BUKU SKRAP DIGITAL
TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL HAJ
Bapa kemerdekaan Malayasia
DEISEDIAKAN OLEH:
NUR ADLINA BINTI ZULKIFLI
(SK SUNGAI RENGIT)
Biodata Murid
NUR ADLINA
BINTI ZULKIFLI
Tarikh Lahir: 30 Oktober 2010
Kelas : 5 BRILLIANT
Sekolah: SK Sungai Rengit
Alamat: No 139, Jalan Teluk Ramunia, Sungi Rengit, 81620
Pengerang, Johor.
Hobi: Melukis
pendahuluan
Jika ditanya oleh rakyat kita, pastinya tiada siapa yang
tidak kenal terhadapTunku Abdul Rahman. Jasanya
meniupkan semangat nasionalisme kepada rakyat
Malaysia tidak sesekali luput di ingatan dan segar
terpahat di sanubari di minda. Dengan bantuan beliau
Malaysia dapat mengharungi pelbagai cabaran ancaman
luar dan mendapat kemerdekaan
"Mulai 31 Ogos 1957,(kita) akan menjadi
sebuah negara berdaulat dan demokratik
untuk selama-lamanya, yang dibina
berdasarkan prinsip kebebasan dan
keadilan serta sentiasa memperjuangkan
kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya."
Berikut merupakan petikan kata-kata Tunku Abdul
Rahman ketika perisytihiaran kemerdaan. Sebelum
ini kecapi pelbagai perkara yang telah dilakukan oleh
Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan
ketika beliau memimpin negara dan menjadi tonggak
utama dalam pembentukan masyarakat yang bersatu
.
TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL HAJ
Tamat pengajiannya
dengan lulus LLB, di Inner
Temple, London pada
1945
Biodata
Nama Tuanku Abdul Rahman Putra Al-
Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul
Tarikh lahir Hamid Halim Shah,
Tarikh meninggal
Tanggal 8 Februari, 1903,Alor
Nama Bapa Setar, Kedah
Nama Ibu
6 Disember 1990.
Kuala Lumpur
Sultan Abdul Hamid Halim
Shah, penguasa ke-24 Kedah
Che Manjalara
Rasionalisasi pemilihan tokoh
Setelah menyelesaikan seluruh rangkaian studinya, beliau
akhirnya kembali ke Malaysia dimana dia kemudian diterima
menjadi pegawai nasihat negeri Kedah pada 1931.
Pada tahun 1947, Tunku kembali ke Inggris untuk melakukan
pelatihan hukum.
Pada tahun 1949, beliau pulang ke negerinya dan diangkat
menjadi deputi jaksa penuntut umum di Departemen Hukum
Federal Malaysia. Beliau mula mengundurkan diri dari
jabatan di Departemen Hukum pada tahun 1951 kerana
beliau memutuskan untuk memasuki dunia politik.
Tunku melakukan langkah pertamanya di dunia politik
dengan menjadi presiden Amerika Organisasi Nasional
Melayu (UMNO).
Beliau kembali terpilih menjadi pemimpin organisasi
tersebut melalui Kongres India Melayu pada tahun 1955.
Di tahun itu juga, organisasi yang dipimpinnya itu berhasil
keluar sebagi pemenang dalam pemilihan umum tahun 1955.
Hal ini menjadikan Tunku diangkat sebagai perdana menteri
pertama.
Kelebihan tokoh
Tunku telah banyak berkorban untuk negara.pelbagai
cabaran serta rintangan dihadapinamun segalanya
berjaya di atasi dengan cekal dan tabah.
Dalam mengahdapi sesuatu isu,Tunku sentiasa
bersikap mengejar masalah dan buakannya menanti
masalh. Beliau tidak membiarkan sesuatu masalh itu
terselesai dengan sendirinya. Dengan keazaman, banyak
perkara yangpada mulanya mustahil menjadi
kenyataan.Falsafah Tunku terhadap ideologi komunis
sebernanya tegas. Tidak ada tolak ansur terhadapnya.
Kegigihan, keberanian dan ketegasan beliau telah
membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah.
Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat
hidupnya yang begitu mulia dan menghargaikesanggupan
mengorbankan masa-masanya yang berharga bagi
membentuk negara yang merdeka. sikap pandangan jauh
beliau ini tidah mudah difahami oleh rakyat dengan
bagaimana beliau memikirkan untuk memerdekakan
rakyat kita
Bukti kredibiliti Tokoh
Bagi memupuk
kerjasama antara
kaum dengan
menghasilkan
perikatan
Mengadakan
rombongan do
London bagi tarikh
kemerdekaan
Tunku telah mengasaskan ASA
atau Pertubuhan Asia Tenggara
pada tahun 1961 dengan
dianggotai oleh Malaya, Filipina
dan Thailand. Kemudiannya
pertubuhan ini dibubarkan
untuk membuka jalan kepada
Penubuhan ASEAN pada tahun
1967.
Pada bulan September 1963, wilayah
negara telah diperluaskan dengan
Penubuhan Malaysia mangikut
cadangan Tunku supaya semua negeri-
negeri di bawah pemerintahan British di
Asia Tenggara digabungkan ke dalam
sebuah Persekutuan bersama-sama
dengan Malaya yang telah pun merdeka
Bukti kredibiliti Tokoh
Tunku mengambil keputusan
untuk menyingkirkan
Singapura dari Malaysia kerana
permusuhan antara Melayu
dan orang China makin
bertambah
Tunku mengetuai PERKIM atau
Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia.
Tunku adala bertanggugjawab
menghidupkan semangat
kesukanan dalam negara.
Beliau adalah pengasas Pesta
Bola Merdeka yang begitu
popular dan disambut baikoleh
negara-negar lain di Asia.
Beliau pernah menjadi Presiden
Persatuan Bolasepak Malaysia
dan Presiden Konfederasi
Bolasepak Asia.
Jasa dan sumbangan tokoh
Pada waktu pemulaaan pimpinan Tunku, tugas terpenting ialah
bagi memupuk kerjasama antara kaum dan mencapai persetujuan
atas perkara-perkara pokok bagi pemerintahan negara merdeka.
Tunku berusaha dengan yakin, sabar dan tawakkal bagi
menyatupadukan kaum-kaum di samping menjaga keutuhan
bangsa Melayu dan MCA (Pertubuhan Cina Tanah Melayu) yang
ditubuhkan pada tahun 1952 di kawasan-kawasan majoriti bukan
Melayu. Hasilnya “Perikatan” UMNO-MCA telah memberi
kemenangan kepada kedua-duanya.
Menjelang pilihanraya 1955 Perikatan ini disertai pula oleh MIC
(Kongres India Tanah Melayu) sebagai mewakili kaum India.
Dengan pertubuhan Perikatan ini semua kaum-kaum yang penting
adalah terwakil dalam sebuah badan politik yang terbesar
bergerak menuju kemerdekaan.
Setelah tercapai persetujuan mengenai cara-cara mengendalikan
negara, Rombongan pertama Perikatan ke London telah dibuat
pada tahun 1954 tetapi tidak beroleh kejayaan. Pada Julai tahun
1955 telah berlangsung pilihanraya umum yang pertama telah
diadakan di mana Perikatan mencapai kejayaan cemerlang
dengan beroleh 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Dengan
majoriti yang diperolehi itu, perikatan membawa satu rombongan
lagi ke London, diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua
Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Sebagai Ketua Menteri, Tunku berusaha sedaya upaya untuk
menamatkan pengganasan komunis secara damai. Lima tahun
kemudian, usaha bersama seluruh rakyat telah berjaya
menamatkan Darurat yang disebabkan oleh pengganasan
komunis.
Jasa dan sumbangan tokoh
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk
berbincang dengan Kerajaan British mengenai Kemerdekaan Tanah
Melayu, yang terdiri daripada empat orang wakil Raja-raja Melayu dan
empat orang wakil Parti Perikatan, dapat meyakinkan Kerajaan British
supaya menetapkan tarikh Kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957
Untuk persahabatan serantau, Tunku telah mengasaskan ASA atau
Pertubuhan Asia Tenggara pada tahun 1961 dengan dianggotai oleh
Malaya, Filipina dan Thailand. Kemudiannya pertubuhan ini
dibubarkan untuk membuka jalan kepada Penubuhan ASEAN pada
tahun 1967. Pada tahun kemudian ini juga, hubungan dengan negara-
negara bloc komunis mula diadakan.
