E-FOLIO
PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR
PENGAJIAN ISLAM
PENSYARAH: USTAZ AZHAR BIN MOHD NAWI
KELAS: DAT2A
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA: NO. MATRIK
SITI NOR ATIQAH BINTI MOHAMAD HAKIM 26DAT21F1016
NUR AZMAH BINTI AHMAD ZAKI 26DAT21F1018
ATHIRAH FATIHAH BINTI AEDDY EFFENDY 26DAT21F1011
AINA SYAKIRAH BINTI ZUKIMAN 26DAT21F1041
ISI KANDUNGAN
BIL Tajuk Muka
1.0 Penghargaan surat
3
2.0 Pengenalan
5
3.2 Memperkasa perlaksanaan ‘Go Green’
dalam kalangan pelajar 7
4.0 Rumusan 10
5.0 Lampiran 12
6.0 Rujukan 14
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdullilah ,Bersyukur kami
kehadat illahi kerana dengan limpah
dan kurniaNya dapat kami
menyiapkan efolio dengan jayanya.
Pertama sekali kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Ustaz Azhar Bin Mohd Nawi
yang telah banyak memberi tunjuk
ajar serta penerangan yang
sempurna kepada kami dari awal
tugasan ini diedarkan ssehinggalah
dalam proses menyiapkan tugas ini.
Selain itu juga, kami juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada
Ustaz kerana memberi keercayaan
kepada kami dalam menjalankan
tugasan ini sehingga kami Berjaya
menyiapkannya.
Tidak juga lupa kepada kedua ibu bapa
kami yang banyak memberi sokongan
serta dorongan dalam menghasilkan
tugasan ini. Tanpa sokongan dan
dorongan mereka mana mungkin dapat
kami menghasilkan tugasan ini dengan
sempurna seperti rakan-rakan yang lain.
Malah jutaan terima kasih juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sama-
sama bertungkus-lumus menghasilkan
tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea
dan pendapat dalam membantu kami
menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, harapan kami agar segala
tugasan yang kami hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kami
disamping dapat menjadi pelajar yang
bertanggugjawab. Selain itu juga, harapan
kami agar dapat memberi manafaat kepada
diri kami sendiri dan juga pelajar lain, serta
kepada pembaca agar kita sama-sama
menjadi pelajar yang berpengetahuan luas
dalam menyampaikan maklumat bukan
sahaja dalam proses pembelajaran malah
dalam masyarakat setempat khususnya.
Pengenalan
Pelbagai masalah alam sekitar telah dikesan
dan menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Kadar
pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan semakin
banyak sumber yang diperlukan untuk meningkatkan hasil
pengeluaran bagi menampung kehidupan dan penggunaan
penduduk. Dengan pertambahan ini, penggunaan sumber
alam akan turut bertambah dan kadar pembaziran dijangka
melebihi 40 peratus dari keseluruhan sumber alam sedia ada.
Pembangunan industri dan proses urbanisasi pula
menyebabkan pengagihan pembangunan yang tidak sekata
sehingga mewujudkan masalah alam sekitar. Penggunaan
sumber asli, penebangan pokok, pembinaan tempat kediaman,
penanaman tumbuhan untuk keperluan hidup telah sedikit
sebanyak mengubah keadaan persekitaran. Kesejahteraan
hidup manusia memerlukan pertumbuhan ekonomi yang baik.
Aktiviti-aktiviti pengeluaran dan pertumbuhan
ekonomi menjadi punca berlakunya kemerosotan alam sekitar.
Kemerosotan kualiti alam sekitar berpunca dari keinginan
manusia untuk memenuhi agenda pembangunan yang
menyebabkan gangguan kepada alam sekitar (Jamaluddin Md.
Jahi, 2001). Penghasilan bahan buangan daripada aktiviti-
aktiviti pembangunan menyebabkan alam sekitar tidak mampu
menukarnya secara semula jadi kepada bahan-bahan yang
bukan toksik. Bahan-bahan cemar ini akan meninggalkan
kesan kepada alam sekitar dengan merencatkan kadar
pertumbuhan, menjejaskan kesihatan, merosakkan harta
benda dan 1mengganggu rantaian makanan.
Walau bagaimanapun, didapati bahawa
keperihatinan masyarakat dalam mengawal alam sekitar
banyak bergantung kepada sikap, tanggapan dan tafsiran
mereka. Penggubalan undang-undang, kempen dan program
kesedaran serta penguatkuasaan undang-undang sering
dipandang remeh. Banyak program kesedaran yang
dilaksanakan hanya popular dalam jangkamasa pelaksanaan
sahaja. Setelah program tamat, masyarakat kembali kepada
keadaan asal tanpa motivasi lagi. Sebagai contoh, hasil kajian
tentang kesedaran terhadap kod etika alam sekitar masih
pada tahap yang rendah iaitu 39%. Situasi ini menunjukkan
bahawa usaha-usaha kempen alam sekitar yang telah
dijalankan oleh pihak kerajaan atau pertubuhan bukan
kerajaan masih kurang berkesan. Kesedaran dan perasaan
tanggung jawab belum begitu menular dan meresap dalam
sanubari dan amlan kehidupan masyarakat kita hari ini. Tidak
hairanlah di mana-mana sahaja kita dapat melihat
pencemaran alam sekitar berlaku terutamanya pencemaran
sungai yang berada pada tahap kritikal di negara kita. Kita
akan membincangkan kesan pembangunan kepada alam
sekitar dan melihat sejauh manakah kesesuaiannya dengan
perlaksanaan ‘Go Green’ dalam kalangan pelajar bagi
mewujudkan suasana kemajuan yang seimbang dan
mampan.
3.2 Memperkasa pelaksanaan “ Go Green “ Dalam
kalangan pelajar
Go Green dengan kata lainnya adalah Amalan Hijau
merupakan suatu bentuk kempen kesedaran bertujuan memelihara
dan melindungi bumi daripada bahaya pemanasan global yang
semakin hari semakin membimbangkan. Hal ini demikian kerana
kegiatan manusia sejak berzaman lamanya telah memberi banyak
kesan negatif terhadap alam sekitar.
Dalam islam, amalan penjagaan alam sekitar seperti
Go Green ini amat dituntut kerana Islam menuntut umatnya
supaya menjaga dan tidak melakukan kerosakan terhadap alam
kurniaan Allah S.W.T. Selain itu, Nabi Muhammad S.A.W juga
menerapkan amalan mesra alam yang dapat mengelakkan
daripada berlakunya pembaziran, pencemaran dan eksploitasi alam
semasa hayat baginda.
Pelaksanaan kempen go green ini juga dapat
memberi pelbagai impak positif sekiranya diamalkan Dalam
kehidupan seharian sebaliknya jika diabaikan, alam sekitar akan
semakin terjejas sehingga menyebabkan terjadinya pelbagai kesan
negative terhadap alam dan kesihatan masyarakat.
Pemerkasaan pelaksanaan Go Green Dalam kalangan
pelajar bukan suatu tugas yang sukar kerana golongan kanak-
kanak dan remaja mudah untuk dibentuk bak kata pepatah melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun begitu, tidak
dinafikan bahawa terdapat juga halangan Dalam menjayakan
seperti kurang kesedaran Dalam kalangan masyarakat mengenai
hal ini. Oleh yang demikian, pelbagai usaha boleh dijalankan bagi
menarik minat dan melibatkan diri anak-anak muda ini Dalam
kempen Go Green.
Pertama, warga pendidik seperti guru dan pensyarah
sewajarnya memberikan didikan mengenai kempen go green ini di
sekolah mahupun institusi pengajian tinggi bagi membuka minda
anak-anak muda mengenai kepentingan dan akibat tidak
mempraktikkan amalan go green. Kita seringkali mendengar
mengenai kebaikan amalan go green ini dan mengabaikannya,
namun perlu kita sedar bahawa ianya juga membawa kepada
kemudaratan jika tidak diamalkan seperti kerosakan alam
berleluasa dan menjejaskan kesihatan mesyarakat setempat.
Apabila para pelajar telah didedahkan dengan amalan go green
ini, usaha untuk melahirkan pelajar yang mencintai alam akan
menjadi lebih mudah.
Seterusnya, pihak kerajaan dan pertubuhan bukan
kerajaan juga sepatutnya berganding bahu dalam mengadakan
program ataupun aktiviti yang melibatkan para pelajar
mempraktikkan amalan go green secara langsung seperi program
penanaman pokok. Aktiviti ini sewajarnya dinormalisasikan si
sekolah dan institusi pengajian tinggi kerana ianya dapat
mendekatkan pelajar dengan alam sekitar. Dalam Islam juga, Nabi
Muhammad S.A.W telah menyatakan mengenai kelebihan
menanam pokok. Daripada Anas, beliau berkata, Rasulullah
S.A.W bersabda yang bermaksud : “tidak ada seorang Muslim pun
yang menanam pokok atau mengusahakan pertanian lalu burung,
manusia atau binatang memajan daripadanya kecuali akan
menjadi sedekah untuknya. “ dadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sebagai contoh, aktiviti tanam pokok yang diadakan oleh pihak
Pallas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Hwa
Butterworth ini perlu dicontohi.
Di samping itu, para pelajar juga perlu didedahkan
dengan amalan Green Computing yang membawa maksud
amalan penggunaan computer mahupun teknologi yang mesra
alam. Antara amalan tersebut adalah menjimatkan tenaga elektrik
seperti menutup suis dan mencabut plug setelah digunakan. Para
pelajar juga sepatutnya diajar untuk mwmbwli peralatan elektrik
yang lebih menjimatkan tenaga. Sebagai contoh, membandingkan
pencetak yang lebih jimat tenaga sebelum membeli. Dalam pada
Itu, Green Computing ini juga melibatkan cara untuk melupuskan
computer dengan betul dan mesra alam. Hal ini demikian kerana
terdapat komponen computer yang tidak boleh dibuang ke Dalam
tong sampah begitu sahaja kerana ianya boleh menjadi bahaya
kepada alam sekitar dan kesihatan masyarakat setempat.
Kesimpulannya, terdapat banyak cara boleh
diaplikasikan bagi memperkasa pelaksanaan Go Green Dalam
kalangan pelajar. Namun begitu, ianya perlu dijalankan dengan
kerap oleh pihak yang bertanggungjawab supaya dapat
mendatangkan hasil iaitu membentuk pelajar yang mencintai alam
dan melaksanakan amalan Go green Dalam kehidupan seharian.
Rumusan
Kesimpulan ini ialah sebagai
manusia, kita bertanggunjawab dalam
memastikan kesejahteraaan alam. Dalam Islam,
manusia dijadikan sebgai khalfah di muka bumi
bagi mentadbir, mengurus dan memakmurkan
muka bumi. Oleh yang demikian, kita mestilah
memainkan peranan masing-masing bagi
mengelakkan berlakunya kerakusan terhadap
alam sehingga menyebabkan pelbagai kerosakan
seperti yang dinyatakan di dalam surah al-’A’raf
ayat 74
yang membawa maksud, "Dan kenanglah ketika
Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah
sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu
di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu
mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata,
dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk
dijadikan rumah Maka kenangkanlah nikmat-
nikmat Allah itu dan janganlah kamu
bermaharajalela melakukan kerosakan di muka
bumi" Akhir sekali, diharapkan agar usaha usaha
yang dilakukan bagi memelihara dan memulihara
alam ini mencapai kejayaan dan membuahkan
hasil dengan izin Allah SWT.
Selagi minda masyarakat tidak berubah,
selagi itu masalah seperti pemanasan global ,
pencemaran sungai , perbalakan dan sebagainya tidak
akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat
untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan
mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat
penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam
sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup
dalam satu bumi dan langgit yang sama , kita hendaklah
sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan
yang lebih berkualiti , bersih , segar dan cantik dengan
bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.
5.0 LAMPIRAN
MENGADAKAN
KEMPEN
KESEDARAN SIVIK
KERAJAAN PERLU
MENGUATKUASAKAN
UNDANG-UNDANG
BERKAITAN ASPEK
PENJAGAAN
KEBERSIHAN
PERSEKITARAN
BAHAN BUANGAN
YANG BOLEH
DIPROSES UNTUK
DIKITAR SEMULA
TIDAK MEMBUAT
PEMBAKARAN
TERBUKA
6.0 RUJUKAN
Kesan pembangunan bandar:
https://lauhweesian.weebly.com/langkah-langkah-
mengatasi-pencemaran-alam-sekitar.html
Maksud Go Green:
http://eksazonpulaurawa.blogspot.com/p/go-green.html
Nabi SAW mesra alam:
https://www.facebook.com/profesionalistiqamah/posts/al
am-sekitar-5-hadis-mesra-alam-gaya-rasulullah-
sawoleh-dr-abu-fatehbulan-rabiul/460052267512892/
Green Computing:
http://greencomputing2017.blogspot.com/2017/07/apaka
h-itu-green-computing.html
Hadis mengenai penanaman pokok:
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/07/471889/islam
-akui-perlu-lindungi-alam-sekitar
Larangan melakukan kerosakan di muka bumi:
Al-Qur’an Surah Al-’A’raf ayat 74
Lampiran:
https://lauhweesian.weebly.com/langkah-langkah-
mengatasi-pencemaran-alam-sekitar.html
https://www.sehatq.com/artikel/mulai-dari-sendiri-ikuti-
cara-mengatasi-polusi-udara-ini