DIA BUKAN
CINDERELLA
e-Book BILA HATI DAH SUKA
OGY YUSOF
[email protected]
Bandar Enstek
NEGERI SEMBILAN
Editor / Grafik
ASHANY
[email protected]
HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan atau ditukar ke dalam apa bentuk atau dengan apa alat jua
pun kecuali dengan kebenaran bertulis daripada OGY YUSOF. Watak-
watak yang terdapat di dalam novel ini mahupun ilustrasi kulit adalah
hasil kreatif penulis dan ilustrator semata-mata. Tiada kena-mengena
dengan yang hidup ataupun mati. – Penerbit
JAMINAN KEPUASAN TERPELIHARA
Sekiranya terdapat sebarang masalah dari segi cetakan, sila
kembalikan kepada kami untuk diganti dengan naskhah baru.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak penerbit.
PENGHARGAAN
Terima kasih...
Untuk,
Yang Disayangi...
Yang Menyayangi...
Yang Sering Mengingati...
Yang Membantu...
Yang Mendorong...
Yang Memberi Galakan...
Moga Kita Semua Sentiasa Di Bawah Rahmat-NYA
DIA BUKAN
CINDERELLA
bila hati dah suka
Prolog
“MAK... Jiya nak kahwin...”
“Nak kahwin?”
“Yalah... Jiya nak kahwin. Nak ada suami, nak ada
orang sweet sweet dengan Jiya...”
“Dah ada calon yang boleh terima anak mak yang tak
pandai masak ni?”
“Alaa... Mak ni. Lelaki, kalau sibuk nak bini pandai
masak, kahwin ajelah dengan tukang masak.”
“Habis tu kalau kahwin dengan kau, dapat apa?”
“Dapatlah kasih sayang Jiya yang tak berbelah bagi
ni... Makkk... Bolehlahhhh...”
“Cari calon. Nanti mak uruskan yang lain.”
Puan Khadijah malas hendak banyak tanya lagi.
Dia mahu tengok, siapa calon lelaki bertuah yang mahu
menerima anak daranya ini seadanya.
1
OGY YUSOF
Satu
“BALIK lambat lagi, Jiya?” Ani yang sudah siap
hendak pulang melihat Jiya yang masih sibuk di
meja kerjanya.
“Ada laporan yang aku nak kena siapkan.” Jiya sekadar
menjawab sepintas lalu sambil matanya tepat menghadap
skrin komputer.
“Encik Kadir tu memanglah. Asyik buli kau je.”
Ani tahu sangat siapa yang selalu ‘membuang’ kerja
saat akhir pada Jiya. Nasib baiklah budak Jiya ni jenis tak
pandai nak mengadu domba.
“Tak pelah, Ani. Balik awal pun, aku bukan ada siapa
nak hadap kat rumah. Biar jelah aku siapkan kerja ni.”
“Kalau macam tu aku baliklah dulu ya? Kau tu balik
karang, hati-hati. Jangan berangan sambil memandu.”
“Baik. Terima kasih atas pesanannya...” ujar Jiya
sambil melambai ke arah Ani yang sudah bergerak ke
pintu utama.
2
bila hati dah suka
‘ALAHAI... Dia ni pula...’ Jiya mula menggerutu dalam
hati. Sebal rasa bila melihat Jamal berada dekat keretanya.
Namun, Jiya gagahkan juga dengan melangkah malas ke
arah pintu kereta bahagian pemandu.
“Baru balik, Jiya?” Jamal tersengih-sengih melihat
jandanya itu.
“Ya...”
“Jiya, abang nak minta tolong ni...”
Jiya sekadar memerhati. Dia seolah faham apa yang
dimahukan oleh Jamal. ‘Tak habis-habis nak menyusahkan
hidup aku!’
“Boleh pinjamkan abang lima ratus tak? Cukup bulan
nanti abang ganti. Mak abang minta duit nak betulkan pintu
dapur. Tolong abang, ya? Takkan Jiya tak kesian kat mak?
Mak saudara Jiya juga, kan?”
“Boleh. Nanti Jiya bagi nombor akaun Jiya.” Jiya
memandang Jamal sepintas lalu sebelum membuka pintu
keretanya. Dia mahu pulang.
“Eh? Silap sebut ya? Nak nombor akaun abang, kan?
Haa... Nanti abang bagi. Lagi senang Jiya nak transfer, kan?”
Hati Jamal berbunga ceria. Dia tahu Jiya memang penuh
dengan sifat pemurah.
“Tak. Jiya tak silap sebut. Kak Juni memang dah
warning, kalau abang datang jumpa Jiya minta duit, Jiya
kena bagi nombor akaun Jiya. Minta balik semula dulu
hutang dari abang. Baru boleh bagi buat hutang baru. Dua
puluh lima ribu Jiya bila abang nak bayar balik?”
Sinis sahaja muka Jiya. Dia terus hidupkan enjin
kereta. Bukan boleh percaya Jamal yang panas baran, tapi
pengecut itu.
3
OGY YUSOF
“Ahh!! Kau ni. Itu pun nak ungkit. Nanti aku bayarlah.
Sekarang aku nak pakai duit. Takkan tak boleh nak tolong?”
Jamal mula tunjuk taringnya.
“Maaflah, bang. Kak Juni kata lagi, kalau abang serang
Jiya, terus report polis. Abang nak jadi penghuni balai polis
lagi ke?”
Cuak juga Jiya. Tapi, dia ingat pesan Juni, lawan.
Jangan takut. Jamal tak akan berani buat hal kerana pernah
sekali bermalam di lokap. Teruk Jiya kena sumpah seranah
dengan Mak Ngah Sipah. Siapa suruh ambil duit Jiya tanpa
beritahu? Kan dah kena tuduh mencuri.
“Pergi mampuslah dengan Juni! Patutlah tak laku.
Perangai macam apa entah! Kau pun sama, ikut sangat
kakak kau yang senget tu. Haa... Patutlah dua kali
menjanda!” Jamal menendang tayar kereta Jiya.
“Balik dulu, bang. Hutang Jiya jangan lupa bayar ya!”
Jiya tutup pintu kereta dan mula memandu.
Nasib baik jodoh dia dengan Jamal cuma empat bulan
je. Itupun teruk dia kena... Apalah nasib. Susah rupanya nak
berkasih sayang dengan ikhlas sekarang ni.
4
bila hati dah suka
Dua
“BALIK lambat lagi, Jiya?”
Sama pula pertanyaan Puan Khadijah dengan
soalan si Ani di ofis tadi.
“Banyak kerja, mak.”
Jiya mengambil tempat berhadapan dengan Puan
Khadijah sambil melepaskan nafas kepenatan.
“Mak... Mak masak apa hari ni? Jiya lapar laa...”
“Ada tu ikan masak taucu,” pandangan Puan Khadijah
masih ralit di televisyen. Drama jam tujuh sudah bermula.
“Jiya mana makan taucu, mak...” muncung Jiya.
Sudahlah badannya penat, bila dengar masak taucu
bertambah penat rasanya.
“Goreng telur dadar kalau tak nak makan taucu.”
“Alaa... Jiya mana reti...”
“Memanjang tak reti. Belajar!” jeling Puan Khadijah
sekilas sebelum kembali menatap televisyen.
“Mak, maghrib!” jerit Jiya lantas terus sahaja
melangkah ke bilik sebelum dicubit dek Puan Khadijah.
5
OGY YUSOF
Layan sangatlah drama tu!
“JIYA!”
“Kejap...” terburu Jiya bangun untuk buka pintu bilik.
“Ya Allah, Jiya... Kenapa biar kain baju sampai
menimbun ni? Boleh kau hidup macam ni? Patutlah dua
kali kau kahwin, tak sampai berapa bulan laki kau lari!”
Menggeleng kepala Juni melihat bilik adiknya.
Dalam pada simpati, geram juga dengan sikap lepas
tangan adiknya yang seorang itu.
“Alah, dua-dua bekas laki aku tu tak hargai kasih
sayang aku. Sibuk nak bini perfect. Pandai masaklah,
pandai kemas rumahlah. Habis tu, apa fungsi dia orang
sebagai suami? Raja? Semua nak tengok perfect depan
mata? Aku pun kerja juga, kak,” muncung Jiya menegakkan
pendapatnya.
“Ikut kaulah, Jiya. Kahwin tak menyempat, sampai
dua kali kau langkah aku. Umur baru dua puluh lima, dah
dua kali kena buang dek laki!”
“Tak payah mencecehlah. Aku taulah aku ni janda.”
suara Jiya bernada sedih.
Baru hendak berdrama dengan Juni, Jiya teringat
kisah di kawasan parkir berhampiran bangunan tempat
kerjanya.
“Petang tadi Jamal jumpa aku,” tangannya mula
mengutip kain baju yang bersepah atas katil.
