The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thayalamkorporat, 2017-05-26 04:04:42

JPS Updates April 2017

JPS Updates April 2017

2

3

KETUA EDITOR

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Seringkali kita mendengar isu-isu berkaitan dengan hakisan pantai dilaporkan di dada akhbar dan juga liputan media massa.
Masalah hakisan pantai Negara kita semakin serius dan telah menjadi perhatian dan agenda utama kerajaan bagi memastikan
kawasan pesisir pantai Negara dilindungi. Kawasan pesisir pantai merupakan kawasan yang sensitif dan cenderung terdedah
kepada aktiviti ombak kuat dan hakisan yang boleh mendatangkan kesan kepada kesejahteraan hidup manusia, persekitaran dan
ekosistem. “Tidak mustahil, suatu hari nanti, sebuah perkampungan di persisiran pantai boleh musnah jika tiada langkah mapan
dilaksanakan bagi mengatasi masalah hakisan”.
Menyedari kejadian hakisan pantai yang semakin meningkat dan mengancam penduduk di sekitar pantai serta mengakibatkan
kerugian infrastruktur sepanjang garis pantai, Kajian Hakisan Pantai Negara telah dijalankan oleh kerajaan yang bertujuan
membuat perincian garisan pantai dan aktiviti hakisan sepanjang garisan pantai Negara. Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia
juga telah menubuhkan Pusat Kejuruteraan Pantai pada tahun 1987 yang kini merupakan Bahagian Pengurusan Zon Pantai
dan berperanan dalam menyediakan perkhidmatan teknikal ke arah pelaksanaan pengurusan zon persisiran pantai serta
melaksanakan rancangan hakisan persisiran pantai untuk perlindungan semua kawasan persisiran pantai dalam kategori hakisan
kritikal.
Justeru, Buletin JPS Updates Edisi April 2017 yang bertemakan “Hakisan Pantai Negara” ini akan mengupas dengan lanjut
isu hakisan pantai Negara serta Kajian Hakisan Pantai Negara yang telah dilancarkan pada 12 April 2017 yang lalu dan turut
menyediakan maklumat-maklumat informatif lain khas untuk pembaca semua. Kunjungan Putera Mahkota Jepun, Putera
Naruhito ke Pusat Kawalan Terowong SMART juga merupakan antara berita menarik yang dikongsikan di dalam Buletin
ini. Seperti kebiasaannya juga, Buletin rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia ini turut merakamkan aktiviti-aktiviti
penting Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia mengikut peristiwa yang berlaku pada setiap bulan untuk sebaran dalaman dan
perkongsian bersama agensi awam yang lain serta media prima.
Akhir kata, sebelum saya akhiri tinta ini, marilah kita bersama-sama memupuk kesedaran menjaga bumi dan menghargai alam
sekitar memandangkan pada 22 hb April setiap tahun, Sambutan Hari Bumi akan diadakan di seluruh dunia. Slogan Sambutan
Hari Bumi oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun ini adalah “ Environmental & Climate Literacy”. Selamat
membaca!.
Dato’ Ir. Haji Mohd Azmi Bin Ismail

Penasihat
YBhg. Dato’ Sri Ir. Hj. Zulkefli bin Hassan

Penyelaras
Ir. Hj. Abdullah bin Isnin

Ketua Editor
Dato’ Ir. Hj. Mohd Azmi bin Ismail

Editor
Ir. Wan Hasitinaziah binti Mohd Hassan

Penolong Editor
Nor Hafizah binti Mohd Suhadis

Suriani binti Hassin
Thayalam a/l Sekaran
Nur Afifah Amalin binti Mohd Ladin

Pereka Grafik
Muhammad Hafiz bin Khairon

Adjwaz bin Roslan

4

Pulau Sibu Tengah, Johor

National Coastal Erosion Study

Pantai Dilindungi, Pembangunan Lestari

Oleh : Bahagian Pengurusan Zon Pantai Tipikal pengkelasan zon pantai

Malaysia merupakan sebuah Negara yang kaya
dengan sumber pantai, yang menjadi tarikan
pelancong dalam dan luar Negara serta merupakan
sumber pendapatan ekonomi nelayan-nelayan. Garis pantai
Malaysia berubah-ubah daripada teluk berpandangan indah
yang diapit oleh tanjung tinggi berbatu sehinggalah tanah
pamah lumpur cetek yang menyempadani hutan bakau. Di
pantai timur semenanjung, hasil daripada enapan yang tinggi
dan ombak yang kuat mewujudkan pantai teluk berpasir
manakala di pantai barat, persekitaran ombak Selat Melaka
yang sederhana membentuk pantai lumpur yang luas dan
hutan pantai yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti.
Bentuk-bentuk yang serupa juga mencirikan pantai-pantai
di Sabah dan Sarawak walaupun terdapat kawasan berpasir
tertentu yang sangat rata.

Namun, pantai-pantai di Malaysia terdedah kepada pelbagai
ancaman akibat daripada tindakan ombak dan air pasang
serta disebabkan oleh pembangunan tepi pantai seperti
marina, pelabuhan dan jambatan yang tidak mengikut garis
panduan dan mengganggu keseimbangan dinamik pantai.

Tipikal profil zon pantai berlumpur di Malaysia
Sumber: NCES, 2015

Hakisan pantai yang merosakkan rumah penduduk kampung
di Kuala Besut, Terengganu.

5

YBhg. Dato’ Dr. Haji Md. Nasir Bin Md. Noh, Timbalan Ketua Pengarah I (tengah) diiringi oleh YBrs. Kapten (B) Ir. Haji Anuar
Bin Haji Yahya, Pengarah Pengurusan Zon Pantai menyerahkan Buku National Coastal Erosion Study kepada YBhg. Dato’ Sri
Azizan Bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Kajian Hakisan Pantai Negara (NCES) Majlis Pelancaran National Coastal Erosion Study
(NCES)
Menyedari kejadian hakisan pantai yang semakin meningkat
dan boleh mengancam penduduk berhampiran pantai serta Dengan slogan “Pantai Dilindungi Pembangunan Lestari”,
mengakibatkan kerugian sepanjang garis pantai, Kerajaan Kajian Hakisan Pantai Negara atau National Coastal Erosion
melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Study (NCES) telah dilancarkan pada 11 April 2017 oleh YBhg.
Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia telah menjalankan Dato’ Sri Azizan Bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian
Kajian Hakisan Pantai Negara dan merangka satu tindakan Sumber Asli dan Alam Sekitar di Auditorium Jabatan
penyelesaian yang holistik. Pengairan dan Saliran, Malaysia.
Melalui kajian ini, daripada 8,840 kilometer garis pantai
Negara, sepanjang 1,347.6 kilometer pantai Negara mengalami Kajian NCES ini menekankan perincian perlindungan pantai
hakisan, dan daripada jumlah itu, sepanjang 55.4 kilometer ke arah Kelestarian Pembangunan Negara dan kajian ini
pantai Negara telah terjejas teruk dan kritikal. Untuk menjadi asas kepada Kerajaan untuk merangka perlindungan
menangani masalah ini, kerajaan telah merangka dua strategi pantai Negara. Kajian ini juga menjadi dokumen rasmi
iaitu strategi jangka pendek dan jangka panjang. Strategi Kerajaan bagi segala kajian dan perincian pantai Negara serta
jangka pendek melibatkan pembinaan projek kawalan menjadi garis panduan bagi pembangunan di pantai-pantai
hakisan manakala bagi strategi jangka panjang melibatkan Malaysia.
penambahbaikan pengurusan zon pantai dengan cara
yang bersepadu supaya kejadian hakisan pantai tidak akan
bertambah. Berdasarkan Kajian Hakisan Pantai Negara juga,
garis pantai Malaysia telah dikelaskan kepada 3 kategori
hakisan berdasarkan ancaman terhadap kemudahan di pesisir
sedia ada dengan nilai ekonomi besar.

NCES

Panjang garisan pantai mainland

5,634.7 Kilometer

Panjang garisan pantai pulau-pulau di Malaysia

3,205.3 Kilometer

Jumlah Panjang Garisan Pantai

8,840.0 Kilometer

6

7

8

Langkah-Langkah Tebatan Hakisan Pantai Secara Kejuruteraan Berstruktur

Oleh: Bahagian Pengurusan Zon Pantai

Struktur Groin di Sungai Ranca-Ranca, Labuan
• Berfungsi untuk menstabilkan pantai semulajadi atau yang telah ditambak terhadap hakisan yang disebabkan oleh pergerakan

sedimen persisiran pantai.
• Struktur groin tidak begitu lebar, dan selalunya berbentuk lurus dan bersudut tepat dengan garisan pantai.
• Kesan disebabkan oleh pembinaan struktur groin adalah berlakunya penambakan pasir pantai atau sedimen pantai di

bahagian hulu dan hakisan di bahagian hilir. Kedua-dua proses ini berlaku pada jarak tertentu pada struktur groin berkenaan.

Lapis Lindung • Struktur lapis lindung atau revetments berfungsi untuk
mengawal persisiran pantai daripada terus terhakis.
Struktur Lapis Lindung Batu, Kedah
Struktur Lapis Lindung ‘H’ atau Sauh Inovasi JPS • Struktur ini adalah fleksibel dan pada kebiasaannya terdiri
dari batu-batu atau daripada blok-blok konkrit dan boleh
dikategorikan sebagai struktur yang ringan dan amat sesuai
dikawasan ombak yang besar.

• Struktur lapis lindung ini yang dibina dengan sempurna
adalah struktur yang dapat bertahan lama dan memerlukan
penyelenggaraan yang kurang.

• Pada tahun 1987, JPS telah memperkenalkan struktur baru
yang dipermudahkan dengan nama unit ‘H’ atau Sauh sebagai
struktur lapis lindung konkrit untuk perlindungan tebing dan

ban pantai.

Tembok Pengawal

• Merupakan struktur yang dibina
untuk menyalurkan aliran muara
dengan sempurna.

• Tembok pengawal muara ini juga
berfungsi untuk menaiktaraf laluan
pelayaran di muara sungai atau
menghalang pemendapan berlaku di
muara sungai.

• Kerosakan pada pintu kawalan
pasang surut dan hakisan pantai
dapat ditangani atau sekurang-
kurangnya dicegah dengan
pembinaan struktur ini.

9

Pemecah Ombak

Struktur Pemecah Ombak di Muara Sungai Kuala Terengganu, Terengganu

• Struktur pemecah ombak ini dibina untuk Blok Labuan
mengurangkan tindakan ombak di kawasan belakang
pembinaan struktur berkenaan.

• Tindakan ombak dapat dikurangkan melalui pantulan
dan penyerapan tenaga ombak.

• Pemecah ombak boleh dikelaskan kepada 2 jenis iaitu
bercerun dan pugak/ bersudut tegak. Struktur bercerun
merupakan struktur lapis lindung batu atau konkrit
yang dibina dengan atau tanpa tembok penahan ombak
manakala struktur pugak di dalam kebanyakkan kes
pula dibina dengan menggunakan konkrit blok yang
dipasang di atas lapis lindung batu.

• Di kawasan pelabuhan, pemecah ombak dibina untuk
mewujudkan keadaan air yang tenang yang dapat
memudahkan keluar masuk kapal-kapal.

• Struktur pemecah ombak juga dibina bagi menaiktaraf
pelayaran dan menghalang pemendapan sedimen di
muara sungai.

Muara (Training Walls)

Struktur Training Walls di Pantai Layang-Layang, Labuan Struktur Blok Labuan, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
• Merupakan inovasi JPS yang dihasilkan selepas struktur

Sauh atau ‘H’.
• Blok Labuan ini dibina secara cast - in – situ, oleh yang

demikian, kos pembinaan struktur ini adalah rendah.
• Tujuan utama Blok Labuan ini adalah untuk memberikan

perlindungan 3-15 tahun kepada kawasan pesisir pantai
dengan menyerap tenaga ombak.
• Pemasangan struktur Blok Labuan di pesisir pantai dapat
menggalakkan pertumbuhan rumput-rumput.

10

YAB Perdana Menteri Rasmi Projek Pemuliharaan
Muara Sungai Besut, Terengganu

Oleh : Ahmad Ikhwan Bin Abdul Wahid, Bahagian Pengurusan Zon Pantai

Majlis perasmian pecah tanah Projek Pemuliharaan Projek ini dilihat bukan sahaja memudahkan laluan keluar
Muara Sungai Besut, Terengganu pada 16 April 2017 masuk bot-bot nelayan dan pelancong, malah dapat
yang lalu telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd meningkatkan perlindungan risiko banjir pantai kepada lebih
Najib Tun Hj Abdul Razak di Kuala Besut, Terengganu. kurang 2,420 orang penduduk setempat. Faedah daripada
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh YB Dato Sri Dr. Haji projek ini dapat dinikmati oleh seramai lebih kurang 162,400
Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan orang penduduk Besut yang mana memberikan kemudahan
Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul kepada nelayan, pembangunan sektor pelancongan, memacu
Rahman, Menteri Besar Terengganu, YB Dato’ Seri Idris Jusoh, sektor perniagaan kecil dan menjamin kesejahteraan rakyat
Menteri Pengajian Tinggi, YBhg. Dato’ Sri Ir. Haji Zulkefli Bin melalui pencegahan hakisan. Projek ini juga memberikan
Hassan , Ketua Pengarah JPS Malaysia dan dif-dif kehormat pelbagai impak positif kepada Kuala Besut yang bakal menjadi
yang lain. Majlis perasmian projek ini telah dihadiri oleh “Gerbang Pelancongan Antarabangsa” menjelang Tahun 2020.
seramai lebih 20,000 orang penduduk setempat dan jemputan
yang berlangsung dalam keadaan yang meriah.

