden

03 04

JENIS : PROSA TRADISIONAL

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional ialah nilai yang abadi dan serius, bermutu
tinggi dan menajdi standard kepada yang lain, gaya yang bersederhana serta mempunyai

ciri-ciri lazim yang tidak berubah mengikut masa. Sehingga ke hari ini, prosa tradisional
merupakan bentuk kesusasteraan yang menjadi sumber pengetahuan, pengajaran, amalan,
dan pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar. Prosa tradisional mempunyai

sastera yang diwarisi secara turun temurun walaupun sudah lama dihasilkan. Selain itu,
prosa ini menerima pengaruh Hindu dan Buddha, namun pengaruh ini kurang

memperkembangan prosa ini kerana bahasa dan ceritanya sukar difahami. Prosa ini
mengalami perkembangan positif sejak kedatangan Islam pada abad ke-14 hingga abad ke-

16. Hasilnya,muncul tulisan Jawi sebagai tulisan penting dan agama Islm mula bertapak di
istana mengambil peranan Hindu dan Budhha. Oleh itu, istana merupakan pusat

perkembangan kesusasteraan melayu utama di mana hikayat yang dihasilkan tidak terhad
kepada sastera sahaja malah meliputi agama dan sejarah. Akhir sekali,prosa ini hasil karya

seni yang disampaikan melalui bahasa dan bertujuan menyatukan falsafah pencipta dan
penerimanya.

JENIS : PROSA MODEN

Menurut Anas Hj. Ahmad (1988:152), hasil karya sastera selepas tahun
1800 Masihi digolongkan dalam sastera moden. Hal ini kerana
pembahagian dari segi masa ini semata-mata bertujuan untuk

memudahkan kita memahami bentuk dan perbezaan dalam sastera
Melayu. Contohnya, sajak bebas pada hari ini merupakan satu

penyimpangan daripada bentuk puisi lama seperti pantun dan syair.
Antara pengkarya sastera moden ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi

yang menghasilkan karya terkenal iaitu Hikayat Abdullah dan Kisah
Pelayaran Abdullah.

JENIS : PUISI TRADISIONAL

Puisi merupakan genre terawal bagi semua bangsa di dunia.
Antaranya ialah seperti masyarakat Hindu menggunakan puisi
untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Kesusasteraan
awal bangsa Arab tertulis di dalam bentu puisi. Puisi-puisi yang

terbaik digantung di Ka'abah pada zaman Jahiliah. Oleh itu,
orang Melayu sangat bangga dengan puisi milik mereka yang
dinamakan sebagai pantun. Menurut Harun Mat Piah (1989),

genre dalam puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam,
seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa,

rubai, masnawi dan sebagainya.

JENIS : PUISI MODEN

Puisi Melayu moden merupakan sebuah seni penulisan kontemporari yang
mengarang kata dengan susunan yang indah untuk menyampaikan maksud-maksud

tertentu. Puisi Melayu moden menyimpang dari puisi Melayu tradisional seperti
pantun dan syair dari segi bentuk, susunan baris, rankap, dan rima akhirnya tidak
terikat lagi dengan bentuk tradisional. Manakala dari segi isi, puisi melayu moden
membicarakan is-isu semasa pada ketika ia ditulis, sama ada persoalan ekonomi,
politik, sosial dan sebagainya. Puisi Melayu moden juga dikenali sebagai sajak yang

merupakan perkataan yang berasal dari perkataan Arab saja' yang bermaksud
persamaan bunyi. Menurut Hashim Awang (1984), sajak merupakan puisi baharu
popular yang lahir sebagai pilihan kepada puisi tradisional. Selain itu, menurut H.B
Jassin (1983), sajak ialah pengucapan perasaan yang mengandungi tanggapan dan

fikiran. Oleh itu, sajak ialah suara hati dan luahan perasaan penyajak.

BENTUK PROSA Sastera Mitos
TRADISIONAL Rakyat Lagenda

Sastera Cerita Rakyat
Istana

SASTERA RAKYAT (LISAN)

MITOS LAGENDA CERITA RAKYAT

-cerita yang dianggap -cerita yang dipercayai -cerita berbentuk prosa
benar terjadi dan suci benar-benar berlaku dan tidak dianggap benar-
oleh empunya cerita tetapi tidak suci benar terjadi
dan masyarakat -ciri-cirinya sejenis -ciri-cirinya bersumber
-ciri-cirinya dianggap komunikasi lisan dan hiburan,menegakkan
aneh tetapi penting, bercorak kisah pahlawan kebenaran dan
dianggap keramat atau tokoh menagndungi moral atau
dan memberi kesan -3 jenis iaitu lagenda sindiran
-3 jenis iaitu mitos asal keagamaan, alam ghaib -4 jenis iaitu cerita
usul,institusi sosial dan dan perseorangan binatang, pengipur lara,
politik jenaka dan cerita rakyat

1)SASTERA UNDANG- SASTERA 3)SASTERA EPIK
UNDANG ISTANA -mementingkan ciri
(TULISAN) kepahlawanan unggul
-bahan kajian sistem -tokoh diberi gambaran
pemerintahan dan susun berlebihan untuk disanjung

lapis masyarakat masyarakat
-contohnya ialah sastera -contohnya Hikayat Hang
Undang-undang Hukum
Tuah
Kanun Melaka

2)SASTERA AGAMA
-fokus kepada cerita

kehebatan Nabi
Muhammad dalam
menyebarkan agama islam

ke seluruh dunia
-contohnya Hikayat Bulan

Berbelah

BENTUK 1) CERPEN
PROSA gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek
MODEN gambaran tentang zaman dahulu seperti masalah sosial,politik atau ekonomi
membawa satu tema beberapa persoalan
memusatkankan perkembangan watak pada beberapa orang tertentu sahaja
watak antagonis dan protagonis penting
terdapat satu plot dan dikembangkan secara rapi

2)NOVEL
prosa rekaan panjang yang terdiri daripada sebuah kehidupan
berasal daripada bahasa Itali 'novella' yang bermaksud satu benda kecil
baharu
Menurut Shahnon Ahmad (1972), novel ialah pentafsiran kehidupan
manusia yang terbentuk dalam sastera cereka
tiga faktor utama iaitu pengalaman peribadi,realiti kehidupan dan
imaginasi

PANTUN BENTUK PUISI GURINDAM
SYAIR TRADISIONAL SELOKA

PANTUN

Pantun ialah rangkapan tertua dan asalnya memang kepunyaan
masyarakat Melayu. Menurut Zaa'ba (1978), orang Melayu sudah
pandai berpantun berbalas-balas pantun sejak mereka belum tahu

surat-menyurat lagi. Penciptaannya mengandungi dua, empat,
enam, lapan, dua belas rangkap dan pantun berkait. Pantun juga
mempunyai unsur pembayang dan maksudnya. Menurut Harun
Mat Piah (1989),pantun mempunyai aspek dalaman dan luaran
struktur visualnya. Antara contoh aspek dalaman ialah unsur estetik

dan isi utama seperti tema dan persoalan. Unsur estetik pula
mengandungi penggunaan lambang yang menjadi tanggapan

masyarakat serta pembayang.

GURINDAM

Gurindam ialah satu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana
yang dikenali sekarang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji iaitu
'Gurindam Dua Belas' pada 1946. Bagi Zaa'ba, gurindam ialah

sejenis syair yang melarat yang tetap sukatan dan rangkapannya.
Sultan Muhammad Zain pula menyatakan gurindam merupakan
sajak yang terjadi dua baris iaitu baris pertama syarat dan baris

kedua akibat. Menurut Ismail Hamid (1989)
gurindam berasal dari kata sanskrit iaitu Kirindam yang
bermaksud perumpamaan. Gurindam ini berkembang dalam
masyarakat Melayu dan memiliki bentuk teks atau naskah

tersendiri.

SYAIR

Syair merupakan puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi
dan dibawa masuk ke Nusantara bersama kedatangan Islam.

