The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitimarhamah, 2019-06-18 23:00:32

BAB 1

BAB 1

BAB 1
PENGENALAN KEPADA ILMU

PSIKOLOGI

PUAN SITI MARHAMAH BINTI KAMARUL ARIFAIN
IJAZAH SARJANA PSIKOLOGI PERKEMBANGAN MANUSIA,UKM

IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI, UKM

PENGENALAN KEPADA
ILMU PSIKOLOGI

Di akhir bab ini, pelajar akan
dapat:

a) Menjelaskan konsep psikologi

b) Mengetahui sejarah ringkas
perkembangan psikologi

c) Menjelaskan Skop dan
Membandingkan Bidang Ilmu
Psikologi

d) Mengetahui hubungkait bidang
psikologi dengan ilmu lain

1.1 PENGENALAN

• Psikologi merupakan 1 bidang yg mempunyai
liputan yg luas.

• Bidang ini telah menarik minat para pengkaji dan
golongan profesional utk mengkajinya.

• Ahli psikologi bertanggungjawab membantu
individu menangani masalah peribadi,
menentukan kerjaya dan meningkatkan
produktiviti di kalangan pekerja melalui
penggunaan prinsip dan kaedah psikologi.

• Banyak masalah yang dihadapi masyarakat
seperti ketagihan dadah, histeria, merompak,
merogol dan sebagainya.

1.2 KONSEP PSIKOLOGI

• Perkataan psikologi berasal daripada gabungan dua
perkataan Greek :
-Psyche (Psiko) yang membawa maksud jiwa, rohani
atau mental dan
-logos (-logi) yang bermakna kajian.

• Definisi; membawa maksud kajian jiwa, mental atau
rohani manusia.

• Daripada makna perkataan ini, beberapa definisi telah
disarankan oleh pakar-pakar psikologi seluruh dunia.

• Psikologi ialah sains bagi kehidupan mental serta
melibatkan aspek-aspek seperti perasaan,
keinginan, kognisi, penaakulan, membuat
keputusan dan lain-lain (William James, 1890).

“Apa yang kita fikir dan rasa, bagaimana dan
mengapa kita fikir dan rasa, itu semua adalah

elemen dalam psikologi”

• Psikologi dapat disimpulkan sebagai sains yang
mendedahkan dan memahami banyak aspek dalam
proses fisiologi dan psikologi yang membawa
kepada tingkah laku, pemikiran, dan perasaan.

Daripada definisi tersebut, psikologi boleh dibahagikan
kepada beberapa bahagian;

• PERTAMA, psikologi sebagai satu kajian saintifik.
Menurut Baller dan Charles (1968) psikologi mengkaji
tingkah laku manusia dengan menggunakan data dan
prinsip yang telah dihimpunkan dengan teliti. Kajian
yang dilakukan dalam disiplin ini menggunakan
kaedah penyelidikan saintifik seperti pemerhatian,
kaji selidik, kajian kes dan lain-lain. Semuanya
menggunakan prosedur yang spesifik.

• KEDUA, psikologi mengkaji tingkah laku manusia.
Tingkahlaku yang boleh dilihat (overt behaviour) seperti
berjalan, makan, memandu, memukul.

• KETIGA, melakukan kajian ke atas proses-proses mental
manusia (covert behaviour) iaitu tingkahlaku
terselindung/tidak dapat dilihat seperti bayangan, perasaan,
mimpi, fantasi, khayalan.

1.3 MATLAMAT ILMU PSIKOLOGI

• Ahli psikologi berpegang kepada EMPAT objektif
iaitu;

A) Memperihalkan
B) Memahami
C) Meramal
D) Mengawal

• Objektif di atas adalah untuk membantu manusia
mencapai keharmonian dan kesejahteraan hidup

1.4 SEJARAH RINGKAS
PERKEMBANGAN PSIKOLOGI

• Tidak ada data yang tepat yang menunjukkan bila
pengajian psikologi dimulakan kerana pada zaman
tersebut, banyak ahli psikologi melakukan
interpretasi yang berbentuk misterikal dan teologikal
semata-mata dan data-data ini amat sukar untuk
disahkan kebenarannya melalui kaedah-kaedah
statistik (Mahmood Nazar Mohamed 2010).

• Dalam tahun 1890, William James telah
mendefinisikan psikologi sebagai “sains bagi
kehidupan mental” dan memasukkan elemen
perasaan, keinginan, kognisi, penaakulan,
membuat keputusan.