Aktiviti ekonomi penduduk di Kuala Besut ini adalah Muara Sungai Besut
nelayan, peniaga, pengusaha keropok dan juga pelancongan
memandangkan terdapat Jeti ke Pulau Perhentian. Sebagai
usaha penyelesaian kepada permasalahan pemendapan pasir
di muara sungai yang menjejaskan aktiviti-aktiviti golongan
nelayan untuk keluar masuk ke laut dan juga hakisan pantai
yang semakin teruk, Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut
ini sedang dilaksanakan bermula pada 13 Disember 2016
yang lalu dengan kos keseluruhan sebanyak RM225 Juta dan
dijangka siap pada hujung tahun 2019. Projek ini melibatkan
pembinaan benteng pemecah ombak sepanjang 1.3 kilometer
di sebelah utara dan 1.85 kilometer di sebelah selatan
termasuk membina struktur lapis lindung di Kampung Sungai
Nail, Kuala Besut bagi mengurangkan masalah hakisan.

11

12

Memorandum Persefahaman (MoU) Sumber Air Antara Kerajaan
Malaysia dan Republik China

Oleh: Bahagian Korporat & Pusat Kawalan SMART

Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah
termeterai di antara Kerajaan Malaysia dan Republik
China yang ditandatangani pada 10 April 2017 yang
lalu merupakan pencapaian terbaru dalam kerjasama Malaysia
– China dalam bidang sumber air. Perjanjian ini merupakan
kerjasama antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
dan Kementerian Sumber Air China yang sebelum ini wujud
melalui Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1968 iaitu “Typhoon
Committee”.

Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di “Perjanjian persefahaman antara
antara YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Malaysia – China ini menjadikan
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Chen Lei, Menteri kerjasama kedua-dua Negara dalam
Sumber Air China di Hotel Istana Kuala Lumpur ini merupakan bidang sumber air lebih formal dan ia
simbolik bagi perkongsian kepakaran dan teknologi dalam adalah peluang terbaik untuk Malaysia
memastikan pembangunan sosio ekonomi yang mapan dalam meningkatkan kepakaran sediada
pengurusan serta penggunaan sumber air yang lestari bagi daripada China dalam pengurusan
menghadapi kesan perubahan iklim. bersepadu sumber air, pemuliharaan serta
perlindungan sumber air, adaptasi kepada
Sejurus selepas menandatangani MoU tersebut, Menteri perubahan iklim, kawalan banjir serta
Sumber Air China dan delegasi dibawa melawat ke Pusat
Kawalan SMART yang diiringi oleh Datuk Ir. Dr. Haji Hamim pengurusan kemarau”
Bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ,
YBhg.Dato’ Sri Ir. Haji Zulkefli Bin Hassan, Ketua Pengarah JPS
Malaysia dan pihak pengurusan tertinggi JPS Malaysia. Lawatan
ke Pusat Kawalan SMART ini bertujuan untuk berkongsi
pengalaman dan kebolehan Malaysia dalam aspek pengurusan
air banjir. Pada sesi lawatan ini, Ir.Amiruddin Bin Alaldin,
Pengarah Operasi SMART telah memberikan penerangan
mengenai pengurusan banjir Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur
Flood Management (KLFM) dan operasi SMART kepada
delegasi.

-Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar

Petikan astroawani.com, 10 April 2017

13

Lawatan Putera Mahkota Naruhito Ke Pusat Kawalan SMART

Oleh: Suganthra Velu A/L Maniam, Pusat Kawalan SMART

Jalinan kerjasama diplomatik diantara Malaysia dan Jepun Sesi lawatan yang memakan masa selama 45 minit ini telah
telah terikat semenjak 60 tahun yang lalu bermula dari diisi dengan sesi pembentangan berkaitan Kuala Lumpur
31 Ogos 1957, iaitu pada hari Persekutuan Tanah Melayu Flood Management (KLFM) dan operasi SMART yang telah
mengistiharkan kemerdekaannya dan kini jalinan kerjasama disampaikan oleh Ir.Amiruddin Bin Alaldin, Pengarah Operasi
tersebut bertambah kukuh dan erat. Bagi meraikan 60 tahun SMART di galeri pemerhatian. Baginda turut dibawa melawat
hubungan diplomatik ini, Putera sulung Maharaja Akihito ke bilik kawalan Flood Detection System (FDS) dan diberikan
iaitu Putera Naruhito telah berkenan melawat ke Malaysia penerangan mengenai operasi banjir SMART. Lanjutan
selama 5 hari selaku lawatan pertamanya sejak dimasyhurkan daripada sesi lawatan tersebut, baginda telah melahirkan rasa
sebagai Putera Mahkota pada tahun 1991.Tidak ketinggalan kagum terhadap teknologi yang digunakan dalam sistem
di dalam siri lawatan baginda adalah sesi lawatan ke Pusat saliran air banjir dan struktur jalan di Malaysia. Meskipun
Kawalan SMART pada 15 April 2017 yang lalu. Jepun merupakan sebuah Negara yang amat terkenal dengan
Ketibaan Putera Naruhito telah disambut oleh YB Dato Sri kemajuan teknologinya, namun dengan kehadiran teknologi
Dr. Hj. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli SMART ini Malaysia masih mampu untuk selangkah ke
dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Sri Azizan Bin Ahmad, Ketua hadapan di peringkat antarabangsa.
Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Ketua
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, YBhg. Dato’
Sri Ir. Hj. Zulkefli Bin Hassan bersama-sama Pengurusan
Tertinggi JPS Malaysia yang lain. Turut hadir ialah Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Razali
Ibrahim yang juga merupakan Menteri Pengiring.

Putera Naruhito menyifatkan terowong SMART
sebagai 'kemudahan yang agak unik di dunia´
berikutan dwifungsinya yang mengurangkan
kesesakan lalu lintas serta sebagai saliran banjir.

