The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

OLEH MUHAMMAD AMEERULLAH SHAH BIN ZAMRIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umminiza, 2021-09-12 13:52:08

BUKU SKRAP DIGITAL MAT KILAU

OLEH MUHAMMAD AMEERULLAH SHAH BIN ZAMRIN

TOKOH KEMERDEKAAN

Mat Kilau

Buku Skrap Digital

OLEH:
MUHAMMAD AMEERULLAH

SHAH BIN ZAMRIN

PENDAHULUAN

Buku skrap tokoh kemerdekaan

tahun 2021 ini dilaksanakan

bagi tujuan untuk

memperkenalkan tokoh pilihan

saya iaitu Mat Kilau. Semoga

dengan terhasilnya buku skrap

ini akan menimbulkan semangat

patriotisme di dalam diri saya

dan pembaca.

Sekian terima kasih.

BIODATA

Nama

Muhammad Ameerullah Shah
bin Zamrin

No. Kad Pengenalan

091129-01-0207

Tarikh Lahir

29 November 2021

Tahun

6 Arif

Sekolah

SK Tanjung Puteri Johor Bahru

O D A TA T O K O

B I
H
Nama:

Mat Kilau bin Imam Rasu




Tahun kelahiran:

1865 atau 1866




Tempat kelahiran:

Kampong Pulau Tawar,

Jerantut Pahang, Tanah Melayu.




Nama lain :

Mohamed bin Ibrahim@ Mat Siam




Pasangan:

Yang Chik binti Imam Daud (1886)

Esah (ditinggalkan 1895)

Ajrah binti Bakar

Mak Besar




Ibu bapa:

Tok Gajah

Teh Mahda

Tok Kaut

RASIONA LISAS I PE M IL I

TOK OH HAN

Saya memilih Mat Kilau sebagai tokoh
sejarah kerana beliau terkenal dengan
jasa dan sumbangan mempertahankan
negara daripada penjajah British.

Mat Kilau dan para pembesar melayu

memulakan memberontak apabila

British mengambil alih tugas

memungut cukai dan hasil daripada

pembesar negeri yang dilantik.

Rentetan daripada peristiwa itu, British

mengisytiharkan perang terhadap

mereka dan mengarahkan semuanya

ditangkap serta dihukum kerana

menentang penjajah.

Bagaimanapun, Mat Kilau dan

beberapa pembesar lain berjaya

melarikan diri dan menyebarkan

semangat perjuangan menentang

penjajahan di negeri jiran iaitu

Kelantan dan Terengganu. Perjuangan

Mat Kilau mendapat sokongan padu

daripada dua tokoh ternama kedua-

dua negeri iaitu ulama terkenal

Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul

Rahman Limbong serta Tok Janggut di

Kelantan.

Penentangan Mat Kilau yang

berterusan terhadap British

menyebabkan dia menjadi orang

buruan yang paling dikehendaki

dan dianggap sebagai penderhaka.

Mat Kilau terus mengasingkan diri

dan hidup berpindah randah dari

satu tempat ke satu tempat.

Pada Tarikh 22 Oktober 1895 Mat

Kilau diisytiharkan telah meninggal

dunia oleh akhbar The Free Press.

dengan tajuk: “Ketua Pendehaka,

iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke

tangan pemerintahan Siam pada

bulan Oktober,1895“. Di dalam

artikel itu turut memnjelaskan,

“Mat Kilau telah melawan apabila

hendak ditawan dan akibatnya dia

telah cedera di muka dan di

kepalanya.Luka-lika itu sangat

parah dan dia telah mati di dalam

perjalanan ke hilir Kota Bharu

disebabkan kehilangan banyak

darah”.

Kelebihan tokoh

Mat Kilau dikenali sebagai pendikir yang hebat
kerana memiliki suara yang merdu dan beliau
sangat terkenal kerana mahir mengaji, berzanji,
berdikir maulud dan juga berdikir rebana (Dikir
Pahang).

Beliau mendalami ilmu silat dengan
menggunakan senjata seperti keris dan parang.
Beliau juga mempelajari dan mendalami ilmu
kebatinan dan kepahlawanan hinggakan boleh
menghilangkan diri dengan seorang ilmuan
agama bernama Haji Osman yang dikenali juga
sebagai Haji Muntuk.

Bukti kredibiliti tokoh

Mat Kilau dilahirkan sebagai seorang pemimpin dan
ciri-ciri ini jelas dapat dilihat sejak dari kecil lagi.

Hobi beliau ketika kecil ialah bermain gasing. Mat
Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid ketika
berlawan dengan pasukan Pedah di sebelah Hulu
Atau Burau di sebelah Hilir

Hobi beliau ketika remaja pula ialah berlaga buah
keras. Mat Kilau dijadikan tukang hencang. Beliau
mula menjadi terkenal apabila Sultan Ahmad (Sultan
Pahang ketika itu ) bersemayam di Pulau Tawar
semata-mata ingin meyaksikan kehebatan Mat Kilau
bermain buah keras.

Mat Kilau juga suka berburu dan sering dijadikan Tok
Peran iaitu Ketua ketika berburu.

Jasa dan Sumbangan

tokoh

Mat Kilau dikenali sebagai seorang pejuang yang
tidak gentar menentang penjajah. Beliau bangkit
untuk menentang penjajah British pada penghujung
abad ke-19 demi membebaskan negeri Pahang,
Kelantan dan Terengganu dari cengkaman penjajah.
Beliau telah dianggap sebagai pemberontak hingga
menjadi orang buruan yang paling dikehendaki.
Keberanian dan jasa Mat Kilau tercatat dalam sejarah
sebagai seorang tokoh dan pahlawan terbilang agar
sentiasa diingati dari generasi ke generasi dan wajar
dikenang sampai bila-bila

Petikan kata-kata
Pahlawan Mat Kilau



(Hakikat Ilmu Pahlawan)



Sekiranya hendak beramal, janganlah belajar ilmu
gagah, sihir dan kebal. Semuanya itu adalah sihir.



Kalau nak beramal, beramallah dengan ayat-ayat
Al-Quran tetapi bukan dengan tujuan, hendaklah

sebaliknya beramal dan berzikir kerana Allah.



Bila amal itu telah jadi darah daging dengan izin
Allah, kita akan selamat. Bersyukurlah kepada Allah

dan jangan sesekali kita takbur dan cuba menguji
kelebihan yang kita peroleh itu.



Kalau nak bersahabatlah dengan orang ghaib
seperti Wali Allah, jin islam dan orang bunian. Tapi

kalau nak bersahabat dengan mereka ini, jangan
kita cari, biar mereka yang mencari kita.



Sebaiknya jauhilah daripada bersahabat dengan
hantu syaitan yang dilaknat Allah. Selamat hidup

kita dunia dan akhirat.



PENUTUPJane Doe

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan

negara, kita haruslah mencontohi semangat

perjuangan Mat Kilau dan menjadikan kisah

beliau sebagai iktibar dan motivasi buat kita

semua.


Click to View FlipBook Version