TEMPAT : HOTEL DARULAMAN, JITRA, KEDAH
KALI KE—47 /
Kandungan
MESYUARAT AGUNG
JIBG KALI KE – 3
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 NOTIS MESYUARAT AGUNG 2
2 ATUR CARA MAJLIS 3
3 JAWATANKUASA PELAKSANA JIBG
KALI KE- 3 4
4 JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 5
5 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE -2 6-13
6 LAPORAN TAHUNAN 2021/2022 14
7 LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 15
31 DISEMBER 2021 16-17
8 USUL DAN CADANGAN
9 PENGHARGAAN 18
1
NOTIS MESYUARAT AGUNG JIBG KALI KE-3/2022
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (JIBG)
SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM
AN-NUR KUBANG PASU
Ruj. Kami : JIBGSRITI/S/02/(1)
Tarikh : 14 OGOS 2022
Jemaah Ibu Bapa dan Guru(JIBG)
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam An-Nur Kubang Pasu,
Kg. Padang Tok Kesop,
06000 Jitra, Kedah
Tuan,
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG JIBG SRITI AN-NUR KUBANG PASU KE-3
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Berhubung perkara di atas, pihak JIBG SRITI An-Nur Kubang Pasu menjemput tuan/puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung
JIBG Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam An-Nur Kubang Pasu ke -2 yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 27 Ogos 2022
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Hotel Darulaman, Jitra, Kedah
3. Agenda mesyuarat:
i. Ucapan Pengerusi
ii. Membentang Minit Mesyuarat Agung sesi lepas
iii. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan sesi lepas
iv. Membahas usul
v. Pemilihan Jawatankuasa JIBG sesi 2022/2023
vi. Pemilihan Juruaudit Dalaman
vii. Hal-hal lain
4. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Usul dan Cadangan untuk tindakan lanjut. Sila kembalikan borang tersebut selewat-
lewatnya pada 17 Ogos 2022 (Rabu).
5. Sehubungan itu, semua ibubapa/penjaga dipersilakan hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan JIBG Sekolah Rendah Integrasi Teras
An-Nur Kubang Pasu bagi tahun 2022.
Sekian, terima kasih.
“MELAHIRKAN GENERASI SOLEH RABBANI MURABBI”
Saya yang menjalankan tugas,
.................................................………………………………….
(ALYA MAHIRAH BINTI MUHAMAD LUTHFFI AMEER)
Setiausaha JIBG,
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam An-Nur Kubang Pasu
2
ATUR CARA
MESYUARAT AGUNG JEMAAH IBU BAPA DAN GURU (JIBG)
KALI KE 3 / 2022
8.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa / Waris / Guru & berkumpul di Dewan Hotel
8.30 pagi Darulaman, Jitra, Kedah
9.15 pagi : Ketibaan Encik Abd Rahman bin Mahamad, YDP JIBG SRITI AN-NUR
9.30 p a g i Ketibaan YBhg Ustaz Zulhazmi bin Osman,
12.00 tengahari
YDP PAS Kawasan Kubang Pasu
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Aluan Pengacara Majlis
- Ucapan Aluan Guru Besar, Tuan Hj Ishak bin Hamid
- Ucapan YDP JIBG, En Abd Rahman bin Mahamad
- Ucapan Perasmian Oleh
YBhg Ustaz Zulhazmi Bin Osman,
YDP PAS Kawasan Kubang Pasu
- Penyampaian Cenderahati
- Cabutan Bertuah
: Jamuan Ringan
: Mesyuarat Agung Tahunan JIBG kali ke-3 bermula
: Penutup dan bersurai
3
PENASIHAT Tn Ishak Bin Hamid (Guru Besar)
PENGERUSI En Abd Rahman Bin Mahamad (YDP PIBG)
NAIB PENGERUSI En Othman Bin Yahya
