The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by darlie1481, 2022-07-17 23:45:34

BUKU MESYUARAT PIBG SEMNASH 2022

SMK NASIRUDDIN SHAH
22200 BESUT, TERENGGANU

MESYUARAT

GUNG

A 20KPaliIKBe-5G5
Tarikh : 19 Julai 2022
Tempat : Dewan Besar SEMNASH
2Masa : 2.00 petang

Dirasmikan Oleh: 2

Ybhg. Tn. HURjULSAaNilEiKBSPRiEnSSIPsEmRDaANilAP.J
.K

PENGARAH

Senarai
Kandungan



1. Senarai Ahli Jawatan Kuasa PIBG 2021/2022
2. Surat Penggilan Mesyuarat Agung PIBG (MAT) (AJK)
3. Surat Panggilan Mesyuarat Agung PIBG (MAT) (Ibu
Bapa)
4. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
5. Minit Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali
ke-54 2021
6. MinitMesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-54 2021
7. Penyata Kewangan 2021
8. Laporan Kemajuan/Program Sekolah 2021
9. Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa PIBG 2022/2023
10. Perbahasan Usul
11. Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
Kali Ke-54 2021
12. Catatan

1

Senarai AJK PIBG 2021/2022

Penasihat
En. Abdul Rahim Bin Abdullah (Pengetua)



Yang Dipertua
YB. Dato’ Hj.Muhammad Pehimi bin Yusof



Naib Yang Dipertua
Tn. Hj Rashid bin Che Muda



Setiausaha
En. Azman Bin Yaakob



Penolong Setiausaha
En. Azrin bin Anuar



Bendahari
Tn. Hj Raimin bin Junoh



AJK
En. Rosli bin Ismail
En. Zahari Bin Ahmad
Tn. Hj. Zaharin bin Jusoh
Pn. Hjh Hamidah bt Muda
Pn. Nik Nor Akma Bt. Mohd Kamil



Ex-Officio
En. Muhammad Azahar bin Abdul Majid(PK. Pentadbiran)
Tn. Hj. Mohd Redzaudin bin Ismail (PK. Hem)
En. Nasir bin Yaacob(PK. Ko)
Pn. Fauziah binti Ahmad (PK. Ting 6)
En. Rosli bin Zakaria
Pn. Salina bt Sulaiman
Pn. Wan Elah Bt Salleh



Pemeriksa Kira-Kira 1
Pn. Norizan Bt. Ahmad



Pemeriksa Kira-Kira 2
Tn. Hj. Ramli Bin Ibrahim

2

Surat Panggilan Mesyuarat Agung PIBG (AJK)

Persatuan Ibu bapa dan Guru
SMK Nasiruddin Shah Tel :09-6956050
22200 Besut Terengganu
Fax :09-6953484

__________________________________________________________

Ruj.Kami:SMKNS (B) 07/02/003 ( )

Tarikh :22 Jun2022

Kepada:

01. YB.Dato” Hj.Muhammad .Pehimi bin Yusof (Pengerusi)
02. En. Abdul Rahim bin Abdullah (Pengetua)
03. En. Muhammad Azahar bin Abdul Majid
04. Tn. Hj Rashid bin Che Muda (Timb. Pengerusi)
05. En. Nasir bin Yaacob
06. Tn. Hj. Mohd Redzaudin bin Ismail
07. Tn. Hj Raimin bin Junoh
08. En. Rosli bin Ismail
09. En. Zahari bin Ahmad
10. Pn. Fauziah binti Ahmad
11. Pn. Hjh Hamidah bt Muda
12. Pn. Nik Nor Akma bt. Mohd Kamil
13. En. Azrin bin Anuar
14. Tn. Hj. Zaharin bin Jusoh
15. En. Azman bin Yaakob

YB/Tuan/Puan,

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-55 2022

Salam bahagia. Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan

seperti butiran berikut;

Tarikh : 19 Julai 2022

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan Besar SEMNASH

2. Sehubungan itu tuan / puan dengan segala hormatnya dijemput ke mesyuarat tersebut.
3. Mesyuarat akan berpandukan kepada agenda berikut;

