NOTA/MESEJ DUTA MURID PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH 2023 Pesanan Khidmat Masyarakat Berkaitan GANGGUAN SEKSUAL. 1. Dalam masyarakat kita, gangguan seksual adalah satu realiti yang tidak boleh diabaikan. Setiap individu berhak merasa selamat dan dihormati, tanpa menghadapi ancaman atau perlakuan seksual yang tidak diingini. Gangguan seksual merosakkan kepercayaan diri, menjejaskan kesihatan mental dan boleh membawa kepada trauma seumur hidup. 2. Kita perlu bersama-sama membentuk masyarakat yang mengutamakan keadilan dan keselamatan. Oleh itu, mari kita tingkatkan kesedaran tentang isu gangguan seksual dan berikan sokongan kepada mangsa untuk melaporkan kes tersebut. Hal ini, menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk menjauhkan diri daripada budaya yang membenarkan gangguan seksual. 3. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa gangguan seksual, jangan berdiam diri. Minta bantuan dari pihak berkuasa terutama PDRM, organisasi sokongan atau keluarga. Kita semua boleh berperanan untuk menghentikan gangguan seksual dan membina masyarakat yang selamat dan berkeadilan. Sehubungan dengan itu, mari bersama-sama melindungi hak asasi setiap individu.
NOTA/MESEJ DUTA MURID PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH 2023 Pesanan Khidmat Masyarakat Berkaitan BULI. 1. Adakah anda tahu bahawa buli adalah masalah serius dalam masyarakat kita? Buli tidak hanya merosakkan individu yang terlibat, tetapi juga memberi impak negatif kepada masyarakat secara keseluruhan. Setiap tindakan buli meninggalkan kesan mendalam pada mangsa, meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan boleh mengakibatkan peningkatan kadar ketidakhadiran ke sekolah. 2. Kita semua memiliki tanggungjawab untuk menghentikan buli. Mari kita bersama-sama membentuk masyarakat yang menggalakkan kebaikan, menghormati perbezaan dan memberi sokongan sesama insan. 3. Jika anda menyaksikan atau mengetahui tentang sebarang kejadian buli di sekolah atau asrama, jangan berdiam diri. Laporkan kepada guru untuk tindakan awal atau membantu mangsa dengan memberlkan sokongan moral. 4. Oleh itu, mari kita bersatu hati bertindak sebagai masyarakat yang prihatin supaya kita bebas daripada buli. Sekecil-kecil tindakan kita boleh menghalang buli daripada terus berleluasa. Hentikan buli sekarang!