JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama : SITI AWANIS BINTI MOHD FAUZI No. K/P : 020502-03-0380 Angka Giliran : 2021202340342 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : T2S2.02 Nama Pensyarah : DR ZAKIAH BINTI NOORDIN Tarikh Hantar : 05 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Awanis Tarikh : 19/ 03/2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Awanis Tarikh : 19 /03/2024
1 Penghargaan Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek Pedagogi (EDUP3153) dalam masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih buat pensyarah saya, Dr. Zakiah Binti Noordin kerana telah banyak memberi didikan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga buat ibu bapa saya yang banyak memberikan dorongan dan semangat kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Pada masa yang sama, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan moral dan berkongsi idea kepada saya sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini dijalankan. Akhir sekali, saya berharap tugasan ini dapat memberikan manfaat dan digunakan pada masa akan datang sebagai seorang pendidik yang berjaya.
2 Kandungan 1.0 Pengenalan………………………………………………………………………………3 2.0 Analisis Instrumen ………………………………………………………………………4 2.1 Instrumen Lisan 2.1.1 Keberhasilan 2.1.2 Kelemahan dan Penambahbaikan 2.2 Instrumen Penulisan 2.2.1 Keberhasilan 2.2.2 Kelemahan dan Penambahbaikan 2.3 Instrumen Penulisan 2.3.1 Keberhasilan 2.3.2 Kelemahan dan Penambahbaikan 3.0 Penutup …………………………………………………………………………………. 11 4.0 Rujukan…………………………………………………………………………………… 12 5.0 Lampiran ………………………………………………………………………………….13
3 1.0 Pengenalan Pentaksiran Bilik Darjah merupakan satu pentaksiran yang dilakukan dalam bilik darjah secara berterusan sepanjang proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung. PBD diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019 bertujuan untuk membantu guru menilai tahap perkembangan murid secara holistik merangkumi aspek kognitif, psikomotor, nilai dan afektif, di samping menukar pentaksiran yang beroreintasikan peperiksaan semata-mata. Pentaksiran secara peperiksaan kurang sesuai digunakan kerana setiap murid mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza., Dengan PBD, guru bukan sahaja dapat menilai perkembangan murid, malah dapat membantu guru untuk merancang pengajaran dengan lebih baik. Tambahan pula, Mahaya Salleh, Suzana Abd Mutalib, Hashiroh Hussein dan Zakirah Imana Ho Abdullah (2024), menyatakan bahawa PBD bukanlah bertujuan untuk membandingkan kebolehan murid namun bagi membantu guru dan ibu bapa merancang tindakan susulan yang perlu diambil agar murid dapat menguasai pembelajaran dengan lebih baik. Dalam pelaksanaan PBD, peranan guru sangat penting kerana perlu menentukan objektif pembelajaran yang ingin dicapai berdasarkan standard pembelajaran (SP) yang ditaksir, merancang dan melaksanakan instrumen serta merekodkan data bagi tindakan (Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman, 2020). Dalam penilaian PBD, pertimbangan professional sangatlah penting kepada guru agar dapat memberikan tahap penguasaan (TP) yang bersesuaian kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam pertimbangan professional seperti aspek pengetahuan, tanggungjawab professional, pengalaman dan input murid. Apabila guru memberi perhatian kepada keempat-empat elemen ini, guru dapat merancang dan melaksanakan pentaksiran yang bersesuaian dengan standard kandungan dan objektif pembelajaran. Dengan ini, pertimbangan professional mendorong guru untuk membuat keputusan terhadap TP murid secara telus dan adil. 3
4 2.0 Analisis Pentaksiran 2.1 Instrumen Lisan (Lampiran 1) Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dipilih, objektif pembelajaran yang dibuat ialah murid dapat menghafaz surah Al-Asr ayat 1-3 dengan betul dan bertajwid selepas aktiviti “lompat si katak lompat”. Pada langkah ini, murid- murid dibahagikan kepada lapan kumpulan dan perlu membaling dadu secara bergilir-gilir serta dapat maju ke hadapan sekiranya dapat menjawab soalan dengan betul. Kumpulan yang sampai terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang. Objektif pembelajaran Menghafaz surah Al-Asr ayat 1-3 dengan betul dan bertajwid selepas aktiviti “lompat si katak lompat”. Aktiviti “Lompat Si Katak Lompat” 4