- Sumber dari BERNAMA -

14

The 17th Meeting of ASEAN Working Group on Water Resources

Management (AWGWRM) Seramai lebih kurang 30 orang delegasi dari negara-negara
anggota telah menyertai sesi mesyuarat pada kali ini dan sesi
KOleh: Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’
umpulan Kerja ASEAN mengenai Pengurusan Sumber Dr. Nadzri Bin Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber
Air (AWGWRM) telah ditubuhkan bagi meningkatkan Asli), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Majlis
kerjasama serantau berhubung pengurusan sumber perasmian ini turut dihadiri oleh pegawai kanan Kementerian
air. Ia bertujuan untuk menggalakkan rangkaian kerjasama dan pengurusan tertinggi JPS. Kesemua delegasi turut dibawa
ke arah pelaksanaan pengurusan sumber air bersepadu yang melawat ke Pusat Kawalan SMART, Taman Eco Rimba dan
praktikal dan menggalakkan perkongsian maklumat berkaitan Pasar Seni sepanjang sesi mesyuarat ini berlangsung.
kepakaran, teknologi dan pengetahuan di kalangan agensi
sumber air negara-negara anggota. Perkongsian maklumat
dan pengetahuan yang dilaksanakan termasuklah melalui sesi
latihan berkaitan, pendidikan dan kempen meningkatkan
kesedaran kepada golongan sasar.

Pada tahun ini, Malaysia telah diberikan penghormatan selaku
penganjur bagi pelaksanaan Mesyuarat ASEAN Working
Group on Water Resources Management (AWGWRM) kali
ke 17. Bertempat di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat JPS Malaysia,
Mesyuarat AWGWRM telah diadakan selama 3 hari bermula
dari 17 – 19 April 2017 yang lalu. Penganjuran Mesyuarat
AWGWRM ini adalah penting kerana ianya mencerminkan
penglibatan aktif dan komitmen Malaysia untuk melaksanakan
obligasi negara sebagaimana yang telah dipersetujui melalui
perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam usaha
memantapkan lagi pembangunan pengurusan sumber air
Negara. Melalui penganjuran ini juga jaringan kerjasama
diantara Malaysia dan negara-negara anggota turut dapat
ditingkatkan.

INTEGRITI CORNER 15
“Warga Berintegriti, Organisasi Berkualiti”

jangan suka
berhutang !!!

KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS
ADALAH SUATU KESALAHAN TATATERTIB

[PERATURAN 13, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993]

ANDA BERADA DALAM KETERHUTANGAN
KEWANGAN YANG SERIUS JIKA:

AGREGAT HUTANG DAN NILAI TANGGUNGAN TIDAK BERCAGAR
MELEBIHI 10 KALI EMOLUMEN BULANAN

TELAH DIPERINTAHKAN OLEH MAHKAMAH UNTUK MEMBAYAR
HUTANG TETAPI TIDAK MENJELASKANNYA DALAM TEMPOH 1
BULAN

SEORANG BANKRAP DAN PEMAKAN GAJI YANG TIDAK
BERKEMAMPUAN

Sebarang pertanyaan , aduan atau maklumat boleh disalurkan kepada:
UNIT INTEGRITI JPS
Tel : 03-2615 1793 / 1794

Emel: [email protected]

16

Mesyuarat Pelaksanaan Penentuan Kompetensi Bagi Kakitangan
Skim Kejuruteraan JPS

POleh: Bahagian Pembangunan Modal Insan
embangunan penentuan kompetensi (Competency Identification – CI) adalah amat penting bagi memastikan setiap pegawai
di sesebuah organisasi dapat memainkan peranan masing-masing dengan cekap dan berkesan. Justeru setiap Jabatan
memerlukan sumber manusia yang mempunyai kompetensi yang sesuai dengan jawatan yang dipegang supaya dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diharapkan oleh pelanggan dan stakeholders. Pendekatan ini turut diambil oleh JPS
dalam membangunkan model kompetensi bagi skim kejuruteraan di JPS melalui sesi mesyuarat yang telah diadakan pada 6 April
2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah Pembangunan Modal Insan, JPS Cawangan Jalan Ampang. Turut hadir memberikan
perkongsian pintar dalam pembangunan kompetensi warga kejuruteraan JPS ini ialah Pengarah Cawangan Pembangunan Skim
Kejuruteraan (CPSK), Jabatan Kerja Raya Malaysia selaku wakil agensi teknikal di Malaysia yang boleh dijadikan sebagai panduan
dalam penentuan kompetensi JPS di masa akan datang.

Kursus Pengenalan Kepada Penolong Jurutera Gred JA29
(Lantikan Baru 2017)

JOleh: Bahagian Pembangunan Modal Insan
abatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah menerima
seramai 44 orang lantikan baru bagi jawatan Penolong
Jurutera (JA29) pada 6 April 2017 dan sehubungan dengan
itu Kursus Pengenalan Kepada Penolong Jurutera Gred
JA29 - Lantikan Baru 2017 telah diadakan selama 2 hari
bermula pada 6-7 April 2017 bagi memberikan pendedahan
tentang kemajuan kerjaya dan profesion di JPS. Dalam sesi
kursus ini, semua peserta telah diberi taklimat mengenai
struktur organisasi Jabatan, fungsi setiap Bahagian di JPS,
keperluan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Subjek
Jabatan, Program Transformasi Minda (PTM) dan kepentingan
Inspector of Works (IOW). Sebagai simbolik berakhirnya kursus
ini, Majlis Penutupan Kursus Pengenalan kepada Penolong
Jurutera Gred JA29 - Lantikan Baru 2017 juga turut diadakan dan telah disempurnakan oleh Hjh. Paridah Anun binti Tahir selaku
Pengarah Pembangunan Modal Insan (BPMI), JPS Malaysia.

Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan bagi Penolong Jurutera
Gred JA29 Tahun 2017

SOleh: Bahagian Pembangunan Modal Insan
elaku syarat bagi pengesahan di dalam jawatan dan pekhidmatan awam, seramai 35 orang calon yang terdiri daripada
Penolong Jurutera, Gred JA29 di seluruh pejabat JPS Malaysia telah menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan
2017 yang telah diadakan pada 25 April 2017 (Selasa) yang lalu di Dewan Dahlia, JPS Ampang. Peperiksaan yang melibatkan
dua kategori iaitu teknikal am dan teknikal khusus ini adalah sangat penting dalam menentukan pemahaman setiap calon yang
terlibat disamping dapat memendekkan tempoh percubaan pegawai dari satu (1) hingga tiga (3) tahun kepada enam (6) bulan
hingga dua (2) tahun.