“Ha... Nak apa jantan tu? Kau bagi dia duit ke? Jangan,
Jiya... Tak ingat ke yang teruk kau kena tanggung dia?
6
bila hati dah suka
Semua benda kau yang beli. Pula tu, boleh duduk dalam
rumah ni macam biawak. Sampai nak tukar kereta pun
nak pakai payslip kau. Kalau aku tak masuk campur, togel
kau jadinya. Ikut sangat perangai tak semenggah mamat
samdol tu!”
“Aku tak bagilah, kak. Memang dia minta duit lagi.
Alasannya Mak Ngah nak tukar pintu dapur.”
“Alasan bodoh. Mak Ngah pun tak tau ke yang anak
dia asyik mengacau? Itulah aku tak suka kahwin sesama
saudara ni. Kita cakap lebih karang, dibahasakan kita
balik semula pula nanti...” geram Juni memikirkan emak
saudaranya.
“Kau nak apa sebenarnya ni, kak?”
“Lupa pula. Hujung minggu ni aku nak bawa mak balik
kampung. Kau nak ikut tak? Nanti tak makan pula kau kat
rumah ni seorang diri.”
“Malaslah aku, kak. Nak kenduri tu, kenduri jelah.
Sibuk nanti menjaja hal aku. Mentang-mentang aku tak
pandai buat kerja rumah. Walhal bukan itu sebab aku
bercerai,” muncung lagi Jiya.
Juni tahu siapa yang Jiya maksudkan. Alahai,
biasalah. Ada saja adik-beradik mak mereka yang suka
menghilangkan kesabaran Jiya. Bukan Jiya yang minta
rumah tangganya bermasalah. Jodoh yang datang dalam
hidup Jiya yang bermasalah. Ambil kesempatan atas
kebaikan Jiya.
Juni akui yang Jiya, adiknya ini mewah rasa kasih dan
sayang. Yang kurangnya cuma, Jiya tak pandai kerja-kerja
rumah!
7
OGY YUSOF
Tiga
BERITA dari Puan Khadijah buat Jiya melompat
kesukaan. Mana kan tidak, walaupun dua kali dirinya
menjanda, tapi masih ada yang sudi memperisterikannya.
“Aku tak boleh nak fikirlah, kenapa Mak Uda Leha
boleh rekomenkan kau untuk kawan si Haikal. Aku takut
mak uda ada plan lain.” Juni memang risau.
Selain tak tahu buat kerja rumah, adiknya agak lurus.
Cepat percaya pada orang yang berlembut dengannya.
Walhal sebenarnya ramai yang suka ambil kesempatan.
“Kau janganlah macam ni, kak. Dah jodoh aku sampai
lagi sekali,” monyok Jiya. Dia tahu, walaupun selalu
dimarahi, tapi Juni adalah seorang kakak yang sangat baik.
“Tak pelah Juni, mak terima. Lagipun dari apa mak
tengok, budak Zahin tu baik. Tak banyak cakap. Dah pula
tu, nak terima adik kau ni walaupun Mak Uda Leha dengan
Mak Ngah Sipah dok menjaja perihal Jiya luar dan dalam.
Laku juga rupanya budak banyak hal ni!” Puan Khadijah
menunjal sikit kepala Jiya yang sedang tersengih.
Nampak gatal sangat!
8
bila hati dah suka
“Eh, mana mak jumpa bakal menantu mak tu?”
tercengang Jiya.
“Itulah. Ajak balik kampung, kau tak nak. Dia ada
ikut Haikal balik sekali. Rajin aku tengok dia,” jawab Juni.
“Alaa... Dah melepas nak jumpa,” rengek Jiya.
“Mak Ngah ada bagitau yang Jiya dok sumpah seranah
Jamal masa Jamal jumpa nak tanya khabar. Betul ke, Jiya?”
Puan Khadijah tak yakin anaknya yang lemah lembut itu
boleh keluarkan kata-kata kesat pada bekas menantunya.
“Dia tanya khabar poket Jiya, mak. Tapi, mana ada Jiya
sumpah seranah. Jiya cuma minta balik duit Jiya.”
Kan betul Jiya agak. Ada saja cerita tak enak didengar
kalau sudah berkumpul ramai-ramai. Itulah sebabnya
dia malas mahu pulang ke kampung. Tambah kalau ada
kenduri-kendara.
Lagi lumat dan bernanah telinga dia sebab semua
berkumpul dan bercerita kehebatan masing-masing. Yang
buruk, memang hala ke dia dan Juni sahaja. Apa entah
salah mereka berdua.
“Takkanlah mak tak kenal ke anak saudara merangkap
bekas menantu samdol mak tu. Orang menggoreng guna
minyak. Upgrade sikit sekarang, guna air fryer. Dia
menggoreng guna air liur. Mak dia pun sedap jadi mangkuk
nasi tambah. Elok sangatlah menurun perangai. Tapi, aku
masih was-was. Haikal pun nampak macam ada agenda
kat kawan dia tu. Kenen kau lain macam...” Juni masih
tak puas hati.
“Ala, kak. Kau janganlah. Aku nak kahwin. Aku yakin
jodoh aku kali ni baik. Aku percaya dengan takdir Allah,”
terbedik-bedik mata Jiya memujuk Juni.
9
OGY YUSOF
“Kalau kau nak kahwin sangat, pergi masuk bilik kau
sekarang. Lepas tu bungkus kain baju yang berterabur.
Bawa pergi dobi Kak Miah. Dia je yang tau macam mana
nak settle kain baju kau yang menggunung tu. Aku pun
pening ada adik perangai tak semenggah macam ni.” Juni
sekadar mampu geleng kepala.
“Baik, kak! Aku pergi sekarang!”
Melompat Jiya dengan pantas, sempat pula singgah
dan cium pipi kakak kesayangannya itu.
“Hoi! Air liur!”
Mengekek Jiya sebelum berlalu meninggalkan Juni
dan Puan Khadijah yang menggeleng memandang perangai
Jiya yang entah apa-apa.
“YIN, betul kau tak mau tolak cadangan mak aku? Nanti
jangan menyesal tak sudah. Kau tak kenal pun dengan Jiya
si pemalas tu.”
Walaupun Haikal pada mulanya beria menyuruh Zahin
bersetuju, tapi dia tak menyangka Zahin langsung tidak
menolak. Bahkan terus kata ‘ya’ tanpa fikir panjang.
“Aku kan kenal Jiya tu. Dua dudanya. Jamal, sepupu
kau yang tak kerja tu dengan si Farok. Masa dengan Farok
sengal, kan aku selalu jumpa. Farok asyik suruh Jiya
tapaukan makanan. Bekas bini dia punyalah lurus, hantar
jugalah makanan. Walhal Farok tu nampak sangat kaki
membuli.”
“Tapi, kau pun tau perangai Jiya macam mana, kan? Si
Farok selalu cerita yang Jiya mana reti masak, mengemas
10
bila hati dah suka
tu semua. Ni kalau Farok tau kau nakkan janda dia, aku
rasa bergegar bangunan ni dia gelakkan kau.”
Zahin merenung Haikal, tajam.
“Kenapa? Salah ke aku nakkan si Jiya tu? Sebab dia
tak pandai buat kerja rumah, gitu? Farok tu pandai ke?
Kau pun, tau buat kerja rumah?” jengkel pula rasa Zahin
mendengar kata-kata kawannya itu.
“Kan kerja rumah tu kerja perempuan. Kalau tak tau
buat, rugi je bagi duit hantaran mahal-mahal. Buat malu
je ada isteri macam tu.”
“Kalau macam tu, kau kahwin jelah dengan orang
gaji. Confirm clean and clear. Ni... Yang kau marah sangat
dah kenapa? Mak kau yang bagi cadangan. Kau pun beria
hari tu suruh aku setuju. Dah. Tak payah cerita apa lagi.
Dua minggu lagi, mak ayah aku nak pergi jumpa mak dia.
Aku malas nak panjang kisah. Aku pun malas nak cari
calon lain.”
“Ikut kaulah. Jangan pula nanti, menyesal kemudian
hari!”
11
OGY YUSOF
Empat
“KAK Miah! Kain baju siapa akak bagi ni? Mana baju
saya?”
Gugur jantung Jiya bila buka plastik dobi di rumah
tadi. Baju lelaki! Pantas dia patah balik ke kedai dobi milik
Kak Miah.
“Eh! Alahai... Maaf Jiya. Akak tersalah plastik. Kejap
ya...” terkocoh Kak Miah ke rak, mencari plastik baju Jiya
yang siap didobi.
“Ala Jiya... Akak rasa dan terbagi kat orang lainlah
plastik baju Jiya,” garu kepala Kak Miah di hadapan Jiya.
“Kak!”