5 2.1.1 Keberhasilan Pentaksiran lisan sudah lama digunakan dalam sesi PdP yang mana berlaku proses soal jawab di antara guru dan murid. Shamsina Shamsuddin & Akhiar Pardi (2023) menyatakan bahawa penggunaan pentaksiran ini membolehkan guru mengetahui tahap penguasaan pengetahuan dalam diri murid. Pentaksiran lisan melalui permainan dapat menarik minat murid dan berlakunya penglibatan aktif murid-murid dalam aktiviti berkumpulan. Bahkan aktiviti secara berkumpulan ini dapat meningkatkan daya saing antara ahli kumpulan yang lain serta memupuk nilai kerjasama antara ahli kumpulan. Pentaksiran yang dibuat ini dapat mengukuhkan ingatan para pelajar kerana murid akan mendengar ayat yang dibaca oleh rakan. Sebagai contoh, apabila satu kumpulan bermain dan mereka perlu membaca ayat yang ke-3, murid yang lain juga dapat memantapkan ingatan mereka apabila mendengar bacaan kumpulan tersebut. Selain itu, pentaksiran ini membolehkan pelajar mengetahui cara bacaan tajwid yang betul sekiranya tidak dibaca dengan betul. Guru akan menegur kesalahan tajwid yang dibuat dan murid lain dapat belajar daripada kesalahan tersebut serta akan lebih berhati-hati dalam membaca ayat Surah Al-Asr agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. 2.1.2 Kelemahan dan Penambahbaikan Kelemahannya ialah instrumen pentaksiran yang dibuat oleh guru pelatih tidak menepati dengan objektif yang hendak diukur. Di dalam instrumen pentaksiran yang sedia ada, hanya diukur tahap kelancaran hafazan murid mengikut bilangan ayat Surah Al-Asr, kemerduan suara dan kejelasan sebutan bacaan sahaja dan tidak berlakunya penilaian dari aspek tajwid sedangkan objektif yang dibuat adalah murid dapat menghafaz surah Al-Asr ayat 1-3 dengan betul dan bertajwid selepas aktiviti “lompat si katak lompat”. Penyediaan instrumen pentaksiran sangat penting agar pentaksiran yang dilakukan adalah selari dengan Objektif Pembelajaran (OP) yang telah ditetapkan. Jadi, guru pelatih boleh menyediakan senarai semak untuk mengetahui tahap hafazan para murid dan bacaan tajwid mereka. Sebagai contoh, dalam aspek hafazan, kiriterian yang boleh ditambah ialah murid dapat meenghafaz ayat dengan baik tanpa mengulang-ulang ayat berkali-kali dan membaca tanpa yakin serta dapat membaca ayat tanpa bantuan guru. Adapun dari aspek tajwid, murid boleh dinilai dari segi bacaan panjang pendek, bacaan hukum ikhfa’ hakiki, sebutan huruf, makhraj huruf dan sebagainya. Dengan adanya instrumen ini, guru dapat mengetahui tahap prestasi murid dengan lebih terperinci. Sekiranya murid dapat memenuhi kriteria yang diukur, murid boleh diberikan Tahap Penguasaan (TP) yang ketiga iaitu 5
6 membaca dan menghafaz ayat al-Quran dengan betul, lancar dan bertajwid. Bahkan mereka boleh diberikan TP 4 sekiranya mereka mengamalkannya di dalam solat dan sebagainya. Selain itu, kelemahan yang seterusnya ialah pentaksiran secara berkumpulan menyebabkan guru tidak dapat menilai tahap hafazan murid yang lemah. Pentaksiran lisan boleh berlaku antara murid dengan guru, murid dengan murid dan murid dengan bahan. Jadi bagi melaksanakan pentaksiran kepada semua murid, guru pelatih boleh menggunakan pentaksiran murid dengan murid. Dengan ini, murid yang pandai dapat membantu dan membimbing murid yang lemah. Bukan itu sahaja, masa yang diperuntukkan untuk aktiviti ini juga singkat. Jadi, guru tidak dapat mentaksir pelajar dengan baik. Oleh itu, guru mesti memilih aktiviti yang sesuai untuk melakukan pentaksiran dan memperuntukkan masa yang bersesuaian. Guru juga boleh membahagikan murid kepada bilangan kumpulan yang lebih kecil seperti daripada lapan kumpulan kepada lima kumpulan. 6
