Flipbook BukU Log
Kadet Polis
Nama: Lau Jia Qi
Tingkatan: 5 Al-Alusi
Guru
Penasihat
1. Siti 'Aisyah binti Ismail
2. Norzaimah binti Ismail
3. Mahizun binti Omar
4. Noorazila binti Mat Isa
5. Farhana Nabila binti Samsuddin
6. Mohd Nor Akmal bin Salleh
7. M.Rizal bin Kasmon
8. Mohammad Azri bin Abdullah
Isi Kandungan
Tajuk Muka Surat
1. Logo dan maksud logo Kadet Polis 4-5
2. Sejarah penubuhan Kadet Polis di 6
Malaysia 7
3. Latar belakang sejarah penubuhan
4. Objektif penubuhan 8
5. Matlamat penubuhan 9
6. Lagu Kadet Polis 10
7. Ikrar Kadet Polis
8. Uniform dan aksesori 11
Teknik 12
9. Ikatan dan sambungan
10. Pertolongan cemas
Logo dan maksud logo kadet polis
Bulan dan bintang Mahkota
Keris Perkataan “Allah” dan
Kepala Harimau “Muhammad”
Parang
Bunga padi
Motto
Maksud Logo
1. Bulan dan bintang
- Agama rasmi Negara iaitu agama Islam.
2. Mahkota
- Pasukan Polis Diraja Malaysia yang sentiasa menjunjung tinggi kesucian
Islam dan kebesaran Allah serta merupakan sanjungan kepada Yang
diPertuan Agong atas pengurniaan gelaran “Diraja” kepada Pasukan
Polis.
3. Perkataan “Allah” dan “Muhammad”
- Agama rasmi dan keimanan pasukan
4. Kepala harimau
- Kegagahan,keberanian dan semangat juang
5. Keris
- Semenanjung Malaysia
6. Parang
- Negeri Sabah dan Sarawak
7. Bunga padi
- Makanan asasi rakyat dan kemakmuran rakyat
8. Motto
- Teks “Polis Diraja Malaysia” merupakan nama khas Pasukan Polis Diraja
Malaysia.
SEJARAH PENUBUHAN
Kadet Polis di Malaysia
Berdasarkan seksyen 68 Akta Polis
1967 , Ketua Polis Negara dengan persetujuan
Menteri Dalam Negeri boleh menubuhkan
Pasukan Kadet Polis di seluruh Negara.
Sehubungan itu , setakat ini lebih 600 platun Kadet
Polis telah ditubuhkan yang terdiri daripada
hampir 21,000 orang ahli Kadet Polis dan 600
orang pegawai kanan Pasukan Kadet Polis di
seluruh Negara. Tujuan penubuhan Kadet Polis
adalah untuk member pendedahan kepada
sebilangan pelajar dalam aspek peranan dan fungsi
kepolisan dalam menangani masalah jenayah ,
dadah , moral dan gengsterisme di kalangan
pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada masa
hadapan.
LATAR BELAKANG SEJARAH PENUBUHAN
Atas arahan MAGERAN , Akta Polis 1967 telah dipinda bagi membolehkan penubuhan
Pasukan Kadet Polis ( PKP ) di bawah Seksyen 68. Akta tersebut. Berikutan itu sebanyak
56 platun Kadet Polis telah ditubuhkan pada 2 Mac 1970.
Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah
sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2
( Kuasa-Kuasa Perlu ) Darurat 1969,P.K.(A)487 bertarikh 20 November 1969 yang
diselaraskan oleh PDRM.
Memandangkan keberkesanannya , maka PKP telah diperbesarkan kepada 204 platun
pada tahun 1992 , 579 platun pada tahun 1996 dan melebihi 600 platun pada tahun 2010
hingga kini di seluruh Negara. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pelajaran
yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli badan beruniform.
OBJEKTIF
➢ Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.
➢ Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama , bangsa dan Negara
dalam hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam.
➢ Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani , emosi , rohani dan intelek.
➢ Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan
orang ramai yang saling memerlukan.
MATLAMAT
➢ Membentuk masyarakat khususnya remaja semangat Patriotik terhadap
negaranya.
➢ Meningkatkan disiplin diri dan menjadi model kepada pelajar lain.
➢ Menanamkan semangat kerjasama secara berpasukan.
➢ Menjalinkan hubungan yang erat dari berbagai bangsa , agama dengan semangat 1
Malaysia.
➢ Menjadi telinga dan mata kepada pihak sekolah dan PDRM dalam membendung
salahlaku jenayah dikalangan remaja sekolah.
➢ Memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas kepolisan dan
penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan masyarakat.
\Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan Rakyat
Hidup berbahgia
Aman sentosa
Polis Sedia Berkhidmat
(2x)
Tanda lekat di lengan
Polis dengan Pereman
Tangan bersalaman
Alamat Persahabatan
Polis sedia berkhidmat
Kerna Negeri dan Rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis Sedia Berkhidmat
IKRAR KADET POLIS
Uniform dan Aksesori Kadet Polis
Teknik: Ikatan dan ( 1 ) Thumb Knot ( Simpulan Mati )
Sambungan
diikat di hujung sesuatu tali untuk menahan tali dari
tercabut dari ” Block Pulley ” atau untuk kegunaan
sementara mengikut hujung tali supaya tidak
terburai. Simpulan ini dibentuk dengan membuat
satu lingkaran dan simpulkan hujung melalui hujung
lain.
( 2 ) Reef Knot ( Simpulan Buka Sila )
Digunakan untuk menyambungkan dua tali yang
bersama ukuran saiznya. Ini boleh dibentuk seperti
simpulan mati dengan diikat kerana menyusung iaitu
kiri keatas kanan dan kanan keatas kiri. Ianya
dengan cepat dapat dilucutkan dan merupakan satu
ikatan yang berguna untuk maksud umum. Ianya
hendaklah digunakan bagi semua saiz apabila
terdapat yang tetap.
( 3 ) Clove Hitch ( Simpulan Manuk / Manggis )
Ini merupakan asas bagi berbagai – bagai
menambatkan ikatan – ikatan dan boleh digunakan
pada hujung atau ditengah – tengah tali. Apabila
diikat di penghujung tali, ianya akan menjadi satu
ikatan sauh yang kuat dan juga mudah dilucutkan.
( 4 ) Sheet Bend ( Bunga Geti )
Ada dua jenis ikatan Bunga Geti, iaitu Bunga Geti
Tungal dan Bunga Geti Berganda. Kedua – duanya
adalah digunakan untuk menyambungkan dua tali
yang berlainan besar. Ianya mempunayai faedah
supaya mereka tidak akan terlucut apabila tali – tali
basah.
( 5 ) Bowline ( Tindih Kasih )
Ikatan tindih kasih merupakan satu lubang gelung
yang tidak terlucut dihujung seutas tali dan sangat
berguna bagi ikatan penyauh. Ianya boleh digunakan
bagi tujuan menurunkan atau menaikkan dan
sebagai tali pandu keselamatan kepada seseorang.
Seseorang yang pengsan kadangkala boleh ditarik
keluar dari bangunan
Teknik: Pertolongan cemas
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
- Menyelamatakan nyawa
- Mengurangkan kesakitan
- Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
- Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
- Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
- Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan
pesakit itu
- Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
- Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
- Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
- Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
- Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
- Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .