SUKATAN PELAJARAN PEPERIKSAAN STPM INI AKAN DIGUNA PAKAI MULAI PEPERIKSAAN SEMESTER 1 STPM 2026 PADA NOVEMBER/DISEMBER 2025 SEHINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN. Majlis Peperiksaan Malaysia PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SENI VISUAL 970 Sukatan Pelajaran Peperiksaan dan Kertas Soalan Contoh
ISBN 978-983-2321-86-6 © Majlis Peperiksaan Malaysia 2024 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa-apa bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara-cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia. Ditaip set dan dicetak oleh: Majlis Peperiksaan Malaysia Diterbitkan oleh: Majlis Peperiksaan Malaysia Persiaran 1, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves Selangor Darul Ehsan 03 - 6126 1600 www.mpm.edu.my MEC MPM
iii F A L S A F A H P E N D I D I K A N K E B A N G S A A N Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha iniadalahbagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
v M ajlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Di bawah akta berkenaan, MPM dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan peperiksaan tertentu, termasuklah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Di samping mengendalikan peperiksaan, MPM turut bertanggungjawab untuk menyediakan sukatan pelajaran peperiksaan bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan pada peringkat STPM. Sukatan pelajaran peperiksaan STPM yang baharu ini merupakan sukatan pelajaran peperiksaan yang dimurnikan untuk menggantikan sukatan pelajaran peperiksaan sedia ada yang telah digunakan semenjak tahun 2012 bagi STPM kohort 2013. Pemurnian semula sukatan pelajaran peperiksaan ini mengambil kira pandangan guru dan pensyarah serta keperluan dan kepentingan pendidikan untuk memantapkan sistem pentaksiran STPM yang sedia ada. Sistem pentaksiran bagi pengajian Tingkatan Enam ini masih mengekalkan tiga semester, iaitu calon menduduki peperiksaan pada akhirsetiap semester. Semenjak MPM memperkenalkan sistem pentaksiran baharu ini pada tahun 2012, sistem ini telah dapat menambah baik orientasi pengajaran dan pembelajaran di Tingkatan Enam yang selari dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan di universiti. Sukatan pelajaran peperiksaan yang dimurnikan ini akan mula digunakan pada tahun 2025, iaitu untuk peperiksaan semester 1 STPM kohort 2026. Pemurnian sukatan pelajaran peperiksaan ini mengambil kira perubahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh MPM terhadap sukatan pelajaran peperiksaan sedia ada. Dalam usaha pemurnian semula sukatan pelajaran peperiksaan ini, MPM telah melangkah ke hadapan dengan melibatkan wakil industri dalam jawatankuasanya bagi tujuan memastikan kandungan sukatan pelajaran peperiksaan STPM adalah seiring dengan keperluan sumber manusia pada masa ini dan pada masa yang akan datang, di samping memberikan penekanan terhadap bidang akademik. Hal ini untuk memastikan bahawa pelajar STPM mampu menggunakan idea dan ilmu yang diperoleh apabila mereka menceburi bidang pekerjaan kelak. Pemurnian semula sukatan pelajaran peperiksaan ini merupakan proses pengemaskinian dan penyusunan semula tajuk, kandungan, kemahiran, dan pentaksiran agar selaras dengan perkembangan semasa. Sukatan pelajaran peperiksaan ini memberikan pendedahan kepada calon tentang ilmu yang bakal dipelajari pada tahap universiti. Kandungan sukatan pelajaran peperiksaan ini disusun bersesuaian dengan tahap kognitif calon dan mempunyai kesinambungan dengan ilmu yang dipelajari pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia. Selain itu, kandungan sukatan pelajaran peperiksaan ini juga diperkemas dengan kandungan yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Sehubungan dengan itu, diharapkan agar sukatan pelajaran peperiksaan ini dapat menghasilkan calon lepasan STPM yang berpengetahuan luas, berfikiran matang, dan berupaya untuk menyampaikan idea dengan berkesan melalui pelbagai bentuk komunikasi. Usaha pemurnian sukatan pelajaran peperiksaan ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha Profesor Dr. Mohd Mustafa Bin Mohd Ghazali dari Universiti Teknologi MARA. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada pensyarah universiti awam, guru-guru yang berpengalaman dalam pengajaran tingkatan enam, pegawai KPM, dan wakil industri. Bagi pihak MPM, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat yang telah diberikan. MPM berharap agar sukatan pelajaran peperiksaan ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pusat tingkatan enam. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran peperiksaan ini berjaya mencapai matlamatnya. Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia P R A K ATA
Seni Visual merupakan mata pelajaran yang signifikan dengan kehidupan setiap individu dan masyarakat. Pembelajarannya dapat meningkatkan pemikiran kreatif. Dalam setiap aktiviti dan kajian tentang seni visual melibatkan aspek psikomotor dan kognitif yang dapat menyerlahkan bakat dan keyakinan diri. Penglibatan diri calon dalam mempelajari teori dan penghasilan karya secara langsung dapat memenuhi keperluan pemantapan kendiri dari aspek rohani, fizikal, emosi, dan intelek. Wakil Guru Seni Visual STPM vi Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dalam pelbagai industri, menyumbang kepada kreativiti, inovasi, dan komunikasi. Seni Visual adalah penting untuk mewujudkan dan mengekalkan identiti jenama yang kukuh. Logo,skema warna, dan elemen visual ialah komponen penting dalam strategi pemasaran, membantu syarikat menonjol, dan menarik pelanggan. Dalam industri seperti teknologi dan pembangunan perisian, seni visual adalah penting untuk mencipta antara muka pengguna (user interface) yang intuitif dan menyenangkan dari segi estetika. Grafik dan reka bentuk yang baik menyumbang kepada pengalaman pengguna positif. Reka bentuk yang baik dari segi estetik boleh meningkatkan daya tarikan produk, mempengaruhi keputusan pembelian, dan menyumbang kepada pengalaman pelanggan keseluruhan yang positif. Seni Visual menggalakkan pemikiran inovatif dan penyelesaian masalah. Pereka sering menyelesaikan cabaran reka bentuk dengan pemikiran kreatif dan inovatif membawa pespektif segar kepada pelbagai industri. Wakil Industri dari MIMOS BERHAD Mengapa Seni Visual STPM menjadi pilihan? Penjenamaan semula mata pelajaran Lukisan STPM kepada Seni Visual (SV) tahun 2002 telah memberikan impak yang sangat tinggi dalam pendidikan negara pada Peringkat Praijazah. Pertambahan pelajar Seni Visual STPM pada ketika ini melebihi 10,000 merupakan satu indikator penerimaan pelajar melihat prospek Seni Visual bagi pengajian pada peringkat ijazah. Struktur kandungan seni visual yang terbentuk kepada dua komponen besar, iaitu Seni Lukis dan Reka bentuk memberikan peluang untuk calon memilih bidang pada peringkat pengajian tinggi termasuk seni halus, seni reka, seni kreatif, seni bina, hiasan dalaman, landskap juga komunikasi massa di semua institut pengajian tinggi awam dan swasta. Mata pelajaran Seni Visual mempunyai prospek besar dalam pendidikan dan kerjaya masa kini. Semestinya Seni Visual menjadi pilihan utama pelajar pada peringkat STPM. Pengerusi Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Peperiksaan Seni Visual
