1
ISI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Prinsip-prinsip asas Bulan Sabit Merah Malaysia................................4 Perlembagaan pertubuhan.........................................................................5 Lambang, logo, dan cogan kata Bulan Sabit Merah Malaysia.........7 Ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia..............................................................9 Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia.............................................................10 SEJARAH BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Sejarah Pengasas..........................................................................................12 Sejarah Palang Merah..................................................................................14 Sejarah Bulan Sabit Merah Malaysia.......................................................16 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa............................19 Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan...............................20 Struktur dan organisasi peringkat IPG.................................................21 Struktur dan organisasi peringkat sekolah........................................22 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pendaftaran ahli dan kumpulan.............................................................24 Kuasa penganjur..........................................................................................28 Struktur unit..................................................................................................29 Tanggungjawab pemimpin......................................................................30 Pakaian Seragam ahli dan pemimpin...................................................31 PERANCANGAN ORIENTASI UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DI SEKOLAH RENDAH. Program-program unit beruniform BSMM di sekolah rendah..........35 2
3
PRINSIP-PRINSIP ASAS KEMANUSIAAN KESEJAGATAN KEBERKECUALIAN KETUNGGALAN SUKARELA KEBEBASAN KESAKSAMAAN Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada yang tercedera di medan pertempuran. Gerakan yang meliputi seluruh dunia, semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling membantu antara satu sama lain. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. Hanya terdapat satu BSMM atau Palang Merah di dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktiviti meliputi seluruh negara. Satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan. Menjaga kebebasan dalam segala tindakan yang berasaskan perikemanusiaan Memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau perbezaan politik. 4
OBJEKTIF PERLEMBAGAAN Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undangundang. Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan perti politik dan persatuan belia. Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta perlimen seperti Persatuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. Antara fungsi perlembagaan atau undang-undang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan. Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang-undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk. OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BULAN SABIT MERAH Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang dan orang awam yang telah menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan wad-wad Konvensyen oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva. 5
Subperaturan 5 (1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam waris Kerajaan Malaysia jilid 42, No. Il Tambahan No 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1996 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Bulan Sabit Merah Malaysia: Nama & Alamat Matlamat Objektif Keahlian Guru Penasihat Ahli Jawatankuasa Tugas & Tanggungjawab Jawatankuasa Kewangan Penyertaan Aktiviti Peraturanperaturan Pindaan Perlembagaan Pembubaran Persatuan Tindakan Disiplin Hal-hal lain 6
Indian Red Cross Society (IRCS) dan International Federation of Red Cross and Red Crescent Society (IFRC) berhak untuk menggunakan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dari masa ke masa, laitu sewaktu konflik atau aman. LOGO RASMI BSMM Digunakan dan dilekatkan pada pakaian seragam LAMBANG PALANG MERAH LAMBANG BULAN SABIT MERAH Fungsi: Lambang perkhidmatan perubatan dalam perang dan dimasukkan dalam peraturan peperangan Fungsi: digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan. LOGO PERSATUAN BSMM MALAYSIA Fungsi logo: Sebagai pengenalan: sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai pertalian dengan Pergerakan Palang Meruh atau Bulan Sabit Merah BENDERA BSMM LAMBANG RASMI IFRC 7
