The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosedur Kerja Selamat Pencegahan COVID-19 Di Tempat Kerja 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tan kimlian, 2020-06-12 06:20:43

Prosedur Kerja Selamat Pencegahan COVID-19 Di Tempat Kerja 2020

Prosedur Kerja Selamat Pencegahan COVID-19 Di Tempat Kerja 2020

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Kementerian Sumber Manusia

PROSEDUR KERJA SELAMAT
PENCEGAHAN COVID-19 DI TEMPAT

KERJA

1

KANDUNGAN

Langkah Kawalan Rujukan Lampiran

7 8 9

Peralatan

6 Perlindungan Diri

& Latihan

Prosedur (Sebelum, Semasa, 5
Selepas) dan Situasi
Kecemasan Berkaitan Peranan dan Tanggungjawab
COVID-19
4.1 Majikan
1 2 3
4 4.2 Penyelaras
Pemakaian Skop Singkatan 4.3 ERT
4.4 Penyelia
4.5 Pekerja

2

1. PEMAKAIAN

Terpakai kepada
semua aktiviti
umum di tempat

kerja

TIDAK Aktiviti
TERPAKAI bekerja dari

rumah
(WFH)

3

2. SKOP

Aktiviti 5 Aktiviti 1

Mengendalikan pesakit Kemasukan
positif COVID-19 mana-mana orang
(Untuk Pekerja
Kesihatan) ke tempat kerja

Aktiviti 2

Aktiviti pekerjaan
rutin/tidak rutin

Aktiviti Aktiviti 3
Keluar meninggalkan
Aktiviti 4
Mengendalikan orang yang tempat kerja

bergejala COVID-19 4

3. SINGKATAN

Akronim Perkara
COVID-19 Penyakit Novel Coronavirus 2019

ERT Pasukan Tindakan Kecemasan
ILO Pertubuhan Buruh Antarabangsa
KKM Kementerian Kesihatan Malaysia
MITI Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

OSH-C Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
POP Prinsip Pencegahan
PPE Peralatan Perlindungan Diri
PTO Permit Kebenaran Beroperasi
SHC Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
SHO Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
SSS Penyelia Keselamatan Tapak
SWP Prosedur Kerja Selamat
WFH Bekerja dari rumah
WHO Pertubuhan Kesihatan Sedunia

5

4.1 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

Memastikan keperluan 1 Membangunkan Program

perundangan dan prosedur 6 Kawalan Risiko COVID-19 yang
dikenalpasti menerusi
kerja selamat berkaitan
penaksiran risiko dan
COVID-19 dipatuhi.
memastikan ia dilaksanakan.

Memastikan setakat yang praktik 2 7 Mewujudkan rekod setiap orang
tempat kerja dalam keadaan selamat yang memasuki tempat kerja.
dan tanpa risiko jangkitan COVID-19
kepada pekerja dan orang awam yang
berurusan.

Memastikan setakat yang praktik 3 Melantik orang yang dilatih atau
kaedah keluar dan masuk dari tempat 4
kerja adalah selamat dan tanpa risiko 8 pembantu jururawat bagi melakukan
jangkitan COVID-19. pengukuran suhu dan saringan
kesihatan pekerja.
Memastikan kemudahan dan kebajikan
pekerja berkaitan kawalan risiko COVID- Melantik (SHO/SSS/OSH-C/Setiausaha
19 serta sumber yang mencukupi
disediakan. 9 JKK) sebagai Penyelaras untuk
melaporkan status pematuhan Program
Memastikan maklumat, latihan dan 5 Kawalan Risiko COVID-19.
pengawasan berkaitan COVID-19 disedia
dan disebarkan. 6