Pada bulan September 1963, wilayah negara telah diperluaskan
dengan Penubuhan Malaysia mengikut cadangan Tunku supaya
semua negeri-negeri di bawah pemerintahan British di Asia Tenggara
digabungkan ke dalam sebuah Persekutuan bersama-sama dengan
Malaya yang telah pun merdeka itu. Atas jasanya itu, Tunku diberi
gelaran “Bapa Malaysia”.
Dalam keadaan negara menghadapi ancaman dari luar, tercetus pula
satu pergolakan politik yang hebat dalam negeri, melibatkan kerajaan
pusat di bawah pimpinan Perikatan dengan kerajaan Singapura
pimpinan PAP. Pimpinan PAP menjalankan kempen yang luas di dalam
dan luar negeri bagi memburukkan kerajaan pusat. Akibatnya
permusuhan antara Melayu dan orang China makin bertambah damn
boleh mencapai paras bahaya. Tunku mengambil keputusan untuk
menyingkirkan Singapura dari Malaysia.
Jasa dan sumbangan tokoh
Pada 22 September 1970, Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana
Menteri, setelah mendapat kepastian dari pimpinan baru bahawa negara
akan kembali kepada demokrasi dan Mageran dibubar setelah keamanan
pulih semula. Pada Februari 1971, Tunku tidak bertanding lagi untuk
jawatan UMNO.
Setelah bersara dari politik tanahair, Tunku bertolak ke Jeddah untuk
memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Islam yang
pertama. Syor-syor dikemukakan bagi kemajuan umat Islam dalam bidang
ekonomi seperti penubuhan bank Islam, kegiatan di bidang agama dan juga
kebudayaan.
Sewaktu menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengilhamkan
pertandingan Al-Quran di peringkat negeri dan antarabangsa yang
mengharumkan nama Malaysia. Kembali ke tanahair, Tunku terus
bergiat dalam bidang dakwah membantu orang-orang bukan
Melayu memeluk agama Islam. Kini Tunku mengetuai PERKIM atau
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.
Dalam bidang sukan, Tunku adala bertanggugjawab menghidupkan
semangat kesukanan dalam negara. Beliau adalah pengasas Pesta Bola
Merdeka yang begitu popular dan disambut baik oleh negara-negar lain di
Asia. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia dan
Presiden Konfederasi Bolasepak Asia.
Pendeknya Tunku ialah seorang yang istimewa dilahirkan untuk memimpin
manusia dalam keadaan yang mencabar seperti di Malaysia. Pemimpin-
pemimpin yang luas pengetahuan akademiknya ataupun petah bercakap
belum tentu dapat mengemudikan negara ini di celah liku-liku perkauman
yang menghendaki kebijaksanaan dan kesabaran yang bukan sedikit.Tunku
tidak ada ilmu yang banyak, tetapi peribadinya memupuk satu rasa
keyakinan pada orang-orang yang mendampinginya.
Penutup
Kesimpulannya Malaysia telah melalui pelbagai
liku, halangan dan cabaran sebelum menjadi sesebuah
Negara yang merdeka.Perjalanan yang cukup panjang
ini dapat memberi pengalaman kepada penduduknya.
Oleh itu, generasi sekarang seharusnya diajar dan
mengambil lebih perhatian supaya dapat menghargai
kemerdekaan supaya menjadi warganegara yang
berjaya.
Suara rakyat amatlah penting dalam menentukan
tampuk pemerintahan dan hala tuju Negara.Peristiwa
penubuhan Malaysia juga memberi pengajaran kepada
bakal pemimpin pada masa akan datang agar tidak
mementingkan diri, sebaliknya kepentingan semua
pihak perlu diambil kira. Akhir sekali, penubuhan
Malaysia telah mengajar kita sebagai rakyat yang
pelbagai kaum perlulah memupukkan perpaduan
antara kaum kita kerana dengan ini Negara Malaysia
dapat berjalan dengan maju untuk masa hadapan.
TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL HAJ
Bapa kemerdekaan Malayasia