Terdengar suara lelaki memanggilnya agak kuat. Urut
dada Kak Miah dibuatnya... Dua kali dia terperanjat hari ini.
“Kenapa ada pakaian perempuan dalam plastik saya?
Baju kelawar, kain batik. Eh, apa lagi entah.”
“Yin, maaflah akak tersalah plastiklah. Ni mesti Jiya
punya. Yang kat Jiya ni baru Yin punya...” kalut-kalut Kak
Miah ikat kembali plastik dan diserahkan pada tuan badan
yang betul.
12
bila hati dah suka
Muka Jiya sudah memerah. Dia tidak dapat bayangkan
lelaki yang bermata sedikit sepet berbadan tegap di
hadapannya ini mengirai kain bajunya.
“Kak Miah, dah lipat tak semua tu? Saya tak reti lipat,”
perlahan Jiya berbisik pada Kak Miah.
“Kak, saya punya ni dah lipat elok-elok tak? Saya ni
bukannya pandai lipat kain baju. Ambil dari kedai akak,
terus letak tepi. Bila nak pakai, saya ambil dari plastik...”
selamba saja Zahin menutur kata. Dah itu yang betul.
Kak Miah mengambil semula kedua-dua plastik
tersebut sambil menggeleng beberapa kali memandang ke
arah kedua-dua pelanggannya.
“Haa... Eloklah ada manusia macam korang berdua
ni. Moga makin laku dobi akak ni. Kalau tak, semua nak
ke dobi layan diri je. Jap, bagi akak check balik. Korang
pergilah minum kat kedai sebelah dulu. Nanti akak bagi
sekali yang dah siap iron.” Terus Kak Miah berlalu ke dalam
dan meninggalkan kedua-duanya.
Jiya menunduk. Zahin tersengih sambil menggosok
tengkuknya. Bagai terpukau, kedua-duanya menurut arahan
Kak Miah dan berjalan ke restoren kecil bersebelahan kedai
dobi Kak Miah.
Jiya melabuhkan duduk di kerusi dan meja yang masih
tidak berpenghuni. Boleh pula Zahin memilih untuk duduk
semeja dengannya. Langsung membuatkan Jiya termangu
seketika setelah membuat pesanan. Jadi tak senang duduk
pula Jiya dibuatnya.
“Jiya, kan? Abang Zahin ni, kenal tak?” Zahin
membuka bicara sementara menunggu air yang mereka
pesan sampai di meja.
13
OGY YUSOF
Jiya memandang Zahin seketika.
“Abang ni satu ofis dengan Farok, kan?” Jiya ingat yang
dia selalu terserempak dengan Zahin bila hantar makanan
ke ofis dudanya.
“Jiya tak balik kampung hari tu, ya? Abang cari juga
lepas mak Haikal rekomen Jiya kat abang. Tapi kakak Jiya
kata Jiya tak ikut balik. Sibuk kerja ya?”
“Alamak... Abang Zahin ni ke yang kata nak kahwin
dengan Jiya?” tergamam Jiya dengan sikap selamba Zahin.
Kacak. Tampan. Gagah. Hati kecil Jiya mula tergedik-
gedik melihat lelaki di hadapannya ini.
Selama ni dia tak peduli pun siapa rakan sekerja
bekas suami keduanya, Farok yang suka menyuruhnya
membelikan makanan dan hantar ke ofis hampir setiap
hari. Siap canang sepejabat yang isterinya bukannya
pandai masak!
Kalau ikutkan malu, memang Jiya malu. Tapi, sebab
tak mahu ingkar kata suami ketika itu, ditebalkan sahaja
muka dan diturutkan sahaja kata lelaki itu.
“Abang ni bujang ke duda? Saya ni janda, bang. Dua
kali kahwin. Yang pertama, empat bulan je. Dengan Farok
pun dua bulan setengah. Pula tu, kerja rumah pun langsung
tak pandai buat. Kain baju pun hantar dobi Kak Miah ni.
Farok dengan Haikal mesti dah banyak cerita pasal Jiya,
kan?”
Muram Jiya memikirkan. Sepupunya, si Haikal tu
mesti banyak burukkan dirinya pada Zahin.
“Abang bujang dan abang tak kisah pun semua tu. Mak
Jiya tak ada beritahu ke yang mak ayah abang nak datang
minggu ni? Abang tak nak tunang-tunang ni semua ya? Kita
14
bila hati dah suka
nikah teruslah. Jiya nak majlis sanding tu semua ke? Nanti
beritahu abang. Meh, nombor telefon. Alang-alang dan
jumpa Jiya kat sini,” Zahin merenung wanita di hadapannya
yang jelas muram dan tak selesa.
Selain simpati yang menggunung, ada rahsia di dalam
hatinya. Tak siapa tahu. Dua kali melepas. Kali ini dia takkan
biarkan. Biarlah apa orang lain nak kata apa pun. Dia tak
peduli dah dengan semua tu.
‘Aku punya hati, aku punya suka. Jodoh depan mata,
takkan kubiar lepas saja...’ Itu prinsip Zahin yang baru.
Takkan dia nak putih mata untuk kali ketiga pula, kan?
“Dah, tak payah nak fikir sangat. Abang tak terpengaruh
pun dengan orang berdua tu. Lama dah abang pandang
Jiya. Jiya je tak pandang abang langsung...” meleret Zahin
lempar senyum.
Cair Jiya dengan senyum senget jejaka di hadapannya.
Nak...
Tak nak...
Nak...
Tak nak...
Tapi...
Jiya nak kahwinnn!
15
OGY YUSOF
Lima
“JIYA, ada nampak kain pelekat abang tak? Yang warna
hijau gelap.” Habis semua tingkat rak baju digeledah.
Cekak pinggang Zahin memandang rak baju yang ada dalam
bilik mereka. Serabut!
Jangan kata lipas, kalau kambing masuk pun, tak tentu
boleh jumpa jalan keluar. Maunya keras kejung tertimbus
dalam timbunan kain baju.
“Jiya tak perasan pula kain pelekat warna hijau tu.
Abang pakai jelah yang merah ni ya?”
Jiya duduk di hadapan rak baju mereka. Dia perasan
yang Zahin seperti tidak berpuas hati dengan keadaan kain
baju yang menimbun dan tak berlipat.
“Abang marah Jiya? Jiya tak reti lipat kain baju
ni semua...” sedih hati Jiya. Janganlah Zahin putus
asa dengannya. Baru dua bulan dia menikmati semula
kemanisan rumah tangga.
Zahin yang tak banyak ulah.
Zahin yang sentiasa senyum.
Zahin yang selalu pujuk hatinya.
16
bila hati dah suka
“Eh, mana ada abang marah. Tapikan Jiya... Abang rasa
kita berdua kena sama-sama cuba buat kerja rumahlah.
Jangan salah faham. Abang pun langsung tak pandai.
Selama ni semua harapkan mak selain harapkan kedai. Geli
hati juga bila kita berdua kena bebel dengan mak, kan?”
Zahin tergelak mengenang sikap mereka berdua
suami isteri. Nak kahwin, tapi masing-masing tak pandai
menguruskan rumah tangga. Itu yang bila dah kahwin,
huru-hara rumah tangga jadinya.
“Jom, kita cuba lipat kain ni, nak? Jiya ada kerja lain
yang urgent nak buat ke?” Zahin sama duduk bersila sebelah
Jiya. Kebetulan kedengaran pintu bilik diketuk.
“Korang tidur ke?” Kedengaran suara Juni di luar.
“Masuklah kak.” Jiya menyahut.
“Dah kenapa korang berdua dok sila panggung depan
rak baju ni? Menurun sebab tak jumpa baju yang nak pakai
dah?” mengekek Juni melihat keduanya.
Apalah nasib. Suami isteri tak pandai kerja rumah.
Sepadan sungguh!
“Kak... Tak maulah gelak. Kita orang nak belajar lipat
kain baju ni,” keruk kepala Zahin.
Jiya dah mula senget kepala ke bahu Zahin.
“Meh, aku contohkan untuk setiap satu. Lepas tu kau
orang ikut je...”
Sepanjang Juni membuka kelas tutorial melipat baju
untuk pasangan suami isteri di hadapannya, gelak dan
tawa bersahut-sahutan sambil usik mengusik berlaku.
Bahagia betul dia lihat pasangan di hadapannya ini. Besar
harapannya yang Zahin ini jodoh Jiya yang terakhir dan
kekal selagi hayat dikandung badan.
17
OGY YUSOF
“Kau lipat kain ke, tebar roti canai ni?”
“Ala, kak. Besar sangatlah kain ni. Bucu mana, pangkal
mana entah... Tak jumpa. Jadi, gulung je, kan senang?”
dengus Jiya apabila Juni mula menegur.
Juni hanya mampu menggeleng menghadap kerenah
adik kesayangannya.
