5. SEMAKAN (SCRUTINY)-
sambungan
• Pelbagai cara untuk badan perundangan melakukan semakan.
• Antaranya, peranan semakan melalui pertanyaan dan jawapan (lisan dan
bertulis).
• Boleh juga dibuat melalui pendedahan dan penyampaian maklumat dalam
ucapan-ucapan perbahasan.
• Juga melalui Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
• Penubuhan Jawatankuasa Pilihan (Select Committee).
6. MEMBAHAS PANDANGAN DAN IDEA
(DELIBERATION)
• Parlimen/DUN adalah tempat untuk bercakap!
• Perkataan ‘parliament’ datang dari perkataan Perancis ‘parle’ bermaksud
‘bercakap’.
• Setiap apa yang dicakap akan direkodkan – HANSARD
• Konsep deliberative democracy – keputusan dikira ‘demokratik’, jika dibuat selepas
perbincangan dan penelitian.
• Perlu lebih banyak Jawatankuasa / Pilihan Terpilih Parlimen (penglibatan bersama
pembangkang)
KONSEP PENGASINGAN
KUASA:
EKSEKUTIF
(BADAN PENTADBIRAN)
Sistem kabinet Malaysia berasaskan
Westminster system
YDPA sebagai ketua utama badan
eksekutif.
Penubuhan kerajaan berasaskan parti
yang menguasai Parlimen (Dewan
Rakyat)
PELANTIKAN • Perkara 43(2)(a) pula menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik
PERDANA seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat
MENTERI kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri. Perkara
40(2) secara jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak
menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang tertentu
termasuklah melantik seorang Perdana Menteri.
• Budibicara Baginda adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam
mana-mana tribunal atau mahkamah.
• Bahkan dalam melaksanakan budibicara ini, YDPA mempunyai kuasa yang
amat luas. Hal ini boleh difahami dari perkataan yang digunakan dalam
Perkara 43(2)(a).
• Perkataan “pada hematnya” dan perkataan “mungkin” menggambarkan
betapa luasnya budibicara YDPA. Baginda sebenarnya boleh membuat
keputusan berdasarkan pertimbangan umum atau secara subjektif. Jika
Baginda berbuat demikian ia tetap tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa.
KONSEP PENGASINGAN
KUASA:
KEHAKIMAN
MENYELESAIKAN PERTIKAIAN …
• Secara perundingan
• Khidmat orang tengah (mediator)
• Timbangtara (Arbitration)
• Tribunal (contoh Tribunal Pengguna)
• Mahkamah
INSTITUSI KEHAKIMAN
• Institusi kehakiman utama adalah Sistem
Mahkamah di bawah kerajaan Persekutuan.
• Terdapat juga Mahkamah Syariah di bawah
kerajaan Negeri.
• Juga Mahkamah Anak Negeri Sabah dan Sarawak.
• Mahkamah Perusahaan (di bawah Akta
Perhubungan Perusahaan 1967)
AMALAN FEDERALISME:
KERAJAAN
PERSEKUTUAN DAN
NEGERI
BENTUK-BENTUK KERAJAAN
Negara Kesatuan (unitary state): hanya ada satu kerajaan iaitu
kerajaan pusat. Pentadbiran di peringkat wilayah bukan dalam
bentuk kerajaan tersendiri tetapi melaksanakan kuasa yang
diberikan oleh kerajaan pusat.
Negara Persekutuan (federal state): Terdapat sebuah kerajaan
persekutuan dan beberapa kerajaan negeri. Masing-masing
mempunyai bidangkuasa yang ditetapkan oleh perlembagaan
dan tidak boleh berlaku campurtangan antara satu sama lain.
KENAPA MALAYSIA KEKAL SEBAGAI SEBUAH
NEGARA PERSEKUTUAN?
• FAKTOR SEJARAH: Setiap negeri pada asalnya kerajaan-
kerajaan berdaulat.
• FAKTOR KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU: Kuasa Raja-raja
Melayu tertakluk kepada kewujudan kerajaan-kerajaan
negeri.
• FAKTOR POLITIK: Federalisme memberi peluang
pemerintahan di peringkat negeri dipegang oleh parti politik
yang berbeza dari kerajaan Persekutuan.
• FAKTOR SABAH DAN SARAWAK: Federalisme memberi
peluang untuk mengekalkan keistimewaan kepada Sabah
dan Sarawak.
BIDANGKUASA PERSEKUTUAN DAN NEGERI
PERSEKUTUAN BERSAMA NEGERI
1. Keselamatan dalam negeri 1. Kebajikan. 1. Undang-undang
2. Pertahanan 2. Perancangan Islam (keluarga Muslim,
3. Kewangan dan percukaian. bandar dan desa kesalahan Syariah dan
4. Hubungan antarabangsa. 3. Biasiswa keagamaan).
5. Kewarganegaraan. 2. Tanah.
6. Perdagangan dan 3. Pertanian dan
perusahaan. perhutanan.
7. Pendidikan. 4. Kerajaan Tempatan.
8. Kesihatan.
9. Undang-undang jenayah dan
sivil
10. Mahkamah
11. Kastam dan imigresen
Sekian.
Terima kasih