D E SUSTAINABLE A L
V E L O P M E N T G OMATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN
SDG 3 | GOOD HEALTH AND
WELL-BEING
Pensyarah :
Dr. Marshelayanti Binti Mohamad Razali
Penulis :
Muhammad Arash Bin Azahari (D20191089356)
Sophia Amma anak Endawie Ranyai (D20191089383)
Nur Fisya Medina Sivam Abdullah (D20191089342)
Ain Najwa Binti Aziz (D20191089357)
Helda Binti Francis (D20191089363)
KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN .............................................. I
MAKLUMAT IKON............................................. II
1.0 Pengenalan SDGs....................................1
2.0 Matlamat SDGs 3.................................2-5
3.0 Isu Berkaitan SDGs 3............................6-7
4.0 Penyelesaian Masalah.........................8-9
5.0 Design Thinking..................................10-11
RUJUKAN .......................................................... 12
I
MAKLUMAT IKON
TAHUKAH ANDA
Memberi info tambahan berkenaan
maklumat yang dijelaskan
INFO LANJUT
Imbas untuk mendapatkan maklumat
lanjut dan terperinci bagi penerangan,
MAKLUMAT PENTING
Memberi penekanan terhadap isi yang
disampaikan.
UJI MINDA KBAT
Soalan kemahiran berfikir aras tinggi
yang menguji kognitif pelajar.
II
1.0 PENGENALAN SDG
Sustainable Development Goals (SDG) ialah koleksi 17 matlamat global yang ditetapkan oleh
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015. SDG ini
merupakan satu kesinambungan daripada matlamat Millenium Development Goals (MDGs)
yang berakhir pada Disember 2015. SDG juga merangkumi kesemua isu-isu pembangunan
lestari yang mencerminkan visi masa depan yang sangat bercita-cita tinggi dengan
memegang prinsip penekanan bahawa tiada siapa yang akan ketinggalan serta akan
memperoleh manfaat daripada pembangunan yang berdaya tahan berdasarkan kepada hak-
hak asasi manusia. Selain itu, SDG adalah meluas dan saling bergantung, namun masing-
masing mempunyai senarai sasaran yang berlainan untuk dicapai. Ianya juga merangkumi
isu pembangunan sosial dan ekonomi termasuk kemiskinan, kelaparan, kesihatan,
Pendidikan, pemanasan global, kesetaraan gender, air, sanitasi, tenaga, urbanisasi, alam
sekitar dan keadilan sosial.
SDG ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sasaran khusus setiap tujuan bersama dengan
petunjuk yang digunakan untuk mengukur kemajuan setiap sasaran. Matlamat global juga
sebagai tujuan global yang diterima oleh semua negara anggota sebagai panggilan universal
untuk membasmi kemiskinan, melindungi bumi ini demi memastikan keamanan dan
kesejahteraan kepada semua menjelang tahun 2030. Ianya disatukan untuk menyedari
bahawa campur tangan di satu kawasan akan mempengaruhi hasil di kawasan yang lain dan
pembangunan mesti menyeimbangkan kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial. Rekod
prestasi dalam mencapai matlamat ini juga memberikan pengalaman berharga dan
pengetahuan peraturan yang terbukti membolehkan semua orang mencapai matlamat yang
ditetapkan dalam SDG menjelang tahun 2030. Justeru, tindakan bersama untuk mencapai
matlamat global dalam pelbagai keadaan yang memerlukan kreativiti, pengetahuan dan
kepakaran teknologi semua lapisan masyarakat.
1
2.0 MATLAMAT SDG 3
Matlamat SDGs ke-3 adalah menjamin
kesihatan yang baik dan kesejahteraan
kepada semua masyarakat pada tahun
2030. Program ini bertujuan untuk
meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang penjagaan kesihatan di setiap
lapisan umur. Contoh program yang
dijalankan adalah wacana kesihatan
mental dan pemeriksaan kesihatan
percuma kepada masyarakat.
Seterusnya, SDGs ke-3 memberi
tumpuan terhadap pelbagai aspek
kehidupan sihat dan gaya hidup sihat.
Kesihatan yang baik sangat penting
untuk pembangunan mampan dan
agenda 2030. Selain itu, ia memberi
tumpuan kepada penurunan jumlah
kematian ibu dan bayi, mengurangi
kesakitan dan kematian akibat
penyakit menular dan tidak menular,
ketidaksamaan ekonomi dan sosial
yang lebih luas, pembandaran, krisis
iklim dan penyakit HIV yang
berterusan.
2
Terdapat 13 sasaran utama untuk mencapai matlamat keseluruhan SDG
3 yang harus dicapai sebelum menjelang 2030.
Sasaran 3.1: Mengurangkan kematian ibu bersalin
Mengurangkan nisbah kematian ibu bersalin di peringkat global iaitu
kurang daripada 70 setiap 100,000 jumlah kelahiran.
Sasaran 3.2: Menamatkan semua kematian yang boleh
dicegah di bawah umur lima tahun
Tamatkan kematian bayi baru lahir dan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang
boleh dicegah, daripada semua negara untuk mengurangkan kematian.