“Bila kau lipat elok-elok, tak delah cadar ni keronyok
bila nak pakai. Bentang atas tilam nanti pun cantik je. Tu,
kain pelekat laki kau tu, takkan gulung macam tu je? Dah
macam kuih ketayap aku tengok. Kau pun Yin, apa stail
seluar dalam kau lipat ni? Aduhai...”
“Tak betul ke ni, kak? Renyah juga ya nak melipat ni.
Hmmm, tak ada jual ke mesin lipat kain?” Zahin menggaru
dahi.
“Adalah... Jiya tengok kat FB hari tu mesin lipat kain.
Belilah, bang. Senang kita nanti,” Jiya mula mengecek.
“Haa... Kau layanlah mengada bini kau ni. Cepat! Ikut
je yang macam aku lipat ni. Banyak sangat cengkadak, tak
siap nanti. Lagi satu, bila dah elok lipat dan susun, barulah
nampak macam rak pakaian. Sekarang ni aku rasa macam
masuk Lembangan Maliau dekat Sabah sana tu. Kawasan
misteri dan belum diteroka. Sama jelah dengan rak baju
korang, misteri sangat sampai korang sendiri tak mampu
nak teroka!”
“AKU risau dengan wabak yang menular ni. Macam makin
teruk je,” sambil menonton televisyen Juni mengeluh.
“Itulah kak. Abang Zahin pun dah cancel tiket kapal
terbang. Tak jadilah nak ke mana-mana. Baik duduk rumah
18
bila hati dah suka
je. Tapi akak jadi ke bawa mak balik kampung minggu ni?”
Jiya bertanya.
“Jadilah. Nanti nenek tanya pula kenapa tak balik. Tiap
bulan kan memang aku bawa mak balik kampung. Kau tu
je tak nak balik kampung. Lepas kahwin hari tu pun balik
hari je. Tak tidur pun kat rumah nenek,” keluh Juni. Dia
tahu yang sebenarnya Jiya jauh hati dengan mak cik-mak
cik mereka.
“Kau tak dengar ke masa aku dengan Abang Zahin
balik tempoh hari? Mak Uda Leha siap perli, kata nak potong
tarikh kat kalender, kira berapa hari aku kahwin. Abang
Jamal dok sindir aku macam-macam. Kayulah, batu-bata
atas katillah. Malu aku, kak. Si Haikal jongos tu pun sama
kurang ajar. Disuruhnya pakai buang je aku ni. Ingat aku
ni sampah?” sedih Jiya mengenang nasib diri.
“Tapi, abang tak pakai buang pun, kan?” Tiba-tiba
Zahin menyampuk. Selamba saja dia duduk sebelah Jiya.
“Kau buat Jiya macam tu, aku lempar batu lesung kat
kau!” Juni beri ingatan.
Tergelak Zahin. Jauh sudut hati Juni, Zahin memang
lain dari dua bekas adik iparnya.
“Pedulikan saja orang yang jiwanya sakit macam tu.
Mentaliti Melayu ortodoks macam tu, memang payah nak
diubah. Isteri bukan hamba keluarga. Saya ni pun tak
pandai nak buat kerja rumah. Kalau akak tak ajar kami
ni lipat kain, tak taulah apa nak jadi kat rak baju tu. Apa
tidaknya, seluar dalam pun boleh M.I.A.”
Gelak besar Juni.
“Betul tu Yin. Kata orang, perempuan ni kalau nak
dipinang mesti kena pandai tanak nasilah, pandai masak
19
OGY YUSOF
lauk sedap-sedaplah, pandai hias rumahlah. Walhal itu
tanggungjawab suami. Isteri tugasnya dengar cakap suami,
gembirakan suami. Kalau pandai dah semua kerja rumah
tu kira bonus.” Juni mengiakan kata-kata Zahin awal tadi.
“Tapi, tak salah kita belajar ya isteri kusayang. Takkan
kita nak harap orang je bantu kita. Kita belajar sama-sama.”
Zahin mencuit pipi isterinya.
Tersipu Jiya dibuatnya.
“Kau tak payah nak gedik ya, Jiya. Dengar cakap suami
tu,” jegil Juni.
“Aku tau, kak. Aku pun akan cuba.”
“Kau jadikan umpatan mak cik-mak cik kita tu semua
sebagai perangsang kau nak betulkan apa yang kurang
dalam diri. Dah nasib kita dapat saudara macam mereka
tu. Hadap sajalah. Tapikan, kau pun janganlah jadi kayu.
Lari Yin nanti.” Juni mula berdekah gelak.
“Kak! Kau tu anak dara. Sopan sikitlah!” merah muka
Jiya mendengar usikan kakaknya.
Kurang asam punya kakak...
20
bila hati dah suka
Enam
“MAK dengan Kak Juni dah stuck kat kampung, tak
boleh balik sini. Macam mana ni, bang? Jiya dahlah
tak pandai masak. Dobi Kak Miah pun tutup.”
Arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan
meresahkan hati. Segalanya jadi serabut untuk Jiya.
“Tenang, Jiya. Kita hadap sama-sama ya. Jiya kerja dari
rumah juga ke?” Zahin pun sebenar pening kepala. Dalam
masa genting begini, patah kaki dibuatnya. Tapi, dia tak
mahu isterinya rasa terbeban.
“Ni, kain baju banyak belum basuh. Mana Jiya nak tau
mesin kain macam mana. Selalu Jiya hantar dobi je. Tak
nak susahkan mak basuh kain baju Jiya.”
Macam nak menangis rasa. Kalau dia tahu, awal lagi
sudah dihantar ke dobi Kak Miah.
“Jom, kita mesin kain baju semua ni dulu.”
Mereka berdua ikut arahan yang tertera di mesin
basuh.
“Sabun banyak mana ni, bang?”
21
OGY YUSOF
“Letak jelah dua scoop tu.”
“Pewangi?”
“Pun letak dua tutup.”
Zahin senyum-senyum dalam hati. Macam mudah je.
Tapi dia terus beriak selamba depan isterinya.
SELANG beberapa waktu...
“Bang, bunyi apa tu? Berdentum-dentam kat dapur?
Seram pula.” Jiya merapatkan diri pada Zahin. Mereka
sama-sama berjalan ke dapur.
Wahh!! Oh, tidak! Mesin basuh berjoget! Buih sabun
kelihatan keluar dengan banyak dari getah paip menuju
ke longkang.
“Abang, nak buat macam mana ni? Makin kuat
bunyinya.” Jiya bersuara panik.
“Kejap! Kejap! Jangan panik. Abang pun tak tau ni.”
Zahin mula mahu memeluk mesin basuh itu supaya tidak
bergerak dari tempat asal.
Siapa yang panik sebenarnya ni?
“Abang buat apa tu?”
“Meh tolong abang peluk mesin ni. Taklah dia
berjoget.”
Jiya melompat sama untuk peluk mesin basuh.
Penyudahnya mereka berdua bergegar di tepi mesin.
Hinggalah beberapa minit kemudian, mesin basuh itu
makin perlahan bergoyang.
Dan...
22
bila hati dah suka
“Bang, kenapa mesin ni keluar lagu?” Sambil
memejam mata Jiya bertanya.
“Entah. Tapi, dah tak berjoget. Dah siap kut.” Zahin
mula bangun. Sengal terasa seluruh badannya.
“Takkan tiap kali nak mesin kain kita kena peluk
mesin? Parahlah macam ni. Takkan mak dengan Kak Juni
peluk mesin tiap kali dia orang mesin kain?”
Zahin tahu ada yang tak kena. Tapi, tak mengapa. Dia
akan siasat kemudian.
“Jiya pandai sidai kain?”
“Abang perli ke apa ni? Jiya mana tau. Tak pernah
sidai sendiri pun.”
Zahin keruk kepala. Dipandang keliling. Nampak
rumah jiran yang sudah penuh ampai kainnya.
“Kita ikutlah macam mana jiran kita sidai kain tu.
Jom!”
Terhendap-hendap mereka memerhati sambil
menyidai kain baju sendiri!
23
OGY YUSOF
Tujuh
“KAU masak apa kat rumah tu, Jiya?” kedengaran Juni
bertanya di talian.
“Aku tak masak. Setakat ni semua order je. Tapi,
bosanlah, kak. Kadang-kadang sedap. Ada tu mahal je
lebih, rasa ke laut dalam. Nak buat air milo pun aku tak
tau macam mana. Selalu mak dah letakkan siap-siap dalam
muk. Aku tinggal tuang air panas je,” keluh Jiya.
Asyik order makan pun rabak juga poket dibuatnya.
“Cubalah masak, Jiya. Goreng telur pun okey. Sampai
bila kau tak nak masak? Waktu PKP macam nilah korang
berdua kena usaha perbaiki diri. Aku takut nanti perkara
lama berulang. Kau nak ke?” Juni simpati dengan Jiya, tapi
dalam masa yang sama Jiya perlu diingatkan juga.
