The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM TULISAN JAWI DALAM ERA PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saifirfan, 2023-10-05 21:49:48

BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM TULISAN JAWI DALAM ERA PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA

BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MUHAMMAD SAIF IRFAN BIN MOHAMAD SAFUAN PISMP (PERSEDIAAN) UNIT BM 2 2023102310035 HJ. MOHD SARIFUDDIN BIN MAT SALLEH SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM TULISAN JAWI DALAM ERA PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PASCA MERDEKA


Pengenalan Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad-abad lampau sekaligus telah membawa bersamanya abjad tulisan Arab,iaitu yang menjadi induk kepada tulisan jawi Melayu dan abjdanya. Tulisan Jawi ini merupakan salah satu daripada warisan "Dunia Melayu” yang bersejarah. Hal ini dikatakan keran kehadiran tulisan jawi ini menjadi titik tolak pemisahan dari zaman gelap jahiliyah yang menyelubungi bangsa bangsa Melayu ke zaman terang benderang, sama ada dari sudut agama mahupun budaya


Asal Usul Tulisan Jawi Berdasarkan ejarah Bahasa Melayu (Kang Yong Seock, 1990) perkataan “Jawi” ( جاوي ( berasal daripada bahasa Arab “Jawah” ( ( جاوة . Kemudian, orang Melayu menyelaraskan perkataan-perkataan Arab tersebut supaya sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Menurut catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa, 1999) perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan Arab. Kemudiannya dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita fahami sekarang ini. Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa Arab, perkataan Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain (Mohd Alwee Yusoff, 2005).


Menurut sejarah, tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad ke-10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu ketika itu. Mengikut sejarah Bahasa Melayu pula, perkataan jawi berasal daripada Bahasa Arab ‘Jawah’ dan kemudiannya orang Melayu menyelaraskan perkataanperkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Sementara itu, dalam catatan Sejarah Melayu yang ditulis Hashim Musa pada 1999 menyatakan, perkataan jawi diadaptasi oleh Bahasa Melayu daripada tulisan Arab. Seterusnya ia dibuat beberapa tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita fahami hari ini. Secara umumnya, perkataan jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara malah ia merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain.


Tulisan Jawi bukan sahaja pernah menjadi tulisan utama di Semenanjung Tanah Melayu , Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Selatan Thai, tetapi juga di Sri Lanka (bagi rumpun Melayu). Sejak wujudnya alat cetak, peranan tulisan Jawi semakin bertambah, di mana ia digunakan pula oleh penerbit akhbar-akhbar, majalah-majalah, dan penulis buku-buku dan risalah-risalah dalam bahasa Melayu. Sri Lanka, sejak tahun 1869 Masihi lagi telah menerbitkan sebuah akhbar Melayu (Jawi) iaitu Alamat Langkapuri. Kegunaan Tulisan Jawi


Ciri Ciri Tulisan Jawi Bertindan secara menegak Ligatur Aksara aksara berbaris atau mempunyai titik Aksara bersambung *Aksara Jawi mempunyai 36 aksara manakala 30 aksara dipinjam dari Bahasa Arab sdan lagi 6 merupakan abjad tambahan


Zaman Awal Tulisan Jawi Setelah lebih tiga ratus tahun kemudian daripada waktu pertama bermulanya tulisan Arab di atas tadi barulah timbul prasasti berbahasa Melayu yang mengunakan tulisan Jawi iaitu Prasasti Terengganu yang bertarikh pada 4 Rejab 702 Hijrah dan hari Jumaat bersamaan 22 Februari 1303 Masihi. Kemudian daripada itu terdapat batu bersurat Pahang Darul Makmur yang bertarikh pada 15 Syawal, 900 Hijrah bersamaan 7 Julai 1495 Masihi yang juga menggunakan tulisan Jawi. Dari segi manuskrip, tulisan Jawi yang tertua bertarikh 998 Hijrah bersamaan 1590 Masihi iaitu naskah bagi Kitab Aqaid al-Nasafi. Kemudian barulah buku -buku yang lain seperti manuskrip Tuti Namah ( 1600 Masihi), Surat Izin Berniaga daripada Sultan Alauddin Syah, Sultan Acheh kepada Sir Harry Middleton bertarikh 1602 Masihi, manuskrip Hikayat Seri Rama dan lain-lain. Di Perpustakaan Negara, manuskrip Melayu yang tertua ialah Kitab Umdat al-Ansab bertarikh 1090 Hijrah.