Cergas pada masa aman dan perang. SEDIA BERKHIDMAT 8
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan pemerintah-pemerintah di negara kami. Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta arahan persatuan walau di mana kami berada. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut: 1. Kemanusiaan 2. Kesaksamaan 3. Keberkecualian 4. Kebebasan 5. Khidmat Sukarela 6, Ketunggalan 7. Kesejagatan 9
Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat 10
11
Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dari keluarga yang kaya dan kuat beragama. Beliau aktif dalam pelbagai pergerakan kebajikan dan keagamaan. Pada 25 Jun 1859, Henry Dunant dalam perjalanan menguruskan perniagaan telah bertembung dengan pertempuran antara tentera Perancis dan Itali dengan tentera Austria. Selepas berlangsung 16 jam, peperangan ini telah menyebabkan sekurang-kurangnya 40000 tentera yang cedera dan terkorban. Beliau menyaksikan ramai mangsa perperangan yang mati dan sakit. Perkara ini telah menyebabkan beliau meninggalkan hal perniagaan. Beliau bersama penduduk tempatan memberi pertolongan kepada tentera yang cedera. Beliau telah menggunakan kempen dan slogan "Tutti fratelli" yang bermaksud kitakan bersaudara untuk meminta pertolongan daripada penduduk tempatan. Sekembali dari kota Solferino, Henry Dunant membentuk dua gagasan. Gagasan yang pertama adalah untuk membentuk organisasi Kemanusiaan Antarabangsa yang dapat membantu tentera yang cedera dalam peperangan. Gagasan yang kedua adalah untuk mengadakan perjanjian antarabangsa. 12
yang melindungi askar atau tentera yang cedera ketika di medan perang serta melindungi para ahli sukarelawan yang memberi bantuan ketika perang. Dengan itu, beliau telah menulis sebuah buku kenangan yang berkisar kepada pengalamannya semasa membantu mangsa perang. Tajuk buku tersebut ialah "A Memory of Solferino". Pada tahun 1862, buku ini telah diterbit dan dihadiahkan kepada semua ketua-ketua negara di Eropah. Pada 1901, Henry Dunant menerima Hadiah Keamanan Nobel atas jasanya menubuhkan Antarabangsa Palang Merha dan memulakan Konvensyen Geneva. Pada 30 Oktober 1910, beliau meninggal dunia. 13
Pada 17 Februari 1863, International Committee for the Relief of the Wounded in Time of War (Jawatankuasa Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang Cedera Semasa Perang) ditubuhkan. Jawatankuasa pengasas ini dikenali sebagai Committee of Five (Jawatankuasa Berlima). Jawatankuasa pengasas ini terdiri daripada lima orang, iaitu General Guillaume-Henry Dufour sebagai pengerusi, Henry Dunant sebagai setiausaha, Gustave Moynier, Louis Appia, dan Theodore Maunoir. Pada 26 Oktober 1863, satu persidangan antarabangsa diadakan di Geneva untuk mencari jalan memperbaiki keberkesanan perkhidmatan Perubatan Tentera di medan peperangan. Persidangan tersebut telah menerima paksi Palang Merah yang berlatarbelakangkan putih sebagai lambang persatuan tetap untuk persatuan-yang memberi bantuan kepada anggota tentera yang cedera. Persatuan-persatuan ini yang kemudiannya dikenali dengan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan. 12 negara menandatangani perjanjian ini. Semua negara bersetuju untuk melindungi askar-askar yang cedera atau sakit, pegawai-pegawai. 14
perubatan, guru-guru ugama dan tentera dimedan perang. Hasilnya pada tahun 1864, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk. Palang merah dipilih berikutan penghargaan kepada negara Swiss iaitu tempat lahimya ICRC. Simbol bulan sabit merah mula digunakan oleh Turki pada tahun 1876 dan pemakaian lambang bulan sabit merah ini digunapakai oleh negara-negara Islam yang lain. Kedua-dua lambang ini dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929. 15
Bulan Sabit Merah Malaysia mula ditubuhkan pada bulan April 1948 sebagai satu cawangan kepada Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak. Selepas penubuhan Persatuan Palang Merah pertama di Semenanjung Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1950, Cawanagn Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang Pegawai Medan Palang Merah British pada Februari 1951. Sehingga 1952, hampir kesemua negeri di Tanah Melayu telah ditubuhkan cawangan Palang Merah, termasuk Singapura. Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan Negeri BSMM di Semenanjung Tanah Melayu telah dianjurkan sebagal Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. BSMM menerima pengiktirafan rasmi sebagai Persatuan Kebangsaan bebas daripada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) pada 4 Julai 1963. la telah diterima sebagai ahli Liga Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa pada 24 Ogos 1963. 16