3.1 Ucapan Pengerusi PIBG
3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 Laporan Kewangan
3.5 Laporan Kemajuan Sekolah
3.6 Pemilihan Jawatan Kuasa PIBG 2022/2023
3.7 Perbahasan Usul/Cadangan
3.8 Ucapan Penangguhan
4. Akhirnya segala perhatian dan kerjasama tuan/puan didahulukan dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...................................
( AZMAN BIN YAAKOB)
Setiausaha PIBG
SMK Nasiruddin Shah
22200 Besut Terengganu.
s.k Fail PIBG

3

Surat Panggilan Mesyuarat Agung PIBG
(Ibubapa)

Persatuan Ibu bapa dan Guru
SMK Nasiruddin
Shah Tel :09-6956050
22200 Besut Terengganu Fax :09-6953484
__________________________________________________________
Ruj Kami:SMKNS(B)07/02/003(97)

Tarikh:22 Jun 2022

Kepada:
___________________________
___________________________

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG 2022
DAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

Salam sejahtera. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa majlis tersebut akan
diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh :19 Julai 2022 (Selasa)
Masa :1.30 Tengahari
Tempat :Dewan Nasiruddin Shah

3.Sehubungan itu tuan/puan dengan segala hormatnya dijemput hadir ke majlis
tersebut.

Kesudian pihak tuan/puan hadir diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”Melestarikan Pendidikan Terbilang”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

...................................
( AZMAN BIN YAAKOB)
Setiausaha PIBG
SMK Nasiruddin Shah
22200 Besut Terengganu.
s.k Fail PIBG

**************************************************************************************************
*************

Saya..............................................................................Ibubapa/Penjaga
kepada..............................................................................Tingkatan.................................................* Bersetuju / Tidak
Bersetuju * hadir ke majlis tersebut.

Yang benar,

.................................................
()

*Potong yang mana berkenaan

4

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK NASIRUDDIN SHAH BESUT TERENGGANU

KALI KE- 55 2022






Atucara Majlis Perasmian

1. Ucapan Aluan Pengacara Majlis

2. Bacaan Doa

3. Ucapan Pengetua
En. Abdul Rahim Bin Abdullah

4. Ucapan Perasmian Oleh:
Ybhg. Tn. Hj Laili Bin Ismail

5. Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2021

6. Persembahan Pelajar





Agenda Mesyuarat Agung




1. Ucapan Aluan Pengerusi

2. Membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG yang lalu – SU PIBG

3. Perkara Berbangkit

4. Laporan Penyata Kewangan - Bendahari

5. Laporan Kemajuan Sekolah - Pengetua

6. Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2022/2023

7. Pembentangan Usul (sekiranya ada)

8. Ucapan Aluan Pengerusi PIBG 2022/2023

9. UcapanPenangguhan

5

MINIT PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG

KALI KE 54 2021





MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-54 2021
SMK NASIRUDDIN SHAH
(Majlis Perasmian)


TARIKH: 25 September 2021
HARI : Sabtu
MASA : 9.30 Pagi
TEMPAT: Kediaman masing-masing (Google Meets)



1.Ucapan Pengetua(Abdul Rahim bin Abdullah)
-Pengetua mengalu-alukan kehadiran AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa.
-Pengetua menyatakan kelas bersemuka diutamakan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6
secara bergilir.
-Pengetua mengalukan kehadiran PKP baharu,Cikgu Azhar menggantikan Cikgu Rohani yang menjadi
Pengetua SMK Renek. PK KO, Cikgu Nasir menggantikan Cikgu Tengku Jailani yang menjadi PK HEM
di SMK Tembila. Ketua bidang Kemanusiaan, Cikgu Rosli Zakaria menggantikan Ustazah Zaleha yang
bersara.
-SMK Nasiruddin mempunyai 109 orangguru dan masihkekurangan 3 orangguru.
-Menerima seramai 12 orang guru baharu yang telah berpindah ke SMK Nasiruddin menggantikan 9
orang guru yang telah bersara.
-Seramai 3 orang guru telah menerima kenaikan pangkat iaitu Cikgu Tengku Jailani sebagai PK HEM
Tembila, Cikgu Raini Zamani sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan di SMK Bukit Puteri
dan Cikgu Wan Mayuni sebagai Guru Kanan Mata PelajaranSains dan Matematikdi SMK Aloi Peroi.
-Pengetua mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Idris Jusoh yang telah menyumbangkan 100 unit
meja dan sebanyakRM3000 kepada pelajarmiskin. Terima
kasih juga kepada Yayasan Petronas yang telah menyumbang sebanyak 169 buah IPad berserta talian
selama 1 tahun kepadapelajar Tingkatan 3 ( IPad berharga RM2000).
-Pengetua mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah melaksanakan PDPR sepanjang
tahun2020 dan 2021.
-Pengetua mengingatkan para ibu bapa mengambil berat pendidikan anak-anak semasa PDPR supaya
anak-anak mengikuti PDPR terutama pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan mendudukiSPM pada bulan
Mac 2022.
-Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
SMK Nasiruddin Shah pada tahun ini.