• Pada hari ini, psikologi adalah sains tingkahlaku
dan proses-proses mental.

Tingkahlaku =>aktiviti yang dilakukan oleh
manusia dan haiwan yang boleh diperhatikan.

Proses mental => pemikiran, perasaan dan ingatan.

• Ahli psikologi menjalankan penyelidikan dengan
menggunakan metod saintifik untuk memahami
tindakan dan pemikiran manusia dan haiwan.

• Pada tahun 1879, Wilhelm Wundt telah membuka
makmal psikologi yang pertama di Leipzig,
Jerman. Peristiwa ini adalah pencetus permulaan
psikologi sebagai disiplin saintifik.

• Wundt seorang ahli perubatan yang telah
menggunakan metod eksperimen untuk
mengidentifikasikan elemen-elemen asas
kesedaran manusia.

Aliran-aliran dalam psikologi

• Strukturalisma
• Fungsionalisma
• Behaviorisma
• Psikologi Gestalt

• Psikoanalisis

Strukturalisma

• Pengasas: Wilhelm Wundt
• Aliran: Struktur minda dibina dari elemen sedar seperti idea-

idea dan kederiaan; berdasarkan unit-unit asas pengalaman
dan kombinasi antara unit-unit tersebut.
• Introspeksi (melihat ke dalam); memerhati satu rangsangan
dan kemudian menceritakan pengalaman yang dialami.
Hasilnya mereka akan menceritakan pengalaman yang mereka
alami (Asmawati Desa et. al 2015).
• Contoh; pengalaman berjumpa kawan lama dan
mengenalinya. Ia melibatkan komposisi sensasi, perasaan
yang disintesis oleh minda.

• Pendekatan ini mendapat tentangan daripada pengkaji
lain kerana introspeksi sukar.

• Metod introspeksi mempunyai limitasi. Banyak tingkah
laku sukar untuk dijelaskan melalui introspeksi.
Contohnya berfikir untuk bercakap. Kita tahu apa yang
kita mahu tuturkan namun, kita tidak tahu dari mana
perkataan-perkataan tersebut wujud.

Fungsionalisma

• Bermula di USA;dari protes terhadap Wundt.
• Tokoh: William James, profesor di Universiti Harvard.
• Aliran: Ahli-ahli psikologi Fungsionalisme memberi

tumpuan kepada proses aktiviti sedar (seperti persepsi dan
pembelajaran) dan menekankan tentang kesignifikanan
biologi (tujuan atau fungsi) proses-proses semulajadi
termasuk tingkahlaku.

• Penekanan diberikan kepada tingkah laku luaran, dan
bukan peristiwa yang berlaku dalam fikiran. Selain itu,
aliran ini juga telah dipengaruhi oleh Charles Darwin
(1859) yang menganggap ciri biologi dapat dijelaskan
melalui peranan tingkahlaku tersebut dalam adaptasi
organisma terhadap persekitaran. Beliau juga menganggap
tingkahlaku ini dapat diwarisi.

• Aliran ini kemudian telah diambilalih oleh pergerakan
psikologi Amerika iaitu behaviorisme.

Behaviorisma

• Tokoh: Ivan Pavlov, Edward Thorndike, John B. Watson
• Aliran: kajian tentang hubungan antara persekitaran

manusia dengan tingkahlaku mereka tanpa mengambilkira
apa yang berlaku dalam kepala.
• Ivan Pavlov: Kajian terhadap fisiologi haiwan iaitu anjing.
(Pelaziman Klasik)
• Edward Thorndike: kajian tentang tingkahlaku haiwan;
kucing dimasukkan ke dalam sangkar yang mempunyai
selak dan perlu membuka selak untuk mendapatkan
makanan (Try and error)- Pelaziman Operan

Psikologi Gestalt

• Tokoh: Max Wertheimer
• Aliran: menentang aliran strukturalisma dan

behaviorisma. Pendekatan ini percaya bahawa untuk
memahami sesuatu fenomena adalah baik jika
dipecah-pecahkan dan dikaji bahagian-bahagian kecil
fenomena tersebut. Gestalt percaya manusia
mempersepsi dunia dalam bentuk keseluruhan.
• Max Wertheimer: eksperimen terhadap pergerakan,
jika 2 biji lampu dinyalakan dan ditutup pada interval
yang sama, pemerhati akan melaporkan melihat satu
lampu sahaja.