Dengan pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, satu Akta untuk menggabungkan Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu dan cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak di bawah nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Pada tahun 1975, Parlimen Malaysia meluluskan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia 1975, menukar nama pertubuhan itu kepada nama semasanya, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS). Kedua-dua Akta ini telah disemak dan dikemas kini pada tahun 1995 dan dirujuk sebagai Akta 540 kini. Pada masa ini, BSMM adalah salah satu daripada 191 Pertubuhan Kebangsaan yang menganggotai Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, yang bersama-sama dengan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) merupakan komponen Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (Pergerakan). 17
18
SENAT BSMM MAJLIS KEBANGSAAN LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG UNIT-UNIT PASUKAN BANTUAN SUKARELA PASUKAN BANTUAN KEBAJIKAN BELIA KANAKKANAK DAERAH DAERAH KECIL SEKRETERIAT KEBANGSAAN SEKRETERIAT CAWAMGAN SEKRETERIAT CABANG 19
SENAT MAJLIS KEBANGSAAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF MAJLIS KEBANGSAAN JAWATANKUASA CAWANGAN JAWATANKUASA CABANG URUS SETIA MAJLIS KEBANGSAAN URUS SETIA CAWANGAN URUS SETIA CABANG INSTITUT (UNIVERSITI , IPG) AHLI JAWATANKUASA KEBANGSAAN DERMA DARAH BANGUNAN PENGURUSAN BENCANA PERKHIDMATAN AMBULANS PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN MASYARAKAT PERHUBUNGAN ANTARABANGSA UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA DAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG SEBARAN AM DAN KUTIPAN DERMA PENTADBIRAN DAN PERJAWATAN 20
PENAUNG (PENGARAH) PENGERUSI (KETUA JABATAN) GURU PENASIHAT (PENSYARAH) PENGERUSI (GURU PELATIH) NAIB PENGERUSI (GURU PELATIH) SETIAUSAHA BENDAHARI KOMANDER KUARTERMASTER KETUA PATROL / BIRO PENOLONG SETIAUSAHA PENOLONG BENDAHARI 21
SEKOLAH RENDAH GURU BESAR GURU PENASIHAT (PKK) PENGERUSI (PELAJAR) NAIB PENGERUSI (PELAJAR) SETIAUSAHA BENDAHARI AJK PENOLONG SETIAUSAHA PENOLONG BENDAHARI 22
23
Proses Pendaftaran Ahli 1. Keahlian persatuan terbuka kepada semua warganegara tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, jantina dan fahaman politik. Ahli dan sukarelawan yang berasal daripada pelbagai golongan sepatutnya memberi sumbangan perkhidmatan bagi mencapai hasrat dan dan prinsip persatuan. 2. Pendaftaran ahli Bulan Sabit Merah Malaysia akan disimpan dalam sistem pangkalan data di Ibu Pejabat Kebangsaan. 3. Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing. 4. Rekod keahlian boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan jika cawangan tidak mempunyai Unit di bawah pentadbirannya. 24
Penyelaras Pendaftaran Keahlian 1. Nombor bersiri kad keahlian boleh diperoleh dari Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan. 2. Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. 3. Kad lama perlu digantikan dengan kad baharu melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang. 4. Borang keahlian harus dilengkapi dengan gambar. 5. Borang permohonan yang telah diluluskan oleh pihak Cawangan hendaklah diserahkan kepada: - Salinan asal diserahkan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan. -Salinan kedua disimpan oleh Cawangan. Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit. -Kad keahlian kepada ahli biasa atau ahli seumur hidup. 25
Keahlian biasa -Yuran tahunan adalah sekurang-kurangnya RM2.00. •-Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. -Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang. Keahlian biasa Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi. Syarat permohonan adalah seperti berikut: - Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak (Link). - Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda (Junior). -Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment-VAD). Ahli seumur hIDUP -Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan. -Yuran tahunan RM1000.00. adalah sekurang-kurangnya. 26
Ahli kehormat seumur hidup -Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan. -Tidak melebihi 4 orang setiap tahun. Pasukan bantuan sukarela -Yuran tahunan adalah RM2.00. -Ahli digalakkan untuk membayar yuran sekaligus untuk 5 tahun. 27