Menurut A. Teeuw, syair merupakan puisi Melayu lama yang wujud
sedia ada namun namanya telah ditukar. Menurut Mohd Yusof

Md. Nor (1985), syair berasal daripada puisi arab iaitu 'sy'ir' tetapi
berbeza dengan bentuk syair Arab. Selain itu, bagi Harun Mat Piah

(1989) pula menyatakan bahawa keseluruhan pengkaji
bersependapat bahawa istilah syair berasal daripada Bahasa Arab
yang bermaksud puisi secara umum. Syair juga satu pernyataan
untuk mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-

pujian.

SELOKA

Menurut Harun Mat Piah (1989), seloka berasal daripada bahasa Sanskrit
'shloka' yang bererti berseloroh,berjenaka atau menyindir. Seloka lebih
merupakan pepatah,bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur
jenaka,gurau senda,olokan,ejekan dan sindiran sebagai puisi tradisional
bercorak karangan atau bahasa berirama. Selain itu, mesej dan isi seloka
sarat mengandungi sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan
teladan kepada pembaca dan pendengar. Sebahagian besar seloka Melayu
ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap baris menjadi isi seperti Seloka Pak
Kaduk, namun ada juga yang ditulis dalam bentuk terikat seeprti empat
baris serangkap seperti pantun seloka namun binaannya mirip kepada

bentu pantun dan syair.

CIRI-CIRI GURINDAM CIRI-CIRI PANTUN

Mempunyai dua baris serangkap. Terdapat jumlah perkataan dalam sebaris
sesetengah gurindam mengandungi lebih antara 4-5 patah perkataan
daripada dua baris serangkap. jumlah suku kata sebaris antara 8-12
Bunyi akhir baris atau rima akhirnya sama iaitu a, suku kata
a. ada hubungan antara pembayang (2
Jumlah perkataan dan jumlah suku kata bagi baris di atas) dan maksud (2 baris di
setiap baris dalam gurindam adalah tidak tetap. bawah)
Baris pertama gurindam merupakan amaran atau bunyi rima akhir seuntai pantun itu
isyarat manakala baris kedua ialah jawapan atau mestilah sama- a,b,a,b
isi. bahasa yang halus, penuh kiasan
Menyampaikan nasihat atau buah fikiran yang dan sindiran serta banyak
bernas untuk dijadikan panduan masyarakat. menggunakan unsur alam.
Gurindam dilafazkan dalam bentuk irama yang maksud isinya sarat dengan
mendayu untuk menyampaikan kesan nasihat pengajaran, moral dan falsafah
secara optimum hidup

CIRI-CIRI SYAIR CIRI-CIRI SELOKA

Mengandungi empat baris serangkap. Berasal daripada perkataan
Keempat-empat baris syair merupakan isi atau Sanskrit bermaksud karangan
maksud. berangkap yang melarat.
Bilangan kata syair adalah antara empat Tidak tetap bilangan baris dan
hingga lima perkataan sebaris. iramanya.
Bilangan suku kata pula adalah antara lapan Isinya lebih kepada mesej-mesej
hingga dua belas suku kata sebaris. lucu, jenaka, ejekan, gurauan
Rima akhir puisi ini adalah terikat dalam atau sindiran yang tajam.
bentuk a, a, a, a. Sebuah sekola mempunyai
Syair terbahagi kepada dua jenis iaitu syair kesatuan isi atau idea yang
cerita dan bukan cerita. lengkap
Syair cerita mengandungi rangkap yang
mempunyai urutan cerita yang ingin
disampaikan.
Bagi syair bukan cerita, setiap rangkap terdiri
daripada satu idea.

