The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pertandingan Buku Skrap Digital
Nama : Soleha binti Sazali
Sekolah : SM Sains Sembrong
E-mel : [email protected]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-439664, 2021-09-13 14:48:19

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ

Pertandingan Buku Skrap Digital
Nama : Soleha binti Sazali
Sekolah : SM Sains Sembrong
E-mel : [email protected]

TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL HAJ

Merdeka itu bukanlah suatu benda
yang mudah boleh didapati,

melainkan ialah dikehendaki untuk
mendapatkannya itu iaitu
pengorbanan yang sebenar

-Bapa Kemerdekaan

pendahuluan

Penulisan buku skrap digital ini berkaitan
dengan tokoh pejuang kemerdekaan negara pilihan
saya iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
Minat saya yang mendalam terhadap subjek
sejarah telah mendorong saya untuk menyertai
pertandingan ini. Pertandingan ini telah memberi
peluang kepada saya untuk mengkaji dan
mengetahui dengan lebih mendalam tentang
Tunku Abdul Rahman. Akhir sekali tidak dapat
dinafikan dengan terhasilnya buku skrap digital ini,
ianya dapat meningkatkan semangat patriotik

dalam diri saya dan juga pembaca.

BIODATA PELAJAR

BIODATA TUNKU
ABDUL RAHMAN

BIODATA TUNKU
ABDUL RAHMAN

Pendidikan:1911- Maktab Sultan Abdul
Hamid Alor Setar

1916- Penang Free School, Penang
1925- Ijazah Sarjana Muda Sastera

dari U
niversiti Cambridge
1947- Ijazah Sarjana Muda

Undang-Undang dari Inner

Temple, London

Fitrah alam yang hidup pasti akan mati. Pada 6
Disember 1990 sewaktu berusia 87 tahun,
seluruh negara berdukacita kerana pergilah
seorang pemimpin yang sangat disegani. Bapa
Kemerdekaan ini telah disemadikan dengan
penuh istiadat di Makam Diraja Langgar
di Alor Setar

RASIONALISASI PEMILIHAN
TOKOH

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
adalah seorang negarawan berjiwa rakyat yang
lahir di sebuah istana raja. Sebagai seorang
putera raja, Tunku mempunyai karisma yang
sangat unik dan beberapa kualiti istimewa semula
jadi. Amalan hidupnya seperti rakyat biasa
bukanlah direka-reka. Kualiti itu sentiasa
bersemadi dalam jiwa Tunku sejak kecil lagi.
Ketika menyambung pelajaran di Universiti
Cambridge Tunku berkawan dengan ramai orang.
Tunku tidak sukakan diskriminasi dan sentiasa
memperjuangkan persamaan hak sesama manusia.
Kepimpinan Tunku sentiasi mendahulukan rakyat
misalnya beliau tidak suka kepada peperangan dan
menyelesaikan sesuatu isu di meja rundingan,
antaranya ialah rundingan dengan pemimpin Parti
Komunis Malaya, Chin Peng di Baling Kedah pada
1955 sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan,
Walaupun rundingan tersebut gagal Tunku berjaya
memenangi hati rakyat seterusnya mendapat
sokongan kuat daripada rakyat yang mendorongnya
melakukan rundingan dengan pihak British untuk
kemerdekaan Malaysia. Kejayaan Tunku dalam
memimpin negara dan memastikan Malaysia berada
dalam keadaan aman dan selamat membuktikan
Tunku Abdul Rahman merupakan seorang pemimpin
berprinsip dan seorang negawaran yang budiman.

KELEBIHAN TOKOH

Tunku Abdul Rahman seorang yang
mementingkan pendidikan. Tunku Abdul Rahman
pernah gagal dalam peperiksaan undang-undang
semasa pengajiannya di London pada tahun
1930. Ketika itu, kakandanya, Tunku Ibrahim
memberitahu Tunku Abdul Rahman yang
kegagalannya itu adalah sesuatu yang amat
memalukan kaum kerabat mereka. Namun Tunku
tidak berputus asa. Pada tahun 1939, Tunku
pulang semula ke London untuk mengambil
semula peperiksaan itu dan telah berjaya lulus
dalam bahagian pertaman. Namun, Perang Dunia
Kedua meletus dan Tunku dipanggil pulang
semula ke Tanah Melayu untuk bertugas
sebagai Pegawai Daerah di Kulim. Pada tahun
1947, barulah Tunku berpeluang untuk
mengambil cuti untuk fokus dan menamatkan
pengajiannya dalam bidang perundangan.
Akhirnya Tunku berjaya bergelar seorang
peguam selepas 18 bulan. Menurut salah
seorang cucu kepada Tunku iaitu Tunku
Munawirah, Tunku Abdul Rahman sangat
mementingkan pendidikan semasa hayatnya.
Menurut Tunku, pendidikanlah yang akan
membantu mengubah nasib seseorang dan juga
menjadi penentu perkembangan sesebuah
negara.