Batu nisan yang ditemui di Kampung Permatang Pasir, Pekan, Pahang, Kitab Aqaid Al Nasafi Penemuan Tulisan Jawi Batu Bersurat di Terengganu


Perkembangan Huruf Jawi Terdapat fonem-fonem dalam bahasa Melayu yang tidak ada lambangnya dalam huruf Arab. Oleh itu orang Melayu telah meminjam huruf-huruf Farsi-Hindi yang asalnya dipinjam daripada bahasa Arab tetapi telah dilakukan pengubahsuaian seperti (ga). Pada huruf Farsi-Hindi, ga diletakkan garis di atas sedangkan pada huruf Jawi Melayu (ga) dibubuh titik. Namun didapati masih tidak mantap, huruf-huruf baru terus dibentuk. Huruf-huruf baru dalam tulisan Jawi klasik ini terdiri daripada (c), (ng), (g), (p) dan (ny). Sungguhpun huruf-huruf ini adalah huruf baru yang tidak ada dalam tulisan Arab tetapi “rumah’nya dipinjam daripada tulisan Arab Huruf-huruf Jawi di atas masih bertahan hingga sekarang kecuali huruf yang hilang begitu sahaja. Huruf ini masih wujud dalam buku William Marsden, A Dictionary and Grammar of the Malayan Language, yang bertarikh pada tahun 1812. Dalam tulisan pegon iaitu Jawi Jawa masih terus dikekalkan penggunaan huruf ini hingga sekarang tetapi titiknya diletakkan dibawah.


Fasa Perkembangan Sistem Tulisan Jawi


Fasa Sistem Tulisan Jawi Za'ba Sistem Jawi Dian Sistem Jawi DBP 01 02 03


Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) Gelaran pendeta Za'aba begitu sinonim dengan insan bernama Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau merupakan seorang pakar bahasa, pejuang dan pencinta tulisan Jawi yang gigih dan pemikir Melayu yang ulung. Penglibatan beliau dalam bidang bahasa menambahkan lagi kecintaannya terhadap tulisan Jawi menyebabkan terhasilya beberapa buah karya mengenai Jawi. Za'aba mula mengumpul perkataan-perkataan Melayu sejak tahun 1918 dengan tujuan untuk menyusun sebuah kamus Melayu yang besar dan lengkap. Kemudian pada tahun 1931 beliau menerbitkan sebuah buku bertajuk "Rahsia Tulisan Jawi" dan pada tahun 1938 beliau siap menyusun buku "Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi, namun akibat dari kekangan masa sebelas tahun kemudian barulah ia diterbitkan (1949). Mengenai kaedah Jawi yang digunakan, Za'aba membahagikan sistem ejaan kepada dua bahagian iaitu ejaan pada perkataan asal dan ejaan pada perkataan bertambah. Ejaan bagi perkataan asal terbahagi kepada lapan bahagian kecil seperti ejaan dua bunyi sejenis, dua bunyi berlainan, bunyi di atas berpadu, bunyi berkait, alif, wau dan ya saksi berjumpa dengan alif, wau dan ya yang bukan saksi, ejaan tua, perkataan yang dipinjam daripada Arab dan memakai jenis tanda. Manakala bagi ejaan perkataan bertambah terbahagi kepada tiga pecahan kecil iaitu memasukkan penambah di pangkal, di hujung dan kedua-duanya sekali. Kedua-dua sistem ejaan Jawi ini mempunyai undangundangnya yang tersendiri.


Berdasarkan dari sistem ejaan Jawi Za'aba ini dilihat ia mempunyai pelbagai undangundang dan cara penggunaannya. Sistem ejaan Za'aba dianggap sebagai satu sistem ejaan yang bersistematik dan meliputi pelbagai ejaan kecuali perkataan-perkataan Inggeris dan kata-kata singkatan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bentuk kekangan dan kekurangan seperti terlalu banyak pengecualian, mash banyak ejaan lama yang dikekalkan, mash banyak perkataan mempunyai ejaan yang sama tetapi sebutan berbeza dan sebagainya. Namun, kelemahan dan kekurangan tersebut sentiasa dibaiki dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan Bahasa Melayu dan usaha yang dilakukan oleh Pendeta Za'aba ini harus diberi penghargaan atas sumbangan beliau dalam memartabatkan sistem tulisan ini.