Juni akui, salahnya juga sebab membiarkan adiknya
yang seorang itu hingga tak tahu langsung buat kerja
rumah. Patutnya dari awal lagi dia bantu Jiya. Taklah kata
sudah terhantuk baru nak tergadah!
“Aku takut, kak. Hari tu nasib baik mesin basuh mak
tak rosak tau aku dengan Abang Yin kerjakan. Ni, kau
24
bila hati dah suka
nak suruh aku hanguskan periuk belanga mak ke?” Jiya
memang sangat ragu-ragu.
“Tapi, tak rosak mesin basuh mak tu, kan? Sekarang
kau dengan Yin pandai guna dah, kan? Kain pun dah pandai
sidai dengan lipat, kan? Cuba dan usaha, Jiya. Walaupun
nampak remeh di sesetengah mata orang lain, tapi aku
sebagai kakak, bangga dengan korang laki bini,” ketawa
Juni.
Malas hendak cerita yang dia dengan Puan Khadijah
gelak berdekah-dekah di kampung bila mendengar kisah
Jiya dan Zahin memeluk mesin basuh. Pandang mesin
basuh saja, mesti sakit perut gelak. Lagipun, semangat
adiknya tak perlu direndahkan. Usaha adiknya tak perlu
diperlekehkan. Walaupun usia agak lewat untuk belajar
semua pengetahuan asas itu, tapi masih boleh.
“Aku cuba, kak. Untuk malam ni memang kami belum
ada apa nak makan lagi. Abang Yin kata rendam Maggi je
kut. Dia pun muak dah asyik beli. Waktu belum kahwin
dulu tak apalah. Nanti aku bukak YouTube. Mesti ada cara
masak, kan?” lurus sungguh Jiya berkata-kata.
“Hati-hati tau. Nanti apa-apa call balik.”
Jiya angguk sebelum talian diputuskan. Dia reda sahaja
sekarang ini. Betullah kata Juni, kalau tidak sekarang, bila
lagi dia dan Zahin nak belajar, kan? Semangat Jiya! Tak
boleh putus asa!
“JIYA, abang dah rendam Maggi. Kita goreng telur nak? Tadi
mak abang dah bagi tahu macam mana cara nak goreng
telur yang senang. Mak kata guna je non-stick pan. Kita
25
OGY YUSOF
buat telur dadar je dulu,” ceria Zahin berkata sambil pegang
empat biji telur ayam di tangannya.
“Haa... Ada cara yang senang ya? Tapi, Jiya tak tau
mana satu non-stick pan mak,” meliar mata Jiya pandang
keliling dapur.
“Ada ni. Kak Juni dah bagi tahu simpan kat mana.”
Zahin dengan penuh yakin pecahkan telur dalam
mangkuk. Tambah garam, tambah lada sulah yang entah
betul entah tidak. Tambah kicap dan mayonis. Ada bawang
besar dan lada merah hiris juga yang langsung tak sekata
bentuknya.
“Betul ke ni, bang?” ragu-ragu Jiya melihat bancuhan
untuk telur dadar.
Kicap? Ada letak kicap ke masa mak buat?
“Tadi mak bagi tau macam nilah. Abang pun ada
tengok dekat YouTube. Mesti boleh. Kita yang buat dia.
Tak kisahlah apa nak letak pun. Yang penting semua bahan
boleh makan.”
Jiya memandang dengan keningnya ternaik sebelah.
Memanglah boleh makan, takut boleh bawa bencana kat
perut pula kalau tak betul ramuannya.
Non-stick pan sudah berasap lalu Zahin terus curah
bancuhan telur yang dia sudah sediakan. Jiya di tepi bersedia
dengan sudip dan tutup periuk. Risau dia mendengar bunyi
yang langsing dari atas dapur.
“Apa teruk berasap ni, bang? Macam mana Jiya nak
balikkan ni?” Sungguh dia sangat seriau dengan asap yang
berkepul dan percikan telur yang mula membanjiri dapur.
“Balikkan telur tu, Jiya! Cepat! Nanti hangus!” Zahin
terlompat-lompat tepi dapur.
26
bila hati dah suka
Punyalah kuat Jiya sodok dengan sudip sehingga
melayang separuh telur keluar dari non-stick pan. Dan
non-stick pan itu pun sama ‘lari berdesup’ dari tungku
dapur sampai ke tepi kabinet. Aduhai!
“Tutup api tu cepat, bang!” Berpeluh Jiya dibuatnya.
Kenapa macam payah betul masak ni? Goreng telur
pun sudah begini gayanya. Kalaulah masak lauk lain, entah
apa jadi pula nanti.
“Bang, kenapa rasa telur dadar ni tak serupa macam
mak buat? Lepas tu macam terhangit,” sambil mengunyah,
Jiya bertanya.
Zahin diam saja mendengar soalan isterinya itu.
Memang lidahnya rasa masin, pahit, masam dan maung
pada telur dadar yang mereka goreng itu. Tapi, dia sekadar
senyum memandang Jiya.
“Makan jelah. Ini rezeki kita malam ni.”
“Bang... Esok Jiya nak pergi rumah Ani, boleh tak?
Jiya nak belajar masaklah. Ani pun pernah pelawa banyak
kali. Mak dia memang buka kelas ajar memasak. PKP ni tak
ada kelas. Bolehlah Jiya belajar dengan mak Ani. Lagipun
PKP ni memang kita orang bekerja-dari-rumah (BDR) je.
Bolehlah Jiya guna masa sekarang ni untuk belajar masak.”
Jiya tahu, dia perlu berbuat sesuatu.
Jeda. Zahin memandang Jiya agak lama. Serba-salah
Jiya. Risau kalau Zahin membantah.
“Abang ikut, boleh?”
“Kenapa pula? Bukan kata memasak kerja isteri? Tak
apalah Jiya saja yang belajar.”
“Siapa kata? Takkan Jiya nak pandai seorang? Nak
tinggalkan abang pula ke? Mentang-mentang abang ni
27
OGY YUSOF
pun bukan reti buat kerja rumah. Sidai kain pun masih
senget-benget lagi...”
“Bukanlah macam tu, bang. Betul kata Kak Juni. Jiya
kena belajar. Jiya kena tau buat kerja rumah. Tak pandai
banyak, at least yang simple Jiya boleh buat. Jiya sayang
abang. Jiya takut nanti abang pun tinggalkan Jiya.”
Sedih hati Zahin mendengar keluhan isterinya itu.
“Jiya, perkahwinan maksudnya saling melengkapi.
Bukan semua atas pundak isteri saja bila sebut kerja
rumah. Tanggungjawab sama-sama suami dan isteri.
Abang tak boleh suruh Jiya je yang buat. Abang pun banyak
kekurangan. Malu abang kalau ada orang lain tau yang
abang ni sendiri tak pandai nak uruskan rumah tangga.”
“Tapi, selalunya kan orang salahkan isteri...” suara Jiya
kedengaran mendatar.
“Dah. Tak payah fikirkan orang lain. Kita belajar sama-
sama. PKP pun rasanya akan sambung lagi ni. Kita boleh
belajar sama-sama. Okey? Harap mak Ani tak mengamuk
ajar kita ni.”
“Bang, pan mak tu kena ganti. Dalam dah bercalar,
kemek pula tu bahagian tepi.”
“Ha... Yalah. Nanti kita beli.”
“Bang... Telur ni masinlah...”
“Abang tau. Kita makan je. Jangan hantar gambar
dekat Kak Juni. Confirm nanti dia gelakkan kita.”
“Ala... Jiya dah send tadi...” Jiya tepuk dahi.
“Erkk... Confirm Kak Juni dah guling-guling gelakkan
kita dua ni Jiya... Silap haribulan, dengan Mak sekali
berguling gelakkan kita.”
28
bila hati dah suka
Lapan
“ADUHAI... Panjang betul list Jiya ni. Mentang-
mentang dia dah boleh masak simple-simple,” bebel
Zahin sendirian.
Memandangkan ketua keluarga sahaja yang boleh
keluar beli barang keperluan, Zahin dengan rela hati keluar
ke pasaraya.
“Cili api, lada hijau, lada benggala... Apa banyak benar
cili dan lada yang Jiya nak ni? Aduh! Pening kepala aku...”
keruk kepala Zahin melihat senarai dan deretan cili dan
lada yang ada di hadapannya.
“Mana satu sawi, mana satu kailan ni? Apasal sayur
ni sama je rupa, tapi satu batangnya panjang satu lagi
batangnya pendek kembang? Yang karot ni, aku kenal, tapi
kenapa ada yang kecik dan ada yang besar? Apa bezanya?”
