The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hudazulfa21, 2021-11-19 02:41:53

kerja lapangan geo

kerja lapangan geo

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3 2021

TAJUK: KAJIAN GUNA TANAH
( PETEMPATAN ) DI TAMAN
KULIM SQUARE

NAMA : NUR ZULFA HUDA BINTI ZULHAKIMIN
KELAS : 3 HASANAH
NAMA GURU : PUAN ASIAH BINTI ASMUNI

Bil. Isi kandungan Halaman

1. Jadual Kerja 2
2. Penghargaan 3
3. Pendahuluan 4
4. Objektif Kajian 5
5. Kawasan Kajian 6
6. Peta Lakar 7
7. Kaedah Kajian 8
8. Hasil Kajian 9-10

9. Rumusan 11
10. Rujukan 12
11. Lampiran 13

JADUAL KERJA

Bil. Tarikh Perkara Catatan
1. 7/9/2021 Menerima tugasan bertajuk kajian Sewaktu
guna tanah petempatan di Taman PDPR
Kulim Square

Taklimat daripada guru
matapelajaran geografi berkaitan
tugasan

2. 28/9/2021 Berbincang dan menerangkan Sewaktu
semula bersama guru dan rakan- PDPR
rakan tentang bentuk
pendahuluan dan kawasan kajian

Mengumpul maklumat dan
menulis tentang kawasan kajian
serta melukis peta lakar

3. 1/10/2021 Mencari maklumat tentang kajian Luar
guna tanah waktu
PDPR

Menulis isi kandungan,jadual
kerja,penghargaan,pendahuluan
dan objektif kajian

4. 16/10/2021 Membuat kaedah kajian,mencari Luar
maklumat dan menulis hasil waktu
kajian PDPR

5. 9/11/2021 Membuat rumusan dan Luar
menyatakan rujukan waktu
PDPR

6. 19/11/2021 Menghantar tugasan Luar
waktu
PDPR

2

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaiton
Binti Ismail selaku pengetua Maktab Mahmud Alor Setar kerana telah
memberi keizinan kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk
menjalankan kerja lapangan.

Saya juga ingin mengucapkan teria kasih kepada guru mata
pelajaran Geografi saya iaitu Cikgu Asiah Binti Asmuni yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian dijalankan.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Zulhakimin Bin
Saad dan Salma Binti Ghazali yang telah banyak memberi sokongan
dan dorongan kepada saya sepanjang menyiapkan kerja lapangan
ini.Tidak lupa juga buat rakan saya iaitu Nurin Sofea Binti Mohamed
Shaharin yang telah banyak membantu saya menyelesaikan kerja
lapangan ini.

3

PENDAHULUAN

Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang
ditentukan oleh guru mata pelajaran Geografi .Saya merupakan salah
seorang pelajar daripada pelajar Tingkatan 3 di Maktab Mahmud
Alor Setar.

Tajuk kajian lapangan saya adalah Kajian Guna Tanah (

Petempatan ) di Taman Kulim Square , Lunas,Kedah.Tujuan saya

memilih Kawasan ini kerana Kawasan ini merupakan tempat tinggal

saya dan sangat mudah untuk saya membuat pemerhatian dan kajian

untuk kerja lapangan ini.

Tempoh masa yang diberikan mencukupi keperluan masa yang
saya ambil untuk menyiapkan kerja khusus ini.

4

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak
kawasan kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti
berikut:

(a) Menjelaskan latar belakang kawasan kajian iaitu Taman Kuim
Square,Lunas ,Kedah.

(b) Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah yang
terdapat di sekitar Taman Kulim Square,Lunas, Kedah.

(c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di Taman Kulim
Square dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah
berkenaan.

(d) Menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar
di kawasan kajian.

(e) Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah
jenis petempatan.

5

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Kulim Square,Lunas,Kedah.
Lunas merupakan sebuah pekan sempadan yang terletak di selatan
Kedah,Malaysia,bersempadan dengan negeri Pulau Pinang seperti
Kulim. Lunas juga dikira sebahagian daripada daerah Kulim . Di
sini,terdapat Kampung Cina.

Tegasnya, pekan Lunas ini juga boleh dikatakan sebagai ‘bandar
membaca’ . Lunas juga sangat berdekatan dengan Bukit Mertajam
seperti Jawi,Pulau Pinang dengan Parit Buntar.

Di Taman Kulim Square,contoh ciri fizikalnya ialah tanah pamah
manakala ciri budaya pula seperti terdapatnya padang dan surau.

6

PETA LAKAR TAMAN KULIM
SQUARE

7

KAEDAH KAJIAN

Untuk menjalankan tugasan kerja lapangan ini , saya telah memilih
kaedah kajian.Antaranya ialah :

(i) Pemerhatian
- Kaedah pemerhatian telah dibuat dengan membuat tinjauan di
sekitar kawasan kajian. Ini adalah untuk mengenal pasti ciri
pandang darat budaya dan ciri pandang darat fizikal yang
terdapat di Taman Kulim Square.

(ii) Rujukan
- Kaedah rujukan juga telah saya gunakan . Saya telah merujuk
daripada pelbagai sumber seperti buku teks dan melayari laman-
laman sesawang.

8

HASIL KAJIAN

Faktor yang mempengaruhi jenis guna tanah di Taman
Kulim Square :

~ Bentuk muka bumi
-Bentuk muka bumi di Taman Kulim Square iaitu tanah pamah.

~ Kegiatan ekonomi
- Terdapat beberapa kedai di Taman Kulim Square seperti kedai
runcit ,kedai buku dan kedai makanan. Ini memberi keselesaan
kepada penduduk untuk menetap di Taman Kulim Square.

~Keselamatan
-Terdapat pengawal yang mengawal di Taman Kulim Square
memberi serba sedikit rasa selamat.

Kesan guna tanah petempatan terhadap alam sekitar :

~ Pencemaran Bunyi
-Bunyi kenderaan yang lalu lalang di kawasan perumahan.

9

~ Peningkatan suhu
-Peningkatan suhu disebabkan pembebasan gas karbon monoksida
oleh kenderaan bermotor yang mempunyai daya serap haba yang
tinggi,kekurangan kawasan hijau untuk menyerap gas karbon
dioksida.

~ Banjir kilat
-Akibat pembuangan sampah sarap oleh penduduk boleh
menyebabkan sistem saliran tersumbat.

Cadangan Mengatasi Kesan Guna Tanah Petempatan

~ Kitar Semula
-Memproses atau menggunakan semula bahan-bahan buangan
seperti plastik,kertas,tin aluminium dan sebagainya.

~ Gotong-Royong
-Aktiviti gotong-royong amat digalakkan untuk mengelakkan masalah
seperti banjir kilat dan sebagainya.

~ Meningkatkan kesedaran
-Meningkatkan kesedaran penduduk supaya lebih terkawal.

10

RUMUSAN

Kajian yang saya telah jalankan di Taman Kulim Square telah
memberi banyak ilmu pengetahuan serta pengalaman yang amat
berguna bagi saya.

Melalui kajian ini,saya dapat belajar tentang faktor yang
mempengaruhi jenis tanah penempatan,kesan guna tanah
penempatan dan sebagainya di Taman Kulim Square .

Kesimpulannya,terdapat banyak maklumat yang telah saya
pelajari dari hasil kerja lapangan ini.

11

RUJUKAN

~ BUKU TEKS GEOGRAFI TINGKATAN 3

~ INTERNET
https://www.permohonan.my/kesan-guna-tanah-terhadap-alam-
sekitar/

12

LAMPIRAN

13


Click to View FlipBook Version