6

MINIT PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG

KALI KE 54 2021





2. Ucapan Yang Berhormat Dato’ Hj Pehimin bin Yusof (YDP PIBG)

-Mengucapkan terimakasih kepada pengerusi majlis.
-Mengucapkan salam kepada pengetua , pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan ibu bapa yang
hadir.
-Merakamkan ucapan tahniah kepada pengetua dan pihak pengurusan sekolah kerana berjaya
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Nasiruddin Shah dengan norma baharu.
-Menyatakan kebimbangan Kehadiran dalam mesyuarat PIBG menerusi ‘GoogleMeet’ ini iaitu
tidak sampai 100 orang akan menimbulkan masalah dalam membuat keputusan mesyuarat yang
melibatkan korum.
-Menyatakan situasi norma baharu ini akan menjadi perkara biasa. Menyarankan kepada semua
guru, pelajar dan ibu bapa mengambil kesempatan ini sebagai satu peluangdengan menyesuaikan
diri untuk berjaya.Mengucapkan terima kasih dan tahniahkepada pengetua dan guru-guru kerana
dapat menjalankan tugas walaupun banyak halangan yang terpaksa dihadapiuntuk mendidik
murid-murid dalam situasi
pandemik ini.
-Menyatakan rasa syukur kerana kerajaan telah menetapkan bulan Oktober ini, murid akan dapat
belajar secara bersemuka mengikut penggiliran. Beliau memohon ibu bapa yakin dengan kerajaan
dalam usaha mewujudkan gelombang selamat di sekolah. Beliau juga berharap mendapat
kerjasama daripada ibu bapa memastikan Covid-19 tidak menular di sekolah. Antara usaha
kerajaan ialah melaksanakan vaksinasi kepada murid tingkatan 4 dan tingkatan 5 semalam.
-Menyatakan kekhuatiran ibu bapa keranadimaklumkan masih ada guru-guru yang belum
menerimasuntikan vaksin. Berharappihak pengurusan sekolahdapat menjelaskan perkaratersebut
dalam mesyuaratini.
-Menyatakan kepentingan Ibu bapa meneruskan pemantauan PDPR anak-anak di rumah
walaupun sekolah akan dibuka bersemuka secara penggiliran supaya anak-anak tidak ketinggalan
dalam pembelajaran. ProsesPDPR tetap akan diteruskan.
-Menyedari bahawa ibu bapa dan guru menghadapi masalah dengan peranti, talian internet,
kewangan dan lain-lain. Berharapibu bapa sentiasaberusaha mengatasi masalah tersebutsupaya
anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran.
-Menyatakan harapansupaya guru-guru bersabardan sentiasa berusahamenambahbaik mekanisme
pengajaran.
-Mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan tablet,
komputer dan data internet seperti Yayasan Hasanah, YayasanPetronas, ExxonMobil dan YB
Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh yang dapat membantu mereka yang terkesan dengan PKP. Beliau
berharap, anak-anak yang mendapat sumbangan peranti pintar ini supaya dapat berkongsidengan
ahli keluarga yang lain serta dapat menggunakan perantiini secara maksimumuntuk PDPR.
Dengan lafaz Bismillah beliau merasmikan Mesyuarat AgungPIBG kali ke-54.

