The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aemie_nimz, 2021-09-20 04:41:26

BULETIN HEM SERI TASIK

BULETIN 1 2021

BIL 1/2021 UNIT HAL EHWAL MURID EDISI JULAI / OGOS

INFO UNIT HEM

ENROLMEN MURID OGOS 2021 KEHADIRAN PDPR OGOS 2021
( SUMBER : APDM ) ( SUMBER : SPDPR )

150 LELAKI PEREMPUAN
100

50

0

PPKI
TING 1
TING 2
TING 3
TING 4
TING 5

DATA SES OGOS 2021 DATA DISIPLIN OGOS 2021
( SUMBER : APDM ) ( SUMBER : SSDM )

GEROBOK REZEKI

Program Gerobok Rezeki SMKST mendapat sumbangan menggalakkan daripada pelbagai
pihak termasuk orang perseoarangan. Sebanyak 30 keluarga menerima sumbangan
sepanjang bulan Julai dan Ogos.

Antara penerima sumbangan sepanjang bulan Julai dan Ogos

TARIKH PAYUNG PATRIOTIK
HARI
MASA : 18/08/2021
TEMPAT : RABU
: 9.00 PAGI- 2.00 PETANG
: DEWAN TERBILANG SMK SERI TASIK

PENGAGIHAN KWAPM

MASA : 11.00- 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SMK SERI TASIK
BILANGAN MURID : 20 ORANG
TARIKH : 26/07/2021
HARI : ISNIN

SUMBANGAN KEBAJIKAN

BANTUAN KEBAJIKAN DARIPADA UNIT KEBAJIKAN SMK SERI TASIK KEPADA
MURID-MURID YANG KEHILANGAN IBU BAPA /PENJAGA BULAN JULAI/OGOS
- 5 ORANG MURID
- RM200 SETIAP KELUARGA

JEJAK SPM (JUN-NOV 2021)

MENGUMPUL MAKLUMAT MURID CALON SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA

TAHUN 2020.

MAKLUMAT MURID BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN MURID SAMA ADA
TELAH BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA @ IPTS ATAU PUN
YANG TELAH BEKERJA.

AGIHAN PERANTI DI BAWAH PROJEK SAYAP BAGIMU
(AEON)

BAGIMU (AE0N)
5 orang murid Tingkatan 5 terpilih mendapat bantuan peranti. Mereka hadir ke sekolah
bersama ibu bapa / penjaga untuk menerima peranti pada 30 Ogos 2021 jam 8.30 pagi
hingga jam 10.30 pagi

ADA APA DENGAN CINTA

Program Bacaan Yaasin dan Tazkirah Ringkas: “Ada Apa Dengan Cinta” telah diadakan pada
6 Ogos 2021. Program ini adalah program kolaborasi diantara pihak Jawatankuasa dan
Jurulatih Utama Disiplin Negeri bersama guru-guru dari SMK Seri Tasik iaitu En
Muhammad Razif bin Ismail dan Utz Mohd Afiq bin Zahari.
Program ini dijalankan secara online dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan
daipada warga pendidik dan pelajar-pelajar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Topik
yang dibincangkan sangat menarik kerana ia menyentuh tentang rasa ‘Cinta’ yang
sememangnya sangat sinonim dengan jiwa pelajar-pelajar kita. Namun skop ‘Cinta’ ini telah
dikupas dengan lebih luas dan lebih bermakna lagi. Program telah dilangsungkan dengan
jayanya.

PERTANDINGAN KISAH (KITA SAHABAT)

PERTANDINGAN KISAH (Kita Sahabat) ini pula telah dijalankan sepanjang pertengahan
Jun sehingga akhir Julai. Pertandingan ini memerlukan para pelajar untuk membuat video
mengikut 2 tema yang telah ditetapkan iaitu Palestin atau Covid. Program ini dijalankan
bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang penderitaan yang
dihadapi oleh rakyat Palestin yang sedang dizalimi oleh Zionis Israel dan dalam masa yang
sama, rakyat Malaysia juga diuji dengan pandemic Covid-19.

Melalui penghasilan video-video kreatif di media sosial seperti TikTok, Facebook,
Instagram ataupun Youtube ini, para pelajar dapat meluahkan kreativiti mereka dan dalam
masa yang sama turut dapat menzahirkan sokongan kepada semua saudara kita yang
sedang diuji dengan ujian yang hebat samada yang sedang berada jauh di Palestin mahupun
Malaysia. Video-video yang telah dihasilkan adalah sangat menarik, menyentuh hati dan

memberi manfaat.

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS

TARIKH : 17/07/2021
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
PLATFORM : GOOGLE MEET

MAJLIS PELANTIKAN KETUA DAN
PENOLONG KETUA TINGKATAN

Pelantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan sesi 2021 bermatlamat untuk
mengiktiraf dan memperkembangkan bakat kepimpinan yang berwibawa serta mewujudkan
identiti mulia murid-murid SMK Seri Tasik.
Majlis pelantikan telah dilaksanakan pada 17 Julai 2021 (Sabtu) jam 9:00 pagi. Kaedah
pelaksanaan pelantikan adalah melalui google meet. Seramai 66 orang murid terlibat dalam
majlis tersebut. Majlis telah dapat dijalankan dengan jayanya hasil komitmen yang padu
daripada jawatankuasa majlis pelantikan ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan.