SETIAUSAHA Alya Mahirah Binti Muhamad Luthffi Ameer
PENOLONG SETIAUSAHA Nurhidayah Binti Mangsor
BENDAHARI Tn Rosli Bin Mohd Ariff
JAWATANKUASA PELAKSANA
JEMPUTAN DAN BUKU PROGRAM DOA
Ustazah Alya Mahirah Binti Muhamad Luthffi Ameer Ustaz Ali Bin Hussein
Teacher Nurhidayah Binti Mangsor
PENDAFTARAN KEHADIRAN
PENGACARA
Cik Anis Najihah Binti Zulhazmi
Ustaz Kamal Hakim Bin Adli Cik Ummi Nora Hashikin Binti Ishak
Ustazah Nabilah Binti Shariman
PERSIAPAN PENTAS / BACKDROP / DEWAN
CENDERAHATI VIP
Ustaz Mohd Zaihir Bin Hanafi
Ustaz Akhmal Hakim Bin Saidin Teacher Nurhidayah Binti Mangsor
Ustaz Ali Bin Hussein Ustaz Kamal Hakim Bin Adli
JAMUAN PENCATAT
Ustazah Nabilah Binti Shariman Ustazah Nur Nafisah Binti Ismail
Cikgu Ummi Norhashimah Binti Ishak Ustazah Nurul Shahidatul Nadrah Binti Hamzah
Ustazah Nur Nafisah Binti Ismail
TAJAAN DAN DERMA
FOTOGRAFI / DOKUMENTAS I/ MULTI MEDIA Cikgu Ummi Norhashimah Binti Ishak
Ustazah Nurul Shahidatul Nadrah Binti Hamzah
Ustaz Luqman Loh Bin Ikram Loh
Ustaz Akhmal Hakim Bin Saidin
Ustaz Mohd Zaihir Bin Hanafi
4
BIL NAMA PEKERJAAN JAWATAN
1 TN ISHAK BIN HAMID. GURU BESAR PENASIHAT
2 EN ABD RAHMAN BIN MAHAMAD PENSYARAH YANG
DIPERTUA
3 EN OTHMAN BIN YAHYA KONTRAKTOR NAIB YANG
DIPERTUA
4 ALYA MAHIRAH BINTI MUHAMAD GURU SETIAUSAHA
LUTHFFI AMEER
GURU NAIB
5 NURHIDAYAH BINTI MANGSOR GURU KANAN SETIAUSAHA
BENDAHARI
6 TUAN HAJI ROSLI BIN MOHD ARIFF PEGAWAI PPD
AJK WARIS
7 EN MOHD NOOR HANIZAM BIN GURU
ZAKARIA AJK WARIS
PEGAWAI
8 EN AHMAD FAUZI BIN PENJARA AJK WARIS
NASIR
GURU AJK WARIS
9 EN MOHD ISAIRI BIN YAACOB
GURU AJK WARIS
10 EN SHARIR BIN MOKHTAR @
MOHAMED
11 PN ANIQAH RUSHDA BINTI MAT ISA
12 PN NIK AZWANI BINTI NIK AZEMI GURU AJK WARIS
13 PN SHARIFAH QURRATUAINI BINTI PEGAWAI PEJ. AJK WARIS
SYED ALI DAERAH
5
TARIKH : 14 Mac 2019( Khamis)
MASA : 3.00 petang
TEMPAT
PERASMI : Dewan Markas PAS Tok Kesop
: Encik Zulhazmi Bin Osman
Yang Di Pertua Pengurusan
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam An-Nur Kubang Pasu
KEHADIRAN : 41 Ibu Bapa Dan Penjaga
1. En. Zulhazmi Bin Osman (AJPP SRITI)
2. En.Ishak Bin Hamid (Guru Besar)
3. En. Rosli Bin Mohd Ariff (Pemangku YDP JIBG)
4. Alya Mahirah Binti Muhamad Luthffi Ameer (Setiausaha)
5. En. Syahrir Bin Mokhtar @ Mohamed (AJK)
6. En.Ahmad Fauzi Bin Nasir (AJK)
7. Pn. Aniqah Rushda Binti Mat Isa (AJK)
8. En.Mohd Noor Hanizam (AJK)
9. Pn.Nik Azwani Binti Nik Azmi (AJK)
10. Pn. Nabilah Binti Shahriman (Guru)
11. Nur Nafisah Binti Ismail (Guru)
12. En. Ali Bin Husien (Guru)
13. En. Mohd Zaihir Bin Hanafi (Guru)
14. En.Khalil Munawwar (AJK)
6
AGENDA MESYUARAT
1. Aluan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan salam dan memulakan mesyuarat dengan Surah Al-Fatihah.Beliau
mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
2. Bacaan Doa
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ali Bin Hussen
3. Ucapan Aluan Guru Besar
3.1 Beliau mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua waris kepada
anak-anak SRITI yang sudi melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat JIBG pada
hari ini.
3.2 Beliau juga amat menghargai komitmen dan kerjasama daripada ibu bapa terhadap
pihak sekolah dan berharap agar kerjasama yang baik itu dapat diteruskan pada masa
akan datang.