BENTUK PUISI MODEN

SAJAK

puisi moden yang lebih bebas Menurut Muhammad Haji
dan terikat pada pola khusus Salleh (1991), rentak dan
iaitu ciri matra,rima dan rentak perjalanan baris serta baik
mementingkan keberkesanan sajak lebih mengikut
pengucapan perasaan nafas,fikiran dan cara bertutur
sajak tidak terikat dengan tidak disekat.
peraturan

FUNGSI: ALAT PENDIDIKAN

Pengalaman para pengarang diterjemahkan melalui kisah-kisah yang merangkumi bidang
ilmu seperti ekonomi,politik,sosiologi dan agama. Kesemua pengalaman ini mereka

menjadikannya prosa dan puisi yang diadun dengan unsur pengajaran,moral dan ilmu
pengetahuan yang tinggi. Maka jelaslah bahawa, kesusasteraan Melayu menjadi wadah

pendidikan kepada masyarakat. Dengan adanya kesusasteraan Melayu, ia dapat
menonjolkan masyarakat kesenian yang kreatif dan mampu mengkaji keindahan karya
sastera serta kemahiran bahasa Melayu. Sastera juga berperanan membina insaniah
dalam kehidupan bertepatan dengan konsep 'membina modal insan' yang diharapkan

oleh pemimpin negara. Pemimpin yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan akan
menyebabkan kehilangan pertimbangan seperti masalah rasuah dan keruntuhan moral.

Selain itu, kesusasteraan juga merupakan ilmu dan senjata yang dapat berkembang
dalam disiplin ilmu. Teknik penulisan ilmiah,rencana dan penulisan kreatif di peringkat

pengajian tinggi dapat mencapai matlamat pembudayaan Bahasa Melayu.

FUNGSI: INSTRUMEN PERPADUAN

Pengajaran perpaduan nasional dalam kesusasteraan Melayu telah menjadi matlamat
utama dalam pendidikan setelah berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1963 di Malaysia.

Menurut Shahnon Ahmad (1991),menegaskan bahawa sastera sebagai seismograf
kehidupan iaitu menganalisis kehidupan manusia dan masyarakat.Menurut mantan
timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sastera
menjadi instrumen penting untuk mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat
dan membina negara bangsa bersatu. Malaysia sangat mengutamakan nilai perpaduan dan

penghargaan kepada budaya dalam menyatupadukan rakyat. Contohnya, sastera
kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat
memartabatkan dan memperkasakan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan.
Dalam karya sasterawan Malaysia,terdapat unsur dan nilai positif serta optimis yang dapat
memajukan fikiran dan membuka hati masyarakat terhadap kepentingan semangat
perpaduan. Oleh itu,semangat perpaduan dalam karya sastera perlu dimantapkan dan

dipupuk melalui pembacaan katya sasterawan yang bermutu.

FUNGSI: ALAT KAWALAN SOSIAL

Karya sastera menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian kerana
terdapat nilai dan pengajaran. Menurut Teeuw (2003), pembaca diharapkan dapat
menghayati sifat-sifat dalam sastera dan menerapkannya dalam kehidupan nyata.

Contohnya melalui cerita rakyat, masyarakat diberitahu perkara yang boleh dan
tidak boleh dilakukan dalam kehidupan. Misalnya, jika menderhakai ibu, seseorang
itu akan mendapat malapetaka seperti dalam kisah Si Tanggang dan jika berangan-

angan terlalu tinggi pula akan menjadi seperti Mat Jenin. Selain itu, cerita rakyat
dijadikan rujukan untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Seterusnya, dalam
cerita lagenda pula terdapat tokoh yang boleh disanjung seperti tokoh agama dan
pahlawan. Kesemua ini dapat menanamkan semangat tidak putus asa dan cinta
akan tanah air. Oleh itu, perlulah diperhatikan setiap nasihat dan teladan dalam
cerita untuk dijadikan ikutan. Nilai-nilai moral dalam cerita rakayat sesuai dengan

anggota masyarakat baik dalam era mana sekalipun.