17

Aerial View Kolam Takungan Banjir Kg Boyan

Program Pemuliharaan Alam Sekitar Dalam Lembangan Sungai

Bunus, Kuala Lumpur FAKTA MENARIK KOLAM TAKUNGAN
BANJIR SUNGAI BUNUS
Oleh: JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• MENJADI KAWASAN REKREASI DAN RIADAH
Sungai Bunus merupakan sub-lembangan kepada • DILENGKAPI TREK LALUAN BASIKAL KE
Lembangan Sungai Klang yang berkeluasan 17.5km2
dan merupakan satu-satunya sungai yang bermula dan TAMAN TASIK TITIWANGSA
berakhir di Ibu Kota Kuala Lumpur. Memandangkan lokasinya • BERKONSEPKAN KEBUN BANDAR
yang terletak di tengah-tengah bandaraya, Sungai Bunus sering
berdepan dengan permasalahan banjir serta pencemaran sungai
kesan daripada aktiviti pembuangan sampah sarap dan sisa
domestik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pelbagai
usaha telah diambil bagi menangani masalah ini antaranya
adalah melalui pembangunan projek tebatan banjir dalam
menangani isu banjir yang sering berlaku. Walaubagaimanapun,
masalah pencemaran masih lagi berleluasa dan memerlukan
perhatian oleh semua pihak termasuk penduduk setempat.

Justeru, pada 9 April 2017 bertempat di Kolam Takungan
Banjir, Sungai Bunus, Kg. Boyan,Jabatan Pengairan dan Saliran
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan
Program Pemuliharaan Alam Sekitar dalam Lembangan
Sungai Bunus sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang
pemuliharaan kawasan dan sungai bagi mengurangkan
pencemaran sungai serta menggalakkan aktiviti berkebun
dalam kalangan masyarakat kota. Program yang telah
dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Mohd Najib bin Hj. Mohd
(Pengarah Eksekutif, Perancangan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur) ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Md. Nasir
bin Md. Noh, Timbalan Ketua Pengarah I (Sektor Bisnes),
JPS Malaysia, Ir. Hj. Shukri bin Muslim (Timbalan Pengarah,
Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, JPS Malaysia) serta
wakil-wakil dari Jabatan-Jabatan DBKL, Universiti Teknologi
Malaysia Kuala Lumpur, Fakulti Pertanian, Universiti Putra
Malaysia, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR),
Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat, Mr. Stanfield Chien,
Duta Besar Amerika Syarikat, Ms Kamala Shirin Lakhdir dan
Badan Bukan Kerajaan (NGO).

18

Empangan Muda

Kursus Pengoperasian Sistem Mekanikal Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu
dan Elektrikal Projek RTB Sungai Kerian “National Dam Safety Management
Guidelines (NDSMG) And The National Dam
BOleh: Bahagian Projek Khas Safety Management Act (NDSMA)”
anjir paling serius pernah berlaku di sekitar Daerah
Kerian pada tahun 1995, 1998, 2003 dan 2006 yang Oleh: Bahagian Rekabentuk dan Empangan
menyebabkan perpindahan beribu-ribu penduduk,
kehilangan harta benda serta kemusnahan hasil pertanian dan Empangan merupakan struktur kawalan air bagi
infrastruktur. Justeru, satu inisiatif bagi pelaksanaan Projek menakung air samada untuk tujuan bekalan air domestik,
Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Kerian pengairan dan janakuasa elektrik. Empangan turut juga
dilaksanakan. Melalui pemantauan oleh Bahagian Projek Khas, berfungsi selaku kolam takungan banjir selain sebagai kolam
kerja-kerja tebatan banjir Sungai Kerian yang melibatkan tadahan yang memerlukan tatacara pengurusan keselamatan
kerja-kerja meninggikan ban, kerja-kerja pengukuhan tebing bagi memastikan ianya selamat dan tidak membahayakan
dan kerja-kerja pembinaan struktur pintu-pintu kawalan air kepada orang awam. Bagi memastikan satu dokumen garis
dan rumah pam ini dijangka dapat memberikan manfaat dan panduan National Dam Safety Management Guidelines
pengurangan risiko banjir kepada lebih kurang 10000 orang (NDSMG) yang komprehensif dan bermutu dapat dihasilkan,
penduduk di tiga kawasan. satu sesi mesyuarat telah diadakan pada 11 April 2017
bertempat di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat JPS Malaysia bertujuan
Satu sesi latihan kepada pegawai yang terlibat bagi kerja-kerja bagi mendapatkan pengesahan dan kelulusan dari jawatankuasa
pengoperasian sistem mekanikal dan elektrikal bagi projek bersama yang dianggotai oleh pihak berkepentingan
RTB Sg. Kerian telah diadakan pada 9-11 April 2017 yang lalu (Stakeholder) di dalam pengurusan keselamatan empangan di
bertempat di Hotel Park Royal, Pulau Pinang. Sesi latihan yang Malaysia.
dianjurkan oleh Bahagian Projek Khas ini telah dirasmikan oleh
Ir. Dr. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah Bahagian Projek Sesi mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Ir. Hj. Ilias
Khas dan turut disertai oleh seramai 25 orang peserta. Bin Mamat, Pengarah BRE ini turut dihadiri oleh 30 orang
wakil dari pelbagai agensi yang terdiri daripada semua pihak
Maklumat Berkaitan Rumah Pam di bawah berkepentingan dalam pengurusan empangan seperti NRE,
Projek RTB Sungai Kerian KeTHHA, MOA, JPS, JBA, TNB dan Badan Kawalselia Air/
Pihak Berkuasa Air Negeri-Negeri.

Bagan Samak Pump Station
• Main drainage submersible pumpset complete acces-

sories and hot dip galvanised discharge columns pipe.
• Main duty pums - 350 l/s @ 2.1m total head = 3 set

Parit Nibong Pump Station
• Main drainage submersible pumpset complete

accessories and hot dip galvanised discharge columns
pipe
• Main duty pumps - 2500 l/s @ 2.6m total head = 2 set
• Minor duty pumps - 500 l/s @ 2.5m total head = 1 set

Bandar Baharu Pump Station
• Pump-gate with total pumping capacity of 1500 l/s

(2 nos x 750 l/s @ 2.7m head, 2 nos pump per gate
and 1 no gate per bay) complete accessories. = 1 set

