The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERINGKAT SEKOLAH
TARIKH :23 OGOS 2023
HARI : RABU
MASA : 10:00 PAGI-12:00 TENGAH HARI

PERINGKAT ASRAMA
TARIKH: 9 SEPTEMBER 2023
HARI: SABTU
MASA: 5:00 PAGI- 6:00 PAGI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by auni.azman98, 2023-08-20 03:18:58

PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA PERINGKAT SEKOLAH DAN ASRAMA (Fire Drill)

PERINGKAT SEKOLAH
TARIKH :23 OGOS 2023
HARI : RABU
MASA : 10:00 PAGI-12:00 TENGAH HARI

PERINGKAT ASRAMA
TARIKH: 9 SEPTEMBER 2023
HARI: SABTU
MASA: 5:00 PAGI- 6:00 PAGI

Keywords: PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN

PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN JABATAN BOMBA PERINGKAT SEKOLAH DAN ASRAMA PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN JABATAN BOMBA PERINGKAT SEKOLAH DAN ASRAMA BERSAMA PERINGKAT SEKOLAH 23 OGOS 2023 RABU 10:00 PAGI-12:00 TENGAH HARI PERINGKAT ASRAMA 9 SEPTEMBER 2023 SABTU 05:00 PAGI-06:00 PAGI


PENDAHULUAN Matlamat program ini iaitu; a) Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya kebakaran. b) Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah. c)Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran. OBJEKTIF a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang lain. d)Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.


23 Ogos 2023 (Peringkat Sekolah) 9 September 2023 (Peringkat Asrama) 10:00 PAGI-12: tengah hari (Peringkat Sekolah) 5:00 Pagi-6:00 Pagi (Peringkat Asrama) Bangunan akademik SBPI Sabak Bernam/ Blok Asrama Sekolah TARIKH MASA TEMPAT PENGELOLAAN


BIL SUMBER MANUSIA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH 1. GURU 24 27 51 2. MURID 301 293 594 3. STAF SOKONGAN 9 8 17 4. PEMBERSIH SWASTA 6 6 12 5. PEKERJA KANTIN 6 4 10 6. PEGAWAI KESELAMATAN SWASTA 4 2 6 JUMLAH 350 340 690 PENGLIBATAN


PERATURAN LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN 1. PERATURAN AM 1.1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bilabila masa latihan kecemasan dan kebakaran diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan bertalu-talu. 1.2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti latihan ini dan mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut: 1.2.1. Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan ditutup rapat sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian. 1.2.2. Padamkan lampu dan kipas 1.2.3. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang penting seperti wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang dibawa. 1.2.4. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan laluan yang dilampirkan. 1.2.5. Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi pantas. 1.2.6. Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang dipertanggungjawab membuat demikian. 1.2.7. Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.


2. TUGAS MURID-MURID 2.1. Masukkan kerusi di bawah meja 2.2. Tidak dibenarkan membawa beg 2.3. Matikan suis lampu dan kipas 2.4. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan kepadang dengan senyap dan pantas 2.5. Di padang murid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu perhimpunan 3. TUGAS GURU DALAM BILIK DARJAH 3.1. Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke padang. Bawa jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan bilik guru ditutup. Sekiranya masa kritikal tidak perlu menutup pintu. 3.2. Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang seperti dalam pelan laluan keluar. 3.3. Memastikan semua suis ditutup


4. TUGAS GURU DI MAKMAL SAINS/KEMAHIRAN HIDUP 4.1. Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan serta merta dan tenangkan murid-murid 4.2. Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket-soket berkenaan. 4.3. Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas. 4.4. Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian. 5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANG, BILIK MUZIK, PENGGUNA PERPUSTAKAAN, MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK AKSES. 5.1. Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke tempat asal. 5.2. Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket yang berkenaan 5.3. Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar secara senyap dan pantas. 5.4. Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.


6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN : 6.1. Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau. 6.2. Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang. 7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT 7.1. Tutup semua tingkap 7.2. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas. 7.3. Matikan semua suis lampu, kipas dan komputer serta cabut plug dari soket. 7.4. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu di pejabat, bawa bersama tetamu ke padang mengikut laluan. 7.5. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian. 7.6. Bawa jadual kedatangan murid. 8. BILIK PEKERJA 8.1. Semua pekerja Sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. Ketua pekerjapastikanbahawalampudankipassudahdipada mkandantutuppintubilikdenganrapat. 8.2. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masukdan beberapa pekerja diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik yang diperlukan oleh bomba.