vii K A N D U N G A N Sukatan Pelajaran Peperiksaan (970) Seni Visual Halaman Pengenalan ............................................................................................... 1 Matlamat .................................................................................................. 1 Objektif .................................................................................................... 1 Kandungan ............................................................................................... 3 Skema Pentaksiran .................................................................................. 4 Semester 1 ............................................................................................... 7 Semester 2 ............................................................................................... 8 Semester 3 - Kerja Kursus / Kertas Alternatif ......................................... 9 Senarai Bahan Bacaan .............................................................................. 11 Pemerihalan Prestasi .............................................................................. 12 Sistem Penggredan STPM ....................................................................... 16 Kertas Soalan Contoh Kertas 1 ............................................................................................. 17 Kertas 2 ............................................................................................. 21 Kertas 3 ............................................................................................. 33 Kertas 4 ............................................................................................. 37 Glosari ..................................................................................................... 40 Penerangan tentang Sukatan Pelajaran Peperiksaan STPM boleh ditonton di Youtube MPM menerusi pautan https://www.youtube.com/@mpmselayang
1 Pengenalan Sukatan pelajaran ini merupakan satu jurnal akademik untuk kegunaan calon yang mempelajari mata pelajaran Seni Visual STPM 970. Ia merupakan bahan rujukan untuk kertas 1, 2, dan 3 dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran seni visual. Sukatan ini merangkumi tajuk serta topik yang perlu disusur dan dikaji oleh calon sebagai persediaan menghadapi peperiksaan bagi memenuhi kriteria tahap pencapaian mengikut objektif yang telah ditetapkan. Sukatan ini sememangnya dihasilkan untuk kegunaan calon agar berupaya menzahirkan pemikiran yang kritis dan kreatif serta mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan konstruktif. Ini dapat dilihat menerusi keupayaan calon membuat kajian dalam teori seni juga membentuk karya seni visual secara terurus dan terarah. Ia juga bertindak sebagai pemangkin dalam pelaksanaan pembelajaran calon agar tidak terpesong dari landasan yang telah ditetapkan. Matlamat Sukatan pelajaran ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan yang dapat membentuk calon yang berpemikiran kreatif, inventif, inovatif, kritikal, analitik, dan saintifik, serta berpengetahuan dalam proses penyelesaian masalah terhadap penghasilan, penampilan, dan apresiasi karya seni. Sukatan pelajaran peperiksaan ini juga dapat mengembangkan aspek pemerolehan pengetahuan, pengembangan kualiti personal, dan penerokaan terhadap nilai dan emosi yang dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan, kerjaya, dan kehidupan. Objektif Pengetahuan Calon berupaya menunjukkan kebolehan dalam: (a) Menerapkan pengetahuan penyelidikan dalam membuat kajian seni visual (b) Memperkembang idea secara kreatif dan inovatif dalam penghasilan karya menerusi penggabungjalinan subjek, aspek formal, dan kandungan (c) Membuat kritikan karya seni visual menerusi pemikiran kritis dan analitis (d) Membuat penghayatan terhadap sesebuah karya seni berdasarkan bentuk, kandungan, dan konteks karya (e) Menterjemahkan idea dan konsep melalui penyelidikan Kemahiran Calon berupaya menunjukkan kebolehan dalam: (a) Menterjemahkan idea dan konsep melalui kajian (b) Menghubungkan konsep, media, dan ekspresi teknikal dalam penghasilan karya serta menggunakan media dan teknik yang sesuai dalam penghasilan lukisan SUKATAN PELAJARAN PEPERIKSAAN SENI VISUAL (970)
2 (c) Mengorganisasikan karya seni visual dan membuat pendokumentasian karya (d) Menghasilkan karya seni berdasarkan kajian bentuk, kandungan, dan konteks serta mempersembahkan hasil karya seni visual sesuai dengan konsep dan konteks (e) Membuat kajian seting menerusi pengamatan, penterjemahan, pengolahan, dan penggubahan mengikut fokus dan permasalahan yang dikemukakan Kualiti Personal Calon berupaya: (a) Menampilkan gaya tersendiri dalam lukisan, pengkaryaan, dan perekaan (b) Menunjukkan keyakinan dalam memberikan pandangan secara kritis terhadap konsep, bentuk, dan kandungan karya (c) Menunjukkan keupayaan meneroka ilmu menerusi rujukan, eksperimentasi, dan eksplorasi (d) Memperlihatkan kemahiran berkolaborasi (e) Menunjukkan keyakinan berkomunikasi dan menampilkan gaya tersendiri dalam penghasilan karya
3 Kandungan Kandungan mata pelajaran Seni Visual STPM terbahagi kepada tiga komponen utama pembelajaran. Pertama ialah aspek praktikal (lukisan), kedua ialah aspek teori seni visual (bertulis), dan ketiga ialah aspek projek kajian seni visual menerusi kerja kursus. Menerusi mata pelajaran ini calon akan ditaksir dari aspek amali, teori, dan projek kajian seni visual. Sukatan Pelajaran Peperiksaan Seni Visual dibahagikan kepada tiga semester, iaitu: Semester Kandungan 1 Praktikal • Lukisan (Kertas 970/1) 2 Teori • Bertulis (Kertas 970/2) 3 Penyelidikan • Kerja Kursus – calon sekolah (Kertas 3) • Kajian – calon swasta dan persendirian (Kertas 4) Pembahagian ketiga-tiga komponen tersebut dapat dijelaskan seperti yang berikut: Lukisan (Kertas 970/1) Lukisan merupakan kerja praktikal yang dapat memberikan kemahiran asas dalam penghasilan karya mengikut fokus dan permasalahan berkaitan dengan sifat seni visual, kadar banding, ruang, jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, media, dan teknik. Pengkajian lukisan adalah tertumpu kepada kajian seting yang boleh diaplikasikan dalam pengkaryaan. Apresiasi Seni Visual (Kertas 970/2) Teori Seni Visual memberikan fokus kepada pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap bentuk karya seni visual dan pendekatan sejarah seni visual. Kertas ini juga menguji aspek pengetahuan, kefahaman, kebolehan mengaplikasi, menganalisis, menghurai, menilai, dan membuat cadangan yang sesuai serta digunakan dalam pengkaryaan dan perekaan. Projek Kajian Seni Visual (Kertas 970/3) Projek kajian ini merupakan projek kerja kursus yang berteraskan kepada penyelidikan. Bidang pengkajian terbahagi kepada dua aspek, iaitu pengkaryaan dan perekaan. Penekanan adalah lebih kepada pentaksiran bagi melihat kebolehan pelajar untuk menghasilkan karya sesuai dengan cadangan pengkaryaan, penghasilan, pendokumentasian, persembahan, dan penghujahan. Kajian Seni Visual (Kertas 970/4) Teori kajian ini menguji kebolehan pelajar berteraskan kepada pernyataan dan kemahiran seni visual berkaitan dengan aspek penyelidikan yang berkaitan dengan pengkaryaan dan perekaan. Penekanan lebih kepada mengemukakan jawapan berasaskan cadangan bertulis dengan sokongan visual bagi menterjemahkan idea dan proses penghasilan karya atau perekaan. Nota: Pendekatan pembelajaran berteraskan konsep pembelajaran inkuiri yang melibatkan aspek penyelidikan, perkembangan, penyelesaian masalah, dan refleksi.