Setelah agak-agak memilih sayur-sayuran yang
dipesan Jiya, Zahin bergerak ke bahagian rempah ratus
pula. Ternganga sekejap dia apabila melihat bahan-bahan
rempah yang harus dibelinya berdasarkan senarai yang
Jiya berikan ini.
29
OGY YUSOF
“Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih... Haa...
Yang ni okey. Jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar...
Lada hitam. Kenapa yang paket pun ada, yang dalam botol
pun ada? Yang ni lada hitam, tapi macam serbuk. Yang ni
tulis lada hitam juga, tapi kenapa biji-biji? Alahai... Nak
buat apa benda ni semua Jiya oii... Pening abang dibuatnya
ni hah...” senget-senget kepala Zahin membelek label yang
ada di setiap paket barangan sambil membebel.
Bila diangkat kepala dan memandang keliling, rasanya
ramai yang sepertinya. Kaum suami dan kaum bapa ramai
yang terpinga-pinga, seperti baru keluar dari gua. Mencium
bau sana sini, pegang, belek dan letak balik. Ambil gambar,
ambil video untuk pastikan barang yang dibeli adalah
betul. Membaca setiap patah perkataan pada label barangan
dengan sangat teliti.
Nasib baik ada label. Itu pun haru nak membelek!
“HA... Jangan suruh abang basuh semua barang, lepas tu
mandi depan pintu pagar ni ya. Tak adanya virus melekat
sampai kena buat semua tu depan pagar rumah. Buat malu
je nanti.” Zahin membulatkan mata bila nampak Jiya sudah
siap sedia berdiri dengan besen besar depan pintu rumah.
“Eh, abang ni. Takkanlah Jiya nak buat macam tu.
Barang je abang letak dalam besen ni. Tapi, abang pergi
mandi terus ya? Biar Jiya kemaskan semua.”
Jiya makin seronok duduk di rumah. Dia sudah pandai
sikit-sikit menyusun atur barangan. Tidaklah kemas seperti
yang Puan Khadijah dan Juni buat, tapi boleh terima dek
mata memandang. Taklah berkecah rumah.
30
bila hati dah suka
Seketika kemudian...
“Abang! Kenapa halia banyak sangat ni? Nak buat
kenduri ke apa? Ke nak rebus bagi buang angin dalam
badan?” terkejut Jiya bila tengok halia penuh satu plastik.
Takkan kena pergi beli barang sampai berangin satu
badan pula suaminya tu?
“Abang! Minyak masak mana? Ni minyak apa, ada
gambar bunga matahari? Boleh goreng ikan ke?”
Berkerut dahi Jiya membelek botol minyak masak di
hadapannya ini.
“Abang! Ajinamoto dengan Cukup Rasa banyak-banyak
ni nak buat apa? Jiya mana masak pakai benda ni. Yang ni,
kenapa banyak sangat botol rempah ratus ni?”
Jiya garu kepala. Ada ke dia tulis barang-barang ni
semua dalam list dia tadi?
“Abang! Ni apa semua garam kasar, garam halus,
garam bukit ada ni?”
Ya Allah! Nak buat apa garam banyak-banyak ni? Nak
buat baling syaitan ke?
“Abang!”
“Abang... Abang... Kenapa? Abang salah beli barang
ke?” Terjengul Zahin balik dinding. Dari tingkat atas tadi
dia dengar Jiya asyik jeritkannya.
“Bukan. Tapi, kenapa ni ha, minyak pelik, halia
sebemban, berbotol rempah-ratus, garam entah berapa
jenis. Ni lagi, habis semua jenis bawang ada. Bawang goreng
pun sepeket besar. Jiya nak buat apa?”
“Tak pe. Pakai je mana yang perlu. Lusa, kita pergi
rumah Ani, boleh je bawa bahan tu semua. Mesti mak Ani
31
OGY YUSOF
ada idea nak guna untuk masak apa.” Zahin tersengih beri
cadangan. Dia pun pening sebenarnya.
Padan muka suami yang sepertinya. Entah apa lagi
barang yang mengarut dibelinya!
32
bila hati dah suka
Sembilan
“JAMAL... Makin hebat nampak kau sekarang ni. Bila
kau nak bayar hutang aku?” terkejut Jamal bila
terserempak dengan Rusdi.
“Err... Gaji aku tak dapat lagi. Kan PKP. Company
masih belum bayar,” terbedik-bedik mata Jamal. Dia lupa
tentang hutangnya pada Rusdi.
“Kau ni, memang auta je lebih, kan? Berapa lama dah
kau berhutang dengan aku? Lagi satu, bila masa kau kerja?
Dulu kau beria cerita dengan aku yang kau melabur sana
sini beribu-ribu, tu sebab kau boleh hidup mewah. Tak
mainlah hidup makan gaji ni.”
Kecut perut Jamal bila melihat Rusdi yang mencerlung
ke arahnya tajam.
“Haa... Aku ikut kawan aku kerja site. Tapi, bila start
PKP mana boleh beroperasi. Jadi gaji tak jalanlah,” tergagap
Jamal dibuatnya.
“Kerja site? Gaji memang tak ada atau gaji ada cuma
tak dapat lagi? Mana satu betul ni? Lagi satu, kau kerja apa
kat site? Angkat batu? Jangan nak conglah, Jamal. Tak pe.
33
OGY YUSOF
Kalau kau tak nak bayar, aku pergi jumpa Pak Cik Jamil.
Bapak kau kan baik dengan bapak aku. Nanti aku tanya Pak
Cik Jamil, betul ke dia yang pakai duit yang kau pinjam tu.”
Rusdi bukanlah along. Dia cuma seorang manusia
yang simpati atas nasib malang kawan. Tak sangka rupanya
Jamal hanya mempergunakannya.
“Eh... Janganlah. Nanti aku bayar. Jangan risau, Aku
ingat hutang aku tu,” ketar kepala lutut Jamal. Kalau tau
dek ayahnya, nahas.
“JIYA, aku ni. Aku nak balik set barang kemas yang aku
bagi masa nikah dulu.”
Tak ada salam, tak ada mukadimah, Jamal terus
serang sebaik sahaja Jiya menjawab panggilan. Terpinga
Jiya dibuatnya.
“Siapa ni?”
“Jangan nak siapa sangatlah. Aku, Jamal!” angin Jamal
bersuara.
“Ooo... Abang Jamal. Set barang kemas apa yang abang
nak ni? Rasanya tak ada pun abang bagi apa-apa masa kita
nikah dulu. Duit kenduri pun semua Jiya yang tanggung.”
Jiya julingkan mata.
Bosan dengan karenah Jamal yang entah apa-apa.
Mengganggu sungguh waktu dia tengah syok belek katalog
periuk online yang bermacam bentuk, rupa dan warna! Ferr,
kecur liur dia melihat periuk-periuk tersebut.
“Apa pula tak ada. Kan ada satu set barang kemas
dalam banyak-banyak hantaran tu?” Jamal terasa seperti
34
bila hati dah suka
dipermainkan. Dia tak lupa, dia ingat setiap satu barang
hantarannya dulu.
“Abang Jamal... Meh Jiya ingatkan balik. Barang
hantaran untuk kedua-dua pihak, Jiya yang keluar duit
untuk beli semua. Duit hantaran, Abang Jamal pinjam duit
Jiya sebab Abang Jamal kata duit tak dapat nak keluar masa
tu. Pelaburan belum sampai tempoh matang. Duit kenduri
kat rumah Jiya, Kak Juni yang support. Duit andam untuk
dua-dua belah kenduri pun duit Jiya. Tang mana datang
barang kemas yang abang beli?” Jiya mula tinggi suara.
Zahin yang duduk berhampiran mula menoleh
memandang isterinya yang duduk tegak.
“Eh, kau kena bayarlah ganti rugi sebab aku kahwin
dengan kau yang langsung tak reti buat kerja rumah. Tak
tau masak, bilik tidur tak kemas, bilik air tak bersental,
kain baju tak berlipat. Rugi aku kahwin dengan perempuan
dungu!”
“Kalau macam tu, Jiya pun nak tuntut ganti rugi sebab
kahwin dengan lelaki yang tak guna macam abang. Tak
bekerja, malas mandi, terbongkang satu hari kat bilik tak
buat apa, busuk sememeh, tak reti nak bagi duit nafkah kat
bini, bila nak merayau minyak kereta pun Jiya isi, makan
pakai semua Jiya tanggung. Boleh? Nanti Jiya bagitau kat
Pak Ngah, nak? Dah! Jangan telefon Jiya lagi. Apa-apa nanti
hutang semua Jiya minta Pak Ngah!” Jiya terus matikan
panggilan.
Berasap rasa telinganya mendengar kata-kata Jamal.
Dia ingat senang nak bodoh-bodohkan Jiya macam dulu-
dulu? Ini Jiyalah! Jiya dah pandai semua tulah, Jamal
samdol!