3.3 Beliau turut melahirkan rasa terima kasih terhadap ibu bapa kerana telah bergiat aktif
dalam meningkatkan prestasi pencapaian murid dan program -program dalam bidang
kurikulum serta kokurikulum sekolah.
3.4 Pihak sekolah dan Jemaah Pengurusan sentiasa berusaha meningkatkan prestasi
sekolah dan aktiviti-aktiviti murid. Antaranya dengan menyediakan buku minit
mesyuarat secara digital agar dapat mengurangkan kos percetakan,makluman
berkaitan program dan aktiviti sekolah melalui Whatsapp, memberi fokus terhadap
konsep 5M(Membaca,Menulis,Mengira,Menghafal dan Mengamal) dan melaksanakan
pembelajaran selama dua jam bagi aktiviti hafazan dan surah-surah pilihan.
3.5 Pihak sekolah juga amat menekankan berkaitan kemenjadian murid dari segi sahsiah
dan kurikulum serta mendedahkan pelajar-pelajar SRITI dengan aktiviti sosial dan
nilai-nilai murni.
3.6 Beliau juga memaklumkan kejayaan-kejayaan yang telah diraihkan oleh murid-murid
SRITI KP pada tahun 2018 di dalam pertandingan Amal Islami peringkat negeri serta 2
orang pelajar yang telah mewakili negeri dalam pertandingan Hafazan peringkat
Kebangsaan.
3.7 Beliau mengucapkan syukur diatas hasil didikan guru-guru dan ibubapa kerana
berjaya mengcungkil bakat anak-anak. Beliau juga mewar-warkan mengenai
Facebook rasmi sekolah iaitu “SRITI Kubang Pasu” didalam laman sosial
tersebut, terdapat hebahan, gambar serta maklumat mengenai aktiviti sekolah.
Ianya bertujuan untuk melaporkan aktiviti anak-anak yang mengambil bahagian.
Diingatkan juga agar ibubapa tidak mencampur adukkan pertanyaan yang bersifat
peribadi dilaman sosial tersebut.
7
Para waris juga dialukan-alukan untuk menghulurkan bantuan terutama dari segi
kewangan dan barangan.
3.8 Beliau mengakhiri ucapan dengan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
hadirin yang datang serta para waris yang sudi memberi sumbangan samada dari
segi kewangan dan bantuan tenaga.
4. Ucapan Wakil Jemaah Pengurusan (AJJPS)
4.1 Belian mengalu-alukan kedatangan semua ke mesyuarat JIBG pada kali ini.
4.2 Beliau memaklumkan hasil mesyuarat bersama dengan Ahli Jemaah Pengurusan,
beberapa penambahbaikan akan dilakukan di SRITI:
⚫ Kemudahan kerusi dan meja.
⚫ Ibu bapa perlu membayar duit kelas sebanyak RM4.00 sebulan bagi menampung
kos percetakan,kecerian kelas dan lain-lain.
⚫ Lima buah pondok bacaan akan dibangunkan dalam tempoh cuti sekolah pada
bulan Mac ini.
⚫ Tandas berasingan bagi murid lelaki dan perempuan akan dibina setelah
mengambil maklum anak-anak semakin membesar.
⚫ Pengasingan di antara bilik kerani dan bilik bilik guru akan dilakukan.
⚫ Pihak sekolah telah mendapat tanah wakaf bernilai RM50K berdekatan dengan
SRITI yang sedia ada dan bercadang untuk membeli tanah tersebut untuk
penambahan bangunan pada masa akan datang.
⚫ Pihak sekolah juga mahu melantik ibu bapa sebagai ejen pengutip derma dengan
menyediakan buku kutipan derma bagi setiap waris.
5.3 Jemaah Pengurusan sangat berharap agar ibu bapa dapat menyumbang kepada
pihak sekolah semampu yang boleh bagi menjayakan perkara-perkara tersebut.
5.4 Pemilihan Ahli Jemaah Pengurusan yang baru akan dilakukan pada 6 April 2019
yang akan dipilih semasa pemilihan AJK Pas Kubang Pasu yang baru.
5. Ucapan Pemangku YDP JIBG
5.1 Pemangku memaklumkan mesyuarat pada 7 Mac 2019 yang lalu, semua ahli
mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk melantik Haji Rosli Bin Mohd Ariff
sebagai Pemangku YDP JIBG bagi menggantikan Encik Wan Khairul Bin Wan Marzuki
yang telah berpindah ke sekolah lain.