4 Skema Pentaksiran Semester Pengajian Kod dan Nama Kertas Jenis Ujian Markah (Wajaran) Masa Pentadbiran Semester 1 970/1 Seni Visual 1 (Lukisan) Ujian Melukis - satu seting sahaja 100 (35%) 3 jam Pentaksiran berpusat Ujian Bertulis 100 (35%) Bahagian A: Soalan berstruktur 60 6 soalan diberikan Jawab semua soalan 970/2 Bahagian B: Pentaksiran Semester 2 Seni Visual 2 (Apresiasi Seni Visual) Soalan esei 2 soalan diberikan Jawab 1 soalan daripada 2 20 2 jam 30 minit berpusat soalan Bahagian C: 20 Soalan esei 2 soalan diberikan Jawab 1 soalan daripada 2 soalan Kerja Kursus 970/3 Seni Visual 3 (Projek Kajian Seni Visual) 2 soalan diberikan Jawab 1 soalan daripada 2 soalan Sepanjang semester 3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Semester 3 100 (30%) 970/4 Seni Visual 4 (Kajian Seni Visual) Ujian Bertulis dan Melukis Jawab semua soalan 3 jam Pentaksiran berpusat (calon swasta dan persendirian sahaja)
5 Kertas 1: 970/1 Seni Visual 1 (Lukisan) Kertas ini berasaskan kepada seting yang disediakan. Tiga hingga lima bahan yang dicadangkan disusun mengikut kehendak soalan. Calon akan diuji dalam kemahiran melukis mengikut fokus dan permasalahan yang dikemukakan dalam soalan. Ini termasuklah kebolehan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan aspek formal. Di antaranya ialah sifat visual objek, kadar banding, ruang, komposisi, jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik. Kertas ini merujuk kepada kebolehan calon dalam menjawab permasalahan yang diutarakan. Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan dan kemahiran calon: (a) Menggubah lukisan yang menepati konteks pengkaryaan. (b) Menganalisis dan melukis bentuk dan sifat objek. (c) Menggunakan media dan teknik yang sesuai. (d) Menghasilkan lukisan yang kreatif dengan stail tersendiri. Kertas 2: 970/2 Seni Visual 2 (Apresiasi Seni Visual) Kertas ini mengandungi dua tajuk untuk menguji calon dari aspek bentuk karya seni visual dan pendekatan sejarah seni visual. Calon perlu menggunakan istilah, rujukan, dan bahasa seni yang sesuai dalam membuat perbincangan, penghuraian dan penganalisisan terhadap kefahaman seni. Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan calon dari aspek pengetahuan, kefahaman, kebolehan mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan membuat kesimpulan terhadap: (a) Subjek, kandungan, dan konteks dalam sesebuah karya atau perekaan (b) Aspek formal dalam sesebuah karya atau perekaan (c) Pendekatan sejarah dalam memahami sesebuah karya seni dan perekaan Kertas 3: 970/3 Seni Visual 3 (Projek Kajian Seni Visual) Kertas ini bertujuan untuk menguji kemahiran calon untuk menghasilkan karya Seni Visual sama ada dalam bentuk pengkaryaan atau perekaan. Penekanan pentaksiran adalah untuk menilai kebolehan calon menghasilkan karya mengikut proses yang sesuai melibatkan kajian, penghasilan, dan persembahan. Pengujian kertas ini dilaksanakan sepenuhnya di sekolah. Bidang kajian adalah seperti yang berikut: • Seni Halus • Komunikasi Visual • Reka Bentuk Industri • Reka Bentuk Persekitaran Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan calon: (a) Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi kajian (b) Menterjemahkan idea dan konsep melalui kajian (c) Menghasilkan karya seni berdasarkan kajian subjek, aspek formal, kandungan, dan konteks (d) Menunjukkan keberkesanan berkomunikasi dan menampilkan stail tersendiri dalam penghasilan karya
6 Kertas 4: 970/4 Seni Visual 4 (Kajian Seni Visual) Kertas ini menguji kebolehan calon menyatakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Seni Visual, khususnya yang berkaitan dengan aspek dan persoalan pengkaryaan dan perekaan. Calon dikehendaki mengemukakan jawapan berasaskan satu cadangan bertulis bersama dengan sokongan visual yang baik bagi menterjemahkan idea dan proses penghasilan karya atau perekaan. Calon boleh membuat kajian awal dengan menyediakan bahan rujukan untuk dibawa bersama ke dalam dewan/bilik peperiksaan. Calon juga dikehendaki membawa peralatan yang sesuai, seperti pensel warna, alat geometri, media kering, dan pen teknikal semasa menduduki peperiksaan kertas ini. Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan calon: (a) Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi satu cadangan projek penghasilan (b) Menterjemahkan idea dan konsep menerusi tulisan dan lakaran (c) Menggabungjalinkan subjek, aspek formal dengan kandungan dan konteks (d) Menunjukkan stail yang tersendiri dalam pengkaryaan dan perekaan
7 Semester 1 - Lukisan Tajuk dan Subtajuk Jam Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan 1. Bentukbentuk asas objek 2. Sifat-sifat dan ciri objek 3. Hubungan ruang dan objek 4. Pencahayaan dan suasana 120 Calon dapat: 1. Menggambarkan bentuk-bentuk asas objek 2. Menganalisis sifat objek dan ketepatan menerusi pengamatan 3. Menterjemahkan hubungan objek dan ruang 4. Mengolah kesan pencahayaan dan suasana Menghasilkan lukisan berdasarkan kajian seting mengikut fokus permasalahan yang dikemukakan. Ini termasuklah kebolehan membuat kajian untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan sifat visual objek, kadar banding, ruang, jalinan, suasana, ekspresi, pencahayaan, penggunaan media, dan teknik. Gubahan merangkumi aspek formal dan komposisi yang merupakan elemen penting dalam penggubahan lukisan. Aspek formal merujuk kepada nilai estetik dan artistik, iaitu unsur seni dan prinsip rekaan serta media dan teknik dalam penghasilan lukisan.
