MEPNRODGUAKTTAESKI NISOULSGEIMHIJAAUSA
SEKTOR
PERHUTANAN
MEMPERKENALKAN
NUR ERIKA IRWAYU BINTI
AMINUDIN
030312-01-1022
Apakah produk
teknologi hijau dalam
menangani isu semasa
global dalam sektor
perhutanan?
Teknologi hijau merupakan salah satu aspek
sains alam sekitar dan juga merupakan
pemantauan alam sekitar yang bertujuan
memulihara persekitaran dan sumber semula
jadi di samping untuk meminimumkan kesan
negatif disebabkan kegiatan manusia.
Teknologi hijau juga merupakan pembangunan,
produk, aplikasi dan sistem mesra alam untuk
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi
agar kesan negatif daripada perbuatan manusia
dapat dikurangkan dan diatasi.
Teknologi Hijau
Perhutanan
Sektor perhutanan merupakan salah satu sektor dalam
teknologi hijau. Hutan pada masa kini bukan sahaja
sebagai sumber pengeluaran kayu-kayan bagi
membangunkan sosioekonomi negara semata-mata,
namun hutan juga berfungsi sebagai perlindungan
sumber dalam memelihara kepelbagaian biologi,
kestabilan alam sekitar serta pengekalan budaya
masyarakat dalam melestarikan alam. Pengurusan
hutan perlu diambil perhatian terutamanya dalam isu-
isu sektor perhutanan seperti sekuriti air dan makanan,
kestabilan alam sekitar dan perubahan iklim. Malaysia
mengambil kira perkembangan baharu isu-isu dalam
dasar dan undang-undang berkaitan perhutanan untuk
mengatasinya.
Dasar Perhutanan Malaysia
mengandungi pengurusan hutan secara
berkekalan, mitigasi serta adaptasi dalam
perubahan iklim, perlindungan
kepelbagaian biologi, pengaplikasian
teknologi perhutanan terkini serta
pembangunan perkongsian maklumat.
Hutan-hutan di negara ini perlulah
ditadbir dan diuruskan dengan baik dan
amalan yang terbaik untuk mencapai
pengurusan hutan secara berkekalan.
Oleh itu, pelbagai aplikasi dan produk
teknologi hijau yang diperkenalkan boleh
diamalkan dalam mengatasi isu-isu
dalam sektor perhutanan.
Isu semasa 1
Antara isu semasa global mengenai alam sekitar dalam sektor perhutanan
ialah penebangan pokok yang tidak terkawal. Menurut Wikipedia,
penebangan pokok merupakan kegiatan menghapuskan hutan atau pokok-
pokok dalam suatu kawasan tanah yang pada akhirnya akan bertukar
kepada penggunaan bukan hutan. Kegiatan ini boleh terjadi disebabkan
oleh permintaan tinggi bahan binaan atau bahan bakar berbentuk arang
atau kayu serta untuk meningkatkan aktiviti perladangan. Kesannya, ia boleh
mengakibatkan kerosakan habitat pokok, kehilangan biodiversiti, dan juga
kelembapan. Selain itu, penebangan pokok secara tidak terkawal juga
memberi kesan buruk kepada penyerapan biokimia karbon dioksida di
atmosfera kerana pokok berfungsi untuk menyerap karbon dioksida di
udara. Perkara ini merupakan isu yang berterusan hingga kini.
Penebangan pokok
Penyerapan karbon dioksida
Penebangan pokok
Isu semasa 1
Di samping itu, penebangan pokok di hutan juga paling
tertumpu di kawasan hutan hujan tropika. Hutan ini
merangkumi kira-kira 31% permukaan tanah di muka bumi ini
sekaligus merupakan habitat speseis tumbuhan dan haiwan
seluruh dunia. Oleh itu, jelaslah bahawa penebangan pokok
secara tidak terkawal dapat memusnahkan dan
mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Antara contoh isu
penebangan hutan secara tidak terkawal ialah di Kelantan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar berkata
dan mengakui bahawa penebangan pokok di hutan simpan
memang dilakukan untuk dijadikan kebun kelapa sawit dan
penanaman durian oleh rakyat negeri itu.