7

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE 54 2021





MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-54 2021

SMK NASIRUDDIN SHAH



TARIKH: 25 September 2021
HARI : Sabtu
MASA : 9.30 Pagi
TEMPAT: Kediaman masing-masing (Google Meets)



1.0UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan umul kitab al- Fatihah.
1.2Juga ucapan kesyukuran dan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan mesyuarat
ini walaupun dengan keadaan semasa yang penuh cabaran.
1.3Mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang mengikuti Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-54 ini.
1.4Beliau memohon kemaafan kerana tidak dapat menjemput pihak luar untuk merasmikan
mesyuarat kali ini.
1.5Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat pada kali ini tiada pemilihan ahli jawatankuasa.
1.6Beliau juga berharap agar ibu bapa dapat Bersama-sama dalam mesyuarat ini hingga selesai.

2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI
KE-53
2.1 Setiausaha PIBG, Cikgu Azman bin Yaakob memaklumkan bahawa mesyuarat agung kali ini
merupakan mesyuarat tertunda tahun 2020 kerana masalah pandemic Covid 19.
2.2 Beliau bersyukur kerana berjaya mengadakan mensyuarat agung ini melalui medium Google
Meet dan juga siaran langsung Facebook.
2.3 Beliau juga memaklumkan bahawa kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat agung kali ini amat
memberangsangkan.
2.4 Setiausaha juga meminta ibu bapa membuka buku mesyuarat agung melalui link yang telah
diberikan.
2.5 Setiausaha telah membentangkan minit mesyuarat agung yang lalu dan telah disahkan oleh
Cikgu Azrin bin Anuar.

3.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit

4.0 LAPORAN KEWANGAN
4.1 Bendahari PIBG, Cikgu Raimin bin Junoh meminta ibu bapa membuka bahagian laporan
kewangan dalam buku mesyuarat agung.

a. Penyata 1 ( 1/1/2020 – 31/12/2020)
Jumlah pendapatan tahunan 2020 adalah sebanyak RM 42,132.50 manakala jumlah

perbelanjaan pula sebanyak RM 15,244.00. Baki berakhir 31 Disember 2020 ialah RM 26, 888.50

8

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE 54 2021



b.Penyata 2 (1/1/2021 – 25/5/2021)
Tiada kutipan sumbangan sehingga tarikh ini. Baki akhir 2020 sebanyak RM 26,888.50 dan perbelanjaan tahu
2021 sebanyak RM 9,250.00. Baki akhir pada 25 September 2021 ialah RM 17.638.50
4.2 Ustaz Hanzah @ Hamzah bin Hamat mengesahkan penyata kewangan tahun 2020 yang berakhir 25
September 2021.

5.0 PEMBENTANGAN KEMAJUAN SEKOLAH OELH PENGETUA
5.1 Pengetua mengucapkan syukur kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG yang tertangguh
tahun lepas.
5.2 Beliau memaklumkan bahawa kehadiran ibu bapa untuk mesyuarat agung kali ini hanya dapat diterima
100 orang sahaja kerana masalah teknikal.
5.3 Pencapaian Akademik Sekolah

a. Pencapaian SPM tahun 2020 amat memberangsangkan dan lebih baik daripada tahun sebelumnya
dengan GPS 5.08. Seorang pelajar telah berjaya mendapat kesemua A, 3 orang mendapat 8A, seorang 7A, 4
orang 6A dan 13 orang 5A.

b. Pencapaian peperiksaan STPM tahun 2020 juga amat memberangsangkan kerana berjaya
melahirkan 4 orang pelajar 4 flat dan 7 orang semua A. GPS pula 3.07. Seramai 80 daripada 112 orang
pelajar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
5.4 Pelaksanaan PDPR masih diteruskan walaupun semakin kurang mendapat sambutan daripada pelajar-
pelajar. Hal ini demikian, kerana berpunca daripada beberapa masalah:

5.4.1 Masalah teknikal iaitu masalah peranti. Kebanyakan ibu bapa menghadapi masalah tidak mampu
menyediakan peranti kerana mempunyai ramai anak yang bersekolah. Pihak sekolah tidak dapat membantu
dan hanya mengharapkan bantuan daripada pihak NGO.

5.4.2 Masalah capaian Internet. Kebanyakan pelajar hanya menggunakan data Internet, bukannya
wifi.

5.4.3 Masalah sikap pelajar yang PDPR bukannya waktu persekolahan. Mereka menunggu sesi
persekolahan bersemuka baru mula belajar. Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak tidak mengikuti
kelas PDPR.