4.2 TANGGUNGJAWAB PENYELARAS (SHO, SSS, OSH-C & Setiausaha JKK)

1. Membantu majikan 4. Menyiasat serta memaklumkan
melaksanakan dan memantau kepada majikan dan Pasukan
perlaksanaan Program Kawalan Tindakan Kecemasan (ERT) jika
Risiko COVID-19. terdapat seseorang yang bergejala
COVID-19 di tempat kerja.
2. Menasihati majikan mengenai
langkah-langkah yang perlu diambil 5. Memastikan peralatan pengukuran
untuk mencegah risiko jangkitan
COVID-19. suhu badan ditentukur dan berfungsi

3. Menjalankan apa-apa kaedah dengan baik, dan keperluan seperti hand
pencegahan risiko jangkitan
COVID-19 yang disarankan oleh sanitizer tersedia dan mencukupi di
KKM, WHO dan ILO .
SSS OSH-C tempat kerja.

6. Merekod dan menganalisis data
pelaksanaan Program Kawalan
Risiko COVID-19 serta melaporkan
kepada pihak berkuasa berkaitan.

7

4.3 TANGGUNGJAWAB PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN (ERT)

1. Mengambil 2. Berhubung 3. Mengasingkan 4. Membantu
dengan majikan
tindakan segera Penyelaras atau orang yang melaksanakan
Pegawai kerja disinfeksi
terhadap aduan Perubatan (jika bergejala COVID- di tempat yang
ada) untuk dikenalpasti
jika seseorang di dimaklumkan 19 ke tempat khas bersama
kepada majikan. agensi
tempat kerja yang disediakan berkaitan (jika
perlu)
dikesan dan seterusnya

mempunyai dirujuk ke

gejala COVID-19. hospital untuk

pemeriksaan

lanjut.

8

4.4 TANGGUNGJAWAB PENYELIA /SUPERVISOR

1. Memantau dan memastikan arahan dan

peraturan dalam Program Kawalan Risiko

COVID-19 dipatuhi oleh pekerja di bawah

“Cegah Jangkitan Covid- seliaannya seperti penjarakan sosial dan
19 Di Tempat Kerja”
pemakaian PPE.
Penyelia
2. Memantau secara berterusan pekerja di
Supervisor
bawah seliaannya jika ada yang

menunjukkan gejala jangkitan COVID-19.

3. Memaklumkan kepada majikan dan

Penyelaras dengan segera jika ada pekerja

secara tiba-tiba menunjukkan gejala

jangkitan COVID-19.

4. Memantau langkah kawalan dan

pencegahan serta pengasingan bagi

pekerja yang bergejala COVID-19.

5. Membantu Penyelaras dalam

menyediakan dokumen dan menyenggara

rekod berkaitan kehadiran pekerja serta

keadaan kesihatan mereka.

9

4.5 TANGGUNGJAWAB PEKERJA

“Patuhi Peraturan 1. Bertanggungjawab bagi keselamatan dan
Untuk Elakkan Jangkitan kesihatan diri sendiri, rakan sekerja dan orang
lain yang mungkin terjejas semasa menjalankan
Covid-19” kerja termasuk membuat pengakuan kendiri
(self declaration) berkaitan status kesihatan.

2. Mematuhi prosedur kerja selamat dan memakai
PPE yang ditetapkan semasa bekerja.

3. . Pemakaian pelindung muka (faceshield)
digalakkan apabila menjalankan kerja yang
melibatkan orang awam.

4. Pekerja yang mengendalikan saringan kesihatan
dan mengendalikan orang yang disyaki COVID-
19 diwajibkan memakai penutup hidung dan
mulut.

5. Pekerja yang mempunyai gejala COVID-19,
hendaklah dengan segera memaklumkan kepada
majikan, Penyelia atau Penyelaras bagi tindakan
lanjut.