8 Semester 2 – Apresiasi Seni Visual Tajuk dan Subtajuk Jam Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan 1 Bentuk karya seni visual 1. 1 Subjek 1. 2 Aspek formal 1. 2. 1 Unsur seni dan prinsip rekaan 1. 2. 2 Media dan teknik 1. 3 Kandungan dan konteks 1. 3. 1 Makna 1. 3. 2 Fungsi 2 Pendekatan Sejarah Seni Visual 2. 1 Aliran dan stail 120 Calon dapat: Membuat kajian dan penghayatan seni berdasarkan subjek, aspek formal, kandungan, dan konteks untuk menghasilkan kesatuan organik. Menggunakan pendekatan sejarah seni visual untuk membuat apresiasi dalam menjelaskan aliran dan stail seni moden yang terdapat dalam seni visual. Subjek merujuk kepada benda, haiwan, tanaman, manusia atau idea yang menjadi perkara utama yang hendak diutarakan dalam pengkaryaan dan perekaan. Aspek formal merujuk kepada nilai estetik dan artistik, iaitu unsur seni dan prinsip rekaan serta media dan teknik dalam penghasilan karya seni visual. Kandungan melibatkan aspek makna dan fungsi karya. Konteks yang melibatkan masa dan peristiwa yang mempengaruhi tema sesebuah karya, seperti ekonomi, falsafah, budaya, sosial, agama, dan politik yang berlaku dalam masa yang sama atau mengikut urutan kronologi. Pendekatan sejarah seni visual adalah merujuk kepada aliran dan stail dalam seni visual moden Barat. Contohnya: • Realisme • Impresionisme • Pasca Impresionasime • Ekspresionisme • Kubisme • Surealis • Ekspresionisme Abstrak • Seni Pop • Pasca Modern
9 Semester 3 – Projek Kajian Seni Visual Tajuk dan Subtajuk Jam Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan 1. Cadangan idea 2. Pengukuhan idea dan konsep 2. 1 Membuat penyelidikan 2. 2 Membuat rujukan visual 2. 3 Menghasilkan lakaran kecil 2. 4 Membuat lakaran 2. 5 Penerokaan media dan teknik 2. 6 Menyelesaikan permasalahan visual 2. 7 Lukisan akhir/ mock-up (peringkat awal) 3. Penghasilan karya akhir 3. 1 rendering 3. 2 karya/model/ prototaip 3. 3 karya akhir 4. Peragaan dan persembahan 4. 1portfolio 4. 2 pembentangan lisan 4. 3 pameran karya akhir 10 50 50 10 Calon dapat: Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi kajian Menterjemahkan idea dan konsep melalui penyelidikan Menghasilkan karya seni berdasarkan kajian bentuk, kandungan, dan konteks Membentangkan karya dan konsep menerusi portfolio dan peragaan 1. Cadangan idea 2. Pengukuhan idea dan konsep 2. 1 Membuat penyelidikan 2. 2 Membuat rujukan visual 2. 3 Menghasilkan lakaran kecil 2. 4 Membuat lakaran 2. 5 Penerokaan media dan teknik 2. 6 Menyelesaikan permasalahan visual 2. 7 Lukisan akhir/ mock-up (peringkat awal) 3. Penghasilan karya akhir 3. 1 Rendering 3. 2 Karya/model/prototaip 3. 3 Karya akhir 4. Peragaan dan persembahan 4. 1Portfolio 4. 2Pembentangan lisan 4. 3Pameran karya akhir
10 Garis Panduan Umum: Kajian Seni Visual (Kertas 4) 1. Am Kajian Seni Visual boleh dibahagikan kepada dua bahagian: (a) Penyelidikan awal bagi membentuk idea (dibuat dua minggu lebih awal seperti arahan) (b) Pengkaryaan atau perekaan dalam bilik peperiksaan yang merujuk kepada penyelidikan awal di atas. Penghasilan boleh dirujuk kepada bahan yang dibawa bersama ke dalam bilik peperiksaan 2. Tempoh peperiksaan Tempoh peperiksaan kertas Kajian Seni Visual ialah tiga jam. 3. Objektif pentaksiran kertas ini merujuk kepada kebolehan pelajar: (a) Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi satu cadangan projek penghasilan (b) Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej (c) Menterjemahkan idea dan konsep menerusi tulisan dan lakaran (d) Menunjukkan gaya yang tersendiri dalam pengkaryaan dan perekaan 4. Format penilaian – berteraskan pentaksiran objektif di atas (a) Pembahagian markah Pembahagian markah adalah seperti yang berikut: (i) Cadangan idea Penulisan ringkas dalam lingkungan 30 patah perkataan (ii) Lakaran (iii) Lukisan (iv) Catatan justifikasi Memberi alasan yang menjadikan sesuatu wajar dilakukan secara ringkas (v) Senarai rujukan (b) Kaedah pentaksiran Pentaksiran berpusat
11 Senarai Bahan Bacaan Anderson, L.W., & Krathwohl, D.R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. London: Pearson Education. Bürdek, B.E. (2007). History, Theory and Practice of Product Design. Basel, Switzerland: Birkhäuser Basel Feldman, E.B, (1994). Practical Art Criticsm. Upper Saddle River, NJ: Prentice-Hall. Graham, G. (2001). Philosophy of the Arts. An Introduction to Aesthetics. London: Routledge. Hazel, C. (1991). Design History. London: Allen & Unwin. Marzano, R.J., & Kendall, J.S. (2007). The New Taxonomy of Educational Objectives. Edisi ke-2. Thousand Oaks, CA: Corwin Press. Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., Wigg, P.R., Bone, R.O. & Cayton, D.L. (2013). Art Fundamentals: Theory and Practice. Edisi ke-12. New York: McGraw-Hill.