5.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang hadir walaupun
kehadiran agak suram namun beliau berharap agar ibu bapa akan terus memberi
sokongan terhadap pihak sekolah.
5.3 Beliau juga turut berterima kasih di atas sumbangan berterusan daripada ibu bapa dan
orang ramai yang sentiasa memberi kelapangan masa bersama sepakat dengan pihak
sekolah di dalam aspek. Antaranya telah berjaya menurap sekolah dengan tar dan
berharap agar dapat terus menyumbang untuk pembelian tanah seperti yang
8
dimaklumkan oleh Jemaah Pengurusan.
6. Nyanyian Lagu SRITI
Semua ahli dewan berdiri menyanyikan lagu rasmi SRITI.
6.1 Pemangku mengakhiri ucapan dengan mendoakan supaya setiap harta, masa dan
keringat tenaga yang dikeluarkan untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama
akan menjadi sebahagian bekalan amalan kepada diri kita diakhiri nanti selain doa dari
anak-anak yang soleh dan solehah..
7. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat JIBG sesi2018/2019
7.1 Cik Alya Mahirah membentangkan minit mesyuarat JIBG sesi 2018/2019.
7.2 Minit mesyuarat disahkan oleh Encik Mohd Razmi Bin Mohd Saad dan disokong oleh
Encik Shaibon Bin Lazim.
Tindakan : Setiausaha JIBG
8. Pembentangan Penyata Kewangan JIBG Sesi 2018/2019
8.1 Alya Mahirah membentangkan penyata kewangan JIBG sesi 2018/2019.
8.2 Penyata kewangan disahkan oleh Cik Nur Nafisah dan disokong oleh Encik Abd
Rahman Bin Mahamad.
9. Perkara Berbangkit
9.1 Skim Pinjaman Buku Teks berdasarkan kaedah Ta’awun telah dibentangkan
dengan mengambil kira kemudahan dari kos pembelian buku teks pada
tahun akan datang.Sistem ini juga dapat membantu para pelajar yang mempunyai
masalah kewangan. Pihak sekolah akan mempertimbangkan semula
mengenai perkara ini.
10. Membahas Usul
10.1 Encik Noor Hamidi Bin Said mencadangkan supaya kantin menyediakan lebih
banyak pilihan makanan dan menyediakan tempat letak kereta untuk para waris. Pihak
Sekolah sentiasa berusaha memberi makanan yang berkhasiat untuk murid-murid
SRITI walaupun dengan keadaan kekangan kewangan sekolah kerana dengan jumlah
RM70 sebulan,secara puratanya perbelanjaan sehari bagi dua kali makan hanya
9
RM3.30 bagi seorang murid. Namun, dengan adanya sistem infaq seperti
bantuan beras dan ikan mentah,sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan kos
perbelanjaan bagi makanan. Berkaitan dengan permintaan menyediakan
tempat letak kereta buat para waris, pihak sekolah memaklumkan tidak
dapat melaksanakan permintaan tersebut kerana keadaan kawasan sekolah
yang terhad serta penambahan murid pada masa akan datang berkemungkinan
akan membuka cawangan SRITI KP di tapak yang baru.
Tindakan: Guru Besar SRITI
10.2 Encik Noor Hasnizam mencadangkan Skim Pinjaman Buku Teks berdasarkan
kaedah Ta’awun, pihak sekolah meminta ahli mesyuarat untuk membuat
keputusan dengan disokong 29 undian dan usul tersebut telah diterima. Encik
Noor Hanizam juga mencadangkan agar diperbanyakkan latihan dalam
Bahasa Inggeris bagi meningkatkan prestasi murid-murid di dalam bahasa
tersebut.Cadangan tersebut juga telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli
mesyuarat.Pihak Sekolah akan berusaha menjemput guru-guru yang bertauliah
untuk menjalankan program dan latih tubi kepada murid - murid. Cadangan
daripada waris Encik Fauzi agar diadakan English Day pada waktu tertentu untuk
meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Tindakan : Guru Besar SRITI
10.3 Encik Ahmad Fauzi mencadangkan agar kelas Al-Quran pada sebelah petang
diteruskan serta menambah guru hafazan dan tilawah. Pihak sekolah
memaklumkan berdasarkan permerhatian program tasmik yang dijalankan buat
masa ini telah dijalankan dengan baik. Pihak sekolah bercadang menyeragamkan waktu
persekolahan bagi semua murid namun meminta pandangan dari semua ibu
bapa berkaitan perkara tersebut. Hasil daripada undian ahli mesyuarat,
seramai 30 org yang telah menyokong waktu persekolahan murid diteruskan kepada
pukul 5.00 petang.
