MAJLIS HI- TEAPENDAFTAR BERSAMAALUMNI UNIVERSITISAINS MALAYSIA (USM)PEGAWAI TADBIRPusat Pembangunan Alumni UniversitiSains Malaysia (USM) dengansukacitanya telah menganjurkanMajlis Hi-Tea Alumni Pegawai TadbirUSM bertempat di Dewan Banquet,Canselori II, baru-baru ini.Majlis penuh mesra itu turut meraikanYBrs. Encik Mohd Azizudin Bin MohdShariff, Pendaftar USM yang jugaalumni USM tahun 1997 dalam bidangSarjana Muda Teknologi (PusatPengajian Teknologi Industri).Seramai 80 orang pegawai hadirmemeriahkan majlis sebagai tandapenghargaan atas komitmen dansumbangan mereka kepada universiti.Pada majlis berkenaan, Pendaftar turutmenerima cenderahati kenangkenangan daripada warga kerja PusatPembangunan Alumni USM.Penganjuran ini bukan sahajamengeratkan hubungan sesamaalumni, malah memperkukuh jalinankerjasama antara Pendaftar danbarisan pentadbiran USM. Ia diharapdapat menjadi medium inspirasi danpemangkin semangat dalam kalanganalumni, sekali gus memperkukuhikatan silaturahim serta komitmenbersama dalam menjayakan aspirasiALUMN universiti.I NEWS VOL 8BILANGAN 8 / OGOS 2025
BACK TO CAMPUS @ 60’SIMBAU KENANGAN, UKIRJALINAN ALUMNI PELAJARUSM TAHUN 1985-1990WebsiteAlumniBulletinSocMedAlumniNewsPenulis: Suraya ShazlinPenyunting: Ahmad WafiFoto: USMConnect Us:ALUMNI NEWS VOL 8BILANGAN 8 / OGOS 2025Pada 31 Ogos 2025 yang lalu, seramai 119alumni Universiti Sains Malaysia batch1985-1990 kembali ke kampus selepas 36tahun, menyertai program Back toCampus @ 60’s anjuran alumni dengankerjasama Pusat Pembangunan Alumni,BHEPA dan GAPP.Program tiga hari di Kompleks CahayaSiswa pada 29 Ogos hingga 31 Ogosmerangkumi majlis bacaan Yassin,sukaneka, lawatan kampus dankemuncaknya Majlis Makan MalamAlumni di AC Hotel Pulau Pinang.Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr.Abdul Rahman Mohamed menzahirkanpenghargaan kepada penganjur sertamenekankan peranan alumni sebagairakan strategik dan duta universiti.Dalam majlis tersebut, alumni turutmenyumbang RM11,000 kepada tabunguniversiti bagi membantu pelajar B40.Turut hadir, Encik Mohd Ali Mohd Sallehiaitu Pengerusi Back to Campus @ 60,Prof. Dr. Azlan Amran yang menjalankanfungsi TNC HEP & Alumni, Prof. Dr. AzizahOmar iaitu Pengarah PusatPembangunan Pelajar BHEPA, wakilPersatuan Alumni USM, pegawai sertastaf Pusat Pembangunan Alumni.