The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Nota Kata Adjektif

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21246593, 2024-03-28 10:46:45

Kata Adjektif

Buku Nota Kata Adjektif

Keywords: Kata adjektif

Cerdik Saya Kata Adjektif NAMA PENUH NURUL FARHAH BINTI BAKERI KELAS 6 AMAN


STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. 5.1.3 Memahami dan menggunakan pelbagai kata adjektif mengikut konteks


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KRITERIA KEJAYAAN Pada akhir pembelajaran, murid dapat: Mengetahui sekurang-kurangnya sembilan jenis kata adjektif mengikut konteks. Membina sekurang-kurangnya tiga ayat berdasarkan setiap jenis kata adjektif. Pada akhir pembelajaran, murid dapat: Mengetahui sembilan jenis kata adjektif mengikut konteks. Membina tiga ayat berdasarkan setiap jenis kata adjektif.


Adjektif Perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. baik lemah curiga kasar cerdik berani pandai gopoh sihat Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Budak baik selalu dipuji. 2.Anak guru itu amat cerdik. 3.Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya. Kata Sifatan atau keadaan


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan. merah ungu putih kelabu biru hitam hijau perang jingga Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Baju merah itu kepunyaanku. 2.Tubuhnya diselimuti kain putih. 3.Warna kuning warna diraja. Kata Warna


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. panjang rendah pendek tebal kecil nipis besar kerdil renek Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Bilik kecil mudah diurus. Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja dia pergi. 2. 3.Anaknya masih belajar di sekolah rendah. Kata Ukuran


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. bulat bengkok lonjong lurus bujur buncit bundar leper lekuk Contoh penggunaannya dalam ayat: Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat. 1. 2.Jalan bengkok kek kota itu telah ditutup. 3.Perut Si Luncai buncit. Kata Bentuk


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. baharu lampau lama lewat segera cepat suntuk silam awal Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Ali ke kedai untuk membeli baju baharu. 2.Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki. 3.Jam dinding itu lambat setengah jam. Kata Waktu


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan sebagai penerang kata nama. jauh hampir dekat rapat Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Rumah yang dituju itu sungguh jauh. 2.Tempat kejadian itu dekat sekali dengan rumah saya. 3.Kawan rapat saya belajar di luar negara. Kata Jarak


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai unsur keterangan. cepat lincah deras gopoh laju jelas lambat sering selalu Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Tindak balas orang tua itu sungguh cepat. 2.Pemain lincah itu berasal dari utara. 3.Dia gopoh dalam peperiksaan. Kata Cara


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian konsep perasaan sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama. rindu berahi benci ragu segan kasih suka cinta marah Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Dia amat rindu akan emaknya. 2.Setiap rakyat harus cinta pada tanah airnya. 3.Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya. Kata Perasaan


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama. i) Deria RASA sedap pahit manis masin lazat tawar lemak kelat payau Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Masakan di kedai tidak semestinya sedap. 2.Buah mempelam muda itu masam sungguh. 3.Gulai itu tidak lemak kerana kekurangan santan. Kata Pancaindera


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama. i) Deria PANDANG cantik buruk kacak molek tampan segak hodoh comel lawa Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Bayi comel itu memenangi hadiah pertama. 2.Pengawal-pengawal peribadi baginda segak belaka. 3.Rupanya hodoh tetapi akhlaknya mulia. Kata Pancaindera


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama. i) Deria DENGAR bising mersik garau lunak nyaring serak Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Mereka menjerit-jerit sehingga serak suara. 2.Bunyi biolanya amat mersik. 3.Penyanyi suara lunak itu baru berusia 15 tahun. Kata Pancaindera


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama. i) Deria BAU harum wangi tengik semerbak busuk hanyir hapak hancing hamis Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Bedak sejuk itu harum baunya. 2.Minyak tengik itu jangan digunakan. 3.Tandas yang tidak dibersihkan hancing baunya. Kata Pancaindera


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama. i) Deria SENTUH halus kesat licin lembap lembut kasar Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Kain halus itu hasil tenunan tangan. 2.Papan itu kasar kerana belum diketam. 3.Mereka menguli adunan itu sehingga lembut. Kata Pancaindera


Adjektif Perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerang kata nama. i) GABUNGAN deria bersih (bau + pandang) selesa (sentuh + pandang) tenteram (dengar + pandang) Contoh penggunaannya dalam ayat: 1.Islam menggalakkan orang memakai pakaian bersih. 2.Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar. 3.Kehidupan sepasang suami isteri itu amat tenteram. Kata Pancaindera


Click to View FlipBook Version