9.KANTIN 9.1. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan serta-merta. 9.2. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke padang mengikut laluan yang ditetapkan. 9.3. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk dipadamkan. Cabut plug daripada soket. 9.4. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup semua tigkap dan kunci dengan segera. 10. KETUA PERONDA/PERONDA (YANG DILANTIK) 10.1. Meronda ke setiap bangunan / kawasan sekolah dan membuat laporan kepada Bomba jika dikehendaki. 11. ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA 11.1. Adalah orang yang berhampiran dengan telefon (kakitangan pejabat atau Guru Besar)


MASA Butir-Butir Aktiviti 10.00- 10.30 pagi Letupan dilakukan oleh guru bertugas. Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan. Panggilan kecemasan ke Balai Bomba. Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan dan menuju ke tempat berkumpul seperti yang terdapat dalam pelan kecemasan Guru kelas memeriksa kehadiran murid. 10.20- 10.45 pagi Ketibaan pasukan Bomba. Operasi menyelamatkan mangsa. 10.45- 11.30 pagi ‘ Post mortem’ oleh pengawai bomba. Demonstrasi menghadapi dan menguruskan tumpahan bahan kimia. Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia 11.30 pagi12.00 tgh Refleksi dan sesi soal jawab bersama pihak bomba Pameran Kelengkapan Peralatan Memadam Kebakaran (Jentera Bomba) Ceramah ringkas latihan kebakaran dan keselamatan (Dewan) Para murid bersurai. Tetamu dijemput ke jamuan ringan. TARIKH : 23/9/2023 MASA : 10.00 pagi-12.00 tengah hari JADUAL PELAKSANAAN DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN


JAWATANKUASA UNIT KESELAMATAN SEKOLAH Pengerusi : Pn. Faridah binti Husin Tim. Pengerusi : En. Kamal bin Mamat Naib pengerusi 1 : En. Ahmad Faris bin Abu Bakar Naib pengerusi 2 : Tn Hj Idris bin Napiah Penyelaras. : En. Muhammad Afifi bin Abdullah Satari Pen. Penyelaras : Cik Auni Faqihah binti Azman Ahli Jawatankuasa : 1. En. Ahmad Nor Hazman bin Ahmad Jaafar 2. En. Mohd Fadzlan bin Fadzir 3. En. Muhamad Rhozali bin Zakaria 4. Cik Fazreena binti Mohd Fuhaad


JAWATANKUASA PENGELOLAAN LATIHAN KEBAKARAN Pengerusi : Pn Faridah binti Husin Tim. Pengerusi : En. Kamal bin Mamat Naib pengerusi 1 : En Ahmad Faris bin Abu Bakar Naib pengerusi 2 : Tn Haji Idris bin Napiah Penyelaras : En Muhammad Afifi bin Abdullah Satari Pen. Penyelaras : Cik Auni Faqihah binti Azman Ahli Jawatankuasa Surat-menyurat dan Perhubungan : 1. Cik Norafiqah Amani binti Zulkifle 2. Cik NurulHuda binti Othman Loceng : En. Kamal bin Mamat Kawalan murid ( Kelas) : Guru Kelas/ Guru Mata pelajaran Kawalan murid (Padang) : Guru Kelas/ Guru Mata pelajaran Kawalan Murid (Makmal) : Guru Mata pelajaran / pembantu makmal


Mencatat Kehadiran murid : Guru Kelas 1 dan Guru Kelas 2 Jururakam peristiwa : En Ahmad Nor Hazman bin Ahmad Jaafar Kebersihan : Pn Noor Amilah bt Abd Karim Guru peronda : Guru Bertugas Mingguan Tugasan letupan : 1. En Mohd Fadzlan bin Fadzir 2. En Mohd Hishamuddin bin Darmo 3. Tn Haji Mohd Khairuddin bin Jajuli Tugasan penyediaan asap : 1. En Mohd Puad b Abdullah 2. En Abdul Rashid bin Kefele Sijil, Cenderamata & jamuan : 1. Pn Zakiah Anom bt Shaffie 2. Pn Nurul Anis binti Kamaruzzaman 3. Pn Azlin Fariza binti Omar Kamaruddin


Penyediaan Alatan (Pembesar Suara Healer) : En.Muhammad Azmi bin Said PA Sistem (Dewan) : En Fakhru Aznan b Sabri Penjaga Masa : En. Chua Wei Chuan Penilai : Pegawai Bomba


KEWANGAN BIL PERKARA KOS RM PERUNTUKAN 1. Jamuan ringan (Bomba) 15 orang x RM8.00 120.00 PIBG 2. Peralatan / Bahan Colour Smoke Stick MinyakDiesel Minyak Petrol (2 kotak x RM32.44) (10 liter x RM2.15) (2 liter x RM 2.05) 64.90 21.50 4.10 PIBG 3. Cenderahati Murid (kerepek) dan Sijil Penghargaan 1 Unit x RM 70 70.00 PIBG JUMLAH 280.50 PIBG


PENUTUP Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan dalam merancang dan melaksanakan program. Demonstrasi Latihan Kebakaran bersama Jabatan Bomba di sekolah. Seterusnya diharapkan warga sekolah bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.


Click to View FlipBook Version