The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norli Halim, 2023-06-05 10:19:49

SEJARAH AAIASH1

SEJARAH AAIASH1

1 | P a g e PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan kajian buku skrap ini dengan baik. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan kepada Cikgu Nur Baidura selaku guru sejarah diatas segala tunjuk ajar yang diberikan. Terima kasih juga kepada ibu bapa di atas sokongan dan idea yang diberikan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ada dalam apa jua keadaan. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian semua. Sekian, terima kasih.


2 | P a g e ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN …. 3 2.0 SEJARAH RINGKAS MALAYSIA …. 4 3.0 NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA …. 5 3.1 SELANGOR …. 6 3.2 NEGERI SEMBILAN …. 7 3.3 MELAKA …. 8 3.4 PERAK …. 9 3.5 KEDAH …10 3.6 PULAU PINANG …11 3.7 PERLIS …12 3.8 KELANTAN …13 3.9 TERENGGANU …14 3.10 PAHANG …15 3.11 JOHOR …16 3.12 SABAH …17 3.13 SARAWAK …18 3.14 WILAYAH PERSEKUTUAN …19 - KUALA LUMPUR …20 - PUTRAJAYA …21 - LABUAN …22 4.0 RUMUSAN …23 5.0 RUJUKAN …24


3 | P a g e 1.0 PENDAHULUAN Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Kajian ini membincangkan negeri-negeri di Malaysia. Negeri-negeri ini mempunyai seorang ketua negeri dengan gelaran tersendiri. Selain itu, kajian ini menerangkan ibu negeri dan bandar diraja. Setiap negeri mempunyai bendera, lagu dan jata sebagai lambang kemegahan dan kedaulatan. Buku skrap ini akan memberi pengetahuan tentang asal usul nama negeri-negeri di Malaysia dan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menyayangi negara Malaysia. BENDERA MALAYSIA PETA MALAYSIA


4 | P a g e 2.0 SEJARAH RINGKAS MALAYSIA Pembentukan Malaysia pada tanggal 16 September 1963 merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. Antara tokoh-tokoh yang terlibat adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussin, Tun Muhammad Ghazali Shafie, Lee Kuan Yew, Temenggung Jugah anak Barieng, Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Tun Muhammad Fuad Stephens. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Salah satu syarat sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa tadbir urus kepada tiga bahagian iaitu Kuasa Eksekutif, Kuasa Kehakiman dan Kuasa Perundangan. Pembahagian kuasa ini dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


5 | P a g e 3.0 NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA Malaysia ialah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. Negeri-negeri, Wilayah Borneo dan Wilayah Persekutuan Malaysia adalah bahagian pentadbiran utama Malaysia. Malaysia ialah negara persekutuan yang memiliki 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Negeri-Negeri Di Malaysia : Negeri Selangor Darul Ehsan Negeri Kelantan Darul Naim Negeri Sembilan Darul Khusus Negeri Terengganu Darul Iman Negeri Melaka Darul Azim Negeri Pahang Darul Makmur Negeri Perak Darul Ridzuan Negeri Johor Darul Takzim Negeri Kedah Darul Aman Negeri Sabah Negeri Pulau Pinang Negeri Sarawak Negeri Perlis Indra Kayangan Wilayah Persekutuan : Kuala Lumpur Putrajaya Labuan


6 | P a g e 3.1 NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN ASAL USUL NEGERI SELANGOR Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan. Terletak di bahagian barat Banjaran Titiwangsa, Selangor dibahagikan kepada sembilan daerah yang terdiri dari Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Selangor adalah satu-satunya negeri yang mempunyai lebih dari satu bandaraya di Malaysia. Nama Selangor dikatakan bersempena dengan pokok mentagu yang banyak terdapat di kuala sungai ketika itu. Pedagang yang singgah di kuala selanggau, akhirnya menjadi Kuala Selangor. Nama Selangor juga dikaitkkan dengan sejenis serannga, iaitu selangur (sangur) yang banyak terdapat di sungai ketika it. Ketua Negeri : Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibu Negeri : Shah Alam Bandar Diraja : Klang Nama Lagu Negeri : Duli Yang Maha Mulia Peta Negeri Selangor :


7 | P a g e 3.2 NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS ASAL USUL NEGERI SEMBILAN Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri yang kaya dengan adat budayanya. Umum mengetahui, keunikan masyarakat Negeri Sembilan terletak pada Adat Perpatih yang diamalkan sejak berzaman dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Sembilan diterajui oleh Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan. Sistem pemerintahan di Negeri sembilan dibentuk mengikut Adat perpatih. Pada abad ke-18, orang Minangkabau berhijrah dari Sumatera ke Negeri sembilan bersama dengan saudara-mara masing-masing. Mereka hidup secara berkumpulan mengikut hubungan kekeluargaan. Perkataan, Negeri Sembilan, bermaksud 'sembilan buah negeri', tetapi telah dipersetujui bahawa gelaran nama ini tidak pernah mengandungi sembilan buah daerah yang khas. Ketua Negeri : Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir Ibu Negeri : Seremban Bandar Diraja : Seri Menanti Nama Lagu Negeri : Berkatlah Yang Maha Mulia Peta Negeri Sembilan :