Produk 1
Antara produk dan aplikasi teknologi hijau dalam mengatasi isu semasa
global iaitu penebangan pokok secara tidak terkawal ialah dengan
melakukan penanaman semula pokok atau dikenali sebagai perhutanan
semula. Antara faedah perhutanan semula di peringkat global ialah
peningkatan penyerapan karbon iaitu gas rumah hijau seperti karbon
dioksida dapat diserap oleh flora sekaligus dapat membawa kepada
pengurangan perubahan iklim. Ia juga dapat membawa kepada penulenan
udara dan mengurangkan hakisan tanah dan larian air. Pencegahan larian
air akan meningkatkan masa air untuk meresap ke dalam tanah serta
dapat meningkatkan bekalan air untuk tumbuhan dan haiwan yang
tinggal di kawasan itu. Selain itu, penanaman semula juga akan
meningkatkan kesuburan tanah dan kepelbagaian tumbuhan. Oleh itu,
burung, serangga dan haiwan lain yang bergantung di kawasan tersebut di
samping dapat meningkatkan biodiversiti tempat itu.
Peningkatan Biodiversiti
Penghutanan semula
Produk 1
Pada tahun 2019, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
bersedia bekerjasama dengan sektor swasta untuk penanaman semula
hutan dalam mencegah kepupusan spesies flora yang bernilai. Dalam
projek ini, FRIM telah menyumbang 188 anak benih dari 20 spesies kaum
Dipterokarpa untuk penanaman di Bukit Pasir. Usaha ini dapat
meningkatkan spesies tumbuhan dan mengelakkan kepupusan. Oleh itu,
penebangan hutan yang tidak melebihi daripada penanaman semula pokok
yang telah ditebang pasti akan mendapatkan ciri semula jadi ekosistem
semula. Tambahan itu, penanaman semula pokok juga akan menambahkan
oksigen melalui proses fotosintesis dan mengurangkan jumlah karbon
dioksida di atmosfera. Oleh itu jelaslah bahawa penghutanan semula dapat
mengatasi isu penebangan pokok secara tidak terkawal.
Isu semasa 2
Dari sudut yang lain pula, antara isu semasa global alam sekitar dalam sektor
perhutanan ialah pembakaran hutan secara terbuka. Pembakaran hutan akan
menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Hal ini kerana, gas karbon
doksida, monoksida, hidrokarbon dan wap air akan terapung di udara dan
boleh menyebabkan jerebu. Pembakaran hutan secara terbuka dan besar-
besaran akan mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan manusia
terutamanya dalam sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida
akan mengganggu sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan
menyebabkan tindak balas manusia menjadi lambat. Menurut kajian
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap
tahun oleh kerana pencemaran udara. Selain itu, pembakaran hutan secara
besar-besaran menyebabkan tumbuhan mengalami kerosakan nekrosis iaitu
keguguran daun, masalah klorosis iaitu pertukaran warna dan menjadikan
tumbuhan terbantut. Kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem
sekaligus mengurangkan ekonomi negara.
Kesan kepada manusia
Pembakaran hutan Kesan kepada tumbuhan
Kebakaran kilat
Haiwan mati
Isu semasa 2
Kesan sampingan lain juga boleh terkena pada haiwan kerana
udara yang disedut masuk ke dalam sistem pernafasan haiwan
ialah udara yang tercemar dan sumber makanan yang dimakan
juga turut tercemar akibat asap kotor daripada pembakaran
terbuka. Antara kebakaran hutan ialah seperti di Hutan Hujan
Amazon, Brazil, Sarawak dan di Iskandar Puteri, Johor. Antara
punca berlakunya pembakaran hutan ini adalah daripada sifat
manusia sendiri yang merokok dan melemparkan puntung rokok ke
dalam tumbuhan tanpa memadamkan api terlebih dahulu. Selain
itu, punca alam seperti kilat juga menjadi punca kebakaran hutan.