7 2.2 Instrumen Penulisan Objektif pembelajaran Membina rangkai kata dengan baik selepas aktiviti The Hunger Game Aktiviti The Hunger Game (Lampiran 2) Merujuk kepada RPH yang dibuat oleh pelatih guru yang lain, objektif pembelajaran yang dibuat ialah murid dapat membina rangkai kata dengan baik selepas aktiviti The Hunger Game. Di dalam aktiviti ini, murid akan menyusun huruf-huruf membentuk satu perkataan dan menghasilkan pelbagai rangkai kata berdasarkan perkataan yang diperoleh seterusnya guru akan berbincang jawapan murid. 2.2.1 Keberhasilan Penghasilan kerja murid dalam bentuk peta buih membuktikan bahawa pentaksiran yang dibuat adalah selari dengan SP dan OP iaitu membina rangkai kata dengan baik. Sebagai contoh, murid menerima satu perkataan meja dan mereka membina beberapa rangkai kata yang baru. Selain itu, guru juga dapat menilai kebolehan murid dalam menulis jawi dengan betul. Berdasarkan pentaksiran ini, murid dapat memperoleh TP 3 kerana mereka dapat membaca, menulis dan membina rangkai kata tersebut. Sekiranya murid menghasilkan hasil kerja yang lebih menarik dan kemas, murid boleh memperoleh TP4. Menurut Mohd Asnorhisham Adam & Abdul Rahim Hamdan (2017), pentaksiran secara berkumpulan mendorong guru untuk menguji dan memberi gred berdasarkan hasil kerja kumpulan dan kadang-kadang dinilai secara individu. Selain itu, pentaksiran berkumpulan membolehkan murid bertukar idea antara satu sama lain dan berlakunya interaksi sesama ahli. 7
8 Pentaksiran secara bertulis ini dapat menguji tahap penguasaan murid terhadap isi kandungan yang telah diajar bahkan menggalakkan mereka berfikir secara kritis dan kreatif bagi membina rangkai kata yang baharu. 2.1.2 Kelemahan dan Penambahbaikan Kelemahan yang dikenal pasti adalah guru tidak menyediakan rubrik kriteria yang perlu diukur menyebabkan guru tidak dapat mengetahui TP murid tersebut. Dengan ini, guru sukar untuk menilai murid dengan tepat dan adil tanpa merujuk kepada panduan yang ditetapkan. Jadi, guru boleh perlu menetapkan rubrik yang jelas bagi menilai hasil pelajar. Rubrik mestilah mengandungi kriteria yang perlu dipenuhi bagi menentukan hasil kualiti bahan yang dihasilkan oleh pelajar. (Azmanirah Ab Rahman, Nurfirdawati Muhamad Hanafi Anizam Mohamed Yusof, Halizah Awang, 2019). Antara kriteria yang boleh diukur adalah menilai kekemasan hasil kerja pelajar, bilangan senarai rangkai kata yang dibina dan sebagainya. Bukan itu sahaja, guru juga boleh menilai dari aspek kerjasama dan interaksi sosial yang berlaku antara ahli kumpulan. Kelemahan seterusnya ialah guru hanya membekalkan kertas warna yang kecil untuk aktiviti berkumpulan. Keadaan ini menyebabkan murid tidak dapat menghasilkan hasil kerja yang kemas. Jadi, guru boleh menyediakan satu kertas manila bagi setiap kumpulan agar ahli kumpulan lain dapat melihat hasil kerja setiap kumpulan semasa proses perbincangan dengan guru. Kesannya, mereka juga dapat menambahkan rangkai kata yang baharu. 8
9 2.3 Instrumen Penulisan Objektif pembelajaran Menulis huruf ‘Tho’ dan ‘Zho’ mengikut kaedah khat nasakh dengan betul. Aktiviti Sambung titik (Lampiran 3) 9
10 Dalam RPH di atas, tajuk yang diajar adalah tentang seni khat warisan bangsa. OP yang dibuat ialah menulis huruf ‘Tho’ dan ‘Zho’ mengikut kaedah khat nasakh dengan betul selepas aktiviti sambung titik. Murid diberikan sehelai kertas dan mereka perlu melihat kepada cara penulisan dan penerangan yang disampaikan oleh guru di papan putih. Kemudian, murid perlu menyambungkan titik dan menulis huruf tersebut mengikut guru. Sekiranya ada kesalahan, guru akan menegur dan menunjukkan semula cara menulisnya dengan betul. 2.3.1 Keberhasilan Aktiviti menyambung titik ini sangat sesuai digunakan untuk murid belajar cara menulis khat dengan betul. Hal ini demikian kerana tidak semua murid mahir dalam menulis khat nasakh dengan baik walaupun sering digunakan dalam penulisan biasa. Tambahan pula, untuk menghasilkan khat nasakh yang cantik, murid perlu mengikut bilangan titik yang tellah ditetapkan dari segi panjang dan lebarnya. Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan ini juga sesuai dengan OP iaitu menulis huruf ‘Tho’ dan ‘Zho’ mengikut kaedah khat nasakh dengan betul. Murid diajar cara menulis secara terperinci yang mana murid perlu membuat bentuk ‘Sod’ terlebih dahulu dan diikuti dengan langkah yang lain. Bukan itu sahaja, terdapat juga pengukuhan yang diberikan oleh guru sekiranya murid melakukan kesalahan dalam menulis huruf tersebut dalam khat nasakh. Dengan adanya bimbingan guru, murid akan bersemangat untuk belajar menulis khat nasakh kerana ia merupakan satu seni yang perlu diasah dalam diri murid. 