6. Mematuhi apa-apa peraturan dan arahan yang
ditetapkan oleh majikan berkaitan COVID-19 dan
mana-mana panduan yang ditetapkan oleh KKM,
WHO, ILO dan agensi yang berkaitan. 10

5.1 PROSEDUR SEBELUM MASUK KE TEMPAT KERJA (SEBELUM)

1. Setiap orang yang hendak memasuki tempat 5. Sesiapa yang gagal saringan kesihatan atau
kerja digalakkan memakai penutup hidung Person Under Investigation (PUI) atau
dan mulut manakala orang yang bergejala mempunyai gejala COVID-19 atau terdiri
adalah diwajibkan. daripada kluster yang disenaraikan oleh
KKM atau dipercayai mempunyai
2. Mematuhi penjarakan sosial, mempraktikkan pendedahan kepada orang yang telah
tidak bersalaman dan kerap mencuci tangan dijangkiti COVID-19 tidak dibenarkan
sama ada menggunakan air dan sabun atau masuk ke tempat kerja.
hand sanitizer.
5. Menghadiri taklimat keselamatan berkaitan
3. Melaporkan diri kepada petugas tindakan kawalan dan pencegahan COVID-
keselamatan, merekodkan kehadiran dan 19 serta peraturan yang perlu dipatuhi di
mengisi Borang Saringan Kesihatan. tempat kerja.

4. Menjalani pengukuran suhu badan (rujuk
Prosedur Saringan Suhu Badan).

Pengakuan
Kesihatan

Kendiri

11

5.2 PROSEDUR SARINGAN SUHU BADAN (SEBELUM)

1. Setiap orang hendaklah disaring > 37.5 C 3. Sesiapa yang disaring dan
oleh orang yang dilatih atau mempunyai gejala COVID-19 tidak
pembantu jururawat yang dibenarkan masuk dan perlu
dilengkapi dengan PPE dilaporkan kepada majikan.

(penutup hidung dan mulut, 4. Rekod pemeriksaan saringan
pelindung muka dan sarung kesihatan hendaklah disimpan
tangan). dalam tempoh 3 bulan.
2. Sesiapa dengan suhu badan
37.5°C atau lebih tidak
dibenarkan masuk dan perlu
menjalani pengukuran suhu
badan semula. Laporkan kepada
majikan sekiranya pengukuran
semula suhu badan masih
37.5°C atau lebih untuk
tindakan lanjut.

12

5.3 PERATURAN AM SEMASA BEKERJA (SEMASA)

1. Mematuhi jadual kerja yang disediakan 6. Mempraktikkan amalan tidak
oleh majikan bagi meminimumkan jumlah bersalaman.
bilangan pekerja yang hadir.
7. Mengamalkan penjarakan sosial di antara
2. Mematuhi prosedur kerja selamat dan pekerja di tempat kerja (melebihi 1
arahan kerja yang ditetapkan di tempat meter)
kerja.
8. Jika perlu mengadakan mesyuarat, rujuk
3. Digalakkan memakai penutup hidung dan kepada Prosedur Peraturan Am
mulut pada setiap masa serta Mesyuarat.
menggunakan hand sanitiser yang
disediakan di tempat kerja. 9. Mematuhi waktu makan dan rehat
berperingkat.
4. Persekitaran tempat kerja umum seperti
lobi, lif, bilik mesyuarat, bilik sumber, 10. Mengelakkan perjalanan kerja luar yang
kafeteria, pantri, surau, bilik rehat, tandas tidak penting.
dan lain-lain hendaklah menjalani proses
disinfeksi mengikut kaedah yang Supervisor 11. Menggunakan barangan solat sendiri
disyorkan oleh KKM. seperti sejadah, kain telekung dan tidak
berkongsi dengan pengguna lain.
5. Menggunakan bekas sampah bertutup
bagi pembuangan penutup hidung dan 12. Kenderaan umum bagi tempat kerja
mulut, sarung tangan dan tisu pakai buang. hendaklah sentiasa disinfeksi.