19

Lawatan Inovasi Sempena ECOBUILD SOUTHEAST ASIA 2017

Oleh: Sayed Yazid bin Sayed Jamaluddin Safri, Bahagian Pembangunan Modal Insan

YAB Perdana Menteri telah menggariskan di dalam amanat beliau bahawa Malaysia perlu bergerak menjadi “Innovation
Nation” dan langkah ini perlu dimulai oleh jentera perkhidmatan awam. Bahagian Pembangunan Modal Insan menyambut
baik akan amanat ini melalui Program Lawatan Inovasi BPMI kali pertama bagi tahun ini bersempena dengan Minggu
Pembinaan Antarabangsa 2017 (ICW 2017) bertemakan “Ke Arah Meningkatkan Kualiti dan Keselamatan Dalam Pembinaan”
anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan UBM Malaysia yang telah diadakan di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 10 hingga 14 April 2017 yang lalu. Komponen utama ICW 2017 ialah Pameran Ecobuild
Southeast Asia yang berlangsung di lokasi yang sama dengan kolaborasi daripada 34 rakan strategik yang terdiri daripada jabatan
dan agensi kerajaan serta persatuan-persatuan industri pembinaan lain di Malaysia. Lawatan inovasi ke EcoBuild Southeast Asia
2017 telah diadakan pada 12 April 2017 (Rabu) yang lalu yang turut disertai oleh wakil dari pelbagai bahagian di JPS Ibu Pejabat.
Melalui sesi lawatan seperti ini ianya memberikan ruang
kepada warga kerja untuk mempelajari sesuatu yang baru
berkaitan teknologi terkini dalam konteks industri pembinaan
serta menanam dan mengukuhkan budaya mencintai ilmu
dengan menggalakkan sesi pembelajaran sepanjang hayat
yang berterusan di kalangan warga kerja BPMI tanpa sebarang
jurang jawatan, profesion, sosial dan sebagainya. Peserta juga
berpeluang melihat lebih dekat pelbagai prototaip dan model
struktur binaan berasaskan kayu, keluli, gentian kaca, PVC,
konkrit dan sebagainya melalui penerangan, edaran brosur,
animasi video serta menemubual petugas-petugas yang
mewakili syarikat masing-masing. Pelbagai produk inovasi
terbaru telah dikenalpasti sepanjang sesi lawatan ini.

1 5 25
1
Finland China
Switzerland
6 28 BubbleDeck /Biaxial Precast Concrete Slab
2
Singapore - Spain
Sweden
8 30
3
Denmark Portugal
United Kingdom
14 31
4
Hong Kong Cyprus
USA

32 35

Slovenia Malaysia

Malaysia and Other Selected Countries in Global Penggunaan Taskblock menggantikan dinding konkrit
Innovation Index

INNOVATION

CoTuHrE age THEWill THETalent THE Vision

to be different to be divergent to be creative to see opportunity

20

Sesi Perjumpaan Pengarah Bahagian

Perkhidmatan Bersama-sama Dengan

Pegawai-pegawai KPI
POleh: Muhammad Muaz bin Mohd Nor, Bahagian Audit Prestasi
Exit Conference Penemuan Audit ada 21 April 2017 bertempat di Auditorium Jabatan
Projek Rancangan Tebatan Banjir Perkhidmatan Awam, Putrajaya telah diadakan sesi
perjumpaan di antara Pengarah Bahagian Perkhidmatan
di Jabatan Perkhidmatan Awam bersama-sama dengan
pegawai-pegawai KPI agensi. Jabatan Pengairan dan Saliran
Bandar Pekan Fasa II – Pembinaan Malaysia telah diwakili oleh En Wan Zaidi Bin Wan Mahamood
dan En Muhammad Muaz Bin Mohd Nor dari Bahagian Audit
Levee Sungai Pahang Prestasi selaku pegawai yang bertanggungjawab menyelaras KPI
Jabatan.
LOleh: Muhammad Muaz bin Mohd Nor, Bahagian Audit Prestasi Melalui sesi perjumpaan ini, halatuju KPI dalam perkhidmatan
anjutan dari sesi audit susulan ke Projek Rancangan awam dibincangkan dengan teliti dengan menekankan
Tebatan Banjir Bandar Pekan Fasa II – Pembinaan Levee konsep pembudayaan organisasi berasaskan prestasi dan
Sungai Pahang Darul Makmur yang telah diadakan
pada 21 – 23 Mac 2017 yang lalu, jawatankuasa audit di
peringkat Bahagian Audit Prestasi telah mengadakan sesi exit kecemerlangan yang menjadi nadi utama bagi memastikan
conference khusus bagi membentangkan dan membincangkan penjawat awam fokus kepada penyampaian perkhidmatan dan
hasil penemuan audit yang telah dilaksanakan kepada pihak menjamin Perkhidmatan Awam sentiasa relevan.
pengurusan atasan. Di antara semakan yang dibuat semasa
pelaksanaan audit susulan ini adalah berkaitan pemeriksaan Key Performance Indicator (KPI) adalah merupakan petunjuk
rekod dan dokumen berkaitan perlantikan Pegawai Penguasa, prestasi utama yang digunapakai di dalam perkhidmatan
kelulusan bahan binaan dan pengujian, Mesyuarat Tapak, Buku agensi kerajaan bertujuan bagi memastikan perkhidmatan
Harian Tapak, rekod dan dokumen CPM, perubahan skop yang disampaikan adalah berkualiti sejajar dengan fungsi,
semasa pembinaan dan perubahan kerja, serta lanjutan masa visi dan misi agensi serta memenuhi kehendak pelanggan.
dan bayaran. Pelaksanaan pengukuran memerlukan agensi mewujudkan KPI
dan menetapkan sasaran prestasi bagi setiap KPI sebagai asas
Sesi exit conference tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. untuk mengukur prestasi perkhidmatan masing-masing. Hasil
Haji Abdullah bin Isnin, Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan) pengukuran ke atas semua perkhidmatan yang disampaikan
dan turut dihadiri oleh wakil dari Bahagian Audit Prestasi, kepada pelanggan akan memberikan gambaran mengenai
Bahagian Pengurusan Banjir dan Unit Pengurusan Projek prestasi agensi secara keseluruhannya.
Pahang.

“Kesungguhan dan iltizam dalam menyumbang khidmat bakti
akan meningkatkan momentum produktiviti ke arah mencapai
visi negara maju berpendapatan tinggi dan agenda transformasi

nasional yang holistik. Dalam konteks ini, pembudayaan
organisasi berasaskan prestasi dan kecemerlangan merupakan

nadi utama bagi memastikan penjawat awam fokus kepada
penyampaian perkhidmatan dan menjamin Perkhidmatan

Awam sentiasa relevan”.

YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
23 Mac 2017

21

JPS IN HIGHLIGHT

22

Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan JPS Malaysia

Oleh: Bahagian Korporat

Seperti lazimnya, Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengairan
dan Saliran, Malaysia Tahun 2017 yang diadakan pada
20 April 2017 yang lalu adalah sebagai medium untuk
warga Ibu Pejabat JPS Malaysia mendengar amanat yang
disampaikan oleh Ketua Pengarah JPS Malaysia dan juga
makluman-makluman penting Jabatan. Pada perhimpunan
bulanan ini, YBhg. Dato’ Sri Ir. Haji Zulkefli Bin Hassan turut
menyampaikan sijil kepada mentor bagi Program Mentor
Mentee dan penyerahan sijil kepada Inspector of Work (IOW)
yang bertauliah.

Pengurusan Atasan bersama Pegawai yang terlibat dengan
Program Mentor Mentee Jabatan

Pengurusan Atasan bersama Inspector of Work (IOW) yang
ditauliahkan

23

Ketua Pengarah JPS Merasmikan Kompleks Pejabat JPS Wilayah

Persekutuan Labuan 2 buah kuarters sediada kepada Kompleks Pejabat JPS WP
Labuan telah dilaksanakan dan pada 27 Mac 2017, perasmian
JOleh: JPS Wilayah Persekutuan Labuan Kompleks Pejabat JPS Wilayah Persekutuan Labuan telah
PS Wilayah Persekutuan Labuan telah ditubuhkan disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah JPS
pada April 1992 dan pada ketika itu ia berada di bawah Malaysia bersempena dengan sesi lawatan kerja beliau ke
pentadbiran JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada Labuan bagi menghadiri Mesyuarat Direktorat, Mesyuarat
tahun 1993, JPS WP Labuan telah ditempatkan di Saguking Bahagian Jabatan dan Mesyuarat Pelan Penggantian Jabatan.
Warehouse dan secara rasminya JPS WP Labuan telah
beroperasi sepenuhnya sebagai JPS Negeri pada tahun 2005.
Sebagai salah satu usaha bagi memastikan setiap kakitangan
mendapat kemudahan fasiliti dan persekitaran kerja yang
lebih selesa, kerja-kerja penaiktarafan dan pengubahsuaian

Program Ketua Pengarah Bersama
Pesara Bulan April hingga Jun 2017

MOleh: Narizan Binti A. Razak, Bahagian Khidmat Pengurusan
ajlis Ramah Mesra di antara YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah
bersama pesara dan bakal pesara merupakan program secara
bersiri yang diadakan sebagai suatu penghargaan oleh
Pengurusan Tertinggi kepada pesara dan bakal pesara atas khidmat bakti
yang telah diberikan kepada Kerajaan. Seramai 7 orang pesara telah
hadir di sesi ramah mesra pada kali ini dari 15 orang pesara yang telah
dijemput. Turut hadir di dalam sesi ramah mesra tersebut ialah YBrs.
Ir. Hj. Abdullah Bin Isnin, Pengarah Kanan JPS Malaysia dan Puan
Paridah Anun binti Tahir, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal
Insan selaku wakil dari pihak pengurusan yang lain. Melalui sesi ramah
mesra ini, semua pesara yang terlibat berpeluang untuk bertemu muka
dan mengenali YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah secara lebih dekat melalui
perbincangan secara terbuka. Semua pesara dan bakal pesara yang hadir
turut menerima sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium BSN.
berjumlah RM400.00.

Terima kasih,
Jasamu dikenang!

24

Lawatan Unit Kerjasama Awam Lawatan Penandaarasan ke
Swasta (UKAS) ke JPS Malaysia Perpustakaan Peguam Negara

POleh: Bahagian pengurusan Fasiliti dan GIS Oleh: Unit Perpustakaan, Bahagian Korporat
embangunan Ibu Pejabat JPS Malaysia di Putrajaya
melalui kaedah pelaksanaan pertukaran tanah (land Sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan mutu
swap) secara request for proposal (rfp) merupakan salah perkhidmatan dan produktiviti Perpustakaan JPS, Unit
satu KPI yang digariskan oleh YBhg. Dato’ Sri Ir. Hj. Zulkefli Perpustakaan telah mengadakan sesi lawatan kerja ke
Bin Hassan, Ketua Pengarah JPS Malaysia untuk dicapai Perpustakaan Peguam Negara pada 28 April 2017 yang lalu.
dan buat ketika ini Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Selain itu, lawatan kerja tersebut juga bertujuan untuk menjalin
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Jabatan dan mengukuhkan hubungan dua hala di antara kedua-dua
Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sedang dalam penyediaan perpustakaan, di samping menjadi contoh dan panduan
request of proposal (rfp) bagi Cadangan Pembangunan bagi pihak JPS dalam penyusunan dan perancangan ke arah
Kompleks Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), pemerkasaan Perpustakaan JPS di lokasi yang baru kelak.
Ibu Pejabat JPS Malaysia dan Pusat Kecemerlangan Sumber Air
Negara (PKSAN) tersebut. Perkongsian idea melalui aktiviti dan program-program
yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Undang-undang
Jabatan Peguam Negara boleh dijadikan rujukan dan contoh
untuk aktiviti dan program-program Perpustakaan JPS di
masa akan datang. Penggunaan peralatan dan kemudahan
seperti mesin sirkulasi layan diri, kotak ‘drop a book’, pintu
keselamatan elektronik, alat dehumidifier, rak/kabinet khas
untuk penyimpanan cakera padat, pewujudan sudut santai
untuk pengguna, ruangan karel, bilik koleksi khas, sistem
‘online learning’ untuk kakitangan dan aktiviti pengemaskinian
akta-akta kerajaan boleh dijadikan contoh untuk pelaksanaan
di Perpustakaan JPS pada masa akan datang. Lawatan ini telah
diketuai oleh Ir. Wan Hasitinaziah Binti Mohd Hassan, Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Korporat bersama 12 orang
pegawai di Bahagian Korporat.

Pada 20 April 2017 telah diadakan sesi lawatan oleh UKAS ke
JPS Malaysia bagi melancarkan sesi penilaian teknikal berkaitan
schedule of accommodation dan keperluan lain yang berkaitan.
Sesi lawatan tapak dimulakan dengan satu sesi taklimat oleh
Bahagian Pengurusan Fasiliti dan GIS kepada pihak UKAS
dan seterusnya sesi lawatan ke JPS Cawangan Ampang dan Ibu
Pejabat JPS Malaysia.

25

10

26

Daulat Tuanku

MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV
SULTAN MUHAMMAD V

D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak).,
D.K. (Perlis), D.K. (Kedah)., .D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.