2.3.2 Kelemahan dan Penambahbaikan Kekurangan yang dikenalpasti ialah terdapat kekurangan dalam senarai semak yang menilai kebolehan murid menulis huruf ‘Tho’ dan ‘Zho’ dengan menggunakan khat nasakh yang betul. Buktinya, murid hanya dinilai cara menulis huruf Tho’ dan ‘Zho’ di awal, tengah dan akhir dengan kaedah menyambung titik dengan betul. Jadi, guru boleh menambah beberapa kriteria yang lain dari segi kekemasan tulisan murid serta murid menulis khat mengikut langkah yang telah diajar. Daripada penulisan murid, guru dapat mengesan cara menulis huruf Tho’ dan ‘Zho’ kerana terdapat perbezaan bentuk pada huruf sekiranya murid menulis kaki huruf Tho’ dan ‘Zho’ terlebih dahulu berbanding membuat rumanhnya yang bentuk ‘Sod’. 10
11 3.0 Penutup Kesimpulannya, terdapat banyak jenis pentaksiran yang boleh dirancang oleh guru sama ada pentaksiran secara lisan, penulisan mahupun pemerhatian. Setiap proses PdP memerlukan pentaksiran agar guru dapat menilai tahap penguasaan pelajar tentang tajuk yang diajar dan guru dapat menambahbaik cara pengajaran agar murid dapat memahami segala pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pentaksiran alternatif seperti pembentangan, penghasilan produk dan sebagainya boleh digunakan untuk menilai potensi murid. Oleh itu, amat penting guru membuat pertimbangan professional terhadap pentaksiran yang hendak dibuat dengan hasil pembelajaran yang ingin ditaksir. 11
12 Rujukan Azmanirah Ab Rahman, Nurfirdawati Muhamad Hanafi Anizam Mohamed Yusof & Halizah Awang. (2019). Pendayagunaan Rubrik Pemarkahan Pentaksiran Berterusan Amali Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001458 https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i4.1458 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Mahaya Salleh, Suzana Abd Mutalib, Hashiroh Hussein dan Zakirah Imana Ho Abdullah (2024). Pentaksiran dalam Pendidikan. Puchong: Local Publications (M) SDN. BHD. Mohd Asnorhisham Adam & Abdul Rahim Hamdan. (2017). Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu (Group Teaching Approach in the Malay Language Special Remedial Program). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ, 7(1), 66-73. https://journalarticle.ukm.my/10414/1/134-258-1-SM.pdf Shamsina Shamsuddin & Akhiar Pardi. (2023). Pedagogi Pendidikan Islam. Bangi: Pelangi Professional SDN. BHD. Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman. (2020). Profesion Keguruan dan Pembangunan Insan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 12
13 LAMPIRAN LAMPIRAN 1 13
14 14
15 15
16 LAMPIRAN 2 16
17 17
18 18
19 LAMPIRAN 3 19
20 20
21 21
22 Perbualan di Whatsapp 22
__________________________________________________________________________________ AKUAN PENERIMAAN DOKUMEN PENERIMAAN DOKUMEN 1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2. INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF Berdasarkan maklumat di atas, adalah disahkan bahawa saya SITI AWANIS BINTI MOHD FAUZI telah menerima satu salinan dokumen di atas daripada AINUN MARDHIAH BINTI MOHD SUAZHAR pada 1/3/2024. Tujuan penerimaan dokumen ini adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak tugasan bagi subjek Pentaksiran dalam Pendidikan (EDUP3153). Bersama ini dilampirkan soalan Pentaksiran Berterusan Pentaksiran dalam Pendidikan (EDUP3153) sebagai rujukan. Nama penerima : SITI AWANIS BINTI MOHD FAUZI Tarikh : 1/3/2024 Nama pemilik dokumen : AINUN MARDHIAH BINTI MOHD SUAZHAR Tarikh : 1/3/2024
__________________________________________________________________________________ AKUAN PENERIMAAN DOKUMEN PENERIMAAN DOKUMEN 1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2. INSTRUMEN PENTAKSIRAN ALTERNATIF Berdasarkan maklumat di atas, adalah disahkan bahawa saya SITI AWANIS BINTI MOHD FAUZI telah menerima satu salinan dokumen di atas daripada SHARIFAH SYAHIRAH BINTI SYED ZAINAL ABIDIN pada 3/3/2024. Tujuan penerimaan dokumen ini adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak tugasan bagi subjek Pentaksiran dalam Pendidikan (EDUP3153). Bersama ini dilampirkan soalan Pentaksiran Berterusan Pentaksiran dalam Pendidikan (EDUP3153) sebagai rujukan. Nama penerima : SITI AWANIS BINTI MOHD FAUZI Tarikh : 3/3/2024 Nama pemilik dokumen : SHARIFAH SYAHIRAH BINTI SYED ZAINAL ABIDIN Tarikh : 3/3/2024