12 Pemerihalan Prestasi Gred diberikan sebagai panduan penanda aras indikasi umum yang wajar diperlihatkan oleh calon. Gred yang diberikan akan bergantung kepada markah yang diperoleh melalui kertas yang diambil oleh calon yang memenuhi keseluruhan objektif pengajaran mata pelajaran. Lukisan Gred A • Calon dapat memenuhi semua objektif pentaksiran untuk ke peringkat yang lebih tinggi. • Calon dapat membuktikan kebolehan dan kemahiran yang kukuh serta kreativiti yang tinggi dalam bidang yang dipilih. • Calon berupaya menunjukkan gaya penghasilan yang tersendiri dan kreatif dalam menggabungkan aspek formal bagi mempamerkan idea dan mesej. • Calon dapat menyelesaikan permasalahan visual dan aspek formalistik dalam penghasilan karya dengan tepat dan berkesan. • Calon dapat mengemukakan karya seni yang asli dengan tahap penerokaan yang tinggi. Gred B • Calon dapat memenuhi semua objektif pentaksiran dengan baik. • Calon dapat menunjukkan kebolehan dan kreativiti dalam bidang yang dipilih. • Calon berupaya menunjukkan gaya penghasilan yang tersendiri dalam menggabungkan aspek formal bagi mempamerkan idea dan mesej. • Calon dapat menyelesaikan permasalahan visual dan aspek formalistik dalam penghasilan karya dengan berkesan. • Calon dapat mengemukakan karya seni yang asli dengan tahap penerokaan yang baik. Gred C • Calon memenuhi kehendak objektif pentaksiran dengan pencapaian yang sederhana. • Calon membuktikan kebolehan dan kemahiran yang sederhana dalam bidang yang dipilih. • Calon menghasilkan karya dengan tahap penghasilan yang sederhana. • Calon berupaya mempamerkan gaya penghasilan pada tahap biasa. Gred D • Calon memenuhi kehendak objektif pentaksiran dengan pencapaian yang lemah. • Calon tidak berupaya membuktikan kebolehan dan kemahiran dalam bidang yang dipilih. • Calon tidak berupaya menghasilkan karya dengan berkesan. • Calon tidak berupaya mempamerkan gaya penghasilan dengan baik.
13 Apresiasi Seni Visual Gred A • Calon dapat memenuhi semua objektif pentaksiran untuk ke peringkat yang lebih tinggi. • Calon dapat membuktikan kebolehan dan kemahiran yang kukuh dalam bidang yang dipilih. • Calon mempamerkan gaya penulisan yang tersendiri dan cemerlang. • Calon berupaya menyelesaikan persoalan dengan isi dan fakta secara analitikal dan kritikal. • Calon menunjukkan perbincangan isu dan penyelesaian persoalan yang diberi dengan cemerlang. • Calon menggunakan rujukan dan bahasa seni visual yang tepat dan sesuai dalam penulisan. Gred B • Calon dapat memenuhi kehendak objektif pentaksiran dengan pencapaian yang baik. • Calon berupaya menunjukkan pengetahuan dan kefahaman yang baik dalam bidang yang dipilih • Calon mempamerkan gaya penulisan yang tersendiri. • Calon menunjukkan perbincangan isu dan penyelesaian persoalan yang diberi dengan baik. • Calon berupaya menyelesaikan persoalan yang diberi dengan rangkuman yang menyeluruh. • Calon menggunakan rujukan dan bahasa seni visual yang sesuai dalam penulisan. Gred C • Calon memenuhi kehendak objektif pentaksiran dengan pencapaian yang sederhana. • Calon dapat menunjukkan pengetahuan dan kefahaman yang terhad dalam bidang yang dipilih. • Calon menunjukkan gaya penulisan yang sederhana. • Calon menunjukkan perbincangan isi dan fakta secara terhad dalam perbahasan. • Calon menggunakan rujukan dan bahasa seni visual yang terhad dalam penulisan. Gred D • Calon tidak berupaya memenuhi kehendak objektif pentaksiran dengan pencapaian yang lemah • Calon tidak berupaya menunjukkan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang yang dipilih. • Calon tidak dapat mempamerkan gaya penulisan yang berkesan. • Calon tidak berupaya menunjukkan perbincangan isi dan fakta dalam perbahasan dengan baik. • Calon menggunakan rujukan dan bahasa seni visual yang terhad dan kurang tepat dalam penulisan.
14 Projek Kajian Seni Visual Gred A • Calon dapat memenuhi semua objektif pentaksiran untuk ke peringkat yang lebih tinggi. • Calon berupaya membuktikan kebolehan dan kemahiran yang kukuh serta keupayaan kreativiti yang tinggi dalam bidang yang dipilih. • Calon dapat menghasilkan karya yang menunjukkan ketinggian tahap penyelidikan. • Calon menunjukkan kesungguhan meneroka ilmu menerusi rujukan yang komprehensif dan selektif. • Calon menunjukkan gaya penghasilan atau penampilan yang tersendiri dan kreatif dalam mengolah aspek formal yang dapat menggambarkan idea dan mesej pada hasil karya. • Calon berupaya menyelesaikan permasalahan visual dan aspek formalistik dalam pengkaryaan. • Calon menunjukkan pendokumentasian proses penghasilan karya dibuat secara teliti serta menjadi rujukan yang sangat berguna. • Calon dapat mengemukakan karya seni yang asli yang boleh memperkayakan budaya dan warisan seni. • Calon menunjukkan keyakinan yang tinggi dan keupayaan yang tinggi dalam menimbang maklumat, pendapat, keputusan, dan komunikasi. • Calon menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam penerokaan dan penghasilan karya. Gred B • Calon dapat memenuhi objektif pentaksiran dengan baik. • Calon berupaya membuktikan kebolehan, kemahiran, dan kreativiti dalam bidang yang dipilih. • Calon dapat menghasilkan karya yang menunjukkan tahap penyelidikan yang berkesan. • Calon menunjukkan keupayaan membuat kajian dan penerokaan menerusi rujukan yang komprehensif dan selektif. • Calon berupaya menampilkan gaya penghasilan yang tersendiri dalam menggabungkan aspek formal dan dapat menggambarkan idea serta mesej. • Calon berupaya menyelesaikan permasalahan visual dan aspek formalistik dalam pengkaryaan. • Calon menunjukkan pendokumentasian proses penghasilan karya dibuat dengan baik. • Calon dapat mengemukakan karya seni yang asli dengan baik. • Calon menunjukkan keyakinan dalam menimbang maklumat, pendapat, keputusan, dan komunikasi. • Calon menunjukkan kesungguhan menerusi kajian dan penerokaan dalam penghasilan karya. Gred C • Calon memenuhi kehendak objektif pentaksiran yang bersifat sederhana. • Calon membuktikan kebolehan dan kemahiran yang sederhana serta keupayaan kreativiti yang sewajarnya dalam bidang yang dipilih. • Calon menghasilkan karya dengan kesederhanaan tahap penyelidikan. • Calon menunjukkan rujukan yang berkaitan dalam penghasilan karya. • Calon menunjukkan gaya penghasilan atau penampilan yang sederhana.