Sistem Jawi Dian Sistem ejaan Jawi Dian dikemukakan pada tahun 1973 di dalam majalah Dian bilangan 30 yang berasaskan ejaan fonetik iaitu mengeja sesuatu perkataan mengikut sebutan. Sistem ejaan ini bertujuan untuk memperbaiki sistem ejaan Jawi Za’aba yang dilihat wujudnya beberapa kelemahan dan kekurangan. Sistem ejaan Dian dilihat benar-benar memenuhi kehendak masyarakat kini dari segi kaedah penyusunan dan tidak memerlukan tenaga ingatan yang banyak untuk mengejanya. Walau bagaimanapun wujud dua kelemahan pada sistem ejaan Dian ini seperti penggunaan huruf dan sistem ejaan. Kelemahan pertama melibatkan transliterasi huruf [f] dan [p] yang sukar untuk dibezakan dalam tulisan Jawi kerana mengikut kaedah penggunaan huruf ini dalam tulisan rumi adalah berbeza sama sekali. Kelemahan yang kedua ialah padanan huruf [v] dalam tulisan Rumi tidak diwujudkan walaupun huruf tersebut telah lama wujud dalam bahasa Melayu sejak tahun 1936. Hal ini menyebabkan perkataanperkataan Inggeris yang diserap ke dalam Bahasa Melayu tidak dapat dieja dengan baik.


Manakala, kelemahan yang lain pula melibatkan sistem ejaan bagi perkataan ulang berimbuhan awalan dan akhiran diletakkan tanda dua angka pada hujung perkataan. Timbul kekeliruan bagi individu yang tidak menguasai Bahasa Melayu dengan baik iaitu dengan menyebut perkataan tersebut sebanyak dua kali. Sebagai kesimpulannya, sistem ejaan dilihat lebih bersifat kemelayuan dan ia hanya sesuai dipraktikkan oleh individu yang baru mempelajari tulisan Jawi dan sudah biasa dengan ejaan dalam tulisan Rumi.


Sistem Jawi DBP Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah Jawatankuasa Ejaan Jawi (JKEJ) mengambil inisiatif bagi mengkaji dan meneliti sistem ejaan Jawi Za’aba. Sistem ejaan Jawi Za’aba dijadikan sebagai landasan untuk membentuk dan menyusun sistem ejaan Jawi baru. Proses penyempurnaan ini mengambil kira lima perkara penting iaitu mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan yang kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang kabur dan mengemaskan yang longgar April 1984, Jawatankuasa tulisan Jawi DBP telah membentangkan hasilnya dalam Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi yang diadakan di negeri Terengganu. Hasilnya pada tahun 1986 sebuah buku berjudul “Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan” telah diterbitkan. Manakala pada tahun 1988 DBP sekali lagi menerbitkan sebuah buku bertajuk “Daftar Ejaan RumiJawi” yang berasaskan “Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan”. Walau bagaimanapun buku ini mempunyai 400 kesilapan ejaan berikutan kesuntukan masa untuk melancarkannya dan kini ia telah mengalami beberapa penambahbaikan dari semasa ke semasa


Sistem ejaan Jawi Yang Disempurnakan dilihat lebih sistematik berbanding sistem ejaan sebelum ini. Walaupun sistem ejaan Jawi Za’aba mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri, tetapi atas usaha oleh DBP ia mampu dimurnikan agar satu pedoman ejaan Jawi dapat diwujudkan untuk melestarikan tulisan Jawi dan bagi memenuhi keperluan semasa.


Kepentingan Tulisan Jawi Mudah mempelajari Bahasa Arab Mudah untuk membaca Al-Quran


Faktor Kemerosotan Tulisan Jawi


Faktor kemerosotan tulisan jawi dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja atau generasi baru pada hari ini amat membimbangkan. Tulisan Jawi pada hari ini hanya tinggal tulisan dan tidak berserta dengaan kemahiran atau kepakaran dalam masyarakat untuk menulis dalam tulisan jawi terutamanya generasi muda yang tidak mahir dalam menulis jawi. Kemerosotan Tulisan Jawi


Pengajaran Tulisan Jawi hanya di Peringkat Rendah Terdapat subjek diperingkat sekolah rendah berkaitan tulisan jawi, namun tidak diteruskan diperingkat sekolah menegah apatah lagi diperingkat universiti. Pelajar yang berminat untuk terus mengambil tulisan jawi atau subjek tulisan jawi hanya boleh mengambil di sekolah menengah agama (SMA) bantuan negeri dan tidak terdapat subjek tersebut di sekolah menengah kebangsaan (SMK) atau di sekolah menengah (SM). Sekiranya tidak dipraktikkan dari masa ke semasa, kemahiran tulisan jawi ketika di sekolah rendah akan hilang dan tulisan jawi terkubur bergitu sahaja.


