The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rinna.joyce14, 2020-08-17 08:14:31

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Keywords: Sejarah Tingkatan 3 Bab 3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu
SINOPSIS

• Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang kaya dengan hasil bumi terutamanya bijih
timah.

• Kekayaan hasil bumi mendorong British menggunakan pelbagai strategi untuk meluaskan kuasa
ke atas negeri-negeri ini.

3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

Perlombongan • Diusahakan oleh orang Melayu di lembah-lembah sungai
Bijih Timah • Bagi kegunaan tempatan dan diperdagangkan
Abad Ke-15 • Dijalankan di bawah pengawasan pembesar Melayu yang

menerima surat tauliah daripada Sultan
• Menjadi punca pendapatan utama pembesar

Perlombongan Perak
Bijih Timah
Abad Ke-16 & 17 • Sungai Perak, Kuala Kangsar, Kelian Intan, Manjung & Beruas
• Merupakan pelabuhan utama yang menghasilkan bijih timah
• Sering dikunjungi pedagang (Portugis)
• Menjadi negeri naungan Acheh (abad ke-16 & 17)

Perak Perlombongan Selangor
• di Kerian, Kurau, Larut, Bijih Timah • di Kuala Sungai Selangor
Abad Ke-18 • 1790, Sultan Ibrahim dan
Terong & Beruas
• Sultan Paduka Seri Sultan Belanda menandatangani
perjanjian penjualan hasil
Muzaffar Shah memeterai timah antara Selangor
perjanjian menjual bijih dengan Belanda
timah dengan Belanda di
Melaka
• Pengeluaran bijih timah
Perak merosot akibat
aktiviti penyeludupan di
Pulau Pinang kepada
pedagang British

1

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Perlombongan Bijih Timah Abad Ke-18

Larut
• Pembesar Melayu Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim telah memajukan perlombongan

bijih timah di Klian Pauh dan Klian Baru dengan membawa masuk pelombong Cina.

Lembah Kinta
• Pengeluar utama bijih timah dunia
• Menyebabkan kemunculan bandar Gopeng, Ipoh, Batu Gajah dan Kampar
• Sultan Ismail mengusahakan kawasan perlombongan baharu di Lembah Kinta, menyebabkan

kemunculan bandar Papan dan Pangkalan Peguh

Jugra
• Dijadikan pusat pentadbiran Kesultanan Selangor
• Menjadi pusat penutipan cukai bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Langat untuk

dibawa ke pelabuhan Melaka

Kuala Lumpur
• Merupakan pusat pengeluaran bijih timah yang penting di Selangor
• Mendorong ramai orang Melayu dan Cina mendirikan petempatan di situ yang membentuk

bandar Kuala Lumpur

Lukut
• Merupakan wilayah Kesultanan Selangor

• Mula diusahakan oleh Raja Busu dengan membawa masuk pelombong Cina

2

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Kekayaan • Bertumpu di kawasan jalur emas yang sebahagian besarnya
Hasil terdiri daripada negeri Pahang.
Emas
• Mengikut rekod negara China, emas telah menjadi eksport
Lokasi utama Pahang sejak abad ke-13.
Perlombongan Emas
di Pahang • Emas yang dihasilkan di Pahang diperdagangkan di
Melaka.

• Sultan Pahang menggunakan emas sebagai hadiah.

• Sekitar Sungai Tembeling, Sungai Jelai dan Sungai
Semantan.

• Kawasan-kawasan penting perlombongan emas ialah Raub,
Tui, Tersang, Selinsing, Penjom, Kechau dan Hulu Dong.

Kegiatan Perlombongan Emas di Pahang

Abad Ke-16 dan Ke-17
• Dijalankan oleh orang Melayu, orang Asli dan orang Minangkabau.

• Menggunakan kaedah mendulang dan melampan.

Abad Ke-18
• Kekayaan emas menarik kehadiran orang Cina dari Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

• Menggunakan kaedah melampan.