- Pengetua meminta ibu bapa memastikan anak-anak mengikuti PDPR sama ada melalui platform
Google Meet, WhatsApp atau telegram.
5.5 Peperiksaan Pertengahan Tahun MPP2 bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 telah dijalankan secara offline
pada 24 Osos hingga 8 Sepetember 2021.
- Manakala pelajar -pelajar tingkatan 1,2 dan 3 menjalani peperiksaan TOV pada 2 hingga 5 Septemebr
2021. Ibu, bapa atau pelajar datang mengambil kertas soalan dan menghantar kertas jawapan secara pandu
lalu. Hampir 85% yang dating mengambil kertas soalan.
- Pelajar-pelajar tingkatan 6 semester 2, menjalani peperiksaan percubaan secara dalam talian.

5.6 Laporan Hal Ehwal Murid
Vaksinasi

- 100% guru serta kakitangan sekolah sama ada kerajaan atau swasta mahupun pihak pengurusan asrama
telah mendapat vaksin
- Pelajar tingkatan 6 100% telah mendapat vaksin.
- Pelajar tingkatan 4 dan 5, seramai 51 orang tidak datang mengambil suntikan vaksin di SMK Tengku
Mahmud pada 24 September 2021. Pihak sekolah akan mengenal pasti sama ada mereka mengambil suntikan
vaksinasi secara Walk In di pusat vaksinasi atau belum.
- Pengetua meminta ibu bapa sentiasa mengemas kini maklumat Mysejahtera anak-anak.

9

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE 54 2021



5.7 Laporan Kokurikulum
- Kegiatan kokurikulum sepanjang PKP dilakukan secara dalam talian. Banyak kejayaan yang telah dicapai
hingga peringkat kebangsaan.
- Pengetua mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada guru-guru dan pelajar yang bertungkus lumus
mengaktifkan kokurikulum sepanjang tahun 2020 hingga tahun 2021.

5.8 Bayaran sumbangan PIBG
a. Pihak sekolah bercadang mengurangkan sumbangan PIBG bagi tahun 2021 bagi meringankan bebanan ibu
bapa. Hanya sumbangan kecemerlangan sahaja yang perlu dikutip.

Jumlah bayaran sumbangan mengikut jadual di bawah:

b. Pihak sekolah akan berusaha untuk kecemerlangan akademik pelajar-pelajar walaupun dalam keadaan
yang mencabar ini. Sekali lagi pengetua meminta ibu bapa memberikan Kerjasama bagi memastikan anak-
anak hadir ke sekolah atau mengikuti kelas PDPR.
5.9 Pengerusi meminta sokongan daripada pihak ibu bapa tentang pengurangan bayaran sumbangan PIBG
bagi tahun 2021. Puan Rabiatul Adawiah telah menyokong.

6.0 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN
- Tiada usul dikemukakan

7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Puan Alina binti Hasan bertanya tentang yuran PT3.

- Pengetua menerangkan bahawa yuran peperiksaan telah lama dimansuhkan dan kutipan sumbangan
kecemerlangan yang dibuat.
- Pengerusi menjelaskan bahawa kutipan sumbangan tidak boleh dihapuskan terus kerana pihak sekolah
memerlukan kewangan untuk fotostat bahan-bahan kecemerlangan pelajar.
7.2 Pengetua memaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang tidak divaksin masih boleh hadir ke sekolah
tetapi dengan SOP yang lebih ketat. Pelajar-pelajar yang menunjukkan simpton, ibu bapa tidak perlu
menghantar anak mereka ke sekolah.
7.3 Sehingga kini, tiada arahan tentang pembukaan asrama sekolah daripada pihak kementerian.
7.4 Pengerusi mewakili pihak ibu bapa mengucapkan tahniah kepada pihak Sekolah Menengah Nasiruddin
Shah kerana telah Berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam STPM menyebabkan sekolah ini menjadi
tumpuan pelajar-pelajar untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 sehingga terpaksa ditapis oleh pihak
sekolah.
7.5 AJK PIBG, Encik Mohd Zaki bin Husin mengucapkan tahniah kepada pengetua dan guru kerana
kecemerlangan SPM, STPM dan ramai pelajar berjaya menyambung pelajaran ke IPTA.
7.6 Puan Siti Wahidah juga mengucapkan tahniah kepada semua guru Sekolah Menengah Nasiruddin
Shah.