Sasaran 3.3: Memerangi penyakit berjangkit
SDG berhasrat ingin menamatkan wabak AIDS, tuberkulosis, malaria dan
penyakit tropika yang diabaikan serta memerangi hepatitis, penyakit
bawaan air dan komuniti lain.
Sasaran 3.4: Mengurangkan kematian akibat penyakit
tidak berjangkit dan menggalakkan kesihatan mental
Mengurangkan sebanyak satu pertiga kematian pramatang daripada
penyakit tidak berjangkit melalui pencegahan dan rawatan serta
menggalakkan kesihatan mental dan kesejahteraan.
Sasaran 3.5: Mencegah dan merawat penyalahgunaan bahan
Memperkukuh pencegahan dan rawatan penyalahgunaan bahan, termasuk
penyalahgunaan dadah narkotik dan penggunaan alkohol yang berbahaya.
3
Sasaran 3.6: Mengurangkan kecederaan jalan
raya dan kematian
Kurangkan separuh jumlah kematian dan kecederaan global akibat
kemalangan jalan raya.
Sasaran 3.7: Akses universal kepada penjagaan seksual dan
reproduktif, perancangan keluarga dan pendidikan
Menjelang 2030, pastikan akses universal kepada perkhidmatan penjagaan
kesihatan seksual dan reproduktif, termasuk untuk perancangan keluarga,
maklumat dan pendidikan, dan integrasi kesihatan reproduktif ke dalam
strategi dan program nasional.
Sasaran 3.8: Mencapai perlindungan kesihatan sejagat
Mencapai perlindungan kesihatan sejagat, termasuk perlindungan risiko
kewangan, dan akses kepada ubat-ubatan dan vaksin penting yang selamat,
berkesan, berkualiti dan berpatutan untuk semua..
Sasaran 3.9: Mengurangkan penyakit dan kematian akibat
bahan kimia berbahaya dan pencemaran
Mengurangkan bilangan kematian dan penyakit akibat bahan kimia berbahaya
dan pencemaran dan pencemaran udara, air dan tanah.
Sasaran 3.a: Melaksanakan konvensyen rangka kerja WHO
mengenai kawalan tembakau
Memperkukuh pelaksanaan Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan
Tembakau di semua negara, mengikut kesesuaian.
4
Sasaran 3.b: Menyokong penyelidikan, pembangunan dan
akses universal kepada vaksin dan ubat mampu milik
Menyokong penyelidikan dan pembangunan vaksin dan ubat-ubatan untuk
penyakit berjangkit dan tidak berjangkit yang terutamanya menjejaskan
pembangunan.
Sasaran 3.c: Meningkatkan pembiayaan kesihatan dan
menyokong tenaga kerja kesihatan di negara membangun
Meningkatkan pembiayaan kesihatan dengan ketara dan pengambilan, pembangunan,
latihan dan pengekalan tenaga kerja kesihatan di negara, membangun, terutamanya di
negara kurang maju dan negara membangun pulau kecil
Sasaran 3.d: Memperbaik sistem amaran awal untuk risiko
kesihatan global
Memperkukuh kapasiti semua negara, negara membangun, untuk amaran awal,
pengurangan risiko dan pengurusan risiko kesihatan nasional dan global.
Untuk maklumat lanjut, ikuti berita tempatan anda dan
kekal berhubung dengan Matlamat Global dalam talian
atau di media sosial di @TheGlobalGoals.
TAHUKAH ANDA?
Tahukah anda, dengan menderma darah dan
mengambil vaksin anda secara tidak langsung
telah menyokong SDGs 3 ?
5
3.0 ISU BERKAITAN SDGs 3
Dalam usaha mencapai matlamat SDGs ke-3 iaitu kesihatan baik dan
kesejahteraan, terdapat beberapa isu yang mampu menjadi penghalang
dalam mencapai malamat tersebut. Antaranya termasuklah :
Kurang kesedaran tentang kesihatan
Masyarakat menganggap kesihatan hal yang remeh.
Masyarakat lebih takut untuk mendapatkan rawatan
kesihatan berbanding penyakit (taboo).
Kurang pendedahan berkenaan kesihatan, terutama
penduduk di pendalaman.
Wujud golongan yang menentang perubatan.
Contoh penyakit membawa maut kurang yang kurang
kesedaran masyarakat : Kanser, Pneumonia, Sakit Jantung
dan kesihatan mental.
PERUNTUKAN DANA PERUBATAN YANG BERBEZA
Dana perubatan kawasan bandar dan luar bandar
adalah berbeza.
Wujudnya jurang dana yang berbeza antara bandar
dan luar bandar.
Berlaku di dalam beberapa buah negara ASEAN.
Penduduk luar bandar kurang mendapat perhatian
berkenaan kesihatan.
UJI MINDA KBAT
Sekiranya rakan anda mengajak anda untuk
menentang perubatan moden, apakah tindakan
yang anda lakukan?
6
KEKURANGAN UTILITI PERUBATAN di luar bandar
Utiliti perubatan yang terhad
Penduduk luar bandar perlu ke bandar untuk
mendapatkan rawatan yang bersesuian utiliti
kesihatan.