Abad Ke-19
• Sultan Ahmad memberikan konsesi kepada orang Eropah untuk memajukan kegiatan

perlombongan di Pahang
• Pelombong Eropah menggunakan kaedah lombong dedah dan lombong bawah tanah.

3

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

3.2 Perluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

PENGENALAN

• Perkembangan perindustrian di Eropah menyebabkan British memerlukan bahan mentah (bijih
timah) yang mencukupi untuk menjamin pengeluaran hasil industri di Eropah.

STRATEGI BRITISH

STRATEGI MANIPULASI Desakan & Paksaan Perjanjian

• Perak • Selangor • Perak
• Selangor • Pahang • Selangor
• Negeri Sembilan • Negeri Sembilan
• Pahang

STRATEGI MANIPULASI DI PERAK

Perang Larut 1861 - 1874 Perebutan Takhta Kesultanan Perak

• Pergaduhan pelombong Cina antara • Raja Ismail ditabalkan sebagai
kumpulan Ghee Hin dengan Hai Sultan.
San.
• Raja Yusuf membantah kerana
• Pergaduhan menjejaskan telah lama diketepikan.
perdagangan bijih timah di Negeri-
negeri Selat. • Raja Abdullah tidak ditabalkan
kerana tidak menghadiri upacara
• Golongan pelabur Eropah dan pemakaman, lalu menuntut haknya
pedagang Negeri-negeri Selat akibat masalah kewangan dan
meminta British campur tangan. desakan golongan pelabur Eropah
dan Cina.

➢ Andrew Clarke, iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat mengesahkan Raja Abdullah sebagai Sultan

Perak.
➢ Menamatkan persengketan pelombong Cina di Larut.

4

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

STRATEGI MANIPULASI DI SELANGOR (PERANG KLANG)

Raja Abdullah bin Raja Jaafar Raja Mahadi bin Raja Sulaiman

• Memperoleh hak mentadbir daerah • Kemajuan perlombongan bijih timah
Klang daripada Sultan Abdul Samad. di daerah Klang mendorong Raja
Mahadi menuntut haknya ke atas
• Berjaya memajukan daerah Klang daerah tersebut yang pernah diletakkan
sebagai pusat pengeluaran bijih timah. di bawah kuasa ayahandanya.

• Mendapat sokongan kumpulan Hai • Mendapat sokongan kumpulan Ghee
San. Hin.

➢ British memberikan bantuan ketenteraan kepada Tunku Kudin untuk menamatkan Perang Klang.
STRATEGI MANIPULASI DI SUNGAI UJONG, NEGERI SEMBILAN

Kepentingan Sungai Linggi

• Merupakan laluan penting yang menghubungkan daerah Sungai Ujong dengan kawasan
sekitarnya.

• Membolehkan pembesar mendapat hak memungut cukai

Persaingan Pembesar Memungut Cukai di Sungai Linggi

• Dato’ Kelana, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Muda Linggi saling bersaing untuk mengawal
pungutan cukai di Sungai Linggi.

• British memberikan bantuan ketenteraan kepada Dato’ Kelana untuk mengalahkan Dato’
Syahbandar.

• British memperoleh hak memungut cukai di Sungai Linggi.

• Manipulasi British dalam konflik ini Berjaya meletakkan daerah Sungai Ujong yang kaya dengan
bijih timah di bawah kekuasaan British.
5

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu
DESAKAN BRITISH DI SELANGOR

➢ Walaupun British memberikan bantuan ketenteraan untuk menamatkan kekacauan di Selangor,
namun British tidak Berjaya memujuk Sultan Abdul Samad menerima perlindungan British.

➢ British terus mencari alasan untuk meletakkan Selangor di bawah pengaruhnya bagi menguasai
kekayaan bijih timah di Selangor.

Rompakan Kapal Dagang British Serangan Rumah Api

• Kapal dagang British dalam pelayaran • Serangan terhadap rumah api di
dari Pulau Pinang ke Melaka dirompak Tanjung Rachado.
berdekatan perairan Kuala Langat.