Meluluskan pendaftaran tahunan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK). • Merupakan salah seorang dari 2 penurun tandatangan rasmi bagi akaun unit BSMM. Salah seorang ialah pemimpin kumpulan. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan pemimpin BSMM. • Mengesahkan sebarang surat rasmi yang berkaitan BSMM. • Meluluskan permohonan untuk aktiviti luar seperti rombongan, kembara, dan perkhemahan. • Menyelia dan mengawal kemajuan unit BSMM di sekolah. • Menganjur kursus-kursus sijil lencana kecekapan dan sijil peperiksaan. • Memberi khidmat nasihat kepada warga sekolah. 28
Struktur unit terdiri daripada: • Kanak-kanak (Link) Belia (Youth) Pasukan Bantuan Sukarela Ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurangkurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Setiap unit di atas mempunyai pegawai masing-masing. Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. Bagi Unit Kanak-kanak, Pegawai Kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh guru besar. Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas yang menunjukkan Cabang dan bahagian unit tersebut. Contoh: PK(Y)118 Huruf "PK" menunjukkan unit tersebut adalah dari Cabang Perak, huruf "Y" merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 bermaksud unit ke-118 didaftarkan. 29
Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa (AJK). Memastikan adanya perlembagaan dan peraturan. Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dengan objektif institusi pendidikan. Merancang aktiviti tahunan dengan Kerjasama pelajar. Memastikan bahawa pasukan yang dianggotai oleh pemimpin adalah berdaftar dan mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir. Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagianatau peringkat yang lebih tinggi. Memohon kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga pelajar melalui pengurusan institusi pendidikan jika khidmat atau kepakaran pelajar diperlukan di luar institusi. Menyatakan kebersediaanuntuk menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan tanpa mengira peringkat pertandingan, penyeliaan, anjuran, projek dan sebagainya. 30
31
32
33
34
ASAS KAWAD KAKI ASAS PERKHEMAHAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS KEM KRAF IKATAN & SIMPULAN MEMBUAT SANDWICH35
36
37
38
Ahli Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (2020). BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Strategi 2020 selamatkan nyawa, ubah minda. https://www.rcrc-resilience-southeastasia.org/wp-content/uploads/2017/12/52020- Malay.pdf BSMM Cabang UKM (2018). Facebook. (2023). Facebook.com. https://www.facebook.com/photo/fbid=1705912626153187&set=a.170590920948 6862 Bulan, P. (2024). Henry Dunant, Pengasas Palang Merah. Blogspot.com. https://bruneiredcrescentsociety.blogspot.com/2010/05/henry-dunant-pengasas-palangmerah.html# Gill, R. (2014). The Origins of The British Red Cross Society and The Politics and Practices of Relief in War, 1870-1906. ASCLEPIO. Revista de Historia de la Medicina y de la Ciencia, 66 (1) http://dx.doi.org/10.3989/asclepio.2014.03 Henry Dunant, Pengasas Palang Merah. (2010, May 8). Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei Darussalam. https://bruneiredcrescentsociety.blogspot.com/2010/05/henry-dunantpengasas-palang-merah.html ICRC. (n.d.). 1954 Convention on The Protection of Cultural Property in the Event of Armed Conflict and Its Protocols. https://www.icrc.org/sites/default/files/wysiwyg/Worldwide/asia/Malaysia/icrc_a 4 1954 convention on the protection of cultural property factsheet.pdf MRCS. (2024). Help Center Malaysian Red Crescent Society Community. (2024). Mrcscommunity.org.my. https://helpcenter.mrcscommunity.org.my/category/schooladmins/pendaftaran: ahli-kadet-junior Muhammad Zakwan Nazaraly. (7 Mei 2022). BSMM bukan sekadar persatuan di sekolah. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/201204/berita/nasional/bsmm-bukansekadar-persatuan-di-sekolah Noradilah Aziz & Lai Wei Sieng. (2019). Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi Terhadap Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar. 22 (1), 69-75. https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/issue/view/18 Osman, A. (2020, October 26). Sejarah Pertubuhan Persatuan Palang Merah (Red Cross) lluminasi, https://iluminasi.com/bm/sejarah-pertubuhan-persatuan-palang: merah.html Red Crescent Malaysia. (2020, April 14). History. Malaysian Red Crescent. https://www.redcrescent.org.my/ Yusnizam, H. (2020, March 1). Lagu BSMM-Bulan Sabit Merah Malaysia. [Video). YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=1cPr@ROVIZ4 39