35
OGY YUSOF
“Kenapa marah-marah ni, Jiya?” Zahin menghampiri.
“Tak ada apalah...”
“Meh cerita dengan abang. Kalau tak ada apa, takkan
monyok macam ikan tembakul je.”
“Jiya yang cantik manis ni abang samakan dengan ikan
tembakul?” makin muncung Jiya dibuatnya.
Tergelak Zahin melihat telatah isterinya itu. Dia
merapati Jiya lalu duduk dan tarik tangan Jiya. Diusapnya
perlahan.
“Siapa yang call?”
“Jamal samdol.”
“Apa naknya?”
“Set barang kemas Jiya.”
“Kenapa?”
“Dia kata set tu dia beli. Nak balik sebagai ganti rugi
sebab kahwin dengan Jiya yang tak tahu urus hal rumah.”
tunduk Jiya dibuatnya.
Telefon diletak ke tepi. Tawar hati hendak terus belek
katalog periuk yang menarik minatnya awal tadi.
“Set barang kemas tu, Jiya yang beli sendiri untuk
letak dalam dulang hantaran. Masa kahwin dulu, boleh kata
sembilan puluh peratus semua duit Jiya dan Kak Juni. Mak
Ngah Sipah kata nanti Jamal bayar balik mana yang patut.
Tapi, sampai Jiya dah kahwin kali ketiga ni, jangan kata
bayang duit, bisik-bisik macam iklan kurma Yusof Taiyob
bagitau bila nak bayar balik pun langsung tak ada. Siap
peras ugut pula nak benda yang bukan hak dia.”
“Barang kemas tu mana?” Zahin bertanya sekadar
ingin tahu.
36
bila hati dah suka
“Jiya dah bagi kat mak. Mak sedih masa Jiya bercerai
dengan Abang Jamal. Masa tu Abang Jamal kena tahan
lokap sebab Jiya buat laporan duit Jiya hilang. Kak Juni
paksa sebab Abang Jamal ambil duit Jiya tanpa beritahu.
Banyak kali dia buat macam tu. Jiya tak tahan. Mak Ngah
paksa Jiya tarik laporan konon akan ganti duit Jiya, tapi
bila Jiya tarik, Mak Ngah paksa Abang Jamal ceraikan Jiya.
Mak bertahan je bila kena tuduh tak tau bela anak. Tu yang
Jiya bagi mak. Mak yang berhak pakai,” sedih hati Jiya bila
kenang semula peristiwa lama.
“Sekarang Jiya nak buat macam mana? Nak abang
tolong apa-apa tak? Debik si Jamal Pak Tongkol tu ke...”
Tergelak Jiya mendengar kata-kata Zahin. Hero betul
suaminya ini!
“Tak payahlah, bang. Apa-apa pun, dia tetap sepupu
Jiya. Mak dia, tetap mak saudara Jiya. Kita tengoklah sampai
bila Jamal nak buat hal. Kalau melampau, Jiya nak bagitau
Pak Ngah Jamil je. Biar dia rasa.”
“Terpulang pada Jiya. Abang sokong je,” lembut Zahin
mengusap kepala Jiya. Dia tahu, isterinya punya jiwa yang
sangat murni. Selagi boleh, Jiya tak mahu susahkan orang
lain.
“Bang, periuk ni warna biru cantik, kan? Ke nak
ambil warna hitam? Tapi, Jiya suka pula warna merah
Iskk... Cantik-cantik Dessini ni. Padan jugalah dengan
Kitchen Set, yang sudip senduk adik-beradik nih. Fuh!”
Jiya sambung belek telefonnya pula.
Beli atas talianlah. Penghantaran terus ke rumah. Tak
perlu fikir banyak.
Cuma...
37
OGY YUSOF
“Bang... FPX ni minta akaun bank mana nak guna.
Abang pakai akaun bank mana?” senget kepala Jiya
memandang Zahin sambil mengerdip beberapa kali.
Bulat mata Zahin memandang isterinya yang sudah
membuat gaya manja dan comel begitu.
“Abang yang kena?” Jiya mula buat muka comel.
“Haa... Yalah.”
Nak pujuk isteri, reda sajalah...
38
bila hati dah suka
Sepuluh
“LAMA betul PKP ni. Asyik bersambung je. Bosan aku
asyik kerja dari rumah.” Haikal merungut.
Zahin diam sahaja. Malas hendak sahut apa-apa.
Baginya, PKP sangat bermakna. Banyak ilmu kehidupan
yang dikutip sepanjang PKP.
“Nak sarapan pun, gerai makan banyak tutup. Gerai
Pak Hamid kat depan ofis kita ni pun kerusi semua duduk
atas meja. Kau dah sarapan?” Haikal memandang Zahin
yang tekun di meja.
“Aku ada bawa bekal,” jawab Zahin, ringkas.
“Kau balik rumah mak kau ke?” Haikal angkat kening.
Dalam hatinya mula hendak mengutuk.
“Taklah. Isteri aku dah siapkan bekal untuk aku satu
hari ni.”
“Kau nikah lain online ke apa?” berkerut dahi Haikal.
Mana mungkin sepupunya yang tak tahu langsung buat
kerja rumah itu sediakan bekal. Dia mula gelak kecil.
“Apa kau merepek ni, Kal? Isteri aku seorang je. Jiya
yang siapkan semua.” Zahin rasa macam hendak lepuk
39
OGY YUSOF
mulut Haikal yang celopar itu. Suka-suka hati dia je
menuduh yang bukan-bukan.
“Jiya masak? Kau biar betul? Dia mana reti masak.
Sudip dengan senduk pun tak tau beza.”
“Kau ingat isteri aku teruk macam tu sekali ke?”
Pintu bilik Zahin terkuak tiba-tiba. Farok menjenguk
kan kepalanya.
“Wei, Farok! Kau nak tau tak? Si Zahin ni kata Jiya
siapkan bekal. Kau percaya?”
Farok yang menjengul tiba-tiba pun sama tergelak.
“Janda aku tu mana reti masak.” Farok mula menempel
tepi meja Zahin, mengintai beg bekas makanan yang ada
atas meja.
“Isteri aku yang korang kutuk tu. Jaga sikit mulut,”
dalam hati Zahin terdetik rasa geram. Ada yang dia humban
keluar pejabat kecil dia ni...
“Aku cakap benda yang betul. Jiya tu sejak azali
memang tak reti buat kerja rumah. Sepupu aku, aku
taulah.” Haikal senyum mengejek. Saja bakar perasaan
Zahin. Takkanlah Jiya boleh masak!
“Aku tau. Korang pun banyak kali cakap benda yang
sama. Kutuk dia gila-gila punya teruk. Tapi, aku suami dia
sekarang. Aku tahu macam mana nak bentuk isteri aku
supaya jadi lebih baik. Aku sayang dia. Isteri bukan untuk
dihina, dikeji, dibuli dan diaibkan. Isteri cerminan suami.
Kalau betul Jiya tu dulu buruk laku, tak pandai kerja rumah,
tak kemas, tak cantik, tak pandai bergaya, itu maknanya
bekas suami dia dulu yang buruk, yang busuk, yang bodoh,
yang tak pandai mendidik!”
40
bila hati dah suka
Ambil kau! Terkujat Haikal. Membuntang mata Farok.
“Kau kata aku bodoh?” Farok mula rasa panas. Diakan
bekas suami Jiya!
“Terasa ke?” Zahin pamer muka selamba.
“Dah... Dah... Pagi lagi ni. Tak maulah gaduh-gaduh.
Pasal perempuan je pun,” Haikal pantas menenangkan
Farok yang kelihatan seperti mahu menyerang Zahin.
“Kau juga yang mula, kan? Beb, malulah kita sebagai
lelaki kalau jadi serba kurang dari isteri. Oh, lupa. Kau duda.
Kau pula belum kahwin, tapi asyik kena tinggal mak we.
Sebab apa ya? Sebab asyik peras duit mak we, gitu? Buat
malu kaum lelaki je,” Zahin terus menyindir.
“Eh kau ni. Aku nak tengok sampai bila rumah tangga
kau dengan Jiya tu bertahan. Perempuan tu, bukan boleh
pakai.” Haikal pula yang panas. Dia tahu yang dia selalu
putus cinta. Ah! Perempuan memang menyusahkan!
“Memang pun perempuan bukan untuk dipakai. Kau
ingat barang pakai buang? Perempuan mampu ubah dunia
kita dari huru-hara menjadi aman damai kalau kita tau
hargai kasih sayang yang dia orang beri. Dahlah, aku nak
sambung kerja.” Zahin mula tunduk mulakan kerja. Signal
kepada mereka berdua untuk keluar.
