LAPORAN AKTIVITI MINGGU 1 3.0 TARIKH: 10 Januari 2024 4.0 TEMPAT : Gelanggang Bola Tampar/ Dewan Badminton IPG Kampus Kent 5.0 JUMLAH AHLI: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah 6.0 PENGISIAN PROGRAM Pada pukul 7:00 pagi, semua unit beruniform termasuklah Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk menjalankan perhimpunan pagi kali pertama. Selepas perhimpunan tersebut, pemeriksaan uniform ahli-ahli KRS telah dilaksanakan oleh beberapa orang jurulatih seterusnya mereka telah memberi tunjuk ajar cara-cara pemakaian uniform yang betul. Setelah pemeriksaan terhadap pemakaian selesai, Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang arahan masuk baris yang betul kepada Komandan dan juga ahli-ahli KRS yang lain. Pada pukul 8:30 pagi, kami telah berahli ke Dewan Badminton IPG Kampus KENT bagi melaksanakan aktiviti seterusnya iaitu mengenai pengurusan dan pentadbiran unit beruniform yang dikendalikan oleh Mejar Shelen Aderina Kok. Sebelum itu, beliau telah mengajar kami tentang cara-cara melapor masuk dewan dan keluar dewan yang betul. Selesainya tunjuk ajar tersebut, Mejar Shelen telah memberikan kami penerangan mengenai pendaftaran ahli dan kumpulan, kuasa penganjur, struktur unit, pengurusan buku log, pengurusan folio, laporan aktiviti, tanggungjawab pegawai, pakaian seragam ahli dan pegawai, takwim dan rancangan aktiviti serta pengurusan badan unit beruniform secara sistematik dan terancang. Pada pukul 9:30 pagi, aktiviti pengenalan tentang pengurusan dan pentadbiran telah tamat. Komandan telah melapor keluar daripada dewan. Setelah tamatnya aktiviti pada minggu ini, semua ahli Kadet Remaja Sekolah telah mengambil gambar bersama Mejar Shelen Aderina Kok. 6.1 AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM
LAPORAN AKTIVITI MINGGU 2 3.0 TARIKH: 17 Januari 2024 4.0 TEMPAT: Gelanggang Bola Tampar 5.0 JUMLAH AHLI : 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah 6.0 PENGISIAN PROGRAM Pada pukul 7:00 pagi, semua unit beruniform termasuklah Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk menjalankan perhimpunan pagi bagi minggu kedua. Selepas perhimpunan tersebut, semua ahli KRS telah berkumpul semula untuk menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh Platun Bravo. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRS telah dinyanyikan. Platun Alpha telah membacakan laporan minggu pertama seterusnya menyerahkan fail kepada Komandan untuk diberi kepada platun Bravo. Selepas penyerahan fail laporan, Mejar Shelen Aderina Kok telah membuat pemeriksaan dari aspek pakaian diiringi oleh Komandan. Setelah itu, Mejar Shelen telah menyampaikan taklimat pagi mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu latihan kawad statik, kawad istiadat, penyediaan tarian perang dan juga nyanyian lagu Dindaku Sayang. Mejar Shelen juga memberitahu untuk membaca nota Sejarah, Perlembagaan, Struktur dan Organisasi Pertubahan yang telah dimuat naik dalam Google Classroom. Lebih kurang jam 8:15 pagi, ahli-ahli KRS telah melaksanakan aktiviti yang pertama iaitu nyanyian lagu Dindaku Sayang dan juga tarian perang Kadet Remaja Sekolah IPG Kampus Kent. Pada masa yang sama, latihan tepukan KRS juga dilaksanakan. Latihan kawad statik dan juga kawad istiadat juga telah dilaksanakan bersama-sama dengan unit beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Skuad Shafil Afique Bin Shaharuddin yang menjadi komandan untuk latihan kawad statik PPIM. Sementara itu, ahli-ahli KRS telah ditunjuk ajar oleh Kapten Ahmad Fauzi bin Mohd Satnih dan juga Kapten Dorothea Marakau @ Nuratiqah tentang kawad dinamik. Semua aktiviti telah selesai dijalankan tepat pada pukul 9:30 pagi. 6.1 AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM
LAPORAN AKTIVITI MINGGU 3 3.0 TARIKH: 24 Januari 2024 4.0 TEMPAT: Gelanggang Bola Tampar 5.0 JUMLAH AHLI: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah 6.0 PENGISIAN PROGRAM Pada pukul 7:00 pagi, semua unit beruniform termasuklah Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk menjalankan perhimpunan pagi bagi minggu ketiga. Selepas perhimpunan tersebut, semua ahli KRS telah berkumpul semula untuk menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh Platun Charlie. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRS telah dinyanyikan. Platun Bravo telah membacakan laporan minggu kedua seterusnya menyerahkan fail kepada Timbalan Komandan untuk diberi kepada platun Charlie. Selepas penyerahan fail laporan, Mejar Shelen Aderina Kok telah membuat pemeriksaan dari aspek pakaian diiringi oleh Timbalan Komandan. Setelah itu, Mejar Shelen telah menyampaikan taklimat pagi mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu latihan kawad istiadat, kawad statik dan dinamik. Mejar Shelen juga memberi taklimat mengenai tugasan pada minggu itu, iaitu memilih dan merancang satu program tahunan untuk unit beruniform KRS dan membaca nota mengenai orientasi kurikulum yang telah dimuat naik dalam Google Classroom. Lebih kurang jam 8:15 pagi, ahli-ahli KRS telah melakukan tarian perang, tepukan KRS dan menyanyikan lagu Dindaku Sayang. Setelah itu, Kapten Zainuddin telah memberi tunjuk ajar mengenai kawad masuk baris. Latihan dijalankan dalam platun masing-masing dan semua ahli mestilah menghafal dan mencuba untuk memberi arahan masuk baris. Selepas semua platun selesai menjalankan aktiviti kawad masuk baris, Kapten Zainudin mengarahkan kami untuk mencipta satu yell dalam platun masing-masing selama lebih kurang 10 minit. Setelah tamat 10 minit, semua platun diminta untuk mempersembahkan yell tersebut. Semua aktiviti telah selesai dijalankan tepat pada pukul 9:30 pagi. Sebelum bersurai, semua ahli Kadet Remaja Sekolah telah mengambil gambar bersama dengan jurulatih-jurulatih KRS. 6.1 AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM
TAMAT