SEMPENA PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE -15
PADA HARI ISNIN 27 REJAB 1438H BERSAMAAN 24 APRIL 2017M

“Semoga Allah Merahmati Rakyat & Negara Dibawah Pemerintahan Tuanku”

Sembah takzim daripada
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

27

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Oleh : Unit Perpustakaan

Tahukah anda bahawa tarikh 23 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia World Book and Copyright
Day? Bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini, Perpustakaan Negara Malaysia telah mengetuai
Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit pada hari Selasa, 25 April 2017 bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi yang
diadakan secara serentak di seluruh Negara dengan menyasarkan lebih daripada 2.6 juta penyertaan daripada pelbagai peringkat
umur dan lapisan masyarakat. Program berkenaan yang telah digerakkan dan dikembangkan hingga ke peringkat nasional pada
tahun 2014 adalah hasil idea kreatif Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Perpustakaan Raja Tun Uda. Jom Baca
Bersama untuk 10 Minit boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari.
Konsep program ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana semua peserta tanpa mengira apa jua aktiviti yang sedang
dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Sebagai tanda sokongan, Unit Perpustakaan Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia turut menganjurkan Program Jom Baca
Bersama untuk 10 Minit di peringkat Jabatan. YBhg. Dato’ Sri Ir. Hj. Zulkefli Bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan
Saliran, Malaysia telah mengetuai dan merasmikan program ini semasa Mesyuarat JTJPS di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen
Bahagian Miri, Sarawak. Program ini turut disertai oleh YBrs.
Ir. Hj. Ab. Qahar Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah II
(Sektor Pakar), YBrs. Ir. Hj. Abdullah Bin Isnin, Pengarah
Kanan, Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat, Pengarah-
pengarah Pengairan dan Saliran Negeri dan ahli-ahli
mesyuarat yang lain serta urusetia mesyuarat. Program di
peringkat Jabatan ini turut dilaksanakan di Ibu Pejabat JPS
dan melibatkan semua bahagian. Penyertaan pada tahun ini
menunjukkan peningkatan yang amat ketara berbanding
penyertaan pada tahun lepas. Program ini adalah sebagai tanda Mesyuarat JTJPS Bil 2/2017 di Miri, Sarawak

komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam
kehidupan dan dapat membentuk masyarakat ke arah minat
membaca walaupun dalam tempoh yang singkat hanya 10 minit
sahaja.
3 Fakta Amalan
Membaca Bahagian Korporat

Jika ingin menguasai dunia, bacalah!

Membaca dapat mencegah Bahagian Khidmat Pengurusan
penyakit Alzheimer

Membaca meningkatkan daya
analisis terhadap masalah

Bahagian Pengurusan Maklumat Bahagian Bangunan dan Infrastruktur

Bahagian Audit Prestasi Bahagian Pengurusan Zon Pantai

28

Jakarta, Indonesia

International Workshop By UNESCO Jakarta

UOleh : Nur Azlinda Binti Saad, HTC KL
NESCO Jakarta dengan kerjasama Pusat Asia Pasifik Ecohydrology (APCE), Indonesian Institute of Science (LIPI),
Indonesia Global Compact Networks, PDAM Tirtanadi dan University Networks (Universiti Pertanian Bogor, Universiti
Timor, Universiti Brawijaya, Universiti Jember dan Universiti Sumatera Utara) dengan sokongan padu daripada Kerajaan
Indonesia telah menganjurkan bengkel Final Dissemination Workshop on Promoting Ecological and Eco-hydrological Solutions for
Sustainable Water Management in Indonesia and Asia Pacific Regions.
Bengkel tersebut berlangsung selama 3 hari bermula dari tarikh 27 – 29 April 2017 bertempat di Hotel Gran Mahakam, Jakarta
Indonesia dan telah dirasmikan oleh Prof. Shahbaz Khan selaku Pengarah UNESCO Jakarta. Seramai 48 peserta yang terdiri
daripada pelbagai Negara iaitu Bangladesh, Pakistan, Filipina dan Timor Leste telah menyertainya. Dr. Norlida Binti Mohd
Dom dari Bahagian Humid Tropics Centre Kuala Lumpur (HTC KL) telah mewakili JPS dan Negara Malaysia. Beliau turut
membentangkan kertas kerja bertajuk “Ecohydrology Implementation at HTCKL.
Hasil penganjuran bengkel tersebut, para peserta bengkel telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk menubuhkan Virtual
Schools of Ecohydrology and Water Education Network in Asia and the Pacific Region bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara
rakan kongsi projek yang berbeza Negara.

Latihan Penggunaan Sistem Pengurusan Data Geospatial (SPDG)

Oleh : Puan Norfazilawati Binti Ismail, Bahagian Pengurusan Maklumat

Bahagian Pengurusan Maklumat telah menganjurkan Sistem SPDG ini telah dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan
Bengkel Latihan Pengguna Sistem Pengurusan Data Maklumat dan Bahagian Pengurusan Fasiliti dan GIS. Bengkel
Geospatial (SPDG) pada 26-28 April 2017 yang yang berlangsung selama tiga hari itu diadakan khusus
lalu. Bengkel yang bertempat di Bilik Latihan Bahagian bagi memberi latihan asas kepada wakil JPS Bahagian dan
Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pengairan dan JPS Negeri dalam penggunaan Sistem SPDG. Ianya turut
Saliran Negeri Selangor ini telah disertai oleh seramai 21 orang memberi pendedahan mengenai Sistem SPDG yang mana
wakil bahagian dari Ibu Pejabat JPS Malaysia dan JPS Negeri. dapat membantu dalam proses penyediaan data JPS yang
Latihan penggunaan sistem ini telah diketuai oleh Pn. Artiesa komprehensif, kerja-kerja penyeragaman dan pemprosesan
Binti Arris selaku Pegawai Teknologi Maklumat dari Bahagian Data Spatial bagi memastikan data yang dibekalkan kepada
Pengurusan Maklumat dan disampaikan oleh pihak Teknologi pihak berkaitan di peringkat pusat dan peringkat negeri
KBSE Sdn. Bhd. mempunyai integriti, kebolehpercayaan dan capaian integrity,
realibility, accessibility yang tinggi. Sistem SPDG juga
melibatkan kerja-kerja pemprosesan Data Spatial meliputi
kerja mengklasifikasi setiap lapisan data berdasarkan Standard
Geospatial Data Centre (GDC) JPS dan Malaysian Standard
Geographic Information/Geomatics-Feature and Attribute Codes
(MS1759), menstrukturkan data merujuk kepada keperluan
JPS, menyeragamkan piawaian data spatial, menentukan
koordinat lokasi dan membentuk pangkalan data geospatial.

29

30

31

32


Click to View FlipBook Version