13

5.4 PERATURAN AM MESYUARAT (SEMASA)

1. Menangguhkan mesyuarat yang tidak 6. Memastikan susunan ahli mesyuarat
penting. mematuhi penjarakan sosial.

2. Melaksanakan kaedah komunikasi 7. Maklumat ahli luar yang hadir mesyuarat
alternatif (mesyuarat maya atau secara perlu disimpan sekiranya terdapat
atas talian). keperluan untuk menghubungi mereka.
Rekod perlu disimpan sekurang-
3. Sekiranya mesyuarat perlu diadakan, kurangnya 3 bulan.
pastikan semua prosedur dan langkah
kawalan dipatuhi serta pengudaraan bilik 8. Majikan hendaklah secepat mungkin
mesyuarat berfungsi dengan baik. memaklumkan kepada semua ahli
mesyuarat jika terdapat ahli mesyuarat
4. Memastikan semua ahli mesyuarat diberi yang hadir bersama disyaki mengalami
maklumat berkaitan peraturan dan jangkitan COVID-19 supaya mereka dapat
langkah kawalan yang perlu dipatuhi mengambil langkah pencegahan dan
sepanjang waktu mesyuarat berjalan. menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah
(PKD) berdekatan.
5. Setiap ahli mesyuarat digalakkan
memakai penutup hidung dan mulut 14
serta mencuci tangan menggunakan air
dan sabun atau hand sanitizer yang
disediakan.

5.5 SITUASI KECEMASAN BERKAITAN COVID-19 (SEMASA)

Jika terdapat seseorang yang 3. Pekerja bergejala berkenaan
menunjukkan gejala COVID-19 semasa hendaklah dihantar ke hospital bagi
bekerja, tindakan berikut perlu diambil :- tujuan pemeriksaan lanjut.

1. Penyelia atau Penyeleras dengan 4. Majikan perlu memastikan pekerja
bantuan ERT perlu mengasingkan lain yang ada kaitan atau kontak
pekerja bergejala tersebut di tempat dengan pekerja bergejala berkenaan
khas yang telah disediakan. Kumpulkan dikenal pasti dan dipantau serta
maklumat berkaitan keadaan pekerja menunggu arahan lanjut daripada
dan maklumkan kepada majikan. pihak KKM.

2. ERT yang terlibat bagi mengendalikan 5. Majikan perlu mengenalpasti kawasan
pekerja bergejala hendaklah mematuhi yang terlibat untuk dibersihkan dan
prosedur yang telah ditetapkan serta disinfeksi serta-merta mengikut
dilengkapi dengan PPE (penutup hidung kaedah seperti yang disyorkan oleh
dan mulut, gaun perubatan, pelindung KKM.
muka dan sarung tangan).
15

5.6 DISINFEKSI TEMPAT KERJA (SELEPAS)

1. Menjalankan proses pembersihan dan 4. Sisa buangan hendaklah
disinfeksi secara berkala mengikut
syor KKM di tempat kerja yang dikendalikan secara berkala
dikenalpasti mempunyai risiko
jangkitan. mengikut kaedah yang disyorkan oleh

2. Pembersihan dan disinfeksi perlu Permukaan KKM.
dilakukan setiap kali sebelum seperti kerusi,
memulakan operasi bagi tempat kerja meja, telefon, 5. Setiap orang yang meninggalkan
dan 3 kali sehari bagi kawasan umum papan kekunci tempat kerja digalakkan untuk
serta perlu direkodkan dalam buku log membersihkan diri dan menukar
yang disediakan. komputer, pakaian.
tetikus
3. Bekas sampah bertutup yang 6. Majikan perlu sentiasa mengemaskini
berasingan perlu disediakan untuk hendaklah maklumat perkembangan terkini dan
membuang penutup mulut dan hidung, dibersihkan dan notis makluman berkenaan berkaitan
sarung tangan dan tisu yang disinfeksi secara COVID-19 oleh KKM melalui
digunakan. Bekas sampah tersebut sesawang http://www.moh.gov.my
sebolehnya mempunyai penutup teratur
automatik (operasi kaki) serta
disediakan dengan beg sampah plastik
yang dimeterikan dan dilabel dengan
betul.