Psikoanalisis

• Tokoh: Sigmund Freud.
• Aliran: aktiviti mental manusia berdasarkan fikiran

tidak sedar.
• Aspek utama teori-teori Freud;
a) Personaliti manusia mengandungi dan dipengaruh
b) Manusia lahir dengan beberapa dorongan naluri dan

yang paling kuat adalah libido (nafsu)
c) Pengalaman yang diperoleh masa kanak-kanak awal

merupakan pengaruh penting ke atas perkembangan
emosi dan personaliti.
d) Personaliti mengandungi 3 struktur utama: id, ego,
superego.

STRUKTUR PERSONALITI FREUD

MARI UJI MINDA

1. Apakah perbezaan overt behaviour dan covert
behaviour?

2. Berapakah aliran yang terdapat di dalam
pengkajian psikologi?

3. Apakah idea utama yang dikemukakan oleh
tokoh Sigmund Freud?

1.5 SKOP DAN BIDANG ILMU PSIKOLOGI

• Persatuan Psikologi Amerika telah mengemukakan 47
bahagian yang mewakili bidang minat ahli-ahli psikologi
hari ini.

• Pelbagai jenis isu yang boleh diterokai oleh ahli-ahli
psikologi.

• Namun, hanya segelintir sahaja bidang psikologi yang
terdapat di Malaysia.

• Penyelidikan yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi dalam
bidang tertentu juga berbeza iaitu dari segi cara mereka
mengkaji dan menerangkan sesuatu tingkahlaku (Carlson
1993)

• Ia berbeza dalam 2 cara utama iaitu;
a) Dalam jenis fenomena yang diuji atau dikaji,
b) Dalam peristiwa atau faktor penyebab yang

dianalisa.

• Contoh;
Dua orang ahli psikologi berminat dalam
fenomena psikologi yang sama iaitu ingatan,
tetapi cara mereka menerangkan fenomena
tersebut (dari segi faktor penyebabnya) adalah
berbeza iaitu fisiologi atau persekitaran.

SKOP DAN BIDANG DALAM PSIKOLOGI

SKOP
• Skop bidang psikologi berkembang luas, psikologi bukan

sahaja mengkaji tingkah laku haiwan tetapi tingkah laku
manusia dalam semua peringkat kehidupan.
• Bidang ini memberi perhatian kepada mekanisme fisiologi,
aktiviti mental yang sedar dan tidak sedar, aspek sosial,
perkembangan dan semua aspek lain berkaitan kehidupan
manusia.
• Memahami diri dan orang lain melalui bidang psikologi.

BIDANG-BIDANG UTAMA DALAM PSIKOLOGI

• Bidang-bidang dalam psikologi boleh dirujuk kepada 54
bahagian yang dikemukakan oleh American Psychological
Association (APA).

• Bahagian-bahagian tersebut menggambarkan minat ahli-
ahli psikologi dan merupakan subdisiplin psikologi
(eksperimental, sosial dan klinikal) manakala yang lain
memfokus kepada bidang mengikut topik seperti ketuaan,
hubungan etnik dan trauma.

1. Persatuan untuk Psikologi Umum 13. Persatuan untuk psikologi
konsultasi
2. Persatuan untuk pengajaran psikologi
14. Persatuan untuk psikologi industri
3. Psikologi eksperimen dan organisasi
5. Penilaian, pengukuran dan statistik
15. Psikologi pendidikan

16. Psikologi sekolah

6. Neurosains tingkahlaku dan psikologi 17. Persatuan untuk psikologi
perbandingan kaunseling
7. Psikologi perkembangan
18. Ahli psikologi dalam perkhidmatan
8. Persatuan untuk personaliti dan awam
psikologi sosial
19. Persatuan untuk psikologi
ketenteraan

9. Persatuan untuk kajian tentang isu 20. Perkembangan dewasa dan ketuaan
sosial 21. Psikologi eksperimen
22. Psikologi Pemulihan
10. Persatuan untuk isu estetik, kreativiti,
dan seni

12. Persatuan untuk psikologi klinikal

Penagihan Pengguna
Perkembangan dewasa Kaunseling
Pengiklanan Keadilan jenayah
Ketuaan Perkembangan
Eksperimen gunaan ketidakupayaan
Sastera Kecelaruan pemakanan
Penilaian Industri dan organisasi
Analisis tingkahlaku Internasional
Perkhidmatan kanak-kanak, belia dan Ketidakupayaan dalam perkembangan
keluarga
Kanak-kanak Undang-undang dan psikologi
Klinikal Isu-isu lesbian, gay, biseksual dan
transgender
Kanak-kanak klinikal Pengukuran
Komuniti Media
Perbandingan Lelaki dan maskuliniti
Resolusi konflik Kerencatan mental
Perundingan Ketenteraan

