The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PSVK3433 ASAS MEMBUAT CORAK DAN REKAAN <br>NUR SYARFA AMNI BINTI SAYUTI<br>PISMP AMBILAN JUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 316-8-syarfa, 2023-04-04 23:11:10

CORAK TRADISIONAL

PSVK3433 ASAS MEMBUAT CORAK DAN REKAAN <br>NUR SYARFA AMNI BINTI SAYUTI<br>PISMP AMBILAN JUN 2022

PSVK3433 ASAS MENCORAK DAN MEMBUAT REKAAN NUR SYARFA AMNI BINTI SAYUTI MT1 AMBILAN JUN 2022 CORAK TRADISIONAL


PEHU Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. Kini, memandangkan ia suatu warisan sejarah, istana itu telah berubah “peranannya” menjadi muzium. Bangunan ini didirikan mengikut seni bina masyarakat Minangkabau.Pelajar kelas elektif Pendidikan Seni Visual PISMP Ambilan Jun 2022 telah membuat lawatan ke Muzium Istana Seri Menanti bagi mengkaji dan melukis motif serta corak yang terdapat pada ukiran kayu istana sebagai tugasan bagi subjek PSVK 3433 Asas mencorak dan membuat rekaan


Asa l Sah Ina S en ● Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku. Ia dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. ● Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.


Asa l Sah Ina S en ● Pelan asal istana setinggi empat tingkat ini telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. ● Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato’ Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. ● Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British Rum an Kr


Stut n Se a Is ● Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. ● Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. ● Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu jenis kayu penak. ● Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak. ● Pasak kayu keras digunakan bagi menyambungkan papan. Atap istana ini mewakili tanduk kerbau. ● Tanduk kerbau dianggap sebagai lambang keamanan.


Uki d Mof a Is ● Ukiran pada istana ini hanya boleh didapati pada bahagian tiang, pintu, dinding dan lambai-lambai. ● Corak dan motif yang terdapat pada ukiran ini kebanyakannya merupakan corak pengukiran tempatan dan sebahagiannya dikenali sebagai Awan Berarak, Itik Pulang Petang, Ayam Berlaga, Bunga Matahari, Bunga Teratai dan sebagainya. ● Namun begitu, terdapat juga pengaruh Cina pada ukiran-ukiran ini dan ia dapat dilihat pada ruang pangkal serambi yang memperlihatkan ukiran berbentuk kepala singa, kaki kuda dan kuda beserta ekor yang panjang.


Uki d Mof a Is ● Selain daripada itu, bentuk-bentuk abstrak dan geometri juga turut digunakan seperti potong wajik atau potong intan dan swastika. ● Terdapat sebanyak 48 tiang yang berukir dengan ukiran tebuk timbul pada bahagian hadapan dan sisinya. ● Selain pada tiang terdapat juga ukiran pada papan penutup bendul di sekeliling anjung yang sangat unik motifnya dan pada lambai-lambai di atas pintu.


Luk Mot n Co


Menl Pa ti n Ca d lun Motif Keluk Pakis Motif Bunga Teratai Motif Pucuk Rebung


Mot uk ● Merupakan gambaran pohon/tetumbuhan pakis yang berkeluk-keluk atau meliuk-liuk ● Motif Keluk Pakis lazim dipakai untuk ukiran bangunan dan ukiran kayu ● Semua corak motif paku pakis disepadukan dengan cermat


Mot ga a ● Bunga Teratai atau Bunga Lotus ● Motif bunga teratai merupakan Pola Bujang ● Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung seperti motif dari Pola Pemidang


Mot uk g ● Merupakan motif khas bagi kaum Minangkabau ● Banyak digunakan dalam ukiran kayu, tenunan songket & batik ● Falsafah motif pucuk rebung adalah daripada peribahasa ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’ yang bermaksud mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi


Kesla Motif dan corak yang terdapat pada binaan Istana Lama Seri Menanti memiliki nilai estetika dan sejarah yang tinggi. Motif Istana Lama Seri Menanti sangat berharga sebagai warisan budaya Malaysia kerana memperlihatkan kreativiti dan keindahan seni rupa tradisional.Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya memelihara dan menghargai warisan budaya dan sejarah yang dimiliki oleh negara kita.


Ruj Majlis Keselamatan Negara. (2021) . Asal usul sejarah Istana Seri Menanti,Kuala Pilah,Negeri Sembilan . Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2021/11/05/asal-usul-sejarah-istana-seri-mena nti-kuala-pilah-negeri-sembilan/ Majlis Daerah Kuala Pilah . (2016) . Istana Lama Seri Menanti . Portal Rasmi Majlis Daerah Kuala Pilah . http://www.mdkp.gov.my/ms/istana-lama-seri-menanti Nurdiyana Zainal Abidin, Raja Nafida Raja Shahminan, Fawazul Khair Ibrahim. (2017) . Architectural influences of Istana Lama Seri Menanti, Negeri Sembilan. Planning Malaysia 15(0). https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q=istana+lama+seri+ menanti&btnG=#d=gs_qabs&t=1680660418864&u=%23p%3DZIT1WD5uW1wJ


Click to View FlipBook Version