8 | P a g e 3.3 NEGERI MELAKA ASAL USUL NEGERI MELAKA Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka pada tahun antara 1400 hingga 1403 oleh seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang iaitu Parameswara. Parameswara merupakan turunan ketiga dari seorang penerus raja Srivijaya iaitu Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama). Parameswara telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke14. Mengikut sumber Arab, nama Melaka disebut “Malakat” yang bermaksud perhimpunan para pendagang.Nama Melaka juga dikatakan bersempana dengan nama pokok tempat Parameswara berehat ketika mennyaksikan kejadian pelanduk outih kecil menendang anjing pemburuan Ketua Negeri : Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam Ibu Negeri : Bandar Melaka Bandar Diraja : Tiada Nama Lagu Negeri : Melaka Maju Jaya Peta Negeri Sembilan :


9 | P a g e 3.4 NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN ASAL USUL NEGERI PERAK Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang diberi gelaran oleh Kerajaan Penjajah British sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun. Nama Perak dikatakan bersempena dengan “kilatan ikan di dalam air” yang berkilau seperti perak. Terdapat juga pandagan yang mengaitkan nama Perak dengan warna bijih timah putih berkilat banyak di negeri itu. Ketua Negeri : Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibin Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah Ibu Negeri : Ipoh Bandar Diraja : Kuala Kangsar Nama Lagu Negeri : Allah Lanjutkan Usia Sultan Peta Negeri Perak :


10 | P a g e 3.5 NEGERI KEDAH DARUL AMAN ASAL USUL NEGERI KEDAH Ramai sejarawan yang menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Nama Kedah dikatakan berasal daripada perkataan “Kheddah”, bermaksud perangkap gajah.Terdapat juga pendapat yang mengatakan nama Kedah daripada perkataan Arab,”Qadah” yang bermakna cawan atau gelas berkaki yang kerab dijual oleh pedagang Arab di Alam Melayu. Tulisan-tulisan Tamil mencatatkan Kedah sebagai “kadaram” atau ‘’kalagam’’. Ketua Negeri : Duli Yang Maha Mulia Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Ibu Negeri : Alor Setar Bandar Diraja : Anak Bukit Nama Lagu Negeri : Allah Selamatkan Sultan Mahkota Peta Negeri Kedah :


11 | P a g e 3.6 NEGERI PULAU PINANG ASAL USUL NEGERI PULAU PINANG Negeri Pulau Pinang mula dijajah oleh Inggeris yang diketuai oleh Captain Francis Light pada tahun 1786. Nama asal Pulau Pinang ialah Pulo Ka Satu. Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakannya sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah. Namun begitu, bagi orang Melayu dari Kedah, mereka menggelarkan Tanjong Penaga berdasarkan pokok penaga yang banyak terdapat di pulau tersebut. Nama pulau Pinang juga dikaitkan dengan buah pinang yang merupakan bahan dagangan penting. Ketua Negeri : Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak Ibu Negeri : Georgetown Bandar Diraja : Tiada Nama Lagu Negeri : Untuk Negara Kita Peta Negeri Pulau Pinang :


12 | P a g e 3.7 NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN ASAL USUL NEGERI PERLIS Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah, hal ini turut tercermin kepada gelaran yang diberikan kepada Sultan Kedah suatu ketika dahulu iaitu "Raja Muda Perlis dan Kedah". Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Perlis atau juga digelarkan secara popularnya dengan nama Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Nama Perlis dipercayai berasal daripada perkataan Siam, ‘’prow-lowy’’ yang bermaksud ‘’kelapa hanyut’’. Nama Perlis juga dikatakan berasal daripada ‘’peroleh’’ yang dikaitkan dengan peristiwa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II megurniakan mandat kepada Raja Syed Hussin Jamalullail kerana membantu perlis menentsng siam. Ketua Negeri : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Ibu Negeri : Kangar Bandar Diraja : Arau Nama Lagu Negeri : Aamiin-Aamiin Peta Negeri Perlis :


13 | P a g e 3.8 NEGERI KELANTAN DARUL NAIM ASAL USUL NEGERI KELANTAN Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan. Nama Kelantan dikatakan berasal daripada perkataan ‘’kilatan’’ iaitu cahaya terang yang dilihat oleh masyarakat Melayu Patani. Perkataan kilatan ini lama-kelamaan menjadi Kelantan. Nama Kelantan juga bersempena dengan nama pokok ‘’gelam hutan’’ atau ‘’kelam huntan’’ yang ditemukan di pesisir pantai negeri Kelantan dahulu. Ketua Negeri : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muhammad V Ibu Negeri : Kota Bharu Bandar Diraja : Tiada Nama Lagu Negeri : Selamat Sultan Peta Negeri Kelantan :