FUNGSI: DAKWAH

Antara ciri penting yang membentuk nilai sastera ialah nilai ijabiyah(positif) dan
nilai waqi'iyyah(realistik).Menurut Siddiq Fadzil(2012), sastera dalam Islam perlu
bercirikan waqi'iy dan realistik iaitu melihat apa adanya. Ismail Hamid memberikan
beberapa ciri yang dapat digunakan untuk menentukan karya sebagai sastera
Islam yang memberi dakwah. Menurut beliau, cerita dalam Al-Quran yang digubah

oleh pengarang Islam dalam bentuk anologi dapat dijadikan model dalam
menghasilkan cereka bercorak Islam. Cereka Islam menjadi cabang sastera Islam

membawa amanah dan ketakwaan serta nilai keislaman yang suci. Contohnya
dalam syair yang dikarang oleh Hamzah Fansuri mengajak manusia sentiasa
bertakwa kepada Allah. Karyanya mampu membuat pembaca merenung kembali
tindakan dan perlakuan mereka. Cerita nabi pula mampu memperkukuhkan

keimanan seseorang Islam terhadap para nabi dan rasul.

FUNGSI: MEDIUM PROTES DAN
KRITIK SOSIAL

Sastera ialah rakaman kehidupan yang menyelongkar kehidupan
manusia daripada pelbagai dimensi dan aspek.Oleh itu, sesuatu yang
ada dalam karya sastera sebenarnya terjadi dalam kehidupan sebenar
manusia. Hal ini kerana sastera ialah gambaran kehidupan manusia
seperti yang diperkatakan oleh Usman Awang dan A.Samad Said. Karya
sastera memfokuskan kepada masyarakat, kehidupan dan manusia,
tentunya hubungan antara ketiga-tiganya saling berkaitan. Oleh itu,
karya sastera mengandungi tindakan dan susila adab sama ada untuk

tujuan menegur, mengkritik dan menyampaikan mesej

FUNGSI: HIBURAN

Keperluan menghiburkan dapat melahirkan karya sastera yang
membawa keseronokan yang indah. Hiburan terhasil daripada
keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang
tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca
atau pendengar, dan unsur kelucuan. Misalnya cerita penglipur lara
diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai suatu
ketika dahulu. Contoh lain unsur hiburan dalam karya sastera ialah
cerita jenaka iaitu Pak Kaduk. Cerita ini bukan sahaja menghibur tetapi
sarat dengan mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan.

PANTUN

Apa guna kain batik,
Kalau tidak ada sujinya,

Apa guna berbini cantik,
Kalau tidak ada budinya.

MANIFESTASI AKAL BUDI

Manifestasi akal budi dalam pantun ini dapat dilihat daripada aspek pemikiran. Melalui
pembayang pantun, dapat difikirkan bahawa kain batik tiada gunanya sekiranya ia
tidak bersuji. Kain batik yang bersuji pasti mempunyai sulaman benang emas yang
menjadikannya lebih cantik. Masyarakat berfikir jika hendak membeli kain

batik,sebaiknya yang bersuji kerana yang tidak bersuji tiada nilai di mata masyarakat.


Daripada dua baris makna pantun pula, pemikiran masyarakat ialah sekiranya hendak

berbini,perlulah mencari yang berbudi pekerti. Kecantikan bukanlah segalanya. Tidak
ada guna berbini cantik jika mereka tidak berakhlak. Selain itu, manifestasi daripada
aspek perlakuan juga ditunjukkan dalam pantun ini. Jika dilihat pada maksud, pantun
ini menyindir para suami yang berbini cantik namun tidak berbudi. Sindiran ini dapat
membuka mata lelaki untuk tidak menjadikan rupa sebagai keutamaan dalam memilih
isteri. Akal budi masyarakat dalam aspek gaya hidup juga ditunjukkan dalam pantun
ini iaitu pengamalan nilai murni dalam diri wanita. Wanita seharusnya tidak mengejar

kecantikan namun perlu memperbaiki akhlak mereka.

SYAIR

(Syair Perahu)

(rangkap pertama)
Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i'tikat diperbetuli sudah

(rangkap kedua)
Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal hidupmu

MANIFESTASI AKAL BUDI

Manifestasi akal budi masyarakat pada syair ini dapat dilihat melalui
rangkap pertama. Dari aspek pemikiran,akal budi pada rangkap pertama
ialah penyair memikirkan masyarakat yang sudah jauh dari landasan Allah.