Tindakan : Pen. Guru Besar SRITI
10.4 Encik Shaibon Bin Lazim mencadangkan agar murid perempuan memakai
tudung hitam pada hari ko-kurikulum iaitu hari Rabu. Guru Besar memaklumkan
mandat akan diberi kepada Jemaah Pengurusan untuk membuat keputusan.
Tindakan : Jemaah Pengurusan SRITI
10.5 Encik Khalil Munawwar mencadangkan agar diawalkan waktu solat Zohor.
Pihak Sekolah memaklumkan hal ini berlaku kerana waktu kerja tukang masak
sehingga pukul 2 petang. Namun jika waktu persekolahan akan dipanjangkan bermakna
perkara tersebut tidak lagi menjadi masalah.
Tindakan : Guru Besar SRITI
10.6 Encik Mohd Yusuf Bin Saidin mencadangkan pihak sekolah mengeluarkan
artikel yang diiklankan kepada murid dalam tulisan jawi. Guru memaklumkan selepas ini
akan diusahaakan sebarang pemberian maklumat yang berkaitan dalam dwi bahasa.
Tindakan : Setiausaha JIBG
10
10.7 Encik Sheikh Mohd Najib mencadangkan agar pihak sekolah meningkatkan
kawalan keselamatan terhadap murid-murid supaya tidak berkeliaran di sekitar luar
dari bangunan sekolah. Guru Besar memaklumkan isu berkaitan keselamatan sangat
dititikberatkan oleh pihak sekolah bagi mengelakkan berlaku kecederaan dan kemalangan
atau perkara yang tidak diingini. Buat masa ini, keselamatan murid masih dalam keadaan
terkawal dan pihak sekolah mengambil maklum hal tersebut akan sentiasa berusaha
memastikan murid-murid tidak terdedah kepada ancaman bahaya.
Tindakan :Guru Besar SRITI
10.8 Puan Zuraida Binti Othman meminta agar dimaklumkan kepada ibu bapa menu
harian murid secara terperinci. Pihak sekolah memaklumkan menu makanan
adakalanya berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan dan menu
akan dimaklumkan kepada waris. Pihak sekolah berusaha menyediakan menu
mengikut piramid makanan berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tindakan : Guru Besar SRITI
10.9 Usul kesembilan tidak dibentangkan kerana pencadang tidak menghadiri
mesyuarat.
10.10 Encik Mohd Syahrizie Bin Mohd meminta agar dipanjangkan waktu makan
tengahari. Pihak sekolah menerima usul tersebut berdasarkan waktu persekolahan baru
yang akan dilaksanakan.
10.11 Puan Salihah Nadiah meminta agar pihak sekolah menyediakan bantuan
untuk anak yatim. Pihak sekolah mengambil maklum akan hal tersebut kerana pada
tahun lepas juga telah diberikan pelbagai bantuan samada dari segi bantuan berbentuk
makanan dan kewangan dan akan cuba diteruskan pada tahun ini.
Tindakan : Pen. Guru
Besar SRITI
10.12 Encik Mohd Razmi Bin Mohd Saad memohon kerjasama dari kerjasama dari
pihak sekolah supaya maklumkanlebih awal sekiranya murid perlu membawa alat bantuan
mengajar dan sebarang maklumat rasmi hendaklah melalui surat/memo dan diberi
kepada waris. Para Guru telah mengambil maklum hal tersebut dan akan memaklumkan
lebih awal kepada ibu bapa jika terdapat sebarang makluman berkaitan hal sekolah.
Tindakan : Guru
Besar SRITI
10.13 Usul ketiga belas tidak dibentangkan kerana pencadang tidak menghadiri
mesyuarat.
10.14 Puan Nur Farhana Binti Mohamad Nore mencadangkan agar JIBG dapat
berperanan membantu sekolah dalam melancarkan program -program yang
dijalankan dengan memberi sumbangan dari segi kewangan dan meminta
pihak pengurusan sekolah membina sebuah sekolah SRITI secara berpusat serta
11
pihak sekolah harus menitikberat dan memperketatkan disiplin, etika pakaian,
kuku, rambut dan sebagainya. Pihak Sekolah mengambil maklum perihal SRITI secara
pusat dan pihak pengurusan sedang mencari tapak,tanah dan kawasan yang sesuai
serta sedang mencari dana kerana sedang mengalami masalah kewangan.Berkenaan
masalah disiplin dan etika pemakaian serta kebersihan diri pelajar, pihak guru
mengambil maklum dan akan menjalankan semula pemeriksaan kebersihan diri pada
setiap pagi hari persekolahan.