Ketidak samarataan untuk mendapatkan
peluang perkhidmatan kesihatan.
Contohnya situasi di India dan Afrika.
KEKURANGAN TENAGA PAKAR
Kekurangan tenaga pakar perubatan mengekang
negara untuk memberi perubatan kesihatan
terbaik.
Tenaga pakar lebih memeilih berkhidmat di negara
yang lebih maju berbanding negara sendiri.
Wujudnya jurang perkhidmatan kesihatan antara
negara maju dan kurang maju.
Tiada pakar dalam bidang perubatan membuat
pesakit tidak dapat dirawat dan memerlukan kos yang
mahal.
TAHUKAH ANDA?
Tahukah anda Hari Kesihatan Sedunia di adakan
pada setiap 7 April dan tema Hari Kesihatan 2021
adalah membina dunia yang lebih sihat dan
saksama iaitu selaras dengan matlamat SDGs ke-3
7
4.0 PENYELESAIAN MASALAH
Pendidikan Kesihatan
Pendidikan kesihatan melalui kempen yang
dilaksanakan melalui media massa.
Lebih efektif kerana pengguna media sosial
meningkat.
Penyaluran maklumat dalam bentuk grafik dan
animasi yang bersesuaian
Hampir semua penduduk global mempunyai akaun
media sosial mereka sendiri.
Menarik lebih banyak pengguna media sosial
Contohnya : Contoh: Unicef telah mengambil
inisiatif dalam membantu menangani masalah
kesihatan mental kanak -kanak dengan
menganggarkan sejumlah 387.2 bilion dolar amerika
bagi mempromosikan kepentingan menjaga
kesihatan mental .
mEMBERIKAN PERUNTUKAN
YANG SAMA RATA
Dana yang secukupnya mampu mewujudkan
perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Bertujuan untuk memastikan kesamarataan
perkhidmatan dapat dikecapi oleh penduduk
tanpa mengira status individu tersebut.
Mampu memberi kemudahan kepada individu
untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Setiap negara mempunyai peruntukan dana
dalam sektor kesihatan yang berbeza-beza.
Contoh : Kerajaan British memperuntukkan
dana sebanyak £6 bilion dalam bajet 2022
khusus untuk Perkhidmatan Kesihatan
Nasional bagi mendepani cabaran pandemik
COVID-19 8
Menaiktaraf utiliti SEDIA
ADA
Kesihatan merupakan hak asasi setiap manusia
Kemudahan kesihatan di luar bandar perlu diberikan
penekanan yang lebih.
Mempertingkatkan akses terhadap penjagaa yang
berkualiti penyediaan ubat-ubatan.
Tumpuan yang lebih perlu bagi memastikan
kesinambungan dan kebolehpercayaan penyampaian
perkhidmatan kepada pesakit.
Kemudahan yang sedia ada haruslah dinaiktaraf sejajar
dengan penggunaan teknologi pada masa kini.
Contoh :Malaysia mengalakkan ASEAN dan China
supaya bekerjasama dalam bidang kesihatan awam dan
keupayaan farmaseutikal melalui perkongsian
teknologi, kepakaran dan harta intelek,
Menangani kekurangan
masalah pakar
Pihak berkuasa di setiap negara harus mengembleng
usaha bagi membangunkan modal insan kesihatan
yang cukup dan berkemahiran.
Dasar berkaitan dengan sektor kesihatan perlulah
dikaji dan diteliti semula
Peraturan juga harus kaji semula agar pakar
kesihatan daripada swasta mampu memberikan
perkhidmatan kesihatan penjagaan kesihatan awam
Pakej insentif juga perlu dikaji semula bagi
mengiktiraf semula prestasi serta mendorong lebih
banyak doktor ataupun pakar mendalami kepakaran
yang kritikal.
9
5.0 DESIGN THINKING
10
Secara ringkasnya, Design Thinking bagi SDG ke-3 ini dirangka bagi
mengenal pasti masalah, mengetahui cadangan serta penyelesaian bagi
masalah berkaitan kesihatan. Jadual Design Thinking ini juga dilengkapi
dengan maklum balas bagi cadangan yang diajukan. Misalnya, mengapa
adanya pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan cadangan yang
diajukan. Pada akhirnya, salah satu daripada penyelesaian terbaik akan
dipilih mengikut rasional dan keperluan.
11
RUJUKAN
Ahmad, R. B., & Shuaib, N. A. (2020). SDG perlu ambil kira semua
lapisanmasyarakat. BH Online, 1.
Issabelle Leong. (2018). Kesedaran terhadap penyakit kanser masih
rendah - Dr Lee Boon Chye. Astro Awani Online.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kesedaran-terhadap-
penyakit-kanser-masih-rendah-dr-lee-boon-chye-187066
(n.d.). https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2020-
02/Kertas%20Strategi%2005.pdf
UTM Centre for Engineering Education. (2020, Julai 8). Terokai Matlamat
Pembangunan Mampan Menuju 2030 [Video]. YouTube.
https://youtu.be/wkODEzUBH-Q.
12