qMINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL. 1/2021
Tarikh : 11 Januari 2021
Masa :10.00 pagi- 11.30 pagi
Tempat : Perpustakaan SMAC
Pengerusi: Pn.Maimun binti Bahari
Kehadiran 11 Nur Asyiqin binti Zawawi
12 Norsafinas binti Abu Sirin
1 Maimun binti Bahari 13 Nurul Izni binti Md Amin
2 Khamisah Asura binti Abdul Rahman 14 Hafizah binti Sabran
3 Zulfakor bin Darusa 15 Mohd Noorajla bin Mohd Zain
4 Jamilah binti Yahaya 16 Muhammad Hanis bin Nasruddin
5 Roszita binti Ahmad 17 Rijaluddin bin Abdul Manaf
6 Mohd Azzly bin Ismail 18 Muhammad Fazli bin Hassan
7 Rasis bin Jalil 19 Muhammad Syuaib bin Sangkrah
8 Norhaslinda binti Mohd Ridzuan 20 Norizan binti Ghazali
9 Suhaidah binti Hasnan
10 Muhammad Hamiddudin bin Ismail
Tidak hadir bersebab Cuti sakit
Cuti bersalin
1 Suryati binti Kassim
2 Anis Aida binti Abd Aziz
1.0 Kata aluan pengerusi
1.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir
mesyuarat.
1.2 Pelajar Tingkatan 1 datang pada 20/1/2021(Rabu) dengan mematuhi
Standard Operation Procedure(SOP) seperti biasa.
1.3 Tiada perjumpaan dengan penjaga.
1.4 Urusan beli buku hanya berlaku pada 16 /1/2021.
2.0 Pengesahan minit mesyuarat
Pencadang: Khamisah Asura binti Abdul Rahman
Penyokong: Zulfakor bin Darusa
3.0 Perkara berbangkit
Tiada
4.0 Pembentangan tugas guru
4.1 Senarai guru bertanggungjawab bagi tugas unit-unit HEM adalah seperti yang
tercatat dalam buku pengurusan sekolah 2021.
4.2 Seorang guru ganti perlu dilantik untuk menggantikan Cikgu Anis Aida yang
sedang cuti bersalin.
Makluman
5.0 Hal-hal lain
5.1 Tiada pendaftaran bagi Tingkatan 1 seperti tahun-tahun sebelum ini.
5.2 Cikgu Hamid bertanya sejauh mana keputusan UPKK mencerminkan tahap
pelajar Tingkatan 1 2021.
5.3 Ustaz Syuaib menyatakan kebanyakkan pelajar mempunyai keputusan UPKK
yang baik tetapi sebahagian mereka tidak mencapai piawaian semasa temuduga.
5.4 Cikgu Hamid mohon guru kelas mengumpulkan boring APDM semasa minggu
pertama persekolahan.
5.5 Mohon guru kelas untuk kemaskini data pelajar sebelum 15/2/2021 kerana data
akan dikunci pada 16/2/2021 untuk tujuan semakkan.
5.6 Pengetua menyampaikan dapatan daripada mesyuarat Bersama Pengarah PPD
Pd, Tuan Muzir yang menekankan 5I(Issue, Investigate,Innovation/Intervention,
Implementation,Impact) dalam menyelesaikan masalah di sekolah.
5.7 Tuan Muzir juga menekankan tentang gelombang PPPM telah berada di
gelombang ke-3 dimana kuasa autonomi diberikan kepada sekolah untuk
peningkatan kendiri dan pembangunan sekolah.
6.0 Penangguhan Mesyuarat
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada 11.45 pagi. Mesyuarat seterusnya akan di
maklumkan kemudian.
Disediakan oleh:
………………………………
Setiausaha HEM