PANDUAN PERMOHONAN PERUBATAN
UNIT SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SARIKEI
Perintah Am Bab F Tahun 1974 telah menetapkan bahawa PEGAWAI DAN PESARA PERKHIDMATAN AWAM
PERSEKUTUAN yang menerima pencen serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan adalah layak diberi kemudahan
perubatan percuma di hospital / klinik kerajaan.Sekiranya kemudahan perubatan yang diperlukan oleh seseorang
pegawai atau ahli keluarga mereka tidak dapat diperolehi di hospital / klinik kerajaan , kemudahan tersebut boleh
diperolehi di hospital /klinik/ agensi swasta atas tanggungan kerajaan.
Peraturan yang terpakai untuk pelaksanaan perbelanjaan kemudahan perubatan ialah
Pekeliling Perkhidmatan Bil 21 Tahun 2009.
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat KP(PP)0069/6/6 Jld4 (81) bertarikh 7 Oktober 2011 telah
menyediakan panduan Pelaksanaan Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan di Kementerian
Pelajaran Malaysia berkuatkuasa mulai 1 November 2011
Bermula 1 Januari 2020,
setiap permohonan hendaklah dikemukakan dalam (2 salinan )
kepada Jabatan dengan menggunakan salah satu Format surat iringan
dan Senarai Semak seperti berikut bergantung kepada jenis kemudahan perubatan yang dipohon oleh pegawai.
HEMODIALISIS SUNTIKAN UBAT / ALAT / PERKHIDMATAN / KECEMASAN/
Lampiran A Lampiran B CAPD/ KESUBURAN)
Lampiran C
LAMPIRAN A
HEMODIALISIS
SENARAI SEMAK
1.Borang Permohonan Perbelanjaan Perubatan (Borang Perubatan 1/09 )
2. Surat Pengesahan atau perakuan keperluan kemudahan perubatan dan
pengesahan oleh Pakar Nefrologi Kerajaan (Salinan Asal)
3. Sebut harga untuk kemudahan rawatan dialisis (Salinan Asal)
4.Salinan Kad Pengenalan
5. Salinan Kad Pengenalan (pasangan / bapa/ibu/anak) (Pesakit)
6.Salinan Sijil Lahir Pegawai jika (pesakit adalah ibu bapa pegawai)
7. Salinan Sijil Kahwin (jika pesakit adalah pasangan pegawai)
8.Salinan Sijil Lahir anak (jika pemohon adalah anak pegawai)
9. Salinan Surat Tamat Tempoh Kemudahan Yang Lepas
(untuk permohonan lanjutan)
LAMPIRAN B
SUNTIKAN
SENARAI SEMAK
1.Borang Permohonan Perbelanjaan Perubatan (Borang Perubatan 1/09 )
2. Salinan resit / invois. Resit asal DISIMPAN OLEH PEGAWAI untuk kegunaan
bahagian kewangan menyalurkan peruntukan.
3. Salinan Surat Kelulusan rawatan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
4. Salinan Surat Sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
LAMPIRAN C
UBAT/ALAT/
PERKHIDMATAN
KECEMASAN/
AVF/CAPD/
KESUBURAN
SENARAI SEMAK
1.Borang Permohonan Perbelanjaan Perubatan (Borang Perubatan 1/09, 2/09, atau
3/09 )
2. Surat Pengesahan atau perakuan keperluan kemudahan perubatan dan
pengesahan oleh Pakar Perubatan Kerajaan (Salinan Asal)
3. Sebut Harga / Resit / Invois (Salinan Asal)
4.Salinan Kad Pengenalan
5. Salinan Kad Pengenalan (pasangan / bapa/ibu/anak) (Pesakit)
6.Salinan Sijil Lahir Pegawai jika (pesakit adalah ibu bapa pegawai)
7. Salinan Sijil Kahwin (jika pesakit adalah pasangan pegawai)
8.Salinan Sijil Lahir anak (jika pemohon adalah anak pegawai)
Pembekalan ubat yang melibatkan
penggunaan suatu tempoh yang
berpanjangan adalah dibenarkan untuk
tempoh 3 bulan dari tarikh surat perakuan
KKM bagi setiap permohonan.
Tuntutan seterusnya selepas tamat tempoh
tersebut hendaklah mendapatkan semula
perakuan KKM
Permohonan kali pertama perlu mendapat perakuan dan sokongan
Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.
Pembekalan alat / rawatan kecemasan / rawatan IJN /
rawatan kepakaran perlu mendapat sokongan dan perakuan
setiap kali tuntutan.
Tuntutan perbelanjaan
perubatan biasanya
menggunakan
Borang 1/09.
Mohon kosongkan ruangan di atas
untuk kegunaan di peringkat
Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak
Borang 2/09 adalah untuk tuntutan Perbelanjaan di hospital / klinik swasta.
Mohon kosongkan ruangan di ini
untuk kegunaan di peringkat
Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak
Permohonan rawatan ke luar negeri hendaklah terlebih dahulu disahkan oleh
Lembaga Perubatan dan diluluskan oleh Jemaah Pegawai.
Permohonan rawatan ke luar negeri menggunakan Borang 3/09
Borang 3/09 untuk tuntutan permohonan rawatan ke luar negeri.
Mohon kosongkan ruangan di ini
untuk kegunaan di peringkat
Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak
Proses permohonan akan mengambil masa, diharap agar
semua pegawai patuhi kehendak panduan permohonan
perubatan ini supaya tiada masalah borang dikuiri
yang akan memanjangkan lagi tempoh permohonan .
Tuntutan perubatan akan dibayar terus ke akaun pemohon sebaik sahaja Surat
Kelulusan Permohonan sampai di pejabat dan waran diturunkan.
Pembantu Tadbir Kewangan akan menghubungi pemohon untuk mendapatkan
resit asal dan salinan akaun bank bagi membuat pembayaran.
Sekiranya permohonan anda secara terus melalui hospital
atau secara persendirian MOHON HANTAR SATU SET
SALINAN PERMOHONAN ANDA KE PPD supaya kami
mempunyai maklumat permohonan anda apabila waran
diturunkan.
Sebarang pertanyaan berkenaan
Permohonan tuntutan perbelanjaan
perubatan boleh menghubungi ;
Puan Nurhidayah Binti Haili,
Unit Sumber Manusia,
PPD Sarikei
di talian 01115496336 / 084-651293