The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puterinurawanis.lm2, 2021-10-26 22:47:38

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

‘ASAS PERTOLONGAN CEMAS’

-Unit Kokurikulum-

KONSEP PERTOLONGAN CEMAS

• Pertolongan Cemas ditakrifkan atau diertikan sebagai bantuan
segera dan rawatan kecemasan yang diberikan kepada
seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut dengan menggunakan
objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau
pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

• Talian Hotline Kecemasan:
999

Peraturan Am Pertolongan cemas:

1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.

2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar, terutamanya pernafasan
pesakit itu.

3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar
melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa
dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.

4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

PERALATAN PERTOLONGAN CEMAS

1. FIRST AID
Asprin, panadol, ubat melepuh, kain pembalut luka, kain tekap, kapas, gunting,
kain kapas, gause dan sebagainya.

2. PEMBEBATAN DAN PEMBALUT
Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan.
Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan.

Jenis Kain Pembalut
- Pembalut Tiga Segi
- Pembalut Lebar
- Pembalut Kecil
- Pembalut Gulung

JENIS-JENIS LUKA

Terbakar

Peringkat pertama:
Kecederaan terbakar/ melecur di bahagian kulit luar sahaja.
Ia melibatkan bahagian epidermis dan terasa sakit.

Peringkat kedua:
Kecederaan sampai ke tisu dan otot- otot disebabkan oleh
lapisan kulit musnah, kulit merah dan menggelembung.

Peringkat ketiga:
Terbakar hingga ke tulang. Kulit kelihatan kemerahan,
melepuh dan kelihatan keputihan dan akan berubah
kehitaman.

CARA RAWATAN

RAWATAN BANTU MULA

Terdapat beberapa jenis rawatan bantu mula dalam pertolongan cemas antaranya ialah:

1. CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

• CPR boleh dilakukan dalam situasi lemas, renjatan elektrik, panahan petir, strok,
sakit jantung, rebah tanpa sebab.

• Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan
kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda
dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu
pusingan. Buat dua pusingan.

• 3 prinsip asas ABC sebelum melakukan CPR, iaitu Airway (saluran pernafasan),
Breathing (pernafasan) dan Circulation (peredaran darah).

2. RICE

• Apabila berhadapan dengan mangsa yang mengalami fraktur(retak) dan patah
tulang,kita perlu menghalang pergerakan pada bahagian anggota yang tercedera.

• Prinsip R.I.C.E
R -rest (merehatkan mangsa atau bahagian yang tercedera)
I -ice ( membuat tuaman dengan menggunakan ais ).
C -compresiion ( demahan ).
E -elevation

3. DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation]

- Keluarkan mangsa dari kawasan merbahaya (D).
- Pastikan mangsa bertindak balas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika

mangsa sedar (R).
- Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan

letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa (A).
- Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation (B).
- Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher, jika tidak lakukan

CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation] (C).

SEKIAN
TERIMA KASIH..


Click to View FlipBook Version