Subjek Tulisan Jawi Tidak Menjadi Subjek Wajib Lulus Seperti mana yang kita tahu, walaupun subjek tulisan jawi terdapat di sekolah rendah, namun pengajaran dan pembelajaran subjek tulisan jawi sekadar sampingan sahaja tanpa melibatkan murid perlu lulus dalam peperiksaan. Murid hanya belajar jawi sekadar untuk memenuhi sukatan pembelajaran dan sekiranya subjek yang tidak terdapat peperiksaan murid tidak memberi penekanan dan tidak membuat latihan tambahan dirumah. Oleh itu, menjadi salah satu punca kemerosotan tulisan jawi.


Tidak Menjadikan Tulisan Jawi sebagai Tulisan Rasmi bagi Urusan Rasmi Pada masa kini surat-surat rasmi kerajaan yang dihantar ke sekolah-sekolah, ke premis-premis kerajaan menggunakan hampir 100% tulisan Rumi. Meskipun melalui Jabatan Agama Islam turut menggunakan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi urusan surat-menyurat. Hal ini menjadi faktor kemerosotan tulisan Jawi pada hari ini


Usaha Memartabatkan Tulisan Jawi


Bina papan tanda dalam Tulisan Rumi diikuti Tulisan Jawi Perkara ini telah dilakukan di sesetengah negeri-negeri di Malaysia, tetapi patut diperluaskan malah perlu dikuatkuasakan di seluruh negara. Dengan ini, masyarakat yang terdiri daripada pelbagai golongan iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa telah dididik sejak dari kecil lagi dengan persekitaran yang dan tulisan jawi di papan-papan tanda di seluruh negara.


Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mengambil langkah dalam menjadikan subjek tulisan Jawi ini sebagai subjek wajib lulus bagi peringkat rendah, menengah, IPTA mahupun IPTS supaya penekanan yang diberikan terhadap subjek berkaitan tulisan Jawi sama dengan subjek-subjek lain yang diambil. Dengan adanya subjek tulisan jawi dalam peperiksaan, penekanan yang lebih malah diteruskan diperingkat menengah dan di IPTA dan IPTS agar pembelajaran tulisan Jawi tidak terhenti begitu sahaja. Selain itu, penggunaan tulisan rasmi dapat digunakan secara meluas kerana kerajaan mempunyai kuasa iaitu dengan mengeluarkan surat pekeliling bagi premis-premis kerajaan menggunakan tulisan jawi dalam aktiviti surat menyurat rasmi kerajaan. Menjadikan subjek Tulisan Jawi subjek wajib lulus dalam peperiksaan


Media massa turut memberi sokongan seperti menyelitkan berita, iklan atau papan tanda dalam tulisan jawi. Apabila semua pihak saling membantu, usaha memartabatkan tulisan ini mudah dilaksanakan, sekali gus dapat memperluaskan pengaruh atau penggunaannya. Pada masa yang sama, kegiatan menguasai ejaan ini mesti diperkasakan dalam kalangan generasi muda. Hal ini dikatakan kerana, mereka golongan terbesar. Antaranya, mengadakan pelbagai sayembara serta kursus umum di sekolah rendah dan menengah. Perkara ini dapat membentuk keseimbangan dalam pelbagai aspek sekali gus mencapai kejayaan pada masa depan. Justeru, jika ada pelajar yang berminat menjadi pakar bahasa, perlulah dikaji dan diteroka keistimewaan sistem tulisan Jawi. Ini perlu dilakukan demi masa depan negara dan negara memerlukan golongan ini untuk meneruskan kesinambungan sedia ada. Pada masa sama, penerbitan buku dalam versi Jawi mestilah dipelbagaikan dengan memberi galakan atau insentif. Penggunaan Tulisan Jawi dalam media massa


Kesimpulan Tuntasnya, ialah usaha pemantapan dan penggunaan tulisan Jawi perlu diperkasakan kembali. Menjadikan tulisan Jawi sebagai jati diri, jiwa dan semangat bangsa Melayu sebagai satu agenda nasional. Tulisan Jawi dan bahasa Melayu tidak lagi diperkotakkatikkan oleh pelbagai pihak. Kita tidak mahu generasi yang bakal mewarisi kita nanti tidak tahu membaca tulisan Jawi dan tidak petah berbahasa Melayu.


SEKIAN TERIMA KASIH MUHAMMAD SAIF IRFAN


Click to View FlipBook Version