DESAKAN DAN PAKSAAN BRITISH DI PAHANG

➢ Pada tahun 1888, berlaku kematian seorang lelaki berbangsa Cina bernama Goh Hui yang ditikam
di pekarangan istana.

➢ British mendakwa Goh Hui ialah rakyat British.
➢ Sultan diminta bertanggungjawab atas kematian rakyat tersebut.
➢ Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British dengan alasan Sultan tidak mampu

mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam.

PERJANJIAN PANGKOR 1874

• Andrew Clarke memanggil ketua kumpulan Ghee Hin dan Hai San serta pembesar-pembesar Melayu
untuk menamatkan perselisihan faham antara mereka.

Antara Syarat Perjanjian Pangkor:
1. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
2. Raja Ismail dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda dan diberi sebuah jajahan kecil untuk ditadbir.
3. Sultan menerima seorang Residen British. Nasihatnya mesti diminta dan dipatuhi dalam semua urusan

pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu.
4. Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen.
5. British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak.

6

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Perjanjian British – Sungai Ujong 1874:
• Dato’ Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong.

• British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi.

Perjanjian British – Selangor 1875:
• British membantu Sultan memerintah negeri.
• British menghantar J.G. Davidson menetap di Klang dan Frank Swettenham menetap di Langat

untuk membantu pentadbiran Selangor.

Perjanjian British – Pahang 1887:
• British menempatkan seorang wakil yang mempunyai kuasa seperti pegawai konsul di Pahang.
• British bertanggungjawab menjaga keamanan Pahang.
• Pahang tidak membenarkan membuat perjanjian dengan kerajaan asing tanpa kebenaran British.

SISTEM RESIDEN
• Menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal kecuali berkaitan agama Islam dan adat Melayu.
• Semua nasihat hendaklah diikuti dan dipatuhi.

NEGERI SULTAN RESIDEN BRITISH
Perak Sultan Abdullah J.W.W. Birch
Selangor Sultan Abdul Samad J.G. Davidson
Negeri Sembilan Tuanku Muhammad, Yamtuan Besar Martin Lister
Pahang Sultan Ahmad J.P. Rodger

Ciri-ciri Pelaksanaan Sistem Residen:

• Kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan.
• Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai.
• Jabatan-jabatan dan system bercorak Barat digunakan.

7

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

3.3 Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Persekutuan 1896)

• Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

• Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran

• Raja-raja Melayu menerima nasihar Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang
berkaitan agama Islam dan adat Melayu

• Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran

Faktor Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Mengatasi Kelemahan Sistem Residen Menyeragamkan Pentadbiran
• Residen menjadi semakin berkuasa • Pentadbiran setiap negeri tidak

dalam Majlis Mesyuarat Negeri. seragam kerana mempunyai
undang-undang sendiri.
• Raja dan pembesar Melayu tidak
berpuas hati. • Kemajuan ekonomi antara negeri
tidak seimbang.

Menangani Masalah kewangan Pahang Menjamin Keselamatan Negeri
• Perak, Selangor, Negeri Sembilan • Membolehkan Negeri-negeri

dapat membantu mengurangkan Melayu Bersekutu mempunyai
beban kewangan negeri Pahang. pasukan keselamatan sendiri tanpa
mengharapkan bantuan luar.

8

Sejarah Tingkatan 3 Bab 3 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

3.4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Majlis Mesyuarat Negeri

• Dipengerusikan oleh Raja Melayu

• Berperanan menggubal undang-undang dan membantu pentadbiran negeri

Majlis Mesyuarat Persekutuan
• Berkuasa meluluskan undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
• Memberi ruang kepada British untuk mengawal undang-undang dan kewangan negeri
• Memberikan kuasa pentadbiran kepada Pesuruhjaya Tinggi British
• Raja-raja Melayu hanya diletakkan sebagai ahli biasa

Pembentukan Durbar

• British membentuk Durbar untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu.

• Ahli Durbar terdiri daripada:
- Pesuruhjaya Tinggi British
- Raja-raja Melayu
- Residen Jeneral
- Residen British

9


Click to View FlipBook Version