Kebakaran kilat sering terjadi apabila musim panas ketika vegetasi
masih kering. Tambahan itu, pukulan kilat dari voltan elektrik yang
bervariasi menyebabkan api menyala secara langsung pada
tumbuhan.
Produk 2
Seterusnya, antara produk dan aplikasi teknologi hijau dalam mengatasi isu
semasa global pembakaran hutan secara terbuka ialah dengan mewartakan
hutan simpan. Menurut Wikipedia, hutan simpan di Malaysia merupakan
kawasan yang ditumbuhi dengan pokok-pokok secara meliar dan bercampur
dan telah diwartakan oleh pihak kerajaan. Tambahan itu, hutan simpan ini
tidak boleh ditebang untuk aktiviti pembangunan, pertanian dan lain-lain yang
memerlukan kawasan yang luas. Pembakaran hutan pastinya mengakibatkan
banyak kemusnahan pokok-pokok. Dengan adanya hutan simpan, negara kita
dapat mengatasi kemusnahan hutan. Melalui Dasar Perhutanan Semenanjung
Malaysia, komitmen negara untuk memelihara sumber hutan dapat
diperhatikan dalam kenyataan negara Sidang Kemuncak Bumi di Rio De
Janeiro, Brazil.
Lapisan Hutan Simpan
Produk 2
Malaysia sangat komited untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50%
daripada keluasan tanah sebagai hutan dan litupan pokok dengan syarat dapat
mengekalkan 30% daripada keluasan tanah negara sebagai kawasan yang
berhutan. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mewartakan seluas 23.83
hektar di Mukim Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Hutan
Simpanan Kekal (HSK) di bawah Akta Perhutanan negara 1984 (Akta 313).
HSK diwartakan sebagai hutan perlindungan yang dapat dikelaskan sebagai
hutan penyelidikan, hutan lipur dan hutan pelajaran di bawah subseksyen 10(1)
serta diisytiharkan sebagai hutan tertutup di bawah seksyen 45 akta 313.
Usaha mewartakan hutan simpan di banyak kawasan dapat mengekal dan
mengawal iklim mikro contohnye di hutan hujan tropika, tiupan anginnya
sangat tenang kerana adanya pokok berkanopi yang tebal.
Isu semasa 3
Di samping itu, antara isu semasa global dalam sekitar dalam sektor perhutanan ialah
pemburuan secara haram yang semakin menjadi-jadi. Pemburuan haram merupakan satu
perbuatan mengambil atau memburu haiwan liar atau tumbuhan liar secara haram. Oleh
itu, pemburuan haram ini boleh disifatkan sebaai undang-undang alam sekitar. Perbuatan
ini melanggar undang-undang perlindungan sumber semula jadi kerana memburu
bertujuan untuk pemilikan, pengangkutan, pemakanan dan penjualan anggota badan.
Aktiviti ini membawa impak yang negatif kepada biokepelbagaian di dalam mahupun luar
kawasan perlindungan. Hal ini mengakibatkan pengurangan populasi hidupan liar dan
mengganggu fungsi ekosistem. Kebanyakkan pemburu-pemburu akan memasuki hutan
dengan membawa senapang untuk menembak haiwan liar seperti gajah dan harimau atas
kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan populasi haiwan tersebut.
Pemburuan Haram
Pemburuan Gajah
Isu semasa 3
Menurut laman web One Green Planet, penurunan jumlah spesies gajah
akan mengakibatkan jumlah pokok berkurang. Sesetengah spesies pokok
akan turut pupus akibat kepupusan gajah kerana spesies gajah
merupakan spesies paling membantu dalam penyebaran banyak benih
pokok dalam masa yang singkat. Contohnya, di hutan Asia, haiwan
herbivor seperti gajah diperlukan dalam menyebarkan biji benih yang
besar. Selain itu, antara contoh isu pemburuan haram dapat dilaporkan
ialah isu dua motosikal milik tiga orang lelaki dari Thailand menuju ke
Hutan Simpan Gua Musang, Kelantan untuk memburu kijang secara
haram atas alasan kempunan memakan daging haiwan tersebut. Berikut
merupakan kesalahan dalam negara kerana bertindak mengikut
kepentingan sendiri.
