1 MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA DAERAH SEPANG BILANGAN 6/2023 Tarikh: 28 Disember 2023 (Khamis) Masa: 2.00 petang Tempat: Bilik Mesyuarat Pegawai Daerah Sepang KEHADIRAN: 1. Puan Nori Dayu binti Ahmad Kanan - Pengerusi Mesyuarat Pengerusi 2. Puan Roseyani binti Md Yassin Bendahari 3. Puan Aniza binti Bidrus Pen.Bendahari 4. Puan Noor Aina binti Noordin Ahli Jawatankuasa 5. Puan Rasidah binti Demyati Ahli Jawatankuasa Kecil 6. Puan Nurul Hidayah binti Md Ali Ahli Jawatankuasa Kecil 7. Puan Janagy A/P Ramakrishnan Ahli Jawatankuasa Kecil 8. Puan Junaidah binti Harun Ahli Jawatankuasa Kecil 9. Puan Zuhaileen binti Abd Rashid Ahli Jawatankuasa 10. Puan Nur Intan Shafinaz binti Shadan Ahli Jawatankuasa Kecil 11. Cik Partinah binti Yusof Ahli Jawatankuasa Kecil 12. Puan Faradila binti Ismail Setiausaha - Pencatit Minit
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA DAERAH SEPANG BILANGAN 6/2023 2 TIDAK HADIR : 1. Datin Jamaliah binti Ab Aziz 2. Puan Rosnorzaliza binti Tambi Ali 3. Puan Siti Aishah binti Roni 4. Puan Nurulain binti Yahya 5. Puan Netrah binti Mamat 6. Puan Herdiyana binti Saharudin 7. Puan Rosnah binti Darsan 8. Puan Nor Aziah binti Abd.Aziz 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi Mesyuarat mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang dapat meluangkan masa seterusnya menghadiri Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Sepang Bil.6/2023. Makluman 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.5/2023 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju mengesahkan Minit Mesyuarat Bil.5/2023 bertarikh 27.10.2023. Makluman 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Keahlian PUSPANITA Daerah Sepang 3.1.1 Setiausaha memaklumkan masih tiada lagi poster/iklan berkenaan caracara mendaftar sebagai ahli baru serta info berkenaan kelebihan menjadi ahli di hebahkan di Laman Rasmi Facebook PUSPANITA Daerah Sepang. Tindakan:Biro Keahlian 3.2 Lawatan Ilmiah ke Ladang Farm Fresh 3.2.1 Mesyuarat bersetuju untuk menunda Lawatan Ilmiah tersebut pada bulan Januari 2024 sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Daerah Sepang dilaksanakan. Tindakan:Biro Sosial dan Pelancongan
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA DAERAH SEPANG BILANGAN 6/2023 3 3.3 Pengemaskinian Laman Rasmi Facebook PUSPANITA Daerah Sepang 3.3.1 Pengerusi meminta Biro Ekonomi,ICT dan Seranta untuk mengambil tindakan yang proaktif bagi mengemaskini info-info terkini aktiviti di Laman Rasmi Facebook PUSPANITA Sepang samada di Peringkat Kebangsaan, Negeri dan juga Daerah. Tindakan: Biro Ekonomi,ICT dan Seranta 3.4 Eksplorasi Kasih Bersama Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Sepang 3.4.1 Mesyuarat mencadangkan untuk mengadakan tinjauan awal bersama semua jawatankuasa bagi lokasi cadangan tersebut sebelum pelaksanaan program sepenuhnya pada tahun 2024 bersama-sama dengan PUSPANITA Negeri Selangor. Tindakan: Biro Sukan dan Rekreasi 4.0 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA 4.1 Pengerusi sekali lagi memaklumkan PUSPANITA Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA pada 22 Februari 2024. Pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA daerah perlu dilaksanakan sebelum Mesyuarat Agung Peringkat Negeri dan selewatnya pada 15 Februari 2024. Makluman 4.2 Mesyuarat memutuskan dan bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 PUSPANITA Daerah Sepang seperti berikut: Tarikh Mesyuarat: 17.1.2023 (Rabu) Masa: 2.30 Petang Tempat: Dewan Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi Perasmian: Pegawai Daerah Sepang selaku Penasihat PUSPANITA Sepang Makluman
MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA DAERAH SEPANG BILANGAN 6/2023 4 5.0 PENUTUP Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang hadir mesyuarat kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang. Disediakan oleh: FARADILA BINTI ISMAIL Setiausaha PUSPANITA Daerah Sepang