16

5. 7 Mengendalikan Pesakit Positif COVID-19 (Untuk Pekerja Kesihatan)

Secara umumnya aktiviti yang terlibat adalah:

1. Pesakit disahkan 2. Dimasukkan ke
positif melalui ujian wad isolasi untuk
makmal. rawatan
(symptomatic
treatment). 3. Jika ada 4. Pengawasan
keperluan, berterusan ke
ubat antiviral atas pesakit 5. Discaj-
akan yang dirawat di Sekiranya ujian
diberikan. wad isolasi. ulangan adalah
negatif.
6. Pesakit yang
Bagi Prosedur Kerja Selamat (SWP), sila rujuk “Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di gagal diselamatkan
Malaysia No. 5/2020” oleh KKM melalui sesawang http://www.moh.gov.my perlu dijalankan
proses
pengebumian.

17

6. PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI (PPE) & LATIHAN

Peralatan Latihan Yang
Perlindungan Diri Diperlukan

(PPE) (Asas)

1. Penutup hidung dan 1. Tatacara Pemakaian
mulut PPE

2. Sarung tangan 2. Penjagaan kebersihan
diri seperti tatacara
3. Pelindung muka pencucian tangan dan
lain-lain
4. PPE bagi pengendali
pesakit COVID-19, 3. Latihan bagi pengendali
perlu rujuk panduan pesakit COVID-19, perlu
dari KKM rujuk panduan dari KKM

18

7. LANGKAH KAWALAN

9. Arahan dan Peraturan 1. Penghapusan/Elak Risiko 2.Menilai Risiko
 Penggunaan penutup hidung dan  Tidak dapat dipraktikkan  Menjalankan Penaksiran Risiko (Generik)
mulut COVID-19
 Penggunaan pelindung muka
 Penggunaan kasut bertutup Prinsip Pencegahan 3.Mengawal risiko pada punca
 Papan tanda amaran (Principle of Prevention  Disinfeksi tempat kerja
 Latihan  Penjarakan sosial
(POP))  Persempadanan tempat
8. Langkah-langkah Perlindungan Kolektif kerja
 Tidak dapat dipraktikkan
4. Mengadaptasi kerja kepada individu
7. Membangunkan Dasar Pencegahan  Tidak dapat dipraktikkan
 Penyaringan
 Pengisytiharan Perubatan/ 6. Penggantian 5. Mengadaptasi dengan kemajuan teknikal
Kesihatan  Tidak dapat dipraktikkan  Pengesanan suhu badan
 Penjarakan Sosial  Penapis kecekapan tinggi untuk sistem
 Kerja Dari Rumah - WFH penyaman udara (kos tinggi)
 Higen dan Kebersihan Diri  Infrared Thermography (kos tinggi)
 Masa Operasi Perniagaan
 Pergi dan Balik Ke Tempat Kerja 19
sahaja
 Pengurusan Cuti Sakit
 Amalan Tidak Bersalaman
 Kuarantin

8. RUJUKAN

1. Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.5/2020, Annex 1-35, Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-guidelines

2. Guidance on Preparing Workplaces for COVID-19 (2020), OSHA 3990-3 https://www.osha.gov/Publications/OSHA3990.pdf
3. COVID-19 Workplace Protection and Improvement Guide, NSAI (National Standards Authority of Ireland)

https://www.nsai.ie/images/uploads/general/Covid-19_Workplace_Protection_and_Improvement_Guide.pdf
4. Surat Kebenaran Beroperasi Serta Pergerakan Pekerja Bagi Syarikat-Syarikat Dalam Tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
5. ILO COVID-19 and the world of work https://www.ilo.org/global/topics/coronavirus/lang--en/index.htm

20

9. LAMPIRAN – BORANG SARINGAN KESIHATAN

Pastikan Anda
Melakukan

Pengisytiharan
Kesihatan

VERSI BAHASA INGGERIS VERSI BAHASA MELAYU 21

Terima Kasih

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Kementerian Sumber Manusia
22


Click to View FlipBook Version