15 • Calon menunjukkan keyakinan yang sederhana dan keupayaan yang terhad dalam menimbang maklumat, pendapat, keputusan, dan komunikasi. • Calon menunjukkan kesungguhan yang sederhana dalam penerokaan dan penghasilan karya. Gred D • Calon tidak berupaya memenuhi kehendak objektif pentaksiran dengan baik. • Calon tidak dapat membuktikan kebolehan dan kemahiran serta kreativiti dalam bidang yang dipilih. • Calon tidak berupaya menghasilkan karya mengikut kriteria yang ditetapkan dalam penyelidikan. • Calon menunjukkan rujukan yang terhad dalam penghasilan karya. • Calon menunjukkan gaya penghasilan atau penampilan yang kurang berkesan. • Calon tidak dapat menunjukkan keyakinan dalam menimbang maklumat, pendapat, keputusan, dan komunikasi. • Calon tidak berupaya menunjukkan kesungguhan membuat kajian serta penerokaan yang sepatutnya dalam penghasilan karya.
16 Sistem Penggredan STPM Gred Kertas Gred Mata Pelajaran Nilai Gred Mata Pelajaran Tahap Kelulusan Mata Pelajaran A A 4. 00 Lulus penuh A- A- 3. 67 Lulus penuh B+ B+ 3. 33 Lulus penuh B B 3. 00 Lulus penuh B- B- 2. 67 Lulus penuh C+ C+ 2. 33 Lulus penuh C C 2. 00 Lulus penuh C- C- 1. 67 Lulus sebahagian D+ D+ 1. 33 Lulus sebahagian D D 1. 00 Lulus sebahagian F F 0. 00 Gagal
17 KERTAS SOALAN CONTOH Nombor kad pengenalan : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Nombor pusat/angka giliran : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 970/1 STPM SENI VISUAL KERTAS 1 (Tiga Jam) LUKISAN MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Lukisan anda hendaklah dibuat pada satu muka kertas lukisan sahaja. Anda dinasihati supaya menulis nama mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor kad pengenalan dengan jelas mengikut susunan tersebut. Butir-butir ini hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan di sebelah bawah kertas lukisan. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 970/1 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
18 ARAHAN KHUSUS 1. Ketua Pengawas WAJIB memberikan kertas soalan Seni Visual 970/1 kepada calon pada hari dan waktu peperiksaan kertas Seni Visual 970/1 ini dan bukan pada hari menerima kertas arahan 970/1/A. 2. Ketua Pengawas hendaklah memastikan bahawa bilangan calon dalam setiap kumpulan seting tidak melebihi 15 orang. Jika calon melebihi 15 orang, Ketua Pengawas hendaklah menyediakan seting yang kedua. 3. Calon dibenarkan memilih tempat untuk mendapatkan sudut pandangan yang terbaik bagi membuat pengujian lukisan ini. Ketua Pengawas hendaklah memastikan kedudukan calon di bahagian hadapan tidak melindungi atau menghalang penglihatan calon di bahagian belakang. 4. Ketua Pengawas dikehendaki menyediakan dan mempamerkan kumpulan benda yang berikut: 4.1 Sehelai tuala dapur 4.2 Tin biskut yang tinggi dan berbentuk segi empat 4.3 Jag kaca lut sinar 4.4 Sebungkus roti sandwic 5. Ketua Pengawas dikehendaki mencari dan meminjam kumpulan benda seperti di atas. 6. Ketua Pengawas dikehendaki mempamerkan kumpulan benda di atas meja mengikut susunan yang ditetapkan oleh kehendak soalan. Ketua Pengawas DIKEHENDAKI mendapatkan bantuan daripada guru seni visual pusat berkenaan untuk tujuan susun atur bahan seperti yang dikehendaki dalam soalan. 7. Ketua Pengawas dilarang sama sekali mendedahkan maklumat yang terdapat dalam kertas arahan seni visual 970/1/A ini kepada sesiapa sahaja sehingga peperiksaan kertas 970/1 bermula.
19 PERHATIAN: Anda dikehendaki melukis dengan memberikan tumpuan pada aspek SIFAT OBJEK. Buat satu lukisan dengan menggunakan media kering dan teknik yang sesuai berasaskan seting yang berikut: Di atas meja yang beralaskan sehelai tuala dapur, terletak sebuah tin biskut yang tinggi dan berbentuk segi empat. Di hadapan tin biskut, terdapat sebuah jag kaca lut sinar yang berisi air separuh sahaja. Di sebelah kanan tin biskut itu pula terdapat sebungkus roti sandwic. Anda dikehendaki melukis dari sudut pandangan anda bagi seting yang telah disusun. Anda dikehendaki menggunakan aspek formal seni visual untuk menimbulkan sifat-sifat objek dalam karya anda.
