The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by patrickling3625, 2022-06-08 13:20:27

GEJALA SOSIAL: PEMBUANGAN BAYI

TAJUK 5

GEJALA SOSIAL:PEMBUANGAN BAYI

MPU23042:NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

Pensyarah: Fatin Faqeriah Binti
Hamsah

Nama:
Patrick Ling

Shu Han
(20DKA21F1036)

Louis Along

Rody

(20DKA21F1012)

Syukur ke hadirat Ilahi kerana

dengan kehendaknya kami dapat

P menyiapkan E-book ini.E-book ini
dihasilkan untuk mengetahui

faktor pembuangan bayi pada masa

R ini. Tanpa sokongan dan bantuan
dari pelbagai pihak E-book ini

sememangnya E-book ini tidak
A dapat
disiapkan dengan

ketetapannya.Justeru,ribuan

terima kasih diucapka kepada

K semua individu yang terlibat
dalam pembuatan E-book ini.
Di harap dengan terbitnya E-
A book ini , segala urusan
penyiapan, semakan maklumat dan
rujukan pada masa hadapan dapat
dapat dilakukan dengan lebh baik
T lagi.
Segala kekurangan yang

dilihat sepajang E-book ini harap

A dapat diterima dan kami sentiasa
menerima pandangan untuk menambah
baik lagi E-book kami pada masa
akan datang.

2

Isi Kandungan

2 PRAKATA
4 OBJEKTIF
5 PENGENALAN
6-10 FAKTOR PENYEBAB
11-12 KESAN PENYEBAB
13-14 CARA MENGATASI
15-16 ISU YANG BERLAKU DI

MALAYSIA
LATIHAN,RUJUKAN,

17-19

KESIMPULAN

3

Objektif

Gejala sosial iaitu pembuangan bayi
yang berlaku di Malaysia

kebelakangan ini amat membimbangkan.
Ini
berdasarkan kepada statistik pembuangan
bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh
Polis Diraja
Malaysia (PDRM) yang mana dianggarkan
bagi tempoh 2011 hingga 2012, terdapat
sebanyak
187 kes pembuangan bayi dilaporkan

di Malaysia manakala 89 kes
direkodkan pada tahun
2012.

4

3

PENGENALAN

Gejala Pembuangan bayi yang semakin hari semakin
banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati
terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang,
malah dibakar Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman
208, perkataan buang bermaksud mencampakkan,
melemparkan, menghapuskan,dan menghilangkan.
Manakala,makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan
mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak
berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat
berperikemanusiaan. Akta yang terlibat didalam kes
pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak 2001
(Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan
Dan Kebajikan Kanak – Kanak. Seksyen 31 iaitu
penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan
kanak- kanak. Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat
berlaku semakin menjadi-jadi. Dianggarkan bagi tempoh
2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi
dilaporkan di Malaysia

5

Apakah faktot-faktor berlakunya
gejala ini ?

Kurang Didikan dan
Kefahaman Agama

Kekurangan didikan agama menyebabkan

terlibat dalam gejala-gejala negatif

seperti pergaulan bebas dan sebagainya.

Remaja yang melibatkan diri dalam gejala

pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

sudah semestinya menjalinkan hubungan di

luar kawasan.Hal ini telah menyebabkan

remaja perempuan mengandung sebelum ada

ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut,

remaja yang hilang pegangan agama tidak

teragak-agak untuk membuang dan

meninggalkan anak mereka selepas

dilahirkan. 6

Pengaruh Oleh Rakan
Sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes

pembuangan batyidi adkalamterakgaalakn-aggaankremmaejnagabjearklakure. mRaajkaan-uranktaunk6
yang negatif

melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma

masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, melepak, melakukan

pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.Remaja yang

terlibat dalam gelaja negatif ini, tanpa segan silu melakukan

hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu

apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan

yang mendesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi

mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.

7

Sikap ingin tahu remaja
yang kuat

Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri 7
remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru.
Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh
mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih
matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh
orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga
beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut
berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara
seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu
ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat
yang bakal diterima mereka.

8

sikap masyarakat yang suka
mengkritik dan menghukum

sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut
menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila
seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah,
sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan
memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja
perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah
keluarganya. Remaja perempuan berasa tertekan dengan
bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan
daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga
keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan
membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik dan hina
oleh masyarakat.

9

Kurang kasih sayang dan
perhatian keluarga

Kasih sayang keluarga sangat oenting dalam membetuk anak-
anak yang pandai menjaga maruah diri dan keluarga.Sekiranya
anak dibimbing dan mendapat perhatian penuh dari
keluarga,pastinya mereka tidak akan berasa sunyi dan tidak
terjebak dalam masalah gejala sosial.Selalunya, mereka yang
mendambakan perhatian,mencari cinta dan terlanjur adalah
disebabkan kurang perhatian daripada keluarga. Ia juga
merupakan punca gejala pembungan bayi ini berlaku.

10

Apakah kesan-kesan berlakunya
gejala ini ?

Kesan terhadap Individu

Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak,
mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang
selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi,
pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang
serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga
kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka
melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa
pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain.
Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami
pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang
keyakinan diri, dan juga masalah emosi.

