The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SHAHRIM MOHD, 2023-10-24 22:35:12

EBOOK KARNIVAL TVET ILKBS 2023

boklet konvo 2023

KANDUNGAN Karnival TVET ILKBS 2023 1 4 6 7 10 12 15 Info Pertandingan iDEA’23 Pameran Industri Info Y-RoboC'23 Pameran iDEA’23 & Agensi Temuduga MYFuture Job MoU Karnival TVET Jawatankuasa Karnival TVET 17


Karnival TVET ILKBS 2023 diperkenalkan bagi mempromosikan TVET Malaysia khususnya TVET ILKBS disamping memberi peluang pekerjaan kepada belia-belia negara melalui rakan strategik kerjasama Kementerian Belia dan Sukan bersama pihak industri. Melalui Program Karnival TVET ILKBS 2023, para belia akan didedahkan dengan peluang – peluang pendidikan dan latihan kemahiran serta prospek kerjaya dalam pelbagai bidang yang boleh dipilih bagi menyumbang ke arah pengukuhan pasaran tenaga kerja negara seterusnya memacu usaha pemulihan negara secara berstruktur dan menghasilkan pembangunan ekonomi yang lebih mampan. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang 2 hari program di sini. Aktiviti utama ialah penganjuran pertandingan robotik atau dikenali sebagai Youth Robot Challenge, Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi – Innovation Development Through Educational Activities (iDEA), pemeran industri, Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Kementerian Belia dan Sukan dengan pihak industri, sesi temu duga terbuka dan pelbagai lagi aktiviti sampingan untuk beliabelia dan anak-anak yang hadir 1


AKTIVITI-AKTIVITI 2


3


PAMERAN INDUSTRI INDUSTRI 4


PAMERAN INDUSTRI INDUSTRI 5


PAMERAN PROJEK IDEA’23 PAMERAN AGENSI 6


PELAN PAMERAN 7


Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi atau dikenali sebagai Innovation Development Through Educational Activities - iDEA merupakan program tahunan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS bertujuan bagi memupuk dan menggalakkan budaya pemikiran kreatif dan inovatif pelajar melalui penghasilan projek / produk inovasi. Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada semua pelajar ILKBS, murid sekolah, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta dan Institusi Latihan Kemahiran Awam/Swasta seluruh negara. Dua kategori dipertandingkan dan setiap kategori dibahagikan kepada 6 bidang kemahiran iaitu Teknologi Mekanikal, Teknologi Elektrik & Elektronik, Teknologi Awam, Alam Sekitar & Teknologi Hijau, Teknologi Maklumat & Telekomunikasi, Teknologi Makanan dan Teknologi Rekaan Fabrik. 8 PERTANDINGAN REKA CIPTA DAN INOVASI 2023 (INNOVATION DEVELOPMENT THROUGH EDUCATIONAL ACTIVITIES – IDEA’23)


iDEA 2023 telah dibuka penyertaan pada 4 April hingga 16 Jun 2023 yang lalu dan sebanyak 607 pasukan inovasi telah menyertai pertandingan ini. Proses penilaian dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu peringkat pra kelayakan dan peringkat akhir. Pada peringkat pra kelayakan, semua projek inovasi yang menyertai iDEA akan dinilai oleh juri/hakim bagi penentuan pingat dan seterusnya juri/hakim pertandingan memilih 3 pasukan yang terbaik setiap bidang untuk bersaing ke peringkat akhir. Pada tahun ini, sebanyak 30 projek inovasi telah dipilih ke peringkat akhir untuk dipersembahkan kepada juri/hakim pertandingan bagi menentukan pemenang setiap bidang dan pemenang keseluruhan setiap kategori Pertandingan iDEA'23. iPemenang setiap bidang dan kategori akan menerima hadiah dan ganjaran seperti Jadual 1. 9


PERTANDINGAN ROBOTIK ILKBS 2023 YOUTH ROBOT CHALLENGE (Y-ROBOC’23) Pertandingan Robotik ILKBS yang dikenali sebagai Youth Robot Challenge (Y-RoboC) 2023 merupakan pertandingan anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) yang dikelolakan oleh ILKBS. Pertandingan ini diadakan setiap tahun sebagai platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan pelajar dan pengajar dalam bidang teknologi robotik. Menyediakan ruang dan tempat kepada golongan pelajar, belia, masyarakat serta agensi luar untuk mempamerkan bakat, kemampuan dan kehebatan mereka dalam memberi saingan melalui semangat pertandingan yang sihat. 10 Pertandingan Robotik ILKBS yang dikenali sebagai Youth Robot Challenge (Y-RoboC) 2023 merupakan pertandingan anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) yang dikelolakan oleh ILKBS. Pertandingan ini diadakan setiap tahun sebagai platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan pelajar dan pengajar dalam bidang teknologi robotik.


Menyediakan ruang dan tempat kepada golongan pelajar, belia, masyarakat serta agensi luar untuk mempamerkan bakat, kemampuan dan kehebatan mereka dalam memberi saingan melalui semangat pertandingan yang sihat. Pertandingan ini melibatkan penyertaan daripada semua pelajar ILKBS, murid sekolah, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta dan Institusi Latihan Kemahiran Awam/Swasta seluruh negara. Y-RoboC’23 telah dibuka pendaftaran pada 12 Jun 2023 yang lalu dan sebanyak 129 pasukan robotik telah berdaftar menyertai pertandingan ini. Tiga kategori dipertandingkan iaitu 5kg Tower Conquer, 8kg Rumble (2 vs 2), 8kg Single (1 vs 1) dan Agro Robot. 11


PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) PERINGKAT NASIONAL DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) BAGI KARNIVAL TVET ILKBS 2023 Konsep kerjasama Industri adalah merujuk kepada aktiviti melibatkan perkongsian kerjasama strategik antara ILKBS/BPKB dan industri. Ianya dilaksanakan melalui pelbagai platform (seperti melalui ILKBS/BPKB, termasuk pembelajaran & pengajaran dan perkhidmatan) dengan setiap projek dizahirkan dengan surat pengesahan tawaran penerimaan atau perjanjian persetujuan (MoU/MoA). Dalam konteks ILKBS/BPKB, ianya telah menggariskan beberapa objektif yang dapat mengukuhkan kerjasama institut – industri. Indeks prestasi utama dan matlamat strategik terhadap kerjasama industri sentiasa dibangunkan, dipantau dan dinilai. Petunjuk prestasi utama adalah seperti berikut: a) Keterlibatan kerjasama industri; b) Penjanaan pendapatan; c) Kerjasama industri berimpaktinggi; d) Peningkatan kekompetenan pelajar; dan e) Peningkatan kekompetenan tenaga pengajar Senarai industri adalah seperti di Lampiran A. MOU 12


LAMPIRAN A SENARAI INDUSTRI BAGI MAJLIS PERTUKARAN MOU KARNIVAL TVET 2023 13


14


TEMUDUGA MYFUTURE JOB PERKESO 15


PELAN TEMUDUGA MYFUTURE JOB PERKESO 16


Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia IKTBN Alor Gajah IKTBN Chembong IKTBN Bukit Mertajam IKBN Kuala Langat 17 JAWATANKUASA KARNIVAL TVET ILKBS 2023


Click to View FlipBook Version