The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU-converted (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jeesonia72, 2022-03-23 02:55:25

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU-converted (1)

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU-converted (1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98009 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PRA IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU (SK)

KERJA KURSUS
BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN BAHASA MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK(INDIVIDU)

NAMA PELAJAR : SONIA JEE YANG CHING
ANGKA GILIRAN : 2021022310023
NO. KAD PENGENALAN : 020222130360
KUMPULAN / UNIT : PPRBMM2-1
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN

NAMA PENSYARAH KEBUDAYAAN BAHASA MELAYU
TARIKH HANTAR : PN SELINA BINTI AHMAD
PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA : 21 MAC 2022
MAKLUM BALAS DARIPADA :
PENSYARAH
1

ISI KANDUNGAN Mukasurat
1.0 PENGENALAN 3
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN 3
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN 3
4
3.1 PENDIDIKAN 4
3.2 HIBURAN 4
3.3 KRITIKAN SOSIAL 5
3.4 DAKWAH 5
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI 7
5.0 RUMUSAN 7
6.0 RUJUKAN

2

1.0 PENGENALAN
Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang membawa maksud kitab
suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang
dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan
pendengaran menurut penyataan Harun Mat Piah et al 2006 . Sastera merupakan satu bidang
seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan
semakin berkembang mengikut peredaran semasa.

2.0 KONSEP KESUSASTERAAN
Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah medium pengantarnya.
Sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu membentuk tamadun dan
peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan pengarangnya

Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang
digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan
kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna
yang difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah
karya itu hidup dan bertenaga.

Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan
perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di dada. Ianya
bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan dan naluri kehidupan manusia
sejagat.

3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN
3.1 ALAT PENDIDIKAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan sebenarnya sarat
dengan unsur pendidikan/pengajaran/didaktik. Pengarang-pengarang yang
menghasilkan sesuatu karya sastera merupakan sekumpulan manusia yang telah
menimba banyak pengalaman. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini

3

diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya
pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka
ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau
ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Apabila khalayak menikmati karya-karya mereka
secara tidak langsung unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan itu diserap oeh
pembaca dan boleh membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan.

3.2 HIBURAN

Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang
yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau
pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Membaca buku-buku syair atau
mendengar orang membaca syair menjadi suatu hiburan kepada nenek moyang kita
pada zaman dahulu. Selain itu , karya sastera juga menjadi satu daripada alat hiburan-
setelah penat bekerja seharian . Kepentingan sastera sebagai fungsi hiburan
menjadikan karya sastera seperti cerita penglipur lara diterima oleh masyarakat sebagai
karya yang diminati dan digilai masyarakat pada suatu ketika

3.3 KRITIKAN SOSIAL

Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan
manusia daripada pelbagai dimansi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Sesuatu
yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam reality
kehidupan manusia. Hal ini kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia
sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya.
Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi
pekara yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya.

Karya sastera yang berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia, sudah
tentu hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Dalam konteks
masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan menjadikan wujudnya jurang
dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama
ada untuk tujuan menegur,mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Dalam
masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu dalam
masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak dapat melaksanakan

4

tugas sebagaimana diamanahkan. Misalnya berhubung konsep perjuang terdapat
pelbagai tafsiran yang diketengahkan dengan merujuk dua buah Harga Sebuah Maruah
dan Titis Darah Terakhir. Dalam hal ini, pengarang kedua-dua novel menggunakan
landasan yang sama iaitu menggunakan watak dapat di kesan walaupun terdapat
perbezaan dari aspek cara perjuangan tersebut dipaparkan dalam karya.

3.4 DAKWAH

Dakwah merupakan proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia yang
disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek dakwah
.Medium atau saranan dakwah tentulah melalui bahasa.Bahasa sebagai saranan
komunikasi dakwah ternyata keberkesanannya. Agama Islam juga sangat menjunjung
tinggi nilai-nilai kesusasteraan. Keindahan bahasa yang terdapat dalam dunia
kesusasteraan, menjadikannya mampu menemukan warna baru dalam rangka
menyampaikan pesan suci Tuhan yang disebut dengan dakwah. Pertemuan antara
agama dengan kesusasteraan pada dasarnya terlihat dalam realiti peradaban islam
sebagai agama Rahmatan Lil Alamin dalam sejarahnya meletakkan agama sebagai
sistem mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya dan sosial mengatur hubungan
antara menusia dengan lingkungan sekitar yang masih berkekalan sehingga ke hari ini .