Tindakan : Pengurusan Sekolah
11.0 Pembubaran AJK JIBG Sesi Sesi 2018/2019
12.0 Pemilihan Jawatankuasa JIBG Sesi 2019/2020
12.1 Encik Abd Rahman mencadangkan agar dikekalkan AJK sesi lepas, disokong
oleh Encik Othman
12.2 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima cadangan tersebut.
12.3 Setiausaha JIBG memaklumkan walaupun AJK sesi dikekalkan,namun
perlantikan YDP dan Timbalan YDP perlu dilakukan bagi mengisi kekosongan yang
ada.
12.4 Cik Alya Mahirah mencadangkan Encik Abd Rahman sebagai YDP Ahli
Mesyuarat bersetuju dengan 26 menyokong cadangan tersebut.
12.5 Ustaz Zulhazmi mencadangkan Encik Othman sebagai TYDP dan disokong
dengan majoriti undian terhadap cadangan tersebut.
13.0 Ucapan Pemangku YDP JIBG.
Beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada para waris yang hadir dan
masih istiqamah menunggu dan mendengar segala maklumat yang dimaklumkan dalam
mesyuarat tersebut,serta bersyukur dengan kerjasama daripada semua
waris yang sama-sama membantu guru-guru melaksanakan segala aktiviti. Beliau
juga mengharapkan kerjasama diantara para guru dan waris sentiasa berterusan
sehingga pada masa akan datang agar setiap program dan aktiviti yang dijalankan akan
dilaksanakan dengan lebih baik dan semoga setiap sumbangan yang
disumbangkan oleh para waris samada secara langsung atau tidak langsung akan
menjadi bekalan diakhirat kelak.
14.0 Penyampaian Cenderahati Kepada AJK JIBG Sesi 2018/2019
15.0 Ucapan Penangguhan YDP Baru
15.1 Beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan
kepada beliau dan berharap agar para ibu bapa dapat bekerja bersama-sama dalam
membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah.
15.2 Kerjasama dari ibu bapa adalah penting dalam meningkatkan pencapaian
anak-anak.Malah beliau melihat seperti Sambutan Hari Sukan yang lepas kerjasama dan
sumbangan daripada para waris sangat baik sehingga program tersebut dapat
dijalankan dengan begitu baik sekali.
12
16.0 Tayangan Video
17.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.
13
LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI
2021/2022
BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH TINDAKAN BIRO
1 Mahrajan Amal Islami 2021
30 Oktober 2021 Semua Biro
2 Kelas Interactive Fun Learning (sesi petang)
4 Sambutan “Welcome Back To School” 21 November 2021 Semua Biro
2 Disember 2021 Semua Biro
21 November 2021
LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI 2022
BIL PROGRAM/AKTIVITI TARIKH TINDAKAN BIRO
1. Pengenalan Murid Tahun 1 2022(Google Meet) 4 Januari 2022 Semua Biro
Semua Biro
2. Program Penerimaan Zakat 25 Januari 2022 Semua Biro
Pentadbiran
3. Program Isra’ Mikraj 28 Februari 2022 Semua Biro
Semua Biro
4. Penerimaan Kerusi dan meja baru 19 Februari 2022 Semua Biro
Semua Biro
5. Program Transisi Murid Tahun 1 17 Mac 2022 Semua Biro
6. Program Ihya Ramadhan 31 Mac 2022 Semua Biro
Semua Biro
7. Tadarus Al- Quran Tahun 3,4 & 5 4 April 2022 Semua Biro
Semua Biro
8. Muazzin Cilik(sepanjang bulan puasa) 4 April 2022 Semua Biro
9. Iftor Jamie 21 April 2022 Semua Biro
Semua Biro
10. Kuiz Ramadhan(sepanjang bulan puasa) 4 April 2022 Semua Biro
Semua Biro
11. Buletin Ramadhan(sepanjang bulan puasa) 4 April 2022
12. Bacaan Yassin Dan Doa buat Tuan Rosli Bin Mohd Ariff 13 April 2022
13. Sambutan Hari Nuzul Al-Quran 17 April 2022
14. Majlis Khatam Al Quran 26 April 2022