Psikologi Psikologi Psikologi Psikologi
Industri dan Sosial Sukan Perbandingan
Organisasi
Bidang-bidang dalam Psikologi
Psikologi Psikologi Fisiologi
Kesihatan
Psikologi
Psikologi Klinikal
Forensik

Psikologi Psikologi Psikologi
Pendidikan Silang Kognitif
Budaya
Psikologi Psikologi
Perkembangan Kaunseling

(Sumber: Feldman 2011)

1.6 HUBUNGAN PSIKOLOGI DENGAN ILMU LAIN

Pendidikan Sosiologi Politik
Komunikasi Antropologi
ILMU
PSIKOLOGI

Agama Biologi/
Kedoktoran

a) Sosiologi

- Mempelajari tingkahlaku individu dalam
kumpulan atau rangsangan sosial.

b) Politik

- Bagaimana untuk mencapai keadilan yang berkait
dengan psikologi; penting dalam memahami hati
atau luahan rakyat dan golongan tertentu.

c) Antropologi

- Memahami tingkah laku manusia dalam kelompok
etnik kebudayaan yang berada di sekitar manusia
dan mampu mempengaruhi manusia.

d) Biologi/kedoktoran

- Membantu doktor menggunakan pendekatan yang baik
terhadap pesakit; bagaimana mengawal emosi pesakit
yang mengalami penyakit kritikal.

e) Agama

- Memberi bimbingan kepada manusia yang melanggar
norma-norma oleh agama dan yang telah melakukan
dosa.

f) Komunikasi

- Ilmu yang menghuraikan, meramalkan dan
mengendalikan peristiwa mental dan tingkahlaku dalam
komunikasi.

g) Pendidikan

-Pendidikan tidak berhasil dengan baik jika tiada ilmu
psikologi.

1.7 KERJAYA DALAM BIDANG PSIKOLOGI

Ahli psikologi Ahli Ahli
kognitif dan psikologi psikologi
perspektif klinikal industri

Ahli KERJAYA DALAM Ahli
psikologi PSIKOLOGI psikologi
kaunseling kesihatan

Ahli psikologi Ahli
perkembangan psikologi
forensik

Ahli
psikologi
pendidikan

PASARAN PEKERJAAN

• Kebanyakan ahli psikologi yang telah mempunyai Doktor
Falsafah bekerja di dalam institusi pengajian tinggi awam
mahu pun swasta atau bekerja sendiri seperti membuka
konsultan. Selain itu, terdapat juga ahli psikologi bekerja di
dalam seting hospital, klinik, pusat kesihatan mental, pusat
kaunseling, bekerja di dalam sektor kerajaan, perniagaan,
sekolah dan di penjara.

Hospital Lain-lain Perniagaan
8% 7% 13%
Pusat
Sw as ta Penjagaan
33% 4%

Sekolah Institusi
4% Pengajian

Tinggi
31%

Rajah 1.5: Gambaran Pekerjaan Ahli Psikologi di dalam
Pelbagai Seting

(Sumber: American Psychological Association, 2007)

• Ahli psikologi boleh dikategorikan mengikut dua
bidang utama iaitu; psikologi penyelidikan dan
psikologi gunaan.

• Ahli psikologi penyelidikan mengkaji aspek fizikal,
emosi, sosial, kognitif dan asas biologi pemikiran dan
tingkahlaku manusia. Menjalankan kajian dan bekerja
di universiti atau kolej, pejabat kerajaan atau swasta.

• Ahli psikologi gunaan menggunakan pengetahuan
tentang tingkahlaku manusia untuk cuba
menyelesaikan masalah dunia yang sebenar atau
menolong manusia mengatasi masalah psikologikal.

• Terlibat terus dengan klien/pesakit dalam seting
hospital, klinik kesihatan mental, sekolah.

MARI UJI MINDA

1. Apakah skop dan bidang dalam psikologi yang
telah anda pelajari?

2. Jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan
hubungan percintaan semasa di kampus, dengan
siapakah yang anda patut jumpa?

3. Bagi pendapat anda, adakah profesion psikologi
mampu untuk membantu individu lain dalam
menyelesaikan masalah?

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version