CYBER CRIME

Program Live Cyber Crime ini dijalankan atas inisiatif Kelab Pencegah Jenayah dengan
kerjasama Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Husni bin Mohidin, Pegawai Penyiasat
Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Cheras. Seiring dengan masa kini yang
banyak menggunakan Internet sebagai medium untuk menjalani kehidupan seharian, maka
kita juga terdedah kepada ancaman yang timbul daripadanya akibat daripada perbuatan
manusia yang hanya mementingkan wang dan ringgit sahaja.
Program Live selama satu jam ini mengupas dengan mendalam tentang apa itu Cyber Crime,
kenapa ianya berlaku, apakah kesannya dan bagaimanakah cara-cara untuk mengatasinya.
Program ini juga telah mendapat penyertaan yang baik daripada sekolah-sekolah lain di
Kuala Lumpur.

PROGRAM KKM - CALL

Program KKM-CALL (Kami Kisahkan Murid) ini telah dijalankan dengan menyasarkan
kepada pelajar-pelajar yang mempunyai rekod disiplin dan tidak mempunyai Amalan Baik.
Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat dari sumber pertama tentang keadaan
semasa para pelajar SMK Seri Tasik. Dalam masa yang sama, Unit Disiplin juga mengambil
peluang ini untuk turut berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga pelajar.

Dari situ, pelbagai maklumat penting telah kami perolehi dan dapat kami gunakan untuk
membantu para pelajar dengan lebih baik. Dalam masa yang sama, sekiranya pelajar
menunjukkan perubahan selepas itu seperti menyertai kelas online yang dijalankan, maka
mereka akan ditambah Amalan Baik di dalam SSDM. Perkara ini dapat membangkitkan
motivasi mereka.

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

TARIKH : 17/07/2021
HARI : SABTU
MASA : 10.30 PAGI – 1.00 TGH HARI
PLATFORM : GOOGLE MEET
PENYERTAAN : 50 ORANG

PERJUMPAAN MENTOR MENTEE PRS

Program Mentor Mentee PRS
Seramai 17 orang mentee PRS terlibat dalam
perjumpaan mentor mentee. Perjumpaan
dibuat secara atas talian pada hari Jumaat
pada jam 3.00 – 4.00 petang.

SARINGAN 1 MINDA SIHAT

MURID- MURID AKAN DIBIMBING DALAM GOOGLE MEET UNTUK MENJAWAB
SARINGAN 1 MINDA SIHAT.
BAGI MEMBANTU MURID YANG TIDAK DAPAT MELAKSANAKAN PADA TARIKH
TERSEBUT PIHAK UBK TELAH MENGADAKAN 2 KALI PERJUMPAAN TAMBAHAN
PADA 14 OGOS 2021 & 16 OGOS 2021.
PELAKSANAAN SEPANJANG JULAI – SEPTEMBER BAGI SARINGAN 1.

PROMOSI MELALUI POSTER

Objektif 1 -
Meningkatkan
kesedaran dan
memeMmmugeouanrsrijdiakwyaaannbgSBaerirnjagyaan 1

Minda Sihat.

Objektif – memberi
intervesi.
GBK akan

menganalisa markah
Saringan 1 Minda
Sihat. Sesi
bimbingan/
kaunseling atau
intervensi umum
diadakan

Murid yang Berjaya menjawab Saringan 1 Minda Sihat.

PROGRAM UBK
1 HARI 1 INFO

PROGRAM VCARE

VCare- sentiasa berhubung dengan murid-murid dan membantu mereka terutama dalam
PdPR atau kesan Covid 19 dalam keluarga mereka.

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF “BAHAYA MEROKOK”

PROGRAM PPKI

Sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, terdapat beberapa bantuan yang telah disalurkan
kepada keluarga murid yang terkesan dan tiada sumber pendapatan.

Antaranya adalah daripada sumbangan makanan Gerobok Rezeki PIBG SMKST, ibu bapa
murid PPKI dan badan - badan bukan kerajaan

Selain daripada itu, seramai 10 orang murid miskin (10 Ogos) telah menerima sumbangan
dari pihak Food Bank Jawi dan tambahan 51 orang murid lagi (26 Ogos) menerima
sumbangan barang makanan daripada pihak NGO.

Terdapat juga, 2 buah keluarga murid yang dibantu melalui sumbangan guru-guru terus ke
akaun bank ibu bapa murid tersebut. Ini adalah untuk membeli keperluan barang basah dan
lampin pakai buang murid.

Seramai 3 orang murid PPKI yang telah dijangkiti Covid-19 dilaporkan, dan kesemuanya
telah sembuh.

Seorang murid PPKI (Muhammad Fazly b. Muhammad Lim PK 6) telah kehilangan bapa
akibat covid-19


Click to View FlipBook Version