The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerita Si Beruang yang pemalu dan Si Monyet yang baik hati

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by raynoluis, 2023-03-31 09:37:26

cerpen sang beruang yang pemalu dan si monyet yang baik hati

Cerita Si Beruang yang pemalu dan Si Monyet yang baik hati

Sang Beruang yang pemalu & Si Monyet yang baik hati KARYA AARONLIE TIMEN IPG KAMPUS GAYA KARYA AARONLIE TIMEN IPG KAMPUS GAYA


Di dalam sebuah hutan yang indah, tinggallah Sang Beruang yang pemalu. Sang Beruang memulakan harinya dengan berjalan-jalan di sekitar guanya sambil menghirup udara segar. Kadang-kadang Sang Beruang akan duduk di bawah pokok rambutan yang rimbun sambil mendengar kicauan burung di pagi hari.


Sang Beruang tidak mempunyai kawan di hutan tersebut kerana dia tidak suka bergaul dengan haiwan lain. Oleh itu, Sang Beruang menghabiskan harinya dengan aktiviti seperti mencari makanan dan bersiar-siar di hutan.


Namun begitu, setiap kali Sang Beruang terserempak dengan haiwan lain, Sang Beruang dengan cepat akan mencari tempat untuk bersembunyi agar tidak terserempak dengan haiwan tersebut.


Pada suatu hari, Sang Berasa sangat lapar. Sang Beruang pun keluar dari guanya dan berjalan menuju ke sungai untuk mencari makanan. Setelah tiba di sungai, Sang Beruang pun mula mencari ikan sebagai makanannya. Aduh lapar sungguh perutku ini, saya harus mencari makanan agar saya tidak lapar lagi.


Hari mulai malam namun Sang Beruang belum berjaya menangkap ikan walau seekor. Walaupun begitu, Sang Beruang tidak berputus asa. Tidak lama kemudian, Sang Beruang pun berjaya menangkap seekor ikan yang agak besar. Sang Beruang pun melompat gembira kerana akhirnya dia boleh pulang dan mengisi perutnya yang lapar.


Dalam perjalanan pulang, Sang Beruang berasa takut kerana hari sudah malam. Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki dari arah belakang. Sang Beruang pun terkejut dan cuba untuk lari. Jangan lari Sang Beruang.


Oh engkau pula Monyet, ingatkan siapa tadi.


K a u h e n d a k k e m a n a b e r u a n g ? O h s a y a m e n u j u k e s a n a .


Ayuhlah kita jalan sama-sama, saya pun hendak ke sana. Mereka pun jalan bersama-sama sehingga sampai ke gua Sang Beruang. Sepanjang perjalanan sunyi sahaja kerana Sang Beruang tidak tahu apa yang patut dia katakan kerana dia sangat pemalu dan tidak suka bercakap.


Setelah sampai di dalam gua, Sang Beruang pun terus menyalakan api untuk membakar ikan yang telah dia tangkap. Setelah siap dibakar, Sang Beruang terus melahap ikan tersebut dengan penuh selera. Sang beruang tidak lagi kelaparan kerana perutnya yang kosong sudah kenyang.


Setelah siap makan, Sang Beruang pun berehat dan baring beralaskan daun rumbiah. Tidak lama kemudian, Sang Beruang pun terlelap dengan nyenyak sekali.


Pada keesokan harinya, kedengaran burung-burung sudah nyaring berkicau namun Sang Beruang belum lagi keluar dari guanya. Tidak lama kemudian, Si Monyet yang sedang menuju ke sungai melalui gua Sang Beruang. Si Monyet pun tertanya-tanya di manakah Sang Beruang, kerana guanya kelihatan suram dan sunyi.


Si Monyet memanggil Sang Beruang tetapi Sang Beruang tidak menyahut. Si Monyet yang hairan pun masuk ke dalam gua Sang Beruang. Setelah masuk di dalam gua, Si Monyet terkejut melihat Sang Beruang yang sedang terlantar sakit. Beruang oh Beruang, di manakah engkau?


Sang Beruang yang tidak berdaya pun memegang perutnya yang sakit. Melihat pergerakan itu, Si Monyet pun bergegas keluar untuk mencari herba yang boleh menyembukan sakit perut Sang Beruang itu. Beruang apa yang sudah terjadi dengan kau?


Tidak lama kemudian, Si Monyet pun kembali dengan membawa beberapa helai daun herba. Si Monyet pun memberikan daun herba tersebut kepada Beruang. Setelah itu, Si Monyet keluar lagi untuk mencari makanan. Nah, ambil dan makanlah daun herba ini.


Si Monyet pun pergilah ke sungai untuk menangkap ikan yang boleh dimakan oleh Sang Beruang. Si Monyet juga mencari buah-buahan yang boleh dimakan seperti buah mangga, buah rambutan, dan pisang. Setelah selesai, Si Monyet pun pulang sambil membawa makanan tersebut menuju ke gua Sang Beruang.


Setelah sampai di gua Sang Beruang, Si Monyet sangat senang hati apabila melihat Sang Beruang yang sudah sihat. Bagaimana keadaan engkau Beruang? Perut saya tidak sakit lagi.


Tidak apa-apa, kita sebagai penghuni hutan ini haruslah saling menolong. Terima kasih Monyet.


Sejak daripada itu, Si Monyet dan Sang Beruang menjadi sahabat baik. Setiap hari Si Monyet mengajak Sang Beruang untuk berjalan-jalan di sekitar hutan. Sepanjang perjalanan, Sang Beruang sangat teruja kerana dapat melihat keindahan alam yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Wah, indah sungguh air terjun itu! Ya, inilah keindahan alam yang sudah tersedia untuk kita.


Sang Beruang dan Si Monyet pun meneruskan perjalanan dan terserempak dengan beberapa haiwan lain. Sang Beruang yang dulunya tidak mahu berjumpa dengan haiwan lain, kini teruja berjumpa dengan haiwan lain. Sang Beruang juga yakin bercakap dengan haiwan lain, semuanya atas pertolongan Si Monyet yang baik hati.


Sejak itu, Sang Beruang yang dulunya pemalu kini menjadi seorang yang peramah dan suka berbual dengan haiwan lain yang terdapat di hutan tersebut. -TAMAT_


Kegigihan – Contohnya Sang Beruang gigih untuk mencari makanan di sungai. Tolong-menolong- Contohnya Si Monyet menolong Sang Beruang untuk mencari herba di hutan. Kita haruslah sentiasa bersedia untuk menolong orang lain. Contohnya, Si Monyet menolong Sang Beruang yang terlantar sakit untuk mencari herba. Kita haruslah sentiasa peka dengan orang lain. Contohnya, Si Monyet peka apabila melihat gua Sang Beruang yang sunyi dan suram. Oleh itu, Si Monyet mengambil keputusan untuk masuk ke dalam gua tersebut. Tema: Persahabatan Nilai: Pengajaran:


Click to View FlipBook Version