11

Kesan kepada Negara

Tidak dapt dinafikan juga

pembuangan bayi akan memberikan

kesan yang sangat besar kepada

negara. Jatuh dan bangun sesebuah

negara dan masyarakat itu

bergantung kepada akhlak remaja

atau generasi pada waktu sekarang.

Kesan kepada
Masyarakat

Gejala soasial ini yang berlaku

telah menjejaskan imej masyarakat

sekeliling. Mereka pastinya berasa

malu dan kecewa dengan apa yang

berlaku. Sudah semestinya remaja

dipersalahkan dalam kes ini kerana

biasanya, remaja merupakan

golongan terbesar melibatkan diri

dalam kegiatan ini.

Kesan kepada
Institusi
Kekeluargaan

Apabila institusi sesebuah keluarga
itu runtuh, keharmoniaan dalam
kekeluargaan juga turut terkena
tempiasnya. Mereka menganggap anak
seperti ini telah menconteng arang
ke muka mereka.

12

Apakah cara-cara untuk mengatasi
gejala ini?

Ibubapa memberi
perhatian kepada anak

Manusia perlu memenuhi keperluan
peringkat asas atau keperluan
hayat atau fisiologi terlebih
dahulu sebelum timbul keperluan
peringkat berikutnya.Sekiranya ibu
bapa kurang atau tidak memberi
kasih sayang yang secukupnya maka
anak-anak akan mencari kasih
sayang terhadap orang lain

Pihak sekolah
mengadakan pendidikan
secara komprehensif

Pendidikan ini adalah elemen penting
dalam strategi pencegahan dan sekolah
merupakan institusi penting bagi
melahirkan masyarakat Malaysia yang
bebas dari gejala sosial. Institusi
Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan
pemikiran generasi muda supaya menjauhi
gejala sosial

13

Media massa
menyebarkan kesan
buruk gejala soial

Media massa seperti televisyen

mestilah menayangkan lebih

banyak program yang berunsur

positif dan memberi pendidikan

kepada penonton. Rancangan yang

berunsurkan hiburan yang

melalaikan juga tidak wajar

ditayangkan di televisyen.

Pihak kerajaan
mengadakan kempen
mengatasi gejala
sosial

Pihak kerajaan mempunyai sumber

kewangan untuk melaksanakan program

bagi menangani gejala sosial di

kalangan rakyat. Selain itu, pihak

kerajaan juga mempunyai kuasa untuk

menggubal undang-undang bagi

mengatasi gejala sosial

Masyarakat menunjukkan
contoh yang baik
kepada golongan muda

Jika terdapat golongan muda yang melakukan
gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah
dan pergaulan bebas, masyarakat setempat
hendaklah menegur sikap negatif tersebut.

14

Apakah gejala sosial yang berlaku di
malaysia

Blog dari
Adham Imtiyaz

Blog dari
babab.nett

15

Isu dari
Worldpress.com

Isu gejala
sosial yang
diperoleh di BH

Utusan Malaya

16

L Jom Ulang Kaji
a
t
i 1.Apakah maksud gejala sosial pembuangan

bayi?

h




a

2.Berdasarkan pendapat anda jelaskan

n faktor pembuangan bayi.Jelaskan



P




e 3.Apakah akta yang berkaitan gejala sosial
ini?

n






g 4.Senaraikan punca-punca isu gejala sosial
pembuangan bayi ini berlaku?

u




k

5.Pada pendapat anda ,bagaimanakah cara-

u cara mengatasi masalah gejala sosial
pembuangan bayi ini dapat diatasi?

h
a
n

17

Internet

1.https://www.slideshare.net/arr

R anaim/pembuangan-bayi-
14662250

u 2.http://pembuanganbayi1996.bl
ogspot.com/2017/03/pendahulua
n-isupembuangan-bayi-

j yang.html
3.https://bidadari.my/punca-

u pembuangan-bayi/
k Buku
a 1. Kamus Dewan Edisi 4. 2005.

Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

n 2. Khoo Kay Kim dan Alias
Mohammed. 1937. Masalah
Sosial Dan Politik Di Malaysia.
Kuala Lumpur: Gateway.

18

K Kesimpulan, terdapt pelbagai
E
S masalah mengenai dengan gejala
I
M sosial,pembuangan bayi ini.Justeru
P
U itu, semua warga masyarakat tidak
L
A mengira kaum dan agama haruslah
N
bersatu padu bagi membantu

mencegah dan membanteras gejala

sosial supaya tidak menjadi lebih

serius dandapat dikurangkan

walaupun tidak sepenuhnya.Pihak

atasan dan badan-badan kebajikan

juga perlu lebih peka dan perlu

menganjurkan pelbagai ceramah,

program-program dakwah atau

motivasi kepadaremaja supaya

mereka mendapat lebih informasi

tentang gejala ini dan sedar

tentang kesan serta bahaya

daripada perbuatan tidak bermoral

itu. Dengan pelbagai usaha yang

dilakukan secara bersama-sama ini,

ia sedikit sebanyak dapat

mengurangkan masalah ini daripada

menjadi satu penyakit berbahaya di

negara Malaysia ini.Sebagai remaja

yang bermoral, kita seharusnya

menjauhkan diri daripada melakukan

perbuatan yang kejam dan hina.

19

Gejala sosial:Pembuangan Bayi

Diterbit oleh
PATRICK LING SHU HAN

LOUIS ALONG RODY


Click to View FlipBook Version