BUKTI KREDABILITI TOKOH

Tunku telah berjaya membawa negara
kita ke ambang kemerdekaan tanpa
menumpahkan darah sebagaimana yang berlaku
di negara-negara jiran. Kewibawaan Tunku
yang berjaya menyatukan tiga komponen parti
etnik di Malaysia membentuk parti perikatan
dan menyatukan penduduk negara ini yang
berbilang kaum telah meyakinkan penjajah
British untuk memberi kemerdekaan kepada
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957. Kegigihan, keberanian dan ketegasan
beliau telah membebaskan negara kita
daripada belenggu penjajah.

KIta semua adalah rakyat Malaysia,
dan kemerdekaan inilah yang
menyatukan kita. Ingatlah
bahawasanya toleransi adalah
kekuatan kita sebagai rakyat dan
bangsa

-Tunku Abdul Rahman

BUKTI KREDABILITI TOKOH

Kredibiliti Tunku juga dapat dibuktikan
apabila berjaya menewaskan gerakan ‘Ganyang
Malaysia’ iaitu ancaman Konfrontasi yang
digerakkan oleh Indonesia pada 20 Januari
1963. Ketika itu Dr. SUbandrio Menteri Luar
Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi
terhadap Malaysia dengan alasan mengancam
kedudukan Indonesia.

Pelbagai anugerah yang diterima oleh
Tunku sepanjang hayatnya yang membuktikan
kewibaan dan kredibiliti yang dimiliki oleh
Tunku. Antaranya penerimaan anugerah
daripada universiti-universiti seperti
Universiti Malaya , Universiti Sdyney ,
Universiti Araneta dan Universiti India.Beliau
juga menerima Ijazah Kehormat Doktor
Persuratan dari Universiti Oxford , England
pada tahun 1970 , Ijazah Kehormat Doktor
Undang-Undang dari Universiti Cambridge
(1970) , Ijazah Kehormat Pentadbiran Awam
dari Universiti Prince of Songkhla ,
Thailand(1977).

JASA DAN SUMBANGAN

SOSIAL

Seni bina
- Melancarkan beberapa projek pembangunan (membina
Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen,
Muzium Negara, dan Tugu Negara)

Perpaduan
- Membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran bagi
membentuk sistem pendidikan kebangsaan ke arah
menyatupadukan kaum
- Penyata Razak menjadi asas kepada Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang mementingkan bahasa kebangsaan
sebagai alat perpaduan
-Penyata Razak dijadikan Ordinan Pelajaran 1957;
Laporan Rahman Talib di keluarkan 1960 untuk
memupuk perpaduan kaum; mencadangkan sekolah
jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan dan
ssekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan

EKONOMI

Rancangan Pembangunan Ekonomi
- Melancarkan Rancangan Malaya Pertama (1956-
1960) dan Rancangan Malaya Kedua (1965-1970)
- Menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk
menjayakan rancangan FELDA dan membangunkan
prasarana pendidikan dan penyelidikan
- Menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara
dan Luar Bandar 1959 - diketuai Tun Abdul Razak

POLITIK

Penentangan terhadap Malayan Union
Menerajui kepimpinan UMNO Perjuangan kemerdekaan
-Membentuk pakatan parti
-Menyertai pilihan raya pelbagai peringkat
-Mengetuai Rombongan Kemerdekaan
-Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

1957
Menangani ancaman komunis Pembentukan
gagasan Persekutuan Malaysia
Kegiatan islam
-Pertubuhan Kebajikan Agama Islam
-Pertubuhan Persidangan islam (OIC)

penutup

Konklusinya, kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos
1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk
dicapai.Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai
setelah melalui satu proses yang sangat panjang. Tunku

sememangnya boleh dibanggakan oleh kerana beliaulah
yang berjaya "menebus" kemerdekaan dari belenggu
penjajahan Inggeris yang telah dimulakan oleh tindakan
tertentu pihak Raja-raja Melayu sendiri dan tokoh
kemerdekaan yang lain. Sungguhpun beliau bukanlah
perintis kebangkitan politik Melayu dalam UMNO seperti
Dato Onn dan rakan-rakan pergagasan UMNO 1946, namun
warisan parti UMNO yang diterajui oleh Tunku bukanlah
sebuah lombong emas. Tunku sesungguhnya terpaksa
bekerja keras, berkorban masa dan tenaga, termasuk gaji
lumayannya sebagai pegawai kanan perundangan, serta
darjatnya sebagai seorang anak raja untuk turun ke
tengah rakyat dengan segala kesukaran menjelajah
seluruh tanah air bagi merealisasikan perjuangan UMNO
itu. Bukan itu sahaja, Tunku juga sebenamya perintis
penting terhadap hubungan kaum dan etnik di negara ini
dengan segala pendekatan kesederhanaannya sehingga ada
kalanya beliau kelihatan mengabaikan kepentingan Melayu
dan disalahtafsirkan pula komitmen nasionalisme Melayunya
itu.


Click to View FlipBook Version