14 | P a g e 3.9 NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN ASAL USUL NEGERI TERENGGANU Terengganu bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat dayanya pula, Terengganu bersempadan dengan Pahang. Nama Terengganu dikatakan berasal daripada sebutan ‘’taring anu’’ iaitu taring besar seperti gading gajah atau binatang liar lain yang dijumpai di Pulau Duyong. Terengganu juga bersempena dengan perkataan ‘’terangnya ganu’’ yang dikaitkan dengan pelangi. Ketua Negeri : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Suktan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibu Negeri : Kuala Terengganu Bandar Diraja : Tiada Nama Lagu Negeri : Selamat Sultan Peta Negeri Terengganu :


15 | P a g e 3.10 NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR ASAL USUL NEGERI PAHANG Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat, Negeri Johor di selatan dan Negeri Terengganu serta Laut China selatan di bahagian timur. Negeri terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands.Nama Pahang diambil bersempena dengan nama pokok mahang.Dalam Sulalatus Salatin,nama Pahang dikenali sebagai Inderapura atau Pura.Pura bermaksud bandar atau pekan Ketua Negeri : Duli Yang Maha Mulia Sultan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibu Negeri : Kuantan Bandar Diraja : Pekan Nama Lagu Negeri : Allah Selamatkan Sultan Kami Peta Negeri Pahang :


16 | P a g e 3.11 NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM ASAL USUL NEGERI JOHOR Pada tahun 1528 Sultan Alauddin Riayat Shah dari keturunan kesultanan Melaka telah membuka Johor dan bertapak di Johor Lama. Nama Johor Dikatakan berasal daripada perkataan Arab,’’Jauhar’’ bermaksud batu permata yang bernilai. Nama Johor Juga disebut dalam naskhah Sulalatus Salatin sebagai Ujong Tanah. Ketua Negeri : Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Ibu Negeri : Johor Baharu Bandar Diraja : Bandar Mahari Nama Lagu Negeri : Lagu Bangsa Johor Peta Negeri Johor :


17 | P a g e 3.12 NEGERI SABAH ASAL USUL NEGERI SABAH Sejarah Sabah boleh dikesan kembali kepada kira-kira 20,000 – 30,000 tahun lalu dengan bukti-bukti yang mencadangkan bahawa manusia awal telah wujud. Nama Sabah diakait dengan ‘’pisang saba’’ yang banyak ditanam di pantai barat Sabah sebagai sumber makanan.Nama Sabah juga tercatat dalam dokumen sejarah bertajuk ‘’Maharaja of Sabah’’ pada tahun1877 Ketua Negeri : Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor Ibu Negeri : Kota Kinabalu Bandar Diraja : Tiada Nama Lagu Negeri : Sabah Tanah Airku Peta Negeri Sabah :


18 | P a g e 3.13 NEGERI SARAWAK ASAL USUL NEGERI SARAWAK Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Sarawak ialah negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia. Batang Rajang yang terdapat di Sarawak ialah sungai terpanjang di Malaysia di samping Mulu yang terkenal sebagai sistem gua yang paling luas di dunia. Negeri Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching,Kota Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Kuching ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran neger Nama Sarawak dikaitkan dengan Sungai Serak. Nama ini lama-kelamaan berubah menjadi Sungai Serawak bersempena dengan sejenis galian bjih yang disebut Sarawak. Ketua Negeri : Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Datuk Abang Haji Openg Ibu Negeri : Kuching Bandar Diraja : Tiada Nama Lagu Negeri : Ibu Pertiwiku Peta Negeri Sarawak :


19 | P a g e 3.14 WILAYAH PERSEKUTUAN Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Nama Lagu Wilayah Persekutuan : Maju dan Sejahtera


20 | P a g e ASAL USUL WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan. Kuala Lumpur (singkatan: KL) atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung Malaysia. Peta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur :


21 | P a g e ASAL USUL WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia. Peta Wilayah Persekutuan Putrajaya :


22 | P a g e ASAL USUL WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 98 km2 . Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan". Peta Wilayah Persekutuan Labuan : ]


23 | P a g e 4.0 RUMUSAN Selepas menjalankan kajian ini saya dapat menghuraikan asal usul nama negeri, dapat menyenaraikan ibu negeri dan bandar di raja. Selain itu saya dapat mengenali bendera, lagu dan jata sebagai lambang negeri-negeri di Malaysia. Saya juga dapat menghuraikan serta menerangkan gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia. Akhir kata, melalui kajian ini saya mendapat pengajaran tentang keunikan warisan sejarah negeri-negeri di Malaysia. Kesimpulannya, saya juga mengenali Malaysia sebuah negara majmuk yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Keunikan yang dimilikinya telah menjadikan ia sebuah negara maju dan terkenal di pelosok dunia.


24 | P a g e 5.0 RUJUKAN Sumber Rujukan : i) Buku Teks Sejarah Tahun 6 ii) Wikipedia : https://ms.wikipedia.org iii) Laman Web : https://www.google.com - https://www.selangor.gov.my - https://www.ns.gov.my - https://www.mbmb.gov.my - https://www.perak.gov.my - https://www.kedah.gov.my - https://www.penang.gov.my - https://dymm.perlis.gov.my - https://www.kelantan.gov.my - https://www.terengganu.gov.my - https://www.pahang.gov.my - https://aa.johor.gov.my - https://www.eborneo.edp.gov.my - https://www.jwp.gov.my


Click to View FlipBook Version