15. Sambutan Hari Raya & Hari Guru 2022 19 Mei 2022
16. Kejohanan Merentas Desa SRITI An-Nur Kubang Pasu 1 Jun 2022
17. Hari Sukan SRITI An-Nur Kubang Pasu 18 Jun 2022
18. Temasya Sukan SRITI Negeri Kedah (TEMASIK) 31 Julai 2022
14
LAPORAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021
Penyata Penerimaan dan pembayaran
Jemaah Ibubapa dan Guru Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam An-Nur Kubang
Pasu
Berakhir pada 31 Disember 2021
PENERIMAAN RM PEMBAYARAN RM
PERKARA 304.32 PERKARA
Baki pada 1 Jan 2021 35.00
Bank bawa ke hadapan 4200.00 PEMBAYARAN 90.00
PENERIMAAN 560.00 Jamuan minggu pendaftaran
Yuran JIBG 36.40 Duit kelas PDPR 8.00
Infaq Istiqamah Cenderahati penyumbang laptop 50.00
Profit / Hibah Jamuan penyerahan Latihan
OFFLINE 46.00
Hadiah mingguan 135.00
Ink mesin cetak 210.00
Duit raya murid 620.00
Cenderahati Amal Islami
Banner pemenang MAIS 2021 53.00
Kipas 615.77
Sumbangan dana pembangunan 950.10
SRITI Kedah
Hadiah Pemenang pertama Amal 470.00
Islami
Cetak minit mesyuarat 4.29
JUMLAH PENERIMAAN 4796.40 JUMLAH PEMBAYARAN 2021 3287.16
2021
Baki h/b 1813.56
JUMLAH 5100.72 JUMLAH 5100.72
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………………………………… ………………………………………..
(Alya Mahirah Bt Muhammad Luthffi Ameer) (Abd Rahman B Mahamad)
Setiausaha JIBG Sriti An-Nur YDP JIBG Sriti Ann-Nur
Disemak oleh, Disemak oleh,
…………………………………………………….. ……………………………………………….
(Mohd Noor Hanizam Bin Zakaria ) (Shahrir Bin Mokhtar@Mohamed)
Pemeriksaan Kira-Kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2
15
USUL DAN CADANGAN
NAMA USUL DAN CADANGAN
1 MOHD ASRI BIN ZAKARIA Melakukan pentaksiran berkala dua @ tiga bulan sekali untuk mengukur prestasi
murid
2. SITI MUNIRAH BINTI ARIS Infaq bulanan untuk pembangunan SRITI RM 10 dimasukkan ke dalam yuran
JIBG supaya lebih ramai ibu bapa mampu.
⚫ (Biar nilai sedikit tetapi ramai mampu menyumbang secara konsisten)
⚫ (Potongan zakat melalui slip gaji ibu bapa digalakkan supaya automatik,ibu
bapa boleh claim LHDN)
⚫ (SRITI kena berhubung dengan ZAKAT KEDAH,proses potongan zakat terus
ke akaun gaji ibu bapa ke Tabung Pembangunan SRITI).
3. MOHAMAD FIDAIY BIN ZAINAL ⚫ Meningkatkan lagi kemulian para guru dari sudut etika pemakaian dan juga
ABIDIN akhlak dan adab ketika bersama waris.
⚫ Cadangan membina kerusi panjang di hadapan kelas untuk memudahkan
murid memakai kasut ketika pulang.
⚫ Usul supaya guru memberi kebenaran kepada murid untuk pulang tepat pada
waktu yang ditetapkan.
4. SHEKH MOHD NAJIB BIN Meminta Pihak Sekolah,guru-guru memastikan,memantau lebih pada anak-anak
SHEKH IBRAHIM murid yang ketinggalan dalam pelajaran.
5. MOHD SYAHRIZIE BIN MOHD Membezakan jarak waktu pulang Tahap 1 dan Tahap 2 untuk mengelakkan
BAKRI kesesakan ketika murid pulang.
6. OTHMAN BIN YAHYA ⚫ Drop Zone (Harap para waris manfaatkan kawasan ini sebaiknya mungkin
untuk kepentingan bersama,hanya untuk menurunkan anak sahaja,bukan
kawasan peluk cium serta turun dan hantar ke kelas)
⚫ Kera (Pihak Sekolah kena memaklumkan kepada PERHILITAN untuk di
pindahkan segera)
7. NOR SOHELA BINTI HASHIM/ Memakai tudung bewarna hitam pada hari sukan(PJ)
MOHD NOOR HANIZAM BIN
ZAKARIA
8. NOR MAZIAH BINTI MOHD ⚫ Membuka group whatsapp bagi memudahkan waris untuk berurusan dan
TAHIR/ MOHD ZAILANI BIN berkomunikasi dengan pihak guru kelas / sekolah.