10

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE 54 2021



7.7 Pengetua juga mengucapkan terima kasih kepada YDP, AJK PIBG dan para ibu bapa yang banyak
memberikan sumbangan dan sokongan secara fizikal atau idea kepada pihak sekolah dalam segala aspek.

- Pihak sekolah akan terus berusaha untuk meningkatkan kemajuan akademik.
- Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah sedang menaik taraf bangunan blok kilat bagi
memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar. Bantuan daripada alumni dan ibu bapa amatlah diharapkan
dalam membangunkan sekolah.
- Pengetua mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang sanggup bergadai nyawa mengajar
anak-anak tanpa perlindungan yang sempurna.

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru atas kejayaan akademik dan
kokurikulum. Beliau mengharapkan agar pihak sekolah meneruskan agenda membangunkan
kecemerlangan sekolah.
8.2 Pengerusi berasa amat terharu atas sumbangan individu kepada pihak sekolah secara peribadi.
Ucapan terima kasih juga kepada Datuk Seri Idris bin Jusoh yang telah membuat sumbangan termasuk
100 buah kerusi dan meja.
8.3 Ucapan tahniah juga kepada jawatankuasa teknikal yang gerjaya mengendalikan perjalanan
mesyuarat hingga akhir.
8.4 Beliau juga mengucapka terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa yang menunggu hingga selesai
mesyuarat agung ini dan menyeru agar ibu bapa turut memberikan Kerjasama dalam meingkatkan
kecemerlangan anak-anak.
8.4 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:15 tgh.

Disediakan Oleh:

_____________________
(WAN FARIDAH BT WAN BAKAR)
Pencatat Minit
Mesyuarat Agung PIBG SEMNASH
Kali Ke-54 2021

Disemak Oleh:

___________________
(AZMAN BIN YAAKOB)
S/U PIBG
SMK Nasiruddin Shah

Disahkan Oleh:

_____________________
(YB. DATO’ MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSUF)
YDP PIBG
SMK Nasiruddin Shah

11

PENYATA KEWANGAN




12

PENYATA KEWANGAN




13

PENYATA KEWANGAN




14

LAPORAN KEMA

JUAN SEKOLAH
PENTADBIRAN
- Bilangan guru - 110 orang
- Bilangan staff sokongan - 14 orang
- Bilangan staff swasta kebersihan – 7 orang
- Bilangan Staff swasta keselamatan – 4 orang
- Bilangan pelajar - 1200 orang

AKADEMIK
- SPM 2021- Cemerlang secara keseluruhannya
- 1 seorang semua A
- 8A 6 orang7A 3orang, 6A 6 orang dan 5A 15 Orang
- GPS 4.91
- Sumbangan RM1000 kapada pelajar semua A
- STPM - Selesai Peperiksaan Semester 3 dan Ulangan 2
- Tingkatan 1-5 Ujian TOV dijalankan

HAL EHWAL MURID
- Tindakan disiplin kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah.
- Pelanggaran disiplin kurang kerana proses pembelajaran adalah secara ’online’

KOKURIKULUM
- Kebanyakkan aktiviti ko-kurikulum dalam bentuk ’online’
- Penglibatan pelajar di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa
- Pencapaian terbaik adalah Program Lets Code 2021(mendapat tempat ke 3)
peringkat kebangsaan.

SEMASA
- Program YTP (pelajar Tingkatan 1 seramai 128orang)
- Anugerah Audit Pengurusan Cemerlang
- Sumbangan Rak Buku untuk perpustakaan oleh Ustaz Abdul Rahman
- Sumbangan Tan Sri Idris bin Jusoh- Peralatan ICT
- Sumbangan Dato’ Muhammad Pehimi bin Yusof- Kerusi Pelajar
- MOU dengan Kolej Vokasional Pasir Puteh- 25 orang pelajar telah mohon masuk
ke Kolej Vokasional Pasir Puteh

15

PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA
PIBG 2022/2023




16

PERBAHASAN USUL




17

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE 54 2021

18

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE 54 2021

19

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE 54 2021

20

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE 54 2021

21

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE 54 2021

22

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE 54 2021

23

SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE 54 2021

24

PELAPORAN KURIKULUM

25

PELAPORAN UNIT HEM

26

PELAPORAN KOKURIKULUM

27


Click to View FlipBook Version