20 Halaman Kosong
21 KERTAS SOALAN CONTOH Nombor kad pengenalan : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Nombor pusat/angka giliran : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 970/2 STPM SENI VISUAL KERTAS 2 (Dua Jam Tiga Puluh Minit) APRESIASI SENI VISUAL MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan. Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab semua, soalan tetapi hanya satu jawapan pertama yang akan diperiksa. Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan tetapi hanya satu jawapan pertama yang akan diperiksa. Untuk menjawab soalan Bahagian B dan Bahagian C, anda dikehendaki menggunakan helaian kertas jawapan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu kertas jawapan, dan susun jawapan anda mengikut tertib berangka. Ikat helaian kertas jawapan anda bersama-sama dengan kertas soalan ini. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 970/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. Untuk kegunaan pemeriksa Bahagian A 1 2 3 4 5 6 Bahagian B Bahagian C JUMLAH
22 Bahagian A [60 markah] Jawab semua soalan 1 Gambar 1 M. C. Escher Rippled Surface, (1950) Cetakan Lino dalam 2 Block 31.4 cm x 40.7 cm (Dipetik daripada Ocvirk, O. G., Stinson, R. E., Wigg, P. R., Bone, R. O., & Cayton, D. L. (2002). Art Fundamentals: Theory and Practice (9th ed.). New York: McGraw-Hill. halaman 38.) Gambar 1 ialah karya berjudul Rippled Surface yang dihasilkan oleh M. C. Escher pada tahun 1950. Nyatakan empat kesan visual yang dapat dilihat dalam karya di atas. (a) ............................................................................................................................................................... [2] (b) ............................................................................................................................................................... [2] (c) ............................................................................................................................................................... [2] (d) .............................................................................................................................................................. [2]
23 2. Gambar 2 Redza Piyadasa The Haji Family, (1990) Cetakan Sutera Saring 51 cm x 80 cm (Dipetik daripada Muliyadi Mahamood (2007). Modern Malaysia Art: From the Pioneering Era to the Pluralist Era (1930s-1990s). Utusan Publication & Distributors: Kuala Lumpur, halaman 84.) Gambar 2 di atas ialah karya berjudul The Haji Family yang dihasilkan oleh Redza Piyadasa pada tahun 1990. Nyatakan, (a) konteks karya di atas. ......................................................................................................................................................................................... ................ [2] (b) bagaimanakah pelukis dapat menterjemahkan karya dalam konteks yang diutarakan? .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... [5]
24 3. Gambar 3 Alvar Aalto Reka Bentuk Kerusi oleh Alvar Aalto, (1928) 60 cm x 64 cm x 80 cm (Dipetik daripada Heskett J. (2003). Industrial Design, London: Thames & Hudson, halaman 114.) Gambar 3 di atas ialah reka bentuk kerusi yang direka oleh Alvar Aalto pada tahun 1928. Huraikan empat ciri futuristik kerusi tersebut. (a) ............................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... [3]
25 (b) ............................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... [3] (c) ............................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... [3] (d) ............................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... ............................................................................................................................................... [3] 4 Jelaskan tiga fungsi dalam sesuatu reka bentuk pembungkusan produk untuk tujuan komersial. (a) ................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................ [3] (b) ............................................................................................................................................... ................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................ [3] (c) ............................................................................................................................................... ................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................ ................................................................................................................................................ [3]
26 5 Gambar 4 Edward Munch The Scream, (1895) Litograf 35.4 cm x 25.4 cm (Dipetik daripada Prebe, D. (1999). Art Forms: An Introduction to the Visual Arts, New York: Longman, halaman 409.)
27 Gambar 4 ialah karya berjudul The Scream yang dihasilkan oleh Edward Munch pada tahun 1895. Huraikan tiga elemen yang dapat menimbulkan ekspresi bagi karya tersebut. (a) .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. [4] (b) .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. [4] (c) .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. [4]
28 6 Gambar 5 Gambar 5 ialah gambar foto sebuah basikal bermotor pengangkutan awam di negara Jepun. Berdasarkan gambar tersebut, (a) nilaikan dua aspek inovasi dalam rekaan, .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. [4] .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. .............................................................................................................................................................. [4] (b) berikan justifikasi kesesuaian reka bentuk dengan fungsi kenderaan di bandar. .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... .................................................................................................................................................................... [4]
29 Bahagian B [20 markah] Jawab satu soalan sahaja 7. (a) Apakah maksud subjek dalam sesebuah karya? [5] (b) Bincangkan peranan hal benda dalam sesebuah karya. [15] 8. Gambar 6 Claude Monet Impression, Sunrise, (1872) Cat Minyak Atas Kanvas 48 cm x 63 cm (Dipetik daripada Ash, R. (1991). The Impressionists and their Art, London: Macdonald & Co., halaman 92.) Gambar 6 ialah karya berjudul Impression, Sunrise yang dihasilkan oleh Claude Monet. Berdasarkan karya tersebut, bincangkan tiga ciri gaya Impresionisme dalam karya ini. [20]
30 Bahagian C [20 markah] Jawab satu soalan sahaja 9 Gambar 7 Malaysia Truly Asia, Ilustrasi ‘map sheet’ daripada panduan informasi berlipat Gambar 7 ialah ilustrasi ‘map sheet’ yang bertajuk Malaysia Truly Asia. Berdasarkan ilustrasi tersebut, bincangkan bagaimana subjek dalam karya tersebut dapat menggambarkan perpaduan rakyat Malaysia. [20]
31 10 Gambar 8 Haron Mokhtar Koleksi 2000, (1987) Akrilik Atas Kanvas 182 cm x 243 cm (Dipetik daripada katalog pameran Bakat Muda Sezaman (1987) anjuran Balai Seni Visual Negara.) Karya Haron Mokhtar ini telah memenangi anugerah karya terbaik Bakat Muda Sezaman pada tahun 1987. Sekiranya anda seorang juri dalam pertandingan ini, berikan empat penilaian anda terhadap kekuatan kandungan dan konteks karya. [20]
32 Halaman Kosong
33 KERTAS SOALAN CONTOH Nombor kad pengenalan : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Nombor pusat/angka giliran : . . . . . . . . . . . . . . 970/3 STPM SENI VISUAL KERJA KURSUS (Semester 3) PROJEK KAJIAN SENI VISUAL MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon: Kertas ini mengandungi Arahan Kerja Kursus dan Soalan Kerja Kursus Seni Visual. Anda dikehendaki membaca arahan yang diberikan dengan teliti. Terdapat dua soalan kerja kursus yang dikemukakan. Anda dikehendaki memilih satu soalan sahaja. Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia STPM 970/3 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
34 1 Bersempena dengan kempen bahasa yang dianjurkan oleh perpustakaan di kawasan anda, anda telah dipelawa untuk menyertai sebuah pameran cetakan timbul. Tema cetakan itu ialah flora dan fauna berdasarkan sebuah peribahasa Melayu yang anda pilih. Anda dikehendaki membuat kajian dan analisis tentang tema bagi menghasilkan karya yang sesuai untuk pameran tersebut. Karya anda hendaklah menggunakan bahan dan teknik yang sesuai untuk cetakan timbul berwarna yang berukuran 30 cm x 30 cm. Tugasan dan tatacara Projek Kajian Seni Visual (a) Cadangan idea (b) Pengukuhan idea dan konsep • Lakaran proses perkembangan idea • Lakaran akhir • Kajian dan pemilihan media dan teknik, eksperimentasi, eksplorasi, dan manipulasi • Pengolahan aspek komposisi dan pemilihan warna (c) Penghasilan karya akhir • Penyediaan blok cetakan • Penyediaan Test print (TP) • Penyediaan Artist proof (AP) • Menyediakan 10 edisi cetakan • Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual (d) Persembahan dan peragaan • Portfolio • Laporan artistik • Pembentangan lisan • Pameran karya akhir Nota: (1) Karya hendaklah dihasilkan secara manual. (2) Sisipan, foto, dan catatan proses penghasilan adalah penting untuk dikumpulkan oleh calon sebagai bukti keaslian dan kreativiti penghasilan karya.