Bila difikir-fikir, kesian isteri kesayangannya itu
terpaksa menghadap lelaki jenis tak berguna macam Farok
dan Jamal. Tak apa. Dia takkan biarkan mereka-mereka ni
sakitkan hati Jiya lagi! Itu tekad Zahin.
41
OGY YUSOF
Sebelas
“AHH! Leganya dapat balik rumah sendiri. Mak, lepas
ni empat bulan Juni tak nak balik kampung. Bagi
keluar semua aura negatif yang ada.” Juni menghempas
tubuh ke kerusi.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang
diteruskan dengan beberapa kelonggaran akhirnya buat
Juni dan Puan Khadijah boleh bergerak pulang ke rumah.
“Kenapa kak?” Jiya ambil tempat di hadapan Juni.
Puan Khadijah juga duduk melepaskan nafas
kepenatan.
“Alah kau ni, Juni. Abaikan sajalah apa yang jadi kat
kampung tu. Patutnya kita tunggulah sampai raya.” Puan
Khadijah memujuk.
Tapi, jauh sudut hatinya juga terasa dengan mulut-
mulut celopar yang mereka perlu dengar dan hadap. Juni
dan Jiya anaknya. Mustahil tak terasa!
“Tak apalah kita raya kat rumah kita je. Kau tau jelah
mak cik-mak cik kita. Semua peramal masa hadapan.
Semuanya dukun, pakar ekonomi, perancang hal ehwal
42
bila hati dah suka
keluarga dan doktor pakar yang terbaik seantero dunia.
Kau dikatanya akan bercerai sebab tak pandai buat kerja
rumah, tak pandai jaga laki, tak pandai buat anak. Aku
dikatanya anak dara lanjut usia yang takkan bertemu jodoh.
Huh! Sakit telinga, sakit hati dibuatnya.” Juni melepuk
tangannya di kerusi. Panas hati. Mengenangkan Puan
Khadijah, dia sabarkan hati. Kawal mulutnya.
“Alah kak. Kau tak kan tak biasa dengan semua tu.
Diamkan je. Tak jadi kudis pun kat kita. Aku pun malas nak
fikir benda-benda tu semua. Abang Zahin kata, apa pun kita
tetap kena hormat. Dia orang tu semua pangkat mak kita.
Lebih senang dan lebih baik, kalau jumpa sesekali. Jauh
bau bunga, dekat bau tahi.” Jiya berkata.
“Betul tu, Jiya. Nanti kalau korang terlebih kata,
mak juga yang kena. Tak kesian kat mak ke?” sayu Puan
Khadijah bersuara.
Apa pun adik-beradiknya juga. Busuk-busuk pun,
itulah darah dagingnya.
“Ceritalah. Nak juga tahu apa kisahnya kat kampung
tu.” Jiya sudah mula gelak-gelak kecil dan menempel
sebelah Juni.
“Ha... Nak mengumpatlah tu. Bulan puasa ni. Ingat
sikit. Mak masuk bilik dululah. Zahin mana, Jiya?” Puan
Khadijah mula bangun dari duduk. Mahu masuk berehat
dalam bilik.
“Hari ni Abang Yin kerja, mak. Giliran dia kerja kat
ofis.” Jiya memberitahu.
“Ha... Yin pun kena jaga diri. Kesian dia, baru masuk
keluarga kita dah kena umpat keji.” Terus Puan Khadijah
berlalu masuk ke bilik.
43
OGY YUSOF
“Kena umpat keji? Apa kes, kak?” berkerut dahi Jiya
bertanya. Dipandang Juni yang memerhati langkah Puan
Khadijah mereka.
“Aku pun tak tau. Tapi, hari tu Mak Uda ada bising kata
Yin bergaduh dengan Haikal.”
“Bergaduh? Tak ada pula Abang Yin bagitau apa-apa.”
Jiya cuba ingat kembali. Serasa dia tak ada pun Zahin
beritahu apa-apa berkenaan dengan Haikal.
“Itu yang Mak Uda kata kau tak lama lagi bercerai
dengan Yin. Mak Uda kata dah nampak taring Yin, kurang
ajar. Aku tak rasa macam tu. Kita pun tau Haikal tu macam
mana. Entahkan ya, entahkan tidak. Anak dia, semua betul.
Jangan siapa usik, memang lumat kena caci.”
Juni faham sangat dengan Mak Uda Leha. Jangan
ada siapa berani kutuk Haikal. Bekas teman wanita Haikal
sendiri pernah kena serang. Walhal bekas teman wanitanya
sekadar mengadu yang selalu terpaksa keluar duit poket bila
berjumpa Haikal. Ingat ‘bakal emak mentua’ boleh sama
nasihat. Ini sama memeras. Lebih baik putus!
“Macam tu. Tak apalah. Nanti aku tanya Abang Yin.
Adalah tu. Cuma mungkin jadi tak best sebab dia orang
satu ofis.”
“Itulah. Yin kena banyak bersabarlah. Itu si Haikal.
Si Jamal, duda kau nombor satu tu pun satu hal lagi. Dia
bagitau dengan Mak Ngah dia ada belikan kau set barang
kemas. Dia nak balik sebagai ganti rugi. Riuh Mak Uda jaja
kisah satu kampung. Adalah tu Mak Ngah bercerita kat dia.”
Satu, satu hal keluar.
“Ganti rugi? Dia yang hutang aku dua puluh lima ribu
tak bayar lagi. Itu yang aku kira. Yang aku tak kira, lagi
44
bila hati dah suka
banyak dari jumlah tu kut. Dari kenduri sampai nak cerai
pun, aku yang tanggung hidup dia. Ganti rugi apanya?”
pelik Jiya dengan perangai Jamal tak sedar diri tu.
“Ganti rugi sebab kahwin dengan kau yang tak reti
masak, tak reti lipat kain, tak reti kemas katil... Hahaha!!!”
berdekah sampai jatuh kerusi Juni ketawa.
Jiya tayang muka pelik. Kenapa pula dengan kakaknya
ini? Tiba-tiba ketawa berdekah macam tu. Buang tebiat?
“Apa sewel dia? Bukannya dia buat pun semua kerja tu.
Kau dengan emak yang tolong aku. Aku dengan dia kahwin
empat bulan pun duduk rumah ni. Nasib baik rumah arwah
abah beli ni besar. Kalau tak, mau kena sumpah juga aku
dengan Mak.”
Jiya jeda sebentar. Ada rasa kesal bertamu di hatinya
ketika ini.
“Dulu Mak Ngah yang beria sibuk nak kahwinkan aku
dengan Jamal, masa Mak bagitau aku cari calon suami.
Iklan, promo, kompang habis-habisan yang Jamal tu kerja
baguslah, lelaki terbaiklah, apalah... Ingatkan selalu ke
sana ke sini dengan berkereta besar memang betullah
kerja hebat, gaji besar tu semua. Dah kahwin baru tau
yang sebenarnya apa pun tak ada. Asyik tau komplen aku
macam-macam. Iskk...” muncung Jiya.
Lagi-lagi kes dia tak tahu buat kerja rumah. Bosan!
“Itu yang aku bidas balik Mak Ngah. Aku kata, mana
ada set barang kemas Jamal beli. Cincin kahwin pun kau
beli sendiri. Duduk rumah ni, free of charge. Entahlah.
Macam senang je pula jadi lelaki. Semua harap dekat isteri.
Baiklah aku ni tak payah kahwin. Aku boleh jaga mak. Aku
boleh enjoy sendiri.”
45
OGY YUSOF
Kisah yang dihadap semuanya buat Juni menjadi
negatif tentang alam perkahwinan. Baginya, dia mampu
untuk hidup sendiri. Tak ada lelaki pun dia masih boleh
hidup!
“Jangan macam tu, kak. Ada je lelaki yang baik, macam
arwah abah. Macam Abang Yin. Pak Long Zul dengan
Pak Ngah Jamil pun baik. Kau belum jumpa je lagi. Aku
pun, salah masuk pintu je dua kali sebelum jumpa Abang
Yin. Setakat ni, dia sangat baik dengan aku. Lelaki yang
tak banyak merungut apa-apa. Sanggup susah dengan
aku. Sanggup pergi belajar sama-sama dengan mak Ani,
sama-sama kena ketuk dengan sudip. Kau akan jumpa,
kak. Mana tahu, dekat je sebenar jodoh kau. Kau suka ikut
highway, tapi rupanya jodoh kau ikut jalan kampung pun
boleh jumpa.”
“Mulalah merepek kau ni, Jiya. Ha... Bebel panjang-
panjang ni, kau nak masak apa untuk berbuka hari ni.
Takkan telur dadar hangit kut?” Juni mula menghamburkan
tawa sambil bangun dan berlari anak menuju dapur.
“Kak! Aku dah pandai masaklah. Siap kau!” Jiya
mengekori.
46