Tujuannya untuk memperbetulkan perjalanan hidup manusia demi
kesejahteraan hidup di akhirat. Penyair juga meminta manusia berfikir demi
membetulkan iman kerana melalui iman mantap dan jalan tauhid yang betul
sahaja menyebabkan kita berjaya di dunia dan akhirat. Seterusnya akal budi
pada rangkap kedua pula dilihat dari aspek gaya hidup iaitu kepercayaan di
mana penyair meminta masyarakat mengenali hakikat diri kemudian Allah.

Kepercayaan kepada Allah sangat penting. Penyair mengibaratkan
kehidupan manusia seperti perahu. Kita terpaksa mengharungi ujian berliku.

Sekiranya manusia mempercayai Allah,pasti kehidupan berjaya di akhirat
selamanya.

GURINDAM

(Norma-Norma Yang Baik Dalam Perhubungan Suami Isteri)

(rangkap kedua)
Perempuan bagus suntingan dunia ,
Perempuan beriman sangat mulia .



(rangkap ketiga)
Suami isteri harus sekata ,
Jauh segala silang sekata .

MANIFESTASI AKAL BUDI

Manifestasi akal budi dapat dilihat pada rangkap kedua dalam aspek gaya
hidup. Pengamalan nilai murni oleh wanita boleh menjadikan mereka wanita
solehah dan beriman. Hal ini kerana perempuan yang bagus sudah banyak di
dunia,maka jadilah wanita yang beriman dalam kehidupan agar dimuliakan oleh
masyarakat. Akal budi dalam aspek gaya hidup pada rangkap kedua ialah
kehidupan kekeluargaan suami isteri di mana suami isteri perlu bersependapat.

Hal ini untuk menjamin kebahagiaan dalam rumah tangga dan dapat
mengelakkan pertelingkahan suami isteri. Dalam aspek pemikiran, akal budi
pada rangkap pertama ialah masyarakat memikirkan bahawa wanita yang
dimuliakan hari ini ialah wanita yang beriman. Hal ini kerana,mereka menjaga
maruah diri dan ditakuti lelaki yang hendak mendekati mereka. Masyarakat juga
berfikir bahawa wanita bagus itu menjadi kebanggan dunia kerana kerjaya,harta

dan pangkat yang mereka perolehi.

SELOKA

(Seloka Pak Pandir)

Anak dipijak dagang dijinjing Buntut kena cangkuk onak,
Kucing dibunuh tikus dibela Gunting makan di hujung
Harta habis badan tergadai Pak pandir juga menanggung.
Mendengar gelagak dagang Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Tak sedar bertelanjang Orang berbunga, dia berbunga
Mendengar guruh dilangit Orang berbuah, dia haram
Air di tempayan dicurahkan Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.
Mulut kena suap pisang

MANIFESTASI AKAL BUDI

Manifestasi akal budi dalam seloka ini dapat dilihat pada aspek
perlakuan. Masyarakat dapat melihat perlakuan Pak Pandir yang salah

pertimbangan dan sering membuat kerja yang tidak sepatutnya. Pak
Pandir membunuh kucing yang manja tetapi membela tikus yang
membawa kerosakkan. Disebabkan oleh kebodohannya, Pak Pandir

mudah ditipu dan sering percaya pada orang asing. Akibatnya harta Pak
Pandir habis dan badan tergadai. Selain itu pada ungkapan Mulut kena

suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung
menunjukkan keadaan Pak Pandir yang terseksa disebabkan kebodohan

dirinya. Masyarakat juga dapat melihat kelakuan Pak Pandir yang
membuat sesuatu tanpa bersungguh-sungguh seperti ungkapan kilat

memancar hujan tak jadi.

Sumber Rujukan

Dr Azman bin Rahmat,Dr Mohd Nazri Bin Zainuddin, Shamsuddin bin
Abu Bakar,Haji Abdul Rani Bin Hassan, Dr Hasnah Bin Awang (2022).
Kesisasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan

SEKIAN TERIMA KASIH

NAMA:NUR ERIKA IRWAYU BINTI AMINUDIN



ANGKA GILIRAN:2021252310110



NO K/P:030312-01-1022


Click to View FlipBook Version