35 2 Sebuah syarikat lebuh raya mempelawa anda untuk mereka bentuk sebuah landskap tempat beriadah dan istirahat di sebuah perhentian rehat dan rawat (R&R). Tema landskap tersebut ialah tradisi tempatan. Hasilkan pelan bersaiz 60 cm panjang dan 42 cm lebar serta model bersaiz 60 cm panjang, 42 cm lebar, dan 25 cm tinggi. Tugasan dan tatacara Projek Kajian Seni Visual (a) Cadangan idea (b) Pengukuhan idea dan konsep • Lakaran • Kajian terhadap lokasi dan faktor topografi • Lakaran pokok dan perabot taman • Lakaran gubahan taman • Lakaran rentas • Lakaran perspektif • Prototaip • Artist impression (c) Penghasilan reka bentuk akhir • Penghasilan model berskala • Pendokumentasian proses perekaan secara penulisan dan visual (d) Persembahan dan peragaan • Portfolio • Laporan artistik • Pembentangan lisan • Pameran karya akhir Nota: Sisipan, foto, dan catatan proses penghasilan adalah penting dan perlu untuk dikumpulkan oleh calon sebagai bukti keaslian dan kreativiti dalam perekaan.
36 Halaman Kosong
37 KERTAS SOALAN CONTOH Nombor kad pengenalan : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Nombor pusat/angka giliran : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 970/4 STPM SENI VISUAL KERTAS 4 (Tiga Jam) KAJIAN SENI VISUAL MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab semua soalan. STPM 970/4 Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
38 Arahan Kepada Calon PERHATIAN: ANDA DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN SENDIRI BAHAN-BAHAN YANG BERIKUT (1, 2, 3, DAN 4) UNTUK DIBAWA KE DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN SEMASA PEPERIKSAAN KERTAS INI NANTI 1 Persediaan awal 1. 1 Gambar foto binatang peliharaan (pet) seperti kucing, anjing, ayam, arnab, dan sebagainya. 1. 2 Gambar atau ilustrasi buku-buku cerita. 2 Alat dan bahan 2. 1 Pensel pelbagai kehitaman 2. 2 Pensel teknikal 2. 3 Set pensel warna 2. 4 Cat poster 2. 5 Berus lukisan pelbagai saiz 2. 6 Pemadam 2. 7 Pembaris 2. 8 Set geometri 2. 9 Alat dan bahan lain yang sesuai untuk lukisan 3 Bahan rujukan 3. 1 Buku cerita kanak-kanak 3. 2 Buku-buku seni, jurnal, katalog, pameran, dan bentuk dokumen lain yang berkaitan dengan seni visual 4 Bahan kajian visual 4. 1 Hasil kajian awal anda terhadap reka bentuk grafik yang memerlukan penelitian tiga perkara yang berikut: (a) Hasil pemujukan dalam grafik (b) Pendidikan kanak-kanak (c) Kesesuaian antara imej, tajuk, dan usia pembaca
39 Jawab semua soalan. Sebuah syarikat penerbitan akan menerbitkan sebuah buku cerita kanak-kanak bertajuk “Sayang Si Comel”. Buku tersebut menceritakan seorang kanak-kanak yang sayangkan binatang peliharaannya. Penerbit ingin mencari pereka grafik bagi menghasilkan reka bentuk kulit buku cerita kanak-kanak. Anda dipilih sebagai pereka grafik tersebut. Dengan menggunakan bahan seni visual yang anda sediakan, iaitu melalui Arahan Kajian Seni Visual yang telah dimuat naik dalam portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), anda dikehendaki menyediakan aspek-aspek yang berikut: (a) Mengemukakan satu kertas cadangan idea seni reka bentuk grafik kulit buku cerita kanak kanak bertajuk “Sayang Si Comel”. Huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. [10] (b) Berdasarkan (a), anda perlu mengemukakan konsep reka bentuk yang akan anda hasilkan secara bertulis. Huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan. [10] (c) Menghasilkan empat lakaran kecil reka bentuk grafik kulit buku cerita kanak-kanak. [40] (d) Pilih satu lakaran kecil berdasarkan (c), dan hasilkan lakaran komprehensif reka bentuk grafik kulit buku cerita kanak-kanak berserta dengan catatan ringkas. [35] (e) Menyenaraikan sumber rujukan/bibliografi yang telah anda gunakan untuk menghasilkan kulit buku cerita kanak-kanak tersebut. Rujukan perlu mempunyai perkara-perkara yang berikut, iaitu nama penulis, tahun terbitan, tajuk penerbitan, dan syarikat penerbitan. Sekiranya penerbitan tersebut dirujuk daripada laman sesawang, anda perlu nyatakan alamatnya. [5]
40 Glosari Istilah Definisi Abstrak Imej yang dimujaradkan/imej yang sukar dikenali. Aliran Haluan pemikiran dalam penghasilan karya. Analisis 1. Cerakinan, penghuraian; 2. Organisasi antara unsur seni, prinsip rekaan menghasilkan kesatuan dalam karya. Analitikal Amat terperinci. Aplikasi Kegunaan, atur cara atau program komputer. Apresiasi Penghargaan. Artistik Cantik dari aspek subjek dan susunan dalam karya. Aspek formal Merujuk kepada nilai estetik dan artistik, iaitu unsur seni dan prinsip rekaan serta media dan teknik dalam penghasilan karya seni visual. Bahasa seni Menganalisis penggunaan aspek formal dalam berkomunikasi tentang karya. Cetakan Proses menghasilkan semula imej pada permukaan rata. Terdapat tiga jenis iaitu blok relief (linoleum, kayu), intaglio (goresan, ukiran), dan stensil (saring sutera). Ekspresi 1. Manifestasi melalui bentuk seni pemikiran, emosi, atau kualiti makna. 2. Dalam seni, ekspresi adalah sinonim dengan istilah kandungan. Ekspresionisme Bermula di Perancis dan Jerman sekitar tahun 1910, gaya itu membenarkan pelukis muda melukis subjek dalam warna bukan naturalistik sesuai dengan perasaan mereka. Ia adalah satu bentuk seni yang cuba mendedahkan intipati emosi dan bukannya menunjukkan rupa luaran atau persamaan. Ekspresionisme Abstrak Pergerakan seni Amerika yang berkembang daripada Surealisme pada pertengahan hingga akhir abad kedua puluh, dengan penekanan pada spontan atau ciptaan bawah sedar. Elemen Perkara asas dalam penghasilan karya/unsur seni. Emosi Perasaan jiwa(batin) yang kuat seperti sedih, marah. Estetik 1. Peka kepada seni atau kecantikan. 2. Kajian atau teori kecantikan—secara tradisinya merupakan cabang falsafah tetapi kini merupakan gabungan falsafah, psikologi, dan sosiologi seni— berurusan dengan definisi, inspirasi, niat, bentuk, dan kesan psikologi seni dan keindahan.