4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI PANTUN MELAYU

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , manifestasi bermaksud menyatakan sesuatu peristiwa
atau melahirkan maksud sesuatu karya untuk menjadikan maksud karya tersebut nyata .
Manifestasi akal budi pula ialah satu konsep darpada kearifan aau kebijaksanaan cara bangsa
melayu berfikir . Menurut pendapat Norazimah Zakaria dan Azlina Abdullah (2017) akal budi
merupakan pemikiran , perbuatan dan sikap seseorang manusia yang menzhirkan
kebijaksanaan , kehalusan jiwa dan keindahan . secara ringkasnya , pemikiran seseorang boleh
dizahirkan melalui penghasilan karya sastera seperti puisi tradisional .

Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,

5

Semakin berisi semakin tunduk.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Manifestasi akal budi bagi pantun rangkap pertama ialah tidak kira seberapa tinggi darjat
seseorang dalam bidang pekerjaan , pendidikan atau dalam hierarki masyarakat , kita
hendaklah sentiasa merendahkan diri . Ibarat resmi padi , semakin berisi semakin tunduk ,
bukan seperti lalang yang semakin berisi semakin menegak . Kita hendaklah bersifat rendah diri
dalam pergaulan bersama masyarakat sekeliling . Kita harus menggelakan diri kita daripada
lalai dengan kejayaan dan bersikap angkuh dan bangga diri atas secebis kejayaan yang kita
peroleh kerana hal itu hanya akan merugikan diri kita kelak .

Bagi pantun pada rangkap kedua pula , maksud bagi rangkap pantun tersebut ialah
orang yang sentiasa berbudi akan dipandang mulia oleh masyarakat di sekelilingnya ,
tambahan pula martabat sesuatu bangsa juga dinilai dari segi bahasa dan tutur kata yang
sopan . Jelasnya budi bahasa seseorang individu itu dinilai dari segi cara pertuturan dan
bahasa sopan yang digunakan dalam pergaulan seharian .

Bagi rangkap ketiga pula , pula bermaksud orang yang berguru tetapi sentiasa leka dan
suka bermain-main sudah pasti tidak prihatin akan apa yang diajari oleh gurunya . Begitulah
perihal mereka yang tidak serius berguru dan menuntut ilmu. Kesimpulannya, dalam soal
pendidikan sama ada di tempat belajar dan cara berguru amat penting dalam menentukan
sedalam mana ilmu yang akan dipelajari. Justeru , kejayaan seorang murid bergantung kepada

6

cara guru dan suasana sesebuah institusi tersebut , sama ada dari segi prasarana yang
disediakan untuk kemudahan pelajar-pelajar di institut pendidikan tersebut .
5.0 RUMUSAN
Tuntasnya , karya sastera dihasilkan berdasarkan pemikiran pengarang yang berhasrat untuk
menyampaikan sesuatu ilmu atau nasihat yang bermanfaat , indah dan berguna untuk
masyarakat dalam kehidupan seharian . Kesusasteraan melayu boleh dijadikan wadah untuk
mengukuhkan jati diri dan nilai moral dalam diri masyarakat bagi menghadapi cabaran pada
masa hadapan . Oleh hal yang demikian , karya sastera yang bernilai moral hendaklah terus
dihasilkan sebagai pengajaran untuk generasi muda pada maa depan .
6.0 RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) , Dewan Bahasa Dan Pustaka
Norazimah Zakaria ?& Azlina Abdullah 2017) . Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam
Pantun , Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah , 4(2),89-97.
Muhammad Za'im Mohamad Yusoff ( 2013 ) Tatkalaku Terbang Tanpa Tongkahan .

7


Click to View FlipBook Version