The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini merupakan buku cerita kanak-kanak yang sesuai untuk murid tahap satu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saifirfan, 2025-02-24 02:54:18

Sang Singa Yang Amanah

Buku ini merupakan buku cerita kanak-kanak yang sesuai untuk murid tahap satu.

Di dalam sebuah hutan yang luas, tinggal seekor singa bernama Jalil. Dia terkenal dengan sifat adil, amanah dan tidak zalim. Jalil merupakan ketua hutan yang sentiasa memastikan semua haiwan hidup dengan harmoni. 1


Pada suatu hari, Sang Serigala iaitu Mufasa berasa resah dan khuatir. Dia dapati bahawa makanan yang disimpan olehnya telah hilang. 2


Kemudian, Mufasa datang mengadu kepada Jalil. Dia berkata “Tuanku, saya telah menyimpan makanan untuk keluarga saya di dalam gua, tetapi kini ia telah hilang. Saya curiga bahawa Si Monyet yang telah mencurinya” . 3


Jalil tidak mahu membuat tuduhan tanpa bukti. Jalil pun berkata “Kita harus menyelidik dengan sabar dan tidak memfitnah sesiapa tanpa kepastian” . 4


Jalil pun mengumpulkan semua haiwan dan bertanya kepada Si Monyet, “Adakah benar kamu telah mengambil makanan Mufasa?” . 5


Sang Monyet menjawab dengan jujur, “Tidak, Tuanku. Saya sendiri mempunyai keluarga untuk dijaga, dan saya tidak akan mengambil harta orang lain. ” 6


Jalil berfikir sejenak dan berkata “Baiklah, kita akan periksa gua itu. ” 7


Setelah diperiksa, mereka mendapati bahawa makanan Serigala telah dibawa oleh sekumpulan semut ke dalam sarang mereka. 8


Serigala rasa bersalah kerana telah menuduh Sang Monyet tanpa bukti, lalu dia meminta maaf kepada Sang Monyet. Tidak mengapa, Mufasa 9


Dalam sebuah keluarga, kita harus hidup dengan adil dan penuh kasih sayang. Kita tidak boleh menuduh orang lain tanpa bukti. Jalil memberi nasihat kepada semua haiwan supaya tidak menuduh orang sesuka hati kerana boleh merosakkan keharmonian. 10


Serigala pun berasa syukur kerana dia masih mempunyai keluarga yang menyayanginya dan dia berjanji akan lebih berhati-hati sebelum membuat tuduhan. 11


Sejak hari itu, semua haiwan di hutan hidup dalam keharmonian, saling mempercayai dan menghargai keluarga masing-masing. 12


glosari Sifat = Keadaan atau rupa sesuatu yang boleh dilihat Adil = Menepati hak seseorang tanpa menindas Amanah = Dapat dipercayai atau jujur Zalim = Kejam Harmoni = Baik dan aman damai Khuatir = Berasa gelisah atau tidak sedap hati Sabar = Tenang dan tidak terburu-buru Fitnah = Tuduhan yang diada-adakan Nasihat = Petunjuk yang baik Syukur = Beruntung, mujur, bertuah 13


Adil Nilai dan Pengajaran Jangan terus menyalahkan seseorang tanpa bukti yang kukuh. Sepakat Kita mestilah sentiasa bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Rendah Diri Kita mestilah berani untuk mengakui kesalahan yang telah kita lakukan dan meminta maaf . 14


Sinopsis Kisah ini mengisahkan Sang Harimau, Jalil, yang terkenal dengan sifat adil dalam memastikan keharmonian hutan. Suatu hari, Serigala kehilangan makanannya dan menuduh Monyet sebagai pencuri. Namun, Sang Harimau menegaskan bahawa tuduhan tanpa bukti tidak adil dan memutuskan untuk menyiasat terlebih dahulu. Setelah diperiksa, mereka mendapati bahawa makanan Serigala sebenarnya telah dibawa oleh sekumpulan semut. Serigala berasa malu dan meminta maaf kepada Monyet atas tuduhan yang salah. Sang Harimau menasihati semua haiwan agar hidup dengan adil, sabar, dan penuh kasih sayang serta tidak tergesagesa menuduh orang lain tanpa bukti. Ahli Kumpulan : 1) Muhammad Syahrol Aidil bin Azmi 2) Muhammad Saif Irfan bin Mohamad Safuan 3) Muhammad Haiqal Firdaus bin Khairul Azmi ahli kumpulan


Click to View FlipBook Version