ISMAIL
9. NOOR HAMIDI BIN SAID ⚫ Memperbanyakkan aktiviti di luar kawasan sekolah.
⚫ Memperbanyakkan sumbangan dari sekolah untuk murid yang tidak
10 MOHD RIDZUAN BIN MOHD
AKIB berkemampuan.
Kita buat kutipan untuk turap jalan premiz laluan keluar masuk.
11. MOHD YUSOF B. MOHD
NADZIR Sediakan BOX untuk setiap murid.
⚫ BOX untuk simpan Buku Teks dan latihan(Tiada isu tertinggal buku)
12. AHMAD AFIQ BIN MD ZAIN ⚫ Hanya bawa pulang buku yang ada homework.
13. NURUL HIDAYAH MAHADZIR ⚫ BOX waris buat bayaran(Pihak sekolah sediakan)
Perbanyakkan tong sampah
Saya mohon agar pihak sekolah boleh mengutip dana dari ibu bapa untuk
membuat pintu kayu pada tandas murid kerana selak pintu plastik sedia ada
selalu patah.Hal ini menyebabkan anak saya dan rakan-rakannya menahan diri
16
14. NORSHAMSHIDAH BINTI untuk membuang air kecil dan air besar setelah pulang ke rumah jam 4.30
AHMAD petang.Ini sangat membimbangkan kerana ia melibatkan kesihatan mereka pada
jangka panjang.Mohon diberi perhatian serius hal ini. Terima kasih saya ucapkan.
15. SITI ROHAIDA BT MD ISA
16. RUSMADIBIN MD IDRIS Parking kereta.
17. MOHD LOKMAN HAKIM BIN
Adakan program permainan seperti catur, dam atau congkak setiap minggu.
ABD RAZAK Tambah fasiliti sekolah,adakan koperasi untuk memudahkan ibu bapa membeli
18. NIK AZWANI BINTI NIK baju sekolah di luar waktu pejabat.
Minta semua murid balik awal setiap hari Khamis, dari jam 3.30pm ke 2.30pm.
AZEMI Sekian
⚫ Mengadakan program jati diri seperti kem motivasi belajar, kem
19. NAZRI BIN ISMAIL.
kepimpinan, kem ibadah dan lain-lain untuk menjadikan anak² pelajar
20. SYAHRIR BIN MOKHTAR/ lebih bersistematik dan bersemangat dalam pelajaran dan mampu
SHARIFAH QURRATULAINI menjadi pemimpin kepada rakan sebaya.
BINTI SYED ALI ⚫ Adakan kelas tambahan untuk UPKK.
⚫ Jadual anjal bagi murid-murid Tahun 5.
⚫ Persediaan kelas Tahun 6 untuk tahun depan.
⚫ Ubahsuai dan binaan infrasktur bangunan sekolah perlu dianalisis
pakar kejuteraan bangunan supaya bangunan yang dibuat /
diubahsuai mudah untuk diselenggara dan sesuai untuk murid darjah
1-6 serta terdapt kemudahan murid OKU.
⚫ Elakkan murid terdedah kepada cuaca melampau seperti panas terik
dan hujan lebat semasa aktiviti ko-ku dan sukan.Sebenarnya
kekuatan jasmani terbit dari kekuatan rohani yang disemai Syariat
Islam.
⚫ Mohon supaya pihak SRITI lebih proaktif dalam pembangunan SRITI
An-Nur terutamanya dari segi pembinaan bangunan kekal.
⚫ Mohon fokus kepada pembangunan sekolah kerana bilangan murid
semakin ramai.
17
Penghargaan
Pihak JIBG SRITI An-Nur Kubang Pasu merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
YBhg Ustaz Zulhazmi Bin Osman (YDP PAS Kubang Pasu)
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUBANG PASU
Tuan Hj. Ishak Bin Hamid
Guru Besar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam An-Nur Kubang Pasu
Semua Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah Integrasi
Teras Islam An-Nur Kubang Pasu
Semua Guru Dan Staf Sokongan Sekolah Rendah Integrasi
Teras Islam An-Nur Kubang Pasu
Semua ahli JIBG SRITI An-Nur KubangPasu &
semua pihak yang terlibat memberi sumbangan dalam menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan JIBG Kali Ke-3 / 2022
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam An-Nur Kubang Pasu
Terima Kasih
18