Produk 3
Antara produk dan aplikasi teknologi hijau dalam mengatasi isu
semasa global pemburuan secara haram dalam sektor perhutanan
ialah dengan menguatkuasakan undang-undang. Penguatkuasaan
undang-undang di negara ini perlu diperkuat dan diperkasakan
untuk mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah. Oleh itu,
kerajaan mengkaji memperkasakan undang-undang untuk
mengatasi masalah pemburuan haram yang boleh mengakibatkan
kepupusan haiwan terancam seperti gajah dan harimau. Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu Datuk Seri Dr Wan Junaidi
mengatakan bahawa Seksyen 68 (1) (C) Akta Pemuliharaan
Hidupan Liar 2010 (Akta 716) memperuntukkan hukuman denda
sehingga RM 500,000 dan penjara selama lima tahun. Hal ini
kerana pemburuan haram merupakan masalah besar dalam
negara kerana mengancam hidupan liar.
Sidang Media
Produk 3
Tambahan itu, kesemua negara utama di Asia Tenggara telah
menjadi penandatangan dalam konvesyen antarabangsa
berkaitan jenayah transnasional dan penyeludupan spesies
serta ada yang menjadi ahli Rangkaian Penguatkuasaan
Hidupan Liar Asean. Seterusnya, syarikat logistik yang
menjalankan aktiviti transit, eksport dan import juga
memberi tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang
yang lebih tegas. Sekatan yang lebih ketat juga dijalankan
untuk mencegah dan memberi hukuman penyalahgunaan
perkhidmatan bagi menyeludup hidupan liar secara haram.
Oleh itu, kerjasama yang kukuh antara negara sangat penting
terutamanya dalam mengatasi masalah pemburuan secara
haram ini.
Rangkaian
Penguatkuasaan
Hidupan Liar Asean
Pembalakan
Isu semasa 4
Dari sudut perbincangan yang berbeza pula, antara isu semasa global
dalam sektor perhutanan ialah pembalakan haram yang berleluasa.
Istilah pembalakan kebanyakannya digunakan dalam bentuk yang
terhad iaitu berkaitan logistik memindahkan kayu dari tunggul di
dalam hutan ke kawasan yang berada di luar hutan seperti ke kilang
papan atau gergaji. Ia juga boleh merujuk kepada penuaian,
pengangkutan atau jual beli balak yang melanggar undang-undang.
Pembalakan secara haram ini boleh mengakibatkan kepupusan
sumber alam dan tumbuhan berharga seperti kayu Cengal, Merbau,
Kempas, Kapur dan juga Jati. Kebiasaannya, aktiviti pembalakan
melibatkan pokok-pokok berbatang besar dan bernilai komersial yang
tinggi sahaja untuk dipasarkan dengan harga yang mahal.
Isu semasa 4
Pembalakan pokok-pokok yang berakar besar akan mengakibatkan
hakisan dan struktur tanah terganggu terutamanya di kawasan cerun-
cerun. Hal ini kerana ketiadaan akar kuat yang menyokong dan
mengukuhkan struktur tanah yang longgar. Perkara ini akan
menyebabkan banjir kerana air di bahagian cerun tidak dapat disekat
oleh sistem akar, dan lama-kelamaan paras air akan mula meningkat
setelah hujan turun lebat. Di samping itu, kehilangan cengkaman akar
yang besar dan kuat juga boleh mengakibatkan fenomena El Nino iaitu
kemarau. Hal ini kerana lapisan tanah menjadi kering dan membentuh
rekahan yang boleh terdedah kepada sinaran matahari terik. Oleh itu,
tidak dapat dinafikan bahawa pembalakan hutan membawa keuntungan
dalam ekonomi negara namun kita perlu sedar bahawa ia juga
mengancam keselamatan manusia, haiwan dan alam sekitar.
Banjir
Tanah Runtuh
Kemarau
Produk 4
Antara produk dan aplikasi teknologi hijau dalam menangani isu tersebut
ialah pihak kerajaan menerapkan subjek alam sekitar dalam sukatan
pelajaran. Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri
Wan Junaidi subjek alam sekitar akan diperkenalkan dalam sukatan
pelajaran sekolah rendah dan menengah mulai tahun 2019. Subjek
tersebut keseluruhannya merangkumi aspek pemuliharaan hutan, sungai,
darat, udara, laut, perubahan iklim serta keselamatan alam sekitar. Inisiatif
ini sangat penting untuk memberi kesedaran tentang penjagaan alam
sekitar. Proses pembelajaran dan pengajaran dalam subjek ini pastinya
dapat membuka mata dan minda murid-murid untuk menghargai
khazanah negara terutamanya hutan-hutan simpanan di negara ini.
Produk 4
Tambahan itu, subjek ini juga sangat berketepatan dengan
Transformasi Nasional 2050 yang mengutamakan alam sekitar. Oleh
itu, murid-murid akan memahami konsep memelihara hutan-hutan
yang mengandungi kepelbagaian biodiversiti terutamanya
kehidupan flora dan fauna. Mereka juga akan mempunyai rasa
sayang terhadap flora dan fauna kerana ianya merupakan ciptaan
paling berharga dan sukar untuk dikembalikan jika telah mengalami
kepupusan. Dengan itu, generasi muda akan mengambil iktibar agar
tidak melakukan pemburuan haram di dalam hutan untuk
kepentingan sendiri semata-mata agar flora dan fauna terpelihara.
Sayangi Flora Fauna
Kesimpulan
Kesimpulannya, sektor perhutanan sangat memainkan peranan penting dalam
mencapai tujuh belas Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable
Development Goals) di bawah Agenda 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Malaysia juga mengiktiraf hutan sebagai khazanah strategik bagi kepentingan
ekosistem, konservasi biologi, perlindungan alam sekitar serta penggunaan
sumber kekal di samping kesejahteraan generasi kini dan akan datang.
Pengaplikasian teknologi hijau dalam menangani isu semasa global dalam sektor
perhutanan perlulah sentiasa dilakukan tidak kira dari pihak kerajaan, swasta,
keluarga mahupun diri sendiri. Segala inisiatif teknologi hijau yang
diperkenalkan adalah untuk mengembalikan kesedaran kita.
Rujukan
Dr. Adibah Mohd Amin. (2019). Pertanian Punca Pembakaran Hutan.
Universiti Putra Malaysia. Utusan Malaysia
Hidayatidayu Razali. (2022, Januari 26). Kelantan Akui Berlaku Penebangan
Hutan Di Hutan Simpan. BH Online
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. (2022, April 28). FRIM Alu-alukan
Inisiatif Penghutanan Semula Swasta
Jamari Moktar & Chia Chu Hang. (2020, Mac 5). Ekosistem, Manusia Rosak
Jika Hidupan Liar Musnah. BH Online
Rujukan
Muhaamad Hafis Nawawi. (2020, Disember 31). Hukuman Sebat
Penjenayah Bunuh, Buru Haiwan Liar. My Metro
Hanneeyzah Bariah Baharin. (2016, Februari 14). Perkasa
Undang-undang Tangani Buruan Haram. BH Online
Mohd Azrone Sarabatin & Farhana Syed Nokman (2018, April 12).
Subjek Alam Sekitar Mulai 2019. BH Online
M Anem. (2012, Jun 19). Anim Agro Technology. Blogspot.
http://animhosnan.blogspot.com/2012/06/teknologi-